KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, July 19, 2014

INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA (Part 1)

INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA merupakan satu industri yang semakin manarik minat ramai usahawan terutama dikalangan orang muda. Industri Cendawan  di negara kita dimulakan sekitar tahun 1960'an dengan skala kecil-kecilan dan masih agak kurang dikomersilkan sehingga tahun 2000. Bagaimana pun selspas tahun 2010, industri cendawan telah pun dimasukkan sebagai salah satu daripada 7 jenis makanan penting didalam Dasar Agro Makanan (DAM). Cendawan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat terutama di negara maju sebagai makanan dise dan juga makanan untuk kesihatan. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel petang Ahad 1 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri cendawan di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.


Pengeluaran cendawan di negara kita kini menjadi satu industri dimana terdapat lebih daripada 800 pengusaha cendawan dengan tanah kecil-kecilan dan sebanyak 82% adalah berstatus kecil. Kajian oleh penulis berdasarkan kepada laporan pemantauan yang dilakukan mendapati 66% jenis cendawan yang diusahakan adalah Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminarous) atau dahulu namanya adalah Pleurotus cajor-saju yang telah disahkan penukaran nama ini melalui ujian makmal di Universiti Malaya. Saya terlibat aktif dengan pembangunan industri cendawan semasa bertugas di Daerah Muar, Johor selama 5 tahun mulai tahun 2006 hingga 2010 melibatkan projek khas Pembangunan Pertanian Pagoh. Pada masa ini satu pusat pembangunan cendawan di Komples Pertanian Pagoh masih berfungsi sebagai unit sokongan industri cendawan di Selatan Tanah Air. Pada masa ini kapasiti pengeluaran cendawan di Malaysia sekitar 30.5 metrik tan sehari (30,500 kg sehari)  dengan pengeluaran di sekitar Selangor sebanyak 12.8 mt sehari atau 42% daripada jumlah pengeluaran dalam negara. Ini kerana kawasan pasaran cendawan paling besar terletak disekitar Lembah Kelang dan Kuala Lumpur. Cendawan adalah produk yang mudah rosak (Perishable fresh produce) dimana jaeak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti cendawan.



Merujuk kepada Jadual diatas menunjukkan daripada seramai 428 (2013) seramai 91 pengusaha berada di Johor diikuti dengan seramai 60 orang di Selangor dan 46 orang di Pahang. Dalam menganalisa mengenai pengusaha cendawan saya dapati ramai yang menceburi bidang penanaman cendawan ini setiap tahun tetapi sama ramai dengan mereka yang meninggalkan industri ini kerana mengalami masaalah pulangan hasil atau kerugian. Ini disebabkan oleh kerana penusahaan menanam cendawan mempunyai risiko serangan penyakit kulat, persaingan harga, kenaikan kos pengeluaran dan kualiti bekalan benih yang tidak menentu. Bagaimana pun berdasarkan kepada Analisa Cashflow Penanaman Cendawan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrobank saya dapati pulangan daripada usaha menanam cendawan amat tinggi mencecah IRR sehingga (98%) jika tiada masaalah. Beberapa pengusaha berstatus syarikat berwibawa juga ada menyatakan bahawa perusahaan menanam cendawan perlu dilakukan oleh mereka yang cukup modal, mempunyai tahap kemahiran tinggi dan kena 'Gila-gila' sedikit dan 'berani'. Bagi pengusaha kecil yang mempunyai sekitar 15,000 beg dalam rumah cendawan, mereka mampu menuai sebanyak 1,000 beg sehari dengan anggaran hasil sebanyak 50 kg sehari dan dijangka boleh mendapat anggaran pendapan sekitar RM3,000 bersih sebulan.  Dalam saya membuat semakan kepada pengusaha berskala besar komersil dengan bilangan beg melebihi 150,000 mampu menuai sebanyak 10,000 beg cendawan sehari menghasilkan 500 kg sehari dengan anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM30,000 bersih. Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3.



INDUSTRI CENDAWAN... BAGAIMANA...
TIRAM KELABU... VARIETI UTAMA...
ADA MODAL... ADA KEMAHIRAN JUGA...
TINGGI RISIKO... UNTUNG BERGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 210, Hotel Premiere,
(Seminar Hari Cendawan 2014),
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...