Showing posts with label
INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA.
Show all posts
Showing posts with label
INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA.
Show all posts

INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA merupakan satu industri yang semakin manarik minat ramai usahawan terutama dikalangan orang muda. Industri Cendawan di negara kita dimulakan sekitar tahun 1960'an dengan skala kecil-kecilan dan masih agak kurang dikomersilkan sehingga tahun 2000. Bagaimana pun selspas tahun 2010, industri cendawan telah pun dimasukkan sebagai salah satu daripada 7 jenis makanan penting didalam Dasar Agro Makanan (DAM). Cendawan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat terutama di negara maju sebagai makanan dise dan juga makanan untuk kesihatan. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel petang Ahad 1 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri cendawan di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Dasar Agro Makanan Negara (DAM) menyatakan kadar penggunaan dan permintaan candawan segar di Malaysia akan meningkat sebanyak 16% iaitu daripada 15,000 mt setahun pada tahun 2010 kepada 37,000 mt setahun (2015) dan sebanyak 67,000 mt setahun pada 2020. DAM juga telah mengunjurkan kapasiti eksport hasil cendawan akan berkembang daripada 15,000 mt setahun pada 2010 kepada sebanyak 298,000 mt setahun pada 2020. Bagi tujuan tersebut berdasarkan perancangan, tambahan kawasan pengeluaran cendawan sebanyak 78 hektar (2010) perlu ditambah kepada seluas 340 hektar (2020). Kawasan baru yang sesuai perlu dibangunkan dengan kluster cendawan yang memudahkan operasi pengeluaran. Pada masa ini kawasan Pagoh di Muar, Sepang dan Sekitar Selangor dikatakan telah menjadi tumpuan pengeluar cendawan. Strategi lain yang boleh dilakukan mengikut DAm adalah dengan meningkatkan tahap produktiviti iaitu daripada hanya sebanyak 190 mt/ha (2010) kepada sebanyak 193 mt/ha (2020). Berbagai teknologi bagu perlu diperkenalkan bagi tujuan ini. Dalam kes lain, peningkatan kualiti cendawan perlu dikemaskan dengan cara kawalan kualiti bahan media, SALM dan juga SOM kearah persijilam MyGAP. Selaras dengan itu bekalan Benih yang Berkualiti (oleh pihak swasta komersil yang mengusahakan Pusat Pengeluaran Benih Cendawan dan pentauliahan Skim Pengesahan Benih) perlu diujudkan. Pengukuhan R&D (Pusat Penyimpanan Kultur Germplasma Cendawan di Malaysia amat membantu industri ini.

Jadual diatas menunjukkan pengelasan pengusaha cendawan di Malaysia berdasarkan laporan statistik Jabatan Pertanian pada tahun 2012. Laporan menunjukkan bahawa daripada 397 pengusaha yang terlibat seramai 297 orang (75%) adalan kategori pengusaha kecil dengan kadar pengeluaran kurang daripada 50 kg sehari. Sementara seramai 90 orang adalah dikelaskan sebagai pengusaha kategori sederhana atau 23% dengan kapasiti pengeluaran cendawan segar sebanyak 50 - 500 kg sehari. Bakinya hanya 10 pengusaha berskala besar (2% sahaja) yang menghasilkan sebanyak lebih 500 kg sehari. Antara beberapa pengusaha cendawan yang besar seperti CnC Mushroom Sdn Bhd di Muar, Ganofarm Sdn Bhd di Selangor dan beberapa lagi. Mereka mendapat insentif dalam industri ini seperti khidmat pengembangan teknikal, bantuan insentif harga (Pada beberapa tahun dulu), pinjaman dalam kewangan (Dari Agrobank dan TEKUN) dan yang terkini adalah dibawah program Agropreneur Muda Tanaman Cendawan.

Selain daripada dimakan segar, cendawan yang berkhasiat ini kini telah diproses dalam berbabai jenis pproduk hiliran (IAT). Banyak produk makanan berasaskan cendawan telah direka dalam mempelbagaikan pasaran cendawan agar lebih bernilai tinggi. Terdapat produk makanan ringan cendawan Snack (Teknologi Vacuum Fry) yang popular masa kini dipasaran (Sila lihat foto diatas). Selain itu ada produk sos cendawan, serunding cendawan, samosa cendawan, Nugget Cendawan, Burger Cendawan, Sate Cendawan, Nasi Goreng Cendawan, Sup Cendawan, Rendang Cendawan, Inti PAstri Cendawan, Karipap Sendawan, Tempura Cendawan dan banyak lagi. Kini permintaan makanan yang berasaskan cendawan semakin mendapat permintaan. Antara yang paling laku dipasaran adalah produk 'Cendawan Goreng' yang dijual di Pasar Malam, Pasar Tani, Pasaraya dan banyak lokasi lagi. Ia merupakan makanan snack yang laris dan berkhasiat. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
INDUSTRI CENDAWAN... BAGAIMANA...
TIRAM KELABU... VARIETI UTAMA...
ADA MODAL... ADA KEMAHIRAN JUGA...
TINGGI RISIKO... UNTUNG BERGANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 210, Hotel Premiere,
(Seminar Hari Cendawan 2014),
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1435H)

INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA merupakan satu industri yang semakin manarik minat ramai usahawan terutama dikalangan orang muda. Industri Cendawan di negara kita dimulakan sekitar tahun 1960'an dengan skala kecil-kecilan dan masih agak kurang dikomersilkan sehingga tahun 2000. Bagaimana pun selspas tahun 2010, industri cendawan telah pun dimasukkan sebagai salah satu daripada 7 jenis makanan penting didalam Dasar Agro Makanan (DAM). Cendawan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat terutama di negara maju sebagai makanan dise dan juga makanan untuk kesihatan. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel petang Ahad 1 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri cendawan di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Malaysia masih mengimpot banyak cendawan dari luar negara sebanyak 1,810 mt pada tahun 2001 kepada sebanyak 17,277 mt pada tahun 2011 (Sila rujuk jadual diatas). Jumlah nilai impot juga telah meningkat dengan signifikan daripada hanya sebanyak RM 16.99 juta kepada RM83.43 juta (2010) dan sebanyak RM 116.3 juta (2011). Bagaimana pun kajian dari statistik menunjukkan kebanyakan cendawan yang diimpot dalam bentuk jenis cendawan kering daripada negara China terutamanya. Cendawan kering ini tahan lama dan boleh dibeli dikedai atau pasaraya sepanjang tahun. Oleh itu peluang usahawan tempatan untuk mengeluarkan cendawan segar masih amat berpotensi kerana ia jenis yang mudah rosak. Jadual diatas juga menunjukkan Malaysia telah berjaya meningkatkan tahap ekspot cendawan segar daripada hanya sebanyak 168 mt (RM3.95 juta) pada tahun 2001 kepada sebanyak 3,255 mt (RM 33.3 juta) pada tahun 2011. Penulis mendapati antara pasaran cendawan tradisi dari Malaysia adalah ekspot ke Singapura dan Brunei. Menilai daripada jadual diatas saya fikir mat wajar diujudkan beberapa dasar dan insentif bagi pembangunan industri cendawan dalam negara agar ia menjadi satu industri yang sihat dan hebat.

Terdapat banyak isu dan cabaran didalam pembangunan industri cendawan di Malaysia. Bagaimana pun saya akan tumpukan kepada 7 isu dan cabaran yang paling ketara dalam industri ini yang boleh dijadikan panduan. Paling asas adalah masaalah tahap pengeluaran dan produktiviti oleh pengusaha yang masih rendah. Ini menyebabkan keuntungan yang bakal mereka terima amat rendah dan marginal dan lebih teruk lagi jika diserang penyakit. Kedua adalah isu kekurangan tahap kesedaran (awaremess level) dikalangan masyarakat tempatan mengenai kepentingan dan khasiat atau kebaikan memakan cendawan. Tahap permintaan terhadap produk cendawan masih boleh ditingkatan berkali ganda jika ujud tahap kepentingan penggunaan cendawan segar adalah lebih baik daripada cendawan kering. Ketiga mengenai isu benih iaitu kekurangan benih cendawan berkualiti yang disahkan. Kajian penulis dibanyak lokasi mendapati benih cendawan yang dibekalkan kepada pengusaha merupakan benih yang kurang bermutu dairpada banyak generasi. Sering berlaku kontiminasi pada bekalan benih dan kualiti yang tidak memuaskan semua pihak. Kegagalan mendapatkan benih baik amat merugikan pengusaha kerana modal menyediakan beg cendawan sudah tinggi.

Isu terkini ke 4 yang dibincangkan dikalangan ramai pengusaha cendawan adalah mengenai kekurangan media tanaman cendawan dan kenaikan kos. Habuk Kayu Getah, Dedak Padi dan Kapor merupakan 3 komponen asas substrat dalam penanaman cendawan. Beberapa tahun dulu kos habuk kayu getah cuma RM60 tetapi kini telah meningkat kepada sebanyak lkebih RM120. Bekalan ini semakin sukar diperolehi kerana ia juga digunakan oleh sektor-sektor lain yang lebih mampu membeli dengan harga lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan kos pengeluaran setiap unit cendawan segar meningkat. Kalau dahulu harga ladang cendawan segar hanya RM 3.00 - RM 4.00 sekilogram tetapi kini telah mencecah kepada RM 7.00 - RM8.00 sekilogram. Isu seterusnya adalah mengenai jaminan kualiti dan produk cendawan segar. ini kerana cendawan mudah rosak jika tidak dijaga dengan baik. Kini persijilan MyGAP yang dipunyai oleh pengusaha meningkatkan keyakinan terhadap kualiti cendawan dipasaran. Akhir sekali adalah isu mengenai tentang kekurangan penyelidikan mengenai cendawan di Malaysia yang dijalankan oleh pihak tertentu. Hanya UM dan MARDI yang ada sedikit membuat kajian tetapi tidak ada info terkini yang boleh meyakinkan pengusaha cendawan untuk terus maju. Diharap industri cendawan diberikan penekanan penting dimasa akan datang. Bersambung pada artikel Part 3.

INDUSTRI CENDAWAN... BAGAIMANA...
TIRAM KELABU... VARIETI UTAMA...
ADA MODAL... ADA KEMAHIRAN JUGA...
TINGGI RISIKO... UNTUNG BERGANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 210, Hotel Premiere,
(Seminar Hari Cendawan 2014),
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1435H)
.jpg)
INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA merupakan satu industri yang semakin manarik minat ramai usahawan terutama dikalangan orang muda. Industri Cendawan di negara kita dimulakan sekitar tahun 1960'an dengan skala kecil-kecilan dan masih agak kurang dikomersilkan sehingga tahun 2000. Bagaimana pun selspas tahun 2010, industri cendawan telah pun dimasukkan sebagai salah satu daripada 7 jenis makanan penting didalam Dasar Agro Makanan (DAM). Cendawan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat terutama di negara maju sebagai makanan dise dan juga makanan untuk kesihatan. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering. Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli. Artikel petang Ahad 1 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai industri cendawan di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.
.jpg)
Pengeluaran cendawan di negara kita kini menjadi satu industri dimana terdapat lebih daripada 800 pengusaha cendawan dengan tanah kecil-kecilan dan sebanyak 82% adalah berstatus kecil. Kajian oleh penulis berdasarkan kepada laporan pemantauan yang dilakukan mendapati 66% jenis cendawan yang diusahakan adalah Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminarous) atau dahulu namanya adalah Pleurotus cajor-saju yang telah disahkan penukaran nama ini melalui ujian makmal di Universiti Malaya. Saya terlibat aktif dengan pembangunan industri cendawan semasa bertugas di Daerah Muar, Johor selama 5 tahun mulai tahun 2006 hingga 2010 melibatkan projek khas Pembangunan Pertanian Pagoh. Pada masa ini satu pusat pembangunan cendawan di Komples Pertanian Pagoh masih berfungsi sebagai unit sokongan industri cendawan di Selatan Tanah Air. Pada masa ini kapasiti pengeluaran cendawan di Malaysia sekitar 30.5 metrik tan sehari (30,500 kg sehari) dengan pengeluaran di sekitar Selangor sebanyak 12.8 mt sehari atau 42% daripada jumlah pengeluaran dalam negara. Ini kerana kawasan pasaran cendawan paling besar terletak disekitar Lembah Kelang dan Kuala Lumpur. Cendawan adalah produk yang mudah rosak (Perishable fresh produce) dimana jaeak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti cendawan.

Merujuk kepada Jadual diatas menunjukkan daripada seramai 428 (2013) seramai 91 pengusaha berada di Johor diikuti dengan seramai 60 orang di Selangor dan 46 orang di Pahang. Dalam menganalisa mengenai pengusaha cendawan saya dapati ramai yang menceburi bidang penanaman cendawan ini setiap tahun tetapi sama ramai dengan mereka yang meninggalkan industri ini kerana mengalami masaalah pulangan hasil atau kerugian. Ini disebabkan oleh kerana penusahaan menanam cendawan mempunyai risiko serangan penyakit kulat, persaingan harga, kenaikan kos pengeluaran dan kualiti bekalan benih yang tidak menentu. Bagaimana pun berdasarkan kepada Analisa Cashflow Penanaman Cendawan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrobank saya dapati pulangan daripada usaha menanam cendawan amat tinggi mencecah IRR sehingga (98%) jika tiada masaalah. Beberapa pengusaha berstatus syarikat berwibawa juga ada menyatakan bahawa perusahaan menanam cendawan perlu dilakukan oleh mereka yang cukup modal, mempunyai tahap kemahiran tinggi dan kena 'Gila-gila' sedikit dan 'berani'. Bagi pengusaha kecil yang mempunyai sekitar 15,000 beg dalam rumah cendawan, mereka mampu menuai sebanyak 1,000 beg sehari dengan anggaran hasil sebanyak 50 kg sehari dan dijangka boleh mendapat anggaran pendapan sekitar RM3,000 bersih sebulan. Dalam saya membuat semakan kepada pengusaha berskala besar komersil dengan bilangan beg melebihi 150,000 mampu menuai sebanyak 10,000 beg cendawan sehari menghasilkan 500 kg sehari dengan anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM30,000 bersih. Artikel ini bersambung pada Part 2 dan Part 3.

INDUSTRI CENDAWAN... BAGAIMANA...
TIRAM KELABU... VARIETI UTAMA...
ADA MODAL... ADA KEMAHIRAN JUGA...
TINGGI RISIKO... UNTUNG BERGANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 210, Hotel Premiere,
(Seminar Hari Cendawan 2014),
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(29 Syaaban 1435H)