Support My Blog

Friday, July 11, 2014

CENDAWAN - HEBAT KHASIATNYA

CENDAWAN (Mushroom) merupakan sejenis tumbuhan yang didapati mengandungi banyak zat seperti protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P). Cendawan adalah tumbuhan yang penting untuk kesihatan badan serta mempunyai rasa yang sedap. Cendawan tumbuh semulajadi tetapi kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan secara komersil dan dijadikan satu industri. Cendawan lazimnya akan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai bergantung kepada jenis tetapi pada kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung. Kini ramai yang menikmati produk cedawan untuk kesihatan bukan menjadi satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian. Pengalaman penulis menjalankan khidmat kepakaran teknikal kepada pengusaha di Daerah Muar dahulu memberikan banyak pendedahan mengenai teknik menanam cendawan tiram kelabu. Bagaimana pun kali ini saya akan menulis mengenai kehebatan cendawan terhadap khasiatnya dalam "Anim Agro Technology" terutama bahan untuk mengawal kanser sebagai satu bahan bacaan dan rujukan.

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau ditanam pada bongkah yang membekalkan sumber nutriennya. Cendawan yang  mengandungi protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalsium dan Posforus kini telah dikomersilkan dan mudah dibeli dari Pasar Tani, Pasar Basah, Pasaraya dan outlet lain yang ujud. Cendawan yang dikenali ramai ialah Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus cajor-saju), Cendawan butang (Agaricusbisporus) iaitu cendawan yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Selain itu Cendawan Busut (Sila Klik disini) dan Cendawan LinZhi (Sila klik disini) merupakan antara yang popular dimakan. Cendawan juga turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia semenjak dahulu. Sesetengah cendawan adalah jenis tumbuh liar (wild mushroom) manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan didakwa boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah serta membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun. 

Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur tetapi kini ia dijual dipasar malam dan pasaraya sebagai 'Cendawan Goreng'. Pada saya cendawan sup merupakan resepi kegemaran semenjak dulu dan memang enak dimakan (Sila lihat foto sebelah). Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Kaedah Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran. Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau. Di Asia Tengara dan kawasan lain didunia lazimnya cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis. Cendawan juga jenis kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diaplikasikan dalam perubatan alami. Dalam membuat rujukkan, ada laporan daripada pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan boleh digunakan untuk meningkatkan tahap yang berkesan untuk rawatan kanser.

Terdapat laporan yang mendakwa bahawa cendawan mempunyai khasiat yang unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat yang digunakan bersama-sama dengan perubatan moden. Laporan tersebut menyatakan terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan mungkin akan berinteraksi dengan ubat moden. Bagaimana pun bagi penggunaan cendawan ia dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di negara Barat. Kajian menyatakan jenis coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion). Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu kajian yang sering dijalankan untuk mengetahui akan khasiatnya. Melalui kajiannya dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan di Jepun dimana ia didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.

Jenis cendawan ini kini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser (Sila lihat foto sebelah)Rawatan radioterapi dan kemoterapi yang dilakukan akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan bahan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun. Pengambilan cendawan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang dan juga turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik. Jenis cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi). Jenis Lingzhi dilaporkan paling lazim untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.  Pengambilan cendawan jenis seperti Coriolus mengelakan dari serangan selesema juga akan membantu mengelakkan jangkitan. Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia didakwa dengan pengambilan cendawan ini akan berupaya membantu menyokong sistem imun. Kajian juga ada menunjukkan bahawa jenis cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor. Cendawan ini juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati. Ia juga didakwa sebagai makanan yang didakwa mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid. Kajian perlu diteruskan bagi mengetahui bagaimana khasiat cendawan ini akan memberikan menafaat di negara kita. Kini semakin ramai pengusaha yang menghasilkan cendawan terutama cendawan Tiram Kelabu dan Cendawan LingZhi. Semuga artikel ini dapat menambah pengetahuan kita bersama. Wasallam!.


CENDAWAN SEGAR... ADA DIMANA...
KHASIAT DIKAJI ... SUNGGUH LAMA...
MASAALAH KANSER... KESAN UTAMA...
KAJIAN DIBUAT... DALAM MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1207, Avillion Legacy Melaka,
Jalan Hang Tuah, Melaka,
Malaysia.
(17 Syaaban 1435H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...