KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, July 9, 2014

BEE POLLEN - ADA HEBATNYA (Part 1)

BEE POLLEN atau Debunga Lebah merupakan salah satu produk yang dihasilkan daripada aktiviti ternakan lebag madu. Lebah Madu (Apis spp) merupakan serangga berfaedah yang ujud sejak dulu bagi menjalankan aktiviti pendebungaan tumbuh-tumbuhan kerana ia menngunjungi bunga untuk mengambil nektar sebagai sember makanannya. Lebah mengungujungi beratus-ratus bunga sehari untuk mengambil nektar (manisan yang dikeluarkan oleh bunga) sebagai punca tenaga dan kemudian memprosesnya sehingga menjadi MADU (Honey). Kehebatan lebah madu ini terserlah dalam ekosistem semulajadi kerana ia dikenalpasti membantu proses pendebungaan sehingga menghasilkan buah-buahan, biji dan ia menjadi makanan kepada manusia dan haiwan. Hasil lain yang didapati daripada lebah madu adalah DEBUNGA (Pollen), LILIN LEBAH, ROYAL JELLY, PROPOLIS dan banyak lagi. Debunga yang ada pada bunga lazimnya akan melekat pada kepala, badan dan juga bahagian kaki belakang lebah ketika lebah tersebut menyusup masuk menyedut nektar melalui stylet atau mulutnya (Sila lihat foto diatas sekali bagaimana debunga melekat pada badan lebah). Ini kerana badan lebah mempunyai organ seperti berbulu khusus yang membolehkan butir debunga melekat kuat dan akan dibawa balik kedapa koloni dalam sarang atau haif. Jenis dan jumlah debunga yang melekat ini bergantung kepada jenis tumbuhan yang dikunjungi dan ia mempunyai pelbagai varieti. Apa yang saya lihat, bagaimana pun lebah sering mengunjungi jenis tumbuhan yang hampir serupa pada satu-satu waktu kerana masa bunga mekar sedikit berbeza masanya. Debunga ini akan dikumpulkan oleh lebah pekerja dalam koloni dan dikumpulkan sebagai sumber makanan mereka juga selain daripada nektar. Artikel petang Rabu ini sementara menunggu waktu berbuka puasa, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pollen bee (Debunga Lebah) yang semakin banyak diperkatakan diseluruh dunia masa kini sebagai bahan suplement yang hebat untuk kesihatan dan kecantikan. 

Apakah sebenarnya Debunga (Pollen)?. Bee Pollen adalah sejenis debunga yang mana ia dihasilkan oleh labah khusus untuk diberikan kepada anak-anak muda lebah sebagai makanannya. Ia mengandungi bahan yang amat diperlukan untuk tumbesaran anak lebah iaitu sejenis makanan lengkap sama seperti yang diperlukan oleh manusia untuk pembesaran dengan sihat. Debunga yang dukumpulkan oleh lebah pekerja ini memang mengandungi bahan atau pun unsur protin yang amat tinggi (Sebanyak 40% adalah kandungan protin didalamnya) yang terdiri daripada Asid Amino Vitamin, termasuk vitamin C-Kompleks dan juga Asid Folik. .Saintis yang membuat kajian mendapati debinga lebah ini merupakan makanan paling lengkap (complete food) yang mengandungi banyak unsur berfaedah yang mana ia tidak dapat dihasilkan oleh haiwan lain. Ia mengandungi lebih tinggi kandungan protin daripada jenis protin yang dihasilkan oleh haiwan ternakan. Kandungan Asid Amino yang ada dalam pollen bee ini adalah lebih tinggi daripada protin dari dalam Telur, Daging Lembu, Cheese dan produk haiwan lain jika diambil secara perbandingan pada jumlah berat yang serupa. Separuh bentuk protin tersebut adalah tersedia untuk diambil oleh badan kita sebagai 'free amino acids' dengan cepat dan berkesan.

Saya baca laporan saintis dimana ia menyatakan satu sudu bee pollen yang kita ambil memerlukan masa selama satu bulan dengan lebah bekerja selama 8 jam sehari. Bayangkan jika sebanyak sekilogram bee pollen ini dikutip berapa ribu jam lebah terpaksa mengunjungi bunga terbang untuk mereka kumpul dan memungutnya.  Setiap 'pollen pellet' lazimnya mengandungi sebanyak 2 juta butiran debunga dan kajian mendapati satu sudu 'bee pollen' ini mengandungi sebanyak 2.5 billion debunga (2,500,000,000 butir debunga).  Bertapa hebatnya lebah madu mengumpul dan memproses bee pollen ini untuk diberikan kepada koloninya agak jumlah lebah dalam haif sentiasa sihat dan mampu bekerja untuk mengumpulkan makanan. Lebah madu adalah serangga yang amat kuat bekerja, tidak pernah malas dan serangga bersih dan suci. Kajian yang dibuat oleh Dr. Gabriel Cousens MD mendapati bee pollen disenaraikan mengandungi sebanyak 22 jenis unsur tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Ia dijadikan sebagai makanan kesihatan dalam pelbagai keadaan daripada masaalah rawatan untuk masaalah Prostat sehinggalah kepada masaalah kulit dan keseimbangan permakanan dalam tubuh manusia. Memang bee pollen kini telah dikategorikan sebagai makanan kesihatan yang sangat mahal dan efektif.

Artikel kali ini saya menyenaraikan 10 hasil kajian daripada ramai saintis mengenai kehebatan bee pollen ini walau pun ia lebih banyak daripada itu. Pertama bee pollen merupakan bahan 'Energy Enhancer' yang cekap sebagai bahan makanan semulajadi. Kandungan bahag Karbohiderat,, Protin dan Vitamin didalamnya meningkatkan tahap ketahanan tenaga dan stamina kita daripada mengalami kelesuan dan keletihan. Mereka yang berkemampuan boleh mengambil bee pollen dengan kadar yang sesuai. Kedua khasiatnya adalah sebagai 'Skin Soother' kepada pesakit yang menghadapi masaalah radang kulit seperti Psoriasis dan Eczema. Kandunga Asid Amino dan Vitamin dalam bee pollen membaikin sel-sel kulut dengan baik dan signifikan. Khasiat ke tiga adalah bee pollen memberikan rawatan kepada Sistem pernafasan (Respiratory System) dari kandungan Antioksidan yang merawat bahagian tisu dalam paru-paru. Ini akan mengelakan individu tersebut daripada diserang masaalah lelah atau asthma. Ke empat khasiat bee pollen adalah merawat daripada ALAHAN (Treating Allergies) dimana kandungan bahan seperti histamine mengelakan masaalah alahan. Bee Pollen didapati paling berkesan untuk rawatan semua penyakit berkaitan sistem pernafansa termasuk juga masaalah lelah teruk (athsma) dan lain-lain alahan berkaitan pernafasan dan hidung. Artikel ini bersambung dalam Part 2 yang memberikan sambungan khasiat bee pollen untuk kesihatan. Wasallam!.



BEE POLLEN...ITU DEBUNGA...
LEBAH KUTIP... KUMPULKANNYA...
BANYAK KHASIAT...MAHALNYA...
BOLEH DIBELI...YANG ASLI PASTINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Lebuh Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(5 Ramadan 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...