Support My Blog

Tuesday, October 8, 2024

KELAPA DIBAWAH LEMBAGA KOKO!

TANAMAN KELAPA
sekali lagi dilaporkan akan digabungkan dengan tanaman koko di bawah satu Lembaga dalam Kementerian Perladangan dan Komoditi seperti di nyatakan pada 6 Oktober 2024 oleh Timbalan Perdana Menteri. Terkini dilaporkan banyak media dimana Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan cadangan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis di Bagan Datuh, Perak. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah nyatakan perkara penstrukturan itu tidak memerlukan kos atau perbelanjaan atau perjawatan tambahan dimana ia sebaliknya menggunakan sumber tenaga sedia ada. Apa pun memang  dilaporkan penstrukturan ini adalah salah satu satu daripada pendekatan di mana kerajaan tidak mahu berlakunya aspek pembaziran dan sebaliknya menggunakan sumber yang ada untuk di memanfaatkan sebab tanaman kelapa ini bukan khusus untuk Bagan Datuk sahaja akan tetapi ia ditanam luas  di seluruh negara termasuk di pantai barat dan pantai timur serta Sabah dan Sarawak. TPM nyatakan ia akan realisasikan dengan kerjasama semua pihak dan semua ini tidak harus kerja secara bersendirian untuk mempromosikan sesuatu produk, terutama produk boleh jana pendapatan tambahan untuk penduduk luar bandar atau penduduk desa. Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri DS Fadzillah Yusof menyatakan perkara sama pada 9 Jun 2023. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian selepas merasmikan penutupan Jelajah Hari Terbuka 'Malaysia MADANI, UNISEL Depani' dan Kelapa Fest Bagan Datuk 2024 di Dataran Waterfront Bagan Datuk, Perak pada 6 Oktober 2024. Pada penulis blog yang pernah lama terlibat dengan industri kelapa di Malaysia dan menulis ratusan artikel mengenai tanaman dan industri kelapa tidak terkejut dengan kenyataan ini. Rasanya sudah beberapa kali ia di nyatakan oleh ahli parlimen yang sama sejah belasan tahun dahulu akan tetapi belum ada apa-apa yang berlaku sebenarnya. TPM nyatakan kepada media dimana publisiti berkaitan penstrukturan itu mungkin tidak meluas dan beliau sendiri akan bertanya kepada menteri terbabit mengenai sejauh mana keputusan Kabinet itu telah dilaksanakan, selain nama baharu bagi agensi berkenaan. Setahu penulis blog yang dulu pernah terlibat dengan menyediakan kertas makluman yang terakhir adalah ia dicadangkan sebagai Lembaga Buah-buahan, Nanas dan Kelapa Malaysia dimana kertas sudah pun di sediakan diperingkat akhir dan bukan di buat bersama Lembaga Koko. Media diberitahu dimana  setakat ini terdapat kira-kira 215,000 ketua isi rumah di seluruh negara terbabit secara langsung sebagai pekebun kecil kelapa. Dimaklumkan juga dimana kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan UNISEL (Universiti Selangor) dan juga beberapa persatuan agropelancongan serta melibatkan Pejabat Ahli Parlimen Bagan Datuk untuk mengadakan program seperti ini. Dia beritahu dimana pada tahun 2025 akan tambah luaskan penyertaan dalam bidang ini selain daripada UNISEL dan persatuan agropelancongan untuk membawa pengusaha-pengusaha dalam industri kelapa menyertai Kelapa Fest ini tetapi dimana peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kemeterian Perladangan dan Komoditi tidak kelihatan dalam majlia perasmian ini. Selain itu apa kaitan kenyataan TPM yang juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara beberapa kali mengumumkan UNISEL sebagai universiti keenam Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dengan penubuhan Lembaga Kelapa dan Koko masih kurang  jelas. Masih kabut kaitan apabila ada terdapat lima universiti di bawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Universiti Kuala Lumpur dengan cadangan penubuhan lembaga baru ini. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya ulas cadangan penubuhan Lembaga Kelapa dengan Koko sebagai satu berita yang dikira positif jika terlaksana untuk industri tersebut di Malaysia sebagai bahan bacaan semua.


Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) dan Koko (Theobroma cacao) pernah dulu dicadangkan dibawah satu lembaga iaitu dicadangkan di bawah Kementerian lain iaitu Kementerian Perdagangan dn Komoditi sekali lagi. Saya ada menulis artikel sama pada 8 Ogos 2023 mengenai perkara sama (Sila klik disini) untuk rujukkan. Kisah untuk idea kerajaan mengujudkan sebuah lembaga yang khusus menjaga kelapa ini sudah berlarutan semenjak puluhan tahun tetapi sehingga kini industri tanaman kelapa masih di jalankan oleh pihak Kementerian Pertanian Malaysia dan Keterjaminan Makanan (KPKM) khususnya oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia. Pada penulis bloh memang perlua ada dasar dan strategi baru untuk membangunkan industri kelapa di Malaysia yang keluasannya semakin menurun saban tahun dn ia digantikan dengan tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan tidak kurang yang ditukar kepada industri perkilangan dan perumahan. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di negara kita selepas tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea brazilliensis) dan Padi (Oryza sativa). Pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai tanaman kelapa mendapati tanaman ini menjadi penting apabila negara perlu mengimport jutaan biji kelapa tua dari negara jiran untuk membolehkan permintaan kelapa tempatan dipenuhi. Industri kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia juga menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil kelapa. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan prodik asas kelapa negara disamping berkeupayaan menjana sumber pertumbuhan baru saperti industri terkini seperti pengeluaran produk minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Penulis blog dapati dimana pada tahun 2023 di Malaysia mempunyai ada seluas 84,222 hektar kelapa melibatkan 80,000 keluarga tani yang telah pun menghasilkan sebanyak 610,424 metrik tan biji berdasarkan kepada hasil purata kelapa sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman Koko (Theobroma cacao) pula di tanam seluas 16,931 hektar dimana seluas 6,819 ha di Sarawak, seluas 6,819 di Sabah dan bakinya 3,293 hektar di Semenanjung Malaysia. Industri koko di Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menyentuh kepada industri tanaman kelapa pula dimana penulis blog memdapati sebahagian besar dari varieti kelapa yang ditanam sedia ada adalah dari jenis tradisional seperti Malayan Tall (80%), manakala bakinya adalah dari jenis hibrid komersil seperti MATAG (15%), pandan (4%) dan MAWA (1%). Dilaporkan dimana data semasa menunjukkan dimana sekitar 61% dari keluasan kelapa Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia. Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat sementara di Sabah banyak kelapa dikawasan Kudat dan Tawau. Pada penulis blog dapati dimana industri penanaman kelapa kini semakin merosot sepanjang tahun disebabkan oleh banyak faktor terutama penggantian tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit. 


Penulis blog hendak kongsikan penilaian akan industri kelapa di Malaysia dimana dise
panjang RMK 11 dilaporkan program penanaman semula kelapa semakin mendapat sambutan yang dilporkan ia memberangsangkan hasil penerimaan orang ramai sebagai kelapa yang berkualiti tinggi terutama kelapa MATAG. Sila baca artikel berkaitan kelapa dengan pautan berikut (Sila Klik Disini) dan banyak lagi artikel kelapa dalam blog ini. Kelapa MATAG adalah sejenis kelapa hybrid yang dihasilkan melalui pendebungaan silang antara kelapa Malayan Red Dwarf (MRD) atau Malayan Yellow Dwarf (MYD) sebagai induk betina dengan kelapa Tagnanan Tall sebagai pokok induk jantan. Secara teknikal sebenarnya ada terdapat tiga jenis kelapa MATAG yang dihasilkan iaitu MATAG Hijau (CN13), MATAG Oren (CN14) dan MATAG Gold atau Keemasan (CN15) yang mana penulis blog terlibat langsung proses pendaftaran varieti ini dahulu. Ia bergantung kepada jenis pokok induk betina dan jantan yang digunakan semasa pendebungaan. Bagaimana pun ketiga-tiga varieti ini mempunyai ciri prestasi yang sama dari segi hasil, kaedah pengurusan dan juga cara amalan agronomi hanya warna buahnya sahaja yang berbeza. Jenis kelapa ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang robust dan vigorous di ladang. Hanya benih kelapa MATAG Tulin sahaja yang disyorkan untuk penanamannya dikebun. Benih Kelapa MATAG ini boleh dibeli daripada Jabatan Pertanian Malaysia sahaja. Kalau ada penjual benih kelapa MATAG dari nurseri swasta atau pameran-pameran pertanian penulis pasti ia bukan tulia dan kemungkinan dari jenis F2 (Generasi kedua). Kelapa MATAG F2 diambil daripada pokok kelapa MATAG F1 yang benihnya tulin. Harga runcit benih kelapa MATAG di Jabatan Pertanian adalah sekitar RM5.00 sepokok pada tahun 2006 (daripada Ladang UP dan Stesyen Jabatan Pertanian) dan meningkat kepada RM15.00 dalam 10 tahun dahulu dan terakhir pada tahun 2022 dilaporkan meningkat kepada RM80.00 sepokok (dijual oleh pihak swasta yang diakui sah). Pengeluaran benih tulin Matag F1 dilaporkan tidak mencukupi berbanding dengan jumlah permintaan.


Dalam pada itu saya ada menulis artikel berkaitan koko untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini). Tanaman Koko apa pun 
an industri koko Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jumlah itu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya. Kerajaan akan terus giat memperbanyakkan aktiviti hiliran menerusi kerjasama kerajaan dengan pihak swasta bagi mempastikan pencapaian sektor koko kini perlu dipertingkatkan untuk menjadikan yang Malaysia terus bersaing dengan pasaran luar. Malaysia kini tidak boleh hanya menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja akan tetapi berusaha untuk ke pasaran global. Dalam pada itu ada pelbagai pendekatan yang boleh digunakan termasuk menggunakan konsep pemasaran digital. Produk koko Malaysia seperti penghasilan coklat telah menyumbang kepada nilai eksport tinggi kepada negara dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan. Nilai eksport coklat lima tahun dahulu berjumlah RM500 juta dan meningkat sehingga RM1 bilion pada tahun 2020. Sebenarnya selain dari penanaman komoditi sawit, Malaysia mungkin boleh kembali kepada penanaman koko yang turut menyumbang kepada sumber pendapatan yang baik. Adalah dianggarkan 20 sehingga 30 teknologi yang akan dikomersialkan bagi menyokong sektor huluan dan hiliran industri koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) dilaporkan dimana setakat ini sudah menjalankan sebanyak 89 projek penyelidikan sejak daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.4 juta. Sebanyak 19 produk dan teknologi LKM dikomersialkan dan mengenal pasti 63 produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti produk kosmetik, penjagaan diri dan makanan berpotensi untuk dikomersialkan. Produk koko Malaysia kini bukan hanya untuk dipasarkan dalam negara tetapi kini mula menembusi pasaran antarabangsa sdan beberapa negara baharu terutama di ASEAN dan negara Oceania. Malaysia sememangnya sudah memiliki produk koko dan diyakini dari segi teknologinya yang sudah mencapai tahap yang dimahukan. Apa yang penting sekarang ini kerjasama dengan usahawan terpilih untuk mengkomersial dan memasarkan produk berkenaan. Semuga industri kelapa dan koko akan lebih cerah di masa akan datang di Malaysia. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI KELAPA...SUDAH LAMA...
INDUSTRI KOKO... IA MALAP PULA....
KALAU DIGABUNG...SATU LEMBAGA...
TERLAKSANANYA...ENTAH BILA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...