Support My Blog

Saturday, October 5, 2024

ULAM RAJA - HASIL KAJIAN UKM

ULAM RAJA
(Cosmos caudatus) merupakan sejenis ulam dari famili Compositae yang popular di Malaysia dan beberapa negara jiran lain sebagai makan ulam-ulaman diambil dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain. Penulis blog mendapati dimana ulam raja sama juga dengan ulaman lain seperti Tenggek Burung, Jering, Petai, Daun Cekur, Timun, Terung Lalap dan sebagainya menambahkan selera para peminat makanan berkhasiat ini. Ulam raja juga di panggil dengan pelbagai nama di negara lain iaitu King Salad, Cosmos, Kenikir ; Randa midang (Indonesia), Ulam Raja ; Intan Berayun; Pelampong (Malaysia) ; Cosmos ; Turay-turay; Onwad (Filipina), Daoruang khana; Kkamhae (Thailand). Ulam Raja juga ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Kebanyajan ulam raja di tanam dalam pasu keliling rumah untuk kegunaan sendiri tetapi petani komersil menanamnya dalam kebun. Tidak ada angka rasmi keluasan tanaman ulam raja di Malaysia tetaapi penulis mengganggarkan sekitar 140 - 175 hektar. Ulam Raja biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya. Tumbuhan ini sesuai ditanam di semua jenis tanah dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Kajian dimakmal menunjukkan yang ulam raja mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Kandungan zat permakanan bagi 100 gram ulam raja mengikut pembacaan saya daripada buku "Vegetables in South East Asia : PROSEA" yang diterbitkan pada 1995 mengandungi 93 gram air, Karbohiderat (04 g), Lemak (0.4 g), Serat (1.6 g), Ash (1.6 g), Ca (270 mg), Vitamin A (0.9 mg) dan tenaga cuma 70 Kilojoule. Daun ulam raja merupakan bahagian yang di makan sama ada segar atau di celur untuk dimakan walau pun ada yang kata macam bau minyak tanah (turpentine) atau 'Langu' kata orang Jawa Muar. Dipercayai ulam raja akan membersihkan darah dimana ia akan menguatkan tulang siapa yang sering makan sebagai ulam. Dari segi pertanian tanaman ulam raja dapat mengawal pertumbuhan lalang (Imperata cylindrica) didalam kawasan kebun. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ulam raja sebagai ulaman dan juga beberapa laporan media yang menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik kisah di media tempatan bagaimana hasil '
Kajian Dr. Yee Xing tentang ulam raja raih dan mendapat Anugerah Emas Kedoktoran' daripada UKM sewaktu konvokesyen yang ke-49 universiti itu November 2022. Pada penulis blog ulam ulam raja memang sering dinikmati dengan ada menanam sendiri di rumah dan diambil apabila ingin memekannya. Apa pun rasanya yang enak biarpun dimakan segar tanpa perlu dimasak menyebabkan tumbuhan ulam raja sering menjadi pilihan masyarakat untuk dinikmati bersama lauk-pauk ketika makan tengah hari. Tambahan pula ulam raja kaya dengan pelbagai khasiat kerana dikatakan mampu mengawal akan beberapa masalah kesihatan seperti kadar glukosa dalam darah, bertindak sebagai anti-kulat dan tinggi sumber antioksida. Terkini bagaimanapun, menerusi satu kajian yang dijalankan seorang pensyarah dan penyelidik di Pusat (H-care), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr. You Yee Xing dilaporkan dia berjaya menemui manfaat baharu dalam ulam raja yang mana ia berpotensi untuk mencegah masalah nyanyuk dan kecelaruan kognitif. Dilaporkan yang dari hasil kajian itu didapati dimana ia menghasilkan suplemen ulam raja yang kaya dengan kandungan antioksidan dan polifenol. Media laporkan dimana hasil dari usaha kerasnya dalam menjalankan penyelidikan mengkaji keberkesanan suplemen ulam raja selama 12 minggu ke atas fungsi kognitif dalam kalangan warga emas membolehkannya mendapat Anugerah Emas Kedoktoran daripada UKM sewaktu konvokesyen ke-49 universiti itu November 2022. Dr. Yee Xing nyatakan dimana herba ulam raja merupakan ulam yang paling banyak dimakan oleh subjek kajian beliau.  Ulam ini mengandungi polifenol dan antioksidan yang paling tinggi berbanding ulam lain. Hebatnya dimana sSelain itu dimana ia juga mempunyai banyak lagi kelebihan seperti bahan awet muda, berpotensi menurunkan paras gula dalam darah dan tekanan darah serta mengurangkan risiko mendapat kanser. Kajian bermula daripada penghasilan suplemen hingga tamatnya kajian klinikal yang mengambil masa satu tahun setengah, saya dapati, suplemen ulam raja mengandungi kandungan quercetin dan quercitrin. Ia adlah sejenis sebatian untuk mencegah kecelaruan kognitif lebih tinggi berbanding ekstrak Polygonum minus atau daun kesum bagi kajian sebelum ini.


Sebenarnya suplemen daripada ulam raja berpotensi untuk bertindak sebagai agen pencegahan kecelaruan kognitif dengan menurunkan aras peroksida lipid dan meningkatkan aras serum glutation. Hasil kajin mendapati dimana ia dapat bantu mengaktifkan otak di bahagian dorsolateral prefrontal cortex bagi meningkatkan fungsi kognitif global, ingatan kerja, membantu mengurangkan ketegangan dan gangguan emosi total dalam kalangan warga emas yang mempunyai magnetic resonance imaging selepas 12 minggu. DR. YEE XING melibatkan 38 orang warga emas yang mempunyai masalah kecelaruan kognitif ringan di dalam kajiannya. Hasil penemuan itu ianya bukanlah untuk merawat masalah nyanyuk dan sebaliknya berpotensi mencegah masalah nyanyuk dan masaalah kecelaruan kognitif. Kajian ini melibatkan seramai 48 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai masalah kecelaruan kognitif ringan serta memenuhi kriteria di Lembah Klang diambil sebagai sukarelawan dimana sebahagian daripada mereka mengambil suplemen itu untuk tempoh 12 minggu. Dilaporkan yang kesemua mereka bagaimanapun perlu menjalani ujian lipid serum, gula dalam darah, buah pinggang dan fungsi hati sebelum dan selepas ujian dilakukan bagi memastikan suplemen tersebut selamat dimakan. Didapati dimana mereka yang mengambil suplemen ulam raja ini ada menunjukkan peningkatan fungsi otak yang ketara berbanding yang lain. Sebenarnya masalah nyanyuk dalam kalangan masyarakat di negara mengikut Dr. Yee Xing iaitu dari kajiannya adalah ia adalah masalah demensia dalam kalangan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas didapati sebanyak 8.5 peratus. Adalah disarankan agar masyarakat memakan ulam secara segar disebabkan zat ulam akan dihilangkan melalui proses penghasilan suplemen. Kajian mendapati dimana dengan pengambilan ulam sebanyak satu cawan besar setiap hari dalam tempoh jangka panjang berpotensi mencegah masalah kecelaruan kognitif. Kini hasil kajiannya dia sudah memfailkan paten bagi suplemen itu kearah untuk proses pengkomersilan daripada hasil kajian ke pasaran.


Terkini pada Febuari 2024 dilaporkan oleh Bernama dimana '
Ulam Raja boleh cegah demensia - penyelidik UKM' di laporkan sekali lagi. Masaalah demensia adalah satu keadaan kesihatan yang menjejaskan daya ingatan, berfikir serta kemampuan melakukan kegiatan harian, dan lazimnya dialami oleh mereka yang sudah lanjut usia. Justeru itu dari unjuran dimana Malaysia berstatus negara menua kira-kira enam tahun lagi pada 2030, iaitu apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas merangkumi 15.3 peratus daripada populasi dan risiko peningkatan kes individu mengalami demensia juga bertambah. Setakat ini juga demensia tidak mempunyai penawar. Bagaimanapun, kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati demensia dapat dicegah dari awal dengan pengambilan ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus. UKM dari kajian sebelum ini membuat kajian yang berkaitan jus buah tropika dimana ia menunjukkan kesan perlindungan terhadap demensia. Ini mendorong UKM untuk melihat pada kebaikan ulam-ulaman dan melilih ulam raja adalah ulam terbaik kerana mengandungi kadar polifenol yang tinggi,dilaporkan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM, Prof Dr Suzana Shahar kepada Bernama. Ia adalah kes pertama didunia dimana dijelaskan oleh Prof Suzana, polifenol adalah agen pencegah kecelaruan fungsi kognitif (MCI) atau keadaan prademensia yang cukup berkesan kerana mampu meningkatkan tahap antioksidan dalam darah dan membina sel neuron yang baharu. Polifenol ini penting dari segi penjagaan kesihatan otak kerana pigmen dalam ulam raja ini mampu menembusi sistem peredaran darah dalam otak serta merangsang sel-sel di bahagian dorsolateral prefrontal cortex (bahagian otak yang dikaitkan dengan kawalan kognitif), sekali gus meningkatkan fungsi kognitif global. Prof Suzana dkwa dimana bahan polifenol sukar ditemukan dalam buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Walau ada produk kesihatan lain yang memanfaatkan polifenol, namun biasanya untuk merawat penyakit kencing manis dan hipertensi. UKM adalah pasukan penyelidik pertama (di dunia) yang berjaya menghasilkan produk sebegini. Kini menerusi kajian yang bermula pada 2017 dan menggunakan geran Kementerian Pendidikan Tinggi, pasukannya menghasilkan ekstrak ulam raja dalam bentuk cecair yang kemudian diadun dengan quercetin dan quercitrin serta ekstrak buah-buahan beri bagi dijadikan produk makanan kesihatan tambahan. UKM berjaya pasarkan produk yang dinamakan MindLumina ini pada November 2023 menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat swasta, iaitu Aurora Health Sdn Bhd. Apa pun ujian klinikal produk ini dijalankan selama 2 tahun dimana penghasilan MindLumina menempuh proses yang ketat, termasuk ujian klinikal melibatkan sukarelawan selama dua tahun bermula 2018. Dari peringkat awal, pasukan penyelidik UKM bekerjasama dengan Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia bagi menghasilkan serbuk ulam raja yang kemudiannya dipatenkan dan dilesenkan di bawah Aurora Health. UKM kemudian kumpulkan 48 orang warga emas berusia 60 ke atas di sekitar Lembah Klang bagi menjalani ujian klinikal ini. Kesemua mereka mengalami MCI namun berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit serius seperti buah pinggang atau hati.


Apa pun dakwanya semua sukarelawan terbabit sudah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang mengambil ekstrak serbuk ulam raja dalam bentuk kapsul dan satu lagi mengambil plasebo (kapsul tanpa ekstrak ulam raja). Responden perlu mengambil dua kapsul setiap hari selama tiga bulan dan perlu menjalani beberapa ujian kognitif global, termasuk menjawab beberapa set soalan Profile of Mood States (POMS), selain perlu melalui Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI) bagi mengesan rangsangan aktiviti dalam otak. Responden ini iaitu mereka yang mengambil kapsul ekstrak ulam raja mengalami peningkatan rangsangan fungsi otak berkaitan daya ingatan berbanding kumpulan yang mengambil plasebo. UKM dapati apa yang berlaku ada peningkatan hampir 6.7% fungsi kognitif global, pengurangan 36.7% terhadap tekanan emosi, 20.9% peningkatan memori dan fokus serta berlaku pengurangan 7.2% gangguan mood. Hasil ujian menunjukkan sukarelawan yang mengamalkan pengambilan ekstrak ulam raja itu mengalami perubahan positif dari segi daya ingatan dan memori berbanding sebelum pengambilan makanan kesihatan tambahan tersebut. Kesemua responden juga diminta menjaga makan sepanjang kajian dilakukan. Prof.  Suzana bagaimanapun nyatakan memang wujud keperluan menjalankan kajian seumpama itu dengan melibatkan saiz sampel lebih besar serta tempoh kajian yang lebih lama bagi mengukuhkan dapatan penyelidikan. Kini terhasil produk MindLumina yang menerima Anugerah Emas bagi kategori Perubatan dan Penjagaan Kesihatan pada Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2022 (PECIPTA 2022), sesuai untuk mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas (Sila lihat foto paling bawah). UKM juga memang ada menasihati mereka yang mempunyai masalah kesihatan serius mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. UKM dilaporkan mengesyorkan masyarakat mengamalkan pengambilan ulam-ulaman bagi mencegah demensia, selain mencontohi gaya hidup warga emas di Jepun yang banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau serta aktif melakukan senaman fizikal dan mental. Memang ia tidak dapat disangkal dimana ada warga emas di negara ini lebih gemar duduk sahaja serta kurang melakukan senaman fizikal dan mental. Tabiat ini tidak bagus dan perlu diubah. Apa pun semua orang perlu ubah gaya hidup memandangkan laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dalam kalangan warga emas di Malaysia mendapati kadar kelaziman demensia adalah 8.5% pada 2018 dan dijangka meningkat pada masa akan datang seiring penuaan populasi. Isu ini dan keadaan ini tidak termasuk kadar kelaziman penyakit tidak berjangkit yang juga dijangka terus meningkat setiap tahun, menjadikan masalah ini satu 'double killer' terhadap institusi kesihatan awam negara dimana semua pihak perlu bertindak secara proaktif bagi memastikan rakyat menua secara sihat dan terus produktif menyumbang kepada negara tanpa beban penjagaan kesihatan dan sosial yang tinggi. Semuga tulisan dalam blog anim agro technology kali ini menberi info berguna kepada semua. Wasallam!!!...
ULAM RAJA... AMAT MUDAH DAPATNYA...
SAINTIS UKM....KAJIAN DILAKUKANNYA...
KES DIMENSIA... RAWATAN BERJAYA...
PRODUK EKSTRAK... KINI SUDAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...