Support My Blog

Wednesday, October 9, 2024

MEMBIAK IKAN LAGA - APA CERITA?

IKAN LAGA
atau IKAN ADU SIAM atau CUPANG adalah sejenis ikan air tawar yang berasal daripada beberapa negara di Asia Tenggara antara lain ia terdapat liar di Thailand, Malaysia, Brunei,Singapura, Vietnam dan juga di Indonesia. Ikan ini mempunyai bentuk dan karakter yang unik dan selalu ia cenderung agresif dalam mempertahankan wilayahnya dan akan berlaga demi mempertahankan kawasannya. Bagi penulis blog dimana di kampong semasa kanak-kanak dan remaja memang suka mencari ikan laga kampong berwarna gelap dan memeliharanya di rumah secara konvensional. Masa itu tidak tahu apakah nama saintifik ikan tersebut akan tetapi kemungkinan adalah spesis Ikan Laga Kampong atau Ikan Laga Liar (Betta imbelis) yang mudah didapatkan di anaksungai dan taliair sawah air tawar dekat dengan rumah (Sila lihat foto diatas). Ikan ini. Bagaimana pun lazimnya ikan jenis ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Ikan Laga hiasan, Ikan Laga Bertarung dan Ikan Laga Liar. Memang dari pengalaman dahulu dimana ikan ini adalah sejenis ikan yang mana ia 
kuat bertahan hidup dalam unatu jangkamasa lama sehingga apabila ikan tersebut ditempatkan di dalam bekas kecil dengan jumlah air sedikit dan tanpa adanya alat bekalan oksijan (aerator) selalunya ikan ini masih dapat bertahan hidup agak lama berbanding jenis ikan lain. Habitat semulajadi ikan ini biasanya ditemui di perairan yang tenang seperti dalam paya, kolam dan anak sungai yang memiliki sedikit tumbuh-tumbuhan seperti tumbuhan dalam air dan akarnya yang terendam. Ikan ini apa yang penulis blog tahu ia akan lebih memilih habitat yang mempynyai sistem air agak hangat dan ada sedikit arus. Dikampong dulu mudah mencari ikan laga ini dimana ia sering berada di kawasan air dengan mempunyai vegetasi air yang lebat seperti kiambang, rumput air dimana mempunyai akar-akar tumbuhan yang menjuntai ke dalam air. Sebenarnya jenis tumbuhan akuakultur ini memberikan tempat berlindung dan menciptakan zon dengan menerima intensiti cahaya matahari mencukupi dalam air. Apa pun di habitat lain dimana ikan laga ini juga boleh tinggal dikawasan perairan dengan dasar berlumpur atau berpasir. Mereka dapat mencari makanan dipersekitarannya dan mencari tempat bertelur di antara lapisan tanah tersebut dan membesar dalam habitat tersebut. Kini paling di konersilkan adalah jenis ikan laga untuk Berlawan (Fighting Fish). Ada banyak jenis ikan laga hibrid yang berwarnawarni dan dijual dengan harga premium. Terdapat banyak aktiviti pertandingan untuk ikan laga di banyak negara dimana ikan yang menang didalam pertanidingan tersebut mampu mencapai nilai komersial sehingga puluhan ribu ringgit seekor. Hobi memelihara ikan laga juga semakin popular dikalangan orang kebanyakan dimana mereka sanggup berbelanja tinggi untuk hobi ini. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai industri pembiakan atau biakbaka Ikan Laga untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik dalam portal hmetro.com dengan kisah bertajuk 'M
embiak ikan laga' untuk dijadikan bahan rujukkan kali ini. Ada usahawan yang mampu membiakkan sekurang-kurangnya 300 anak ikan bagi sepasang induk. Ikan laga yang selalu dilihat sebagai ikan lembut akan tetapi sebaliknya si ikan laga dengan ciri ‘sombongnya’ mempamerkan kecantikan kombinasi warna, bukaan sirip dorsal, sirip kaudal dan sirip anal sesama sendiri. Peminat ikan laga merasai ini apabila menyaksikan aksi gemalai ikan laga, ‘betta fish’ atau nama saintifiknya Betta splendens iaitu pilihan popular masyarakat sebagai ikan hiasan di rumah. Antara spesies ikan laga yang istimewa dan sering diangkat dalam pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa termasuk halfmoon single tail, halfmoon double tails, halfmoon plakat dan crowntails. Apa yang uniknya dimana ikan ini memiliki kriteria tertentu untuk membuktikan kelainannya. Ini merangkumi bentuk badan normal tanpa kecacatan seperti bengkok, saiz bukaan ekor atau sirip kaudal, kombinasi warna yang pelbagai hingga mencecah lapan warna serta ‘ventrals’ atau dipanggil janggut. Dipasaran harga jualan bermula serendah RM3 seekor dan ciri keunikan dan ciri istimewa ikan laga ini sebenarnya menjadi penentu harga bagi satu-satu jenis ikan, malah ada pernah mencecah RM6,000 seekor. Bagi pengusaha ikan laga Hamden Zarif (28) mendakwa minatnya terhadap ikan ini bermula sejak kecil malah beliau pernah berjaya membuat baka ikan laga pada usia belasan tahun (Sila lihat foto disebelah). Meskipun kini sibuk berniaga makanan bersama isteri di Bentong, Pahang, Hamden kembali mencuri masa untuk meneruskan minatnya mengumpul ikan laga sejak tiga tahun lalu. Pada 2017 dia mula berjinak-jinak semula dengan hobi mengumpul ikan laga di rumah peribadi iaitu bermula dengan 10 ekor, bilangan ikan laga milik saya kian bertambah apabila memulakan proses pembiakan dan lama-kelamaan sudah menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai untuk membeli ikan laga. Kemudian berdasarkan permintaan itu dia menyedari wujudnya potensi besar terhadap industri ikan hiasan khususnya ikan laga ini. Kemudian dia pun terus memulakan projek pembiakan dan penjualan ikan laga ini secara serius dan membuka stor mini bagi menjayakan idea ini sejak setahun lalu. Dia sendiri mula membuat kajian dan bacaan menerusi Internet serta menonton video mengenai ikan laga serta turut mengikuti kursus genetik anjuran Kolej Komuniti di Jerantut.



Jenis Ikan betta yang memiliki peminat tersendiri sama ada dewasa mahupun kanak-kanak disifatkan mudah membiak sekiranya kena pada caranya. Kini dia memiliki hampir 300 ekor induk ikan laga pelbagai spesies dimana turut berkongsi kaedah pembiakan ikan laga dengan menggunakan teknik paling mudah. Dia akan menggunakan air daun ketapang yang direndam dalam bekas selama tiga hari sebelum induk jantan akan dilepaskan dalam bekas berkenaan. Teknik pengasingan induk betina dilakukan dengan memasukkan bekas berlubang ke dalam air rendaman sama dan diasingkan selama dua hari. Selalunya tempoh pengasingan kedua-dua induk dalam bekas air rendaman yang sama itu membuatkan induk jantan menghasilkan banyak buih. Teknik mudah menggunakan daun ketapang untuk penjagaan ikan laga. Apa pun bagi mengekalkan kuantiti buih itu dia meletakkan plastik di sekeliling air rendaman berkenaan dimana apabila buih sudah banyak maka ikan induk betina akan dilepaskan untuk proses mengawan. Dilaporkan masa paling cepat iaitu proses mengawan ini memakan masa kira-kira enam jam dan paling lama adalah tiga hari. Selepas proses mengawan selesai maka selalunya akan dikeluarkan induk betina dan akan membiarkan induk jantan dalam bekas sama untuk tujuan disenyawakan telur hingga menetas. Telur ini akan menetas dalam tempoh 48 jam dimana buih dihasilkan induk jantan pada permulaan tadi digunakan sebagai pelindung telur dan anak ikan. Kemudian selepas anak ikan berusia lima hari, induk jantan akan dikeluarkan untuk mengelakkan ia berlaga. Saya akan memulakan proses penjagaan anak ikan laga pada hari ketiga dengan memberinya makanan seperti kutu air. Selepas lima hari kemudian maka anak-anak ikan ini akan dipindahkan ke dalam bekas yang lebih besar. Selepas dua bulan mesti diasingkan anak ikan ini satu per satu ke dalam bungkusan plastik. Apa pun setiap kali proses pembiakan dilakukan dimana dia boleh mendapat anak ikan baharu sebanyak 50 hingga 300 ekor. Bilangan anak ikan ini juga ia bergantung juga pada kualiti induk yang kita miliki. Jentik-jentik adalah makanan terbaik untuk ikan laga yang berkualiti. apa pun sekiranya kita mempunyai induk yang sihat dan berkualiti, kita boleh mendapat telur yang lebih banyak malah saiz anak ikan juga besar, cepat matang dan tidak mudah mata. Dia menerima permintaan dari seluruh negara terutama Sabah dan Sarawak dan dia yakin industri ikan laga mampu dikembangkan ke peringkat lebih baik seiring dengan kemajuan negara. 


Menarik kisah bagaimana artikel 'Puas biak Betta liar' juga dijadikan bahan rujukkan. Usahawan muda nyatakan kepuasan Mohd Khamisan Ab Sahri Falaki (38) iaitu sebagai peminat tegar ikan Betta liar atau 'Wild betta' apabila ikan itu mampu beraksi termasuk 'mengembangkan' insang dalam pertandingan. Baginya yang bermula dengan spesies Betta modern atau ikan laga hibrid memang sangat tertarik untuk memelihara spesies liar kerana sifat 'genuine' dan cabaran 'groom' ikan terbabit bagi pertandingan. Selalunya peminat yang sudah terjebak pelihara spesies liar maka mereka sukar beralih pelihara spesies hibrid kerana ciri-ciri liarnya lebih memikat selain rupa yang lebih eksotik. Apa pun penjagaan spesies liar yang lebih remeh dilihat sebagai 'medan ujian' peminat ikan. Begitu juga dengan saya, apabila berjaya biak spesies Wild betta tempatan, itu satu pencapaian yang membuatkan saya teruja dan puas. Dia kemudian cabar diri lagi dengan menyertai pertandingan pula dimana dalam pertandingan kredibilitinya sebagai pemilik dan pembiak baka Betta liar dinilai oleh para peminat lain dan hakim. Selalunya aktiviti penyertaannya dalam pertandingan bukan untuk mengejar hadiah dan dia lebih tertarik menaikkan reputasi terutama namanya dikenali dalam kalangan pemain ikan Betta liar tempatan. Kini dia ada 12 spesies ikan laga sedia di biakkan meliputi spesies dari air jeram, paya atau air hitam (air tanah gambut). Kalau sebelum ini, koleksi ikan Betta liar dalam simpanan lebih banyak sehingga banjir besar pada penghujung 2021 ikan peliharaan habis dihanyutkan. Masa dulu dia terpaksa mengumpul semula spesies ikan Betta liar tempatan. Antara12 spesies miliknya adalah jenis Betta persephone, Betta livida, Betta uberis, Betta enisae, Betta pugnax, Betta imbellis, Betta brownorum, Betta rutilans, Betta coccina, Betta hendra, Betta smaragdina dan juga Betta mahachainesis. Ikan laga liar juga 'penanda aras' penting dalam ekosistem air yang mana beberapa spesies liar tempatan yang dilabelkan sebagai spesies terancam oleh IUCN (The International Union for Conservation of Nature). Ini juga menunjukkan alam semula jadi terutama kawasan habitat spesies ikan laga liar di negara ini terjejas. Dilaporkan dimana seramai 19,000 peminat ikan yang berdaftar di FB (Facebook) persatuan tidak hanya pemilik ikan laga liar hadir sebagai ahli persatuan yang begitu terinspirasi dengan kecantikan dan keunikan spesies ikan laga liar ini juga mengambil langkah setapak dengan pembabitan usaha memulihara spesies ikan laga liar tempatan yang terancam. 


Dilaporkan dimana bagi ikan laga liar ada sebanyak 29 spesies di Malaysia dan 13 daripada itu adalah endemik (hanya ada di Malaysia). Contohnya ikan laga jenis Betta persephone adalah spesies endemik yang hanya ada di Johor dilihat perlu ada usaha untuk membiaknya bagi kelangsungan spesies. Begitu juga spesies Betta livida Sepang ditemui di Selangor dan Betta livida Tanjung Malim yang juga semakin berkurangan kerana habitat ikan ini terancam. Justeru pihaknya sangat komited melaksanakan pelbagai aktiviti baik di peringkat mendidik masyarakat umum sehingga terbabit dengan usaha agensi dan penyelidik tempatan. Persatuan Pencinta Ikan Laga Liar Malaysia (WBLM) adalah persatuan pertama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang mengambil langkah serius terhadap usaha mengembangkan industri ikan laga liar. Tugas asas bukan hanya biak ikan supaya populasi berkembang, kami juga mengambil inisiatif lebih ekstrem apabila menganjurkan pertandingan dan menerbitkan buku, Malaysia Wild betta standards dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini bertujuan menyeragamkan penilaian ikan Betta liar. Mereka juga sudah menetapkan aras tinggi dalam penganjuran pertandingan yang mana standard diguna pakai juga tertinggi, sekali gus mengangkat ikan tempatan menjadi antara ikan hiasan berkelas dunia. Terkini dalam pertandingan baru-baru ini WBLM International Wild Betta Championship 2023 dalam Aqua Fair 2023 di Kuala Lumpur menarik 269 penyertaan dengan 75 peratus adalah peserta dari luar negara. Apa pun persatuannya bersama ramai ahlinya memandang lebih jauh, baka ikan laga liar yang dulunya permainan anak kampung boleh menjadi ikan hiasan bernilai premium untuk dieksport. Apa pun aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu pembiak baka tempatan untuk menjana pendapatan, malah kelangsungan spesies dapat terus dipelihara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TERCANTIK... IKAN LAGA...
BANYAK WARNA...HASIL BIAKBAKA....
SELALU BERTANDING...HEBATNYA...
JUARA IKAN LAGA... MAHALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...