Support My Blog

Friday, October 25, 2024

POTENSI MINUMAN KELULUT-SARANG WALIT

PRODUK MINUMAN
kombinasi antara Madu Kelulut dengan Sarang Burung Walit merupakan salah satu kajian yang pernah dibuat oleh para penyelidik MARDI dan kemungkinan oleh pihak pengusaha industri sendiri. Penulis blog belum pernah ujirasa produk minumaan ini akan tetapi sudah biasa ujirasa madu kelulut dan juga minuman kesihatan sarang burung walit komersial. Mungkin sedikit maklumat oleh pihak MARDI dalam laporan kajiannya yang di rujuk dalam e-bulletin MARDI boleh juga ia dijadikan inspirasi kepada pengusaha tempatan untuk menjadikan produk seperti 
Minuman Madu Kelulut dengan Ampaian Sarang Burung (MKSB) sebagai salah satu produk yang menjadi ikon Malaysia sebagai minuman kesihatan menyaingi pelbagai produk lain yang membanggakan kelak. Merujuk kepada laporan tersebut dilaporkan kajian ini merupakan inovasi yang berpotensi tinggi bersaing di pasaran minuman yang semakin kompetitif. Produk minuman dengan kombinasi ramuan madu kelulut dan sarang burung walit dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia jika mencapai tahap pengkomersilan yang hebat. Bagaimana pun banyak kajian lanjutan perlu dilakukan demi mempastikan dimana pemprosesan MKSB iaitu kaedah bagaimana menggabungkan minuman madu kelulut sebagai fasa cecair dan cebisan sarang burung walit sebagai fasa pepejal dalam minuman. Kajian tersebut juga ada info yang menjelaskan bagaimana proses ini melibatkan penggunaan hidrokoloid iaitu gam gellan sebagai agen pembentuk gel serta bagaimana pemilihan bahan mentah berkualiti dan formulasi yang tepat. Nilai pemakanan dan kandungan asid amino MKSB turut dikaji bagi mempastikan yang minuman MKSB bukan sahaja dapat memenuhi cita rasa pelanggan akan tetapi produk ini juga memberikan nilai tambah kesihatan. Dilaporkan dimana adalah penting menjaga kuaiti produk ini dengan menekankan kepentingan pemilihan bahan mentah seperti madu kelulut yang telah dinyahhidrat, sarang burung walit dan gam gellan da proses penyediannya. Ujian seperti ujian mikrobiologi dan ujian nilai rasa membuktikan keberkesanan terhadap kawalan bahan mentah dan pemprosesan amat penting bagi dapat memastikan produk memenuhi piawaian keselamatan dan mendapat penerimaan positif daripada panel sensori. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula info mengenai potensi minuman madu kelulut dengan ampaian sarang burung sebagai bahan rujukkan semua berdasarkan kepada laporan MARDI kepada pembaca semua.


Industri kelulut di Malaysia semakin berkembang dengan hebat semenjak 10 tahun dulu dengan pelbagai kajian dan insentif di berikan olej kerajaan melalui pelbagai Jabatan dan Agensi termasuk oleh Jabatan Pertanian Malaysia. 
Saya sudah ada menulis lebih dari 100 artikel mengenai teknologi penternakan kelulut untuk dijadikan bahan bacaan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan yang lain. Beberapa spesis kelulut yang paling popular diternak adalah Trigona itama (Saiz kecil) dan juga Trigona thorasica (Bersaiz besar sedikit). Penulis blog yang juga mahir dalam cara-cara penternakan kelulut sering memberikan ceramah dalam kursus anjuran Jabatan dan juga swasta. Terdapat juga 4 spesis kelulut yang disyorkan untuk diternak iaitu T. itama, T, thoracica, T, terminata dan T. laeviceps yang diternak di Malaysia. Disyorkan diletakkan 6 koloni dalam satu hektar (Dusun buah-buahan dan mixed crop) ia mampu potensi menghasilkan 0.5 kg/ koloni/ bulan dimana lazimnya madu dihasilkan selama 9 bulan sahaja setahun. Bulan tengkujuh selalunya kurang atau tiada penghasilan madu kelulut. Apa pun didalam analisa kewangan dinyatakan purata pendapatan menternak kelulut adalah sebanyak RM 7,209 sebulan dengan kadar pulangan dalam (IRR) sekitar 427% (Ini merupakan IRR sangat tinggi dalam sektor pertanian). Bagaimana pun masih ada gangguan beberapa masaalah seperti perosak seperti Black Soldier Fly (BSF) atau Lalat Soldadu Hitam (Sila klik disini) dan juga serangan Kumbang Pendebunga Haptoncus (Sila klik disini) telah sedikit sebanyak menyebabkan industri ternakan kelukut dinegara kita diancam. Menyentuh mengenai industri burung walit dimana tulisan saya tidak kurang 50 artikel. Boleh baca beberapa artikel tersebut dengan autan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi dalam blog ini. Terdapat hanya dua spesies burung walet yang sarangnya boleh dimakan iaitu jenis ‘Aerodramus fuciphagus’ (edible nest-swiflet) dan ‘Aerodramus maximus’ (black nest-swiflet). Kedua-dua spesies ini banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan juga di Indonesia. Purata permintaan bagi seluruh dunia untuk produk sarang burung ini adalah kuantiti sekitar 12, 000 tan metrik setahun namun jika dicampur pengeluaran dari semua negara-negara sekitar Asia Tenggara Malaysia dilaporkan hanya mampu untuk menghasilkan sebanyak 500 tan metrik sahaja setahun.


Sesuai dengan tajuk diatas dimana potensi p
roduk kombinasi madu kelulut dan sarang burung walit madu kelulut dan sarang burung walit ialah dua jenis komoditi yang bernilai tinggi di pasaran global. Madu kelulut ialah madu daripada lebah Heterotrigona itama yang kaya dengan sebatian fenolik dan mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi. Manakala sarang burung dihasilkan daripada spesies burung walit Aerodramus fuciphagus dengan menggunakan rembesan daripada kelenjar air liur. Industri madu kelulut dan sarang burung walit juga merupakan dua industri agromakanan yang berkembang pesat dimana ada banyak produk dipamerkan semasa pameran MAHA 2024 sempena 100 tahun MAHA dianjurkan. Jumlah pengusaha bagi dua industri ini semakin meningkat di Malaysia apabila produk-produk berasaskan madu kelulut dan sarang walit di pasarkan oleh pengusaha tempatan. Pengusaha ini pula dilihat dimana mereka sama ada yang terlibat secara sepenuh masa atau cara sambilan menjadikan bekalan madu kelulut dan sarang burung walit tempatan semakin meningkat. Kini sudah ada persaingan antara jenama dan pengusaha tempatan semakin sengit demi menarik perhatian pelanggan dan meluaskan pasaran. Inovasi dan penambahbaikan berkaitan produk meraka dimana aspek dalam pembangunan produk makanan atau produk minuman berdasarkan kombinasi madu kelulut dan sarang burung walit akan mempelbagaikan variasi dan cita rasa produk yang tersedia di pasaran untuk pilihan pelanggan. Inovasi produk seperti ini akan meningkatkan permintaan terhadap produk madu kelulut dan sarang burung walit didalam negara mahu pun potensi eksport. Pada penulis blog diaa potensi untuk menggabungkan khasiat madu kelulut dan sarang burung walit mungkin akan datang akan menjadi satu produk minuman madu kelulut dengan ampaian sarang burung walit (MKSB) yang stabil pada suhu bilik telah dibangunkan. 


Apa pun para pengusaha perlu dalam mendapatkan teknologi dengan pihak seperti MARDI atau MOSTI atau pihak swasta yang suah mempunyai kemahiran atau belajar daripada negara jiran yang sudah sukses. Dalam internet sudah ada banyak produk yang berasaskan bahan asas madu kelulut dan sarang burung walit malahan ada yang mengkombinasikan dengan bahan lain seperti kurma, rempah ratus dan sebagainya. Bagi mereka yange berminat untuk membuat produk minuman madu kelulut dan sarang burung walit perlu tahu teknologi dan p
rinsip pemprosesannya.
Menghasilkan produk minuman dengan ampaian partikel melibatkan konsep gabungan dua komponen iaitu fasa cecair dan fasa pepejal dalam satu produk minuman. Bagi minuman MKSB dilaporkan dimana selalunya pada fasa cecair ialah minuman madu kelulut manakala fasa pepejal ialah adanya cebisan sarang burung yang berkeadaan terapung atau terampai dalam fasa cecair berkenaan. Prinsip pemprosesan MKSB ini melibatkan penggunaan hidrokoloid atau gam makanan sebagai agen pembentuk gel, bagi mengekalkan keadaan pengampaian cebisan sarang burung walit secara sekata di dalam minuman madu kelulut tanpa meningkatkan kepekatan minuman madu kelulut ini. Ini kerana kepekatan dan rasa mulut akan mempengaruhi penerimaan pelanggan. Maka minuman madu kelulut yang dihasilkan sebaiknya ia mempunyai kepekatan yang setara dengan minuman lain di pasaran seperti minuman berkarbonat dan minuman berperisa. Aspek kestabilan kuasa pengapungan atau tahap pengampaian cebisan sarang burung juga perlu dicapai secara efektif. Pemilihan ramuan atau bahan mentah dalam pemprosesan minuman MKSB adalah langkah penting untuk mencapai mutu yang diinginkan. Setiap ramuan yang dipilih berasaskan sifat dan nilai kesihatan. Pemahaman terhadap fungsi setiap ramuan menjadi aspek kritikal dalam membentuk formulasi minuman. Proses pembangunan formulasi dengan melibatkan asas sains makanan, siri ujian nilai rasa dan perlu mematuhi piawaian peraturan makanan bagi memastikan kestabilan produk dan keaslian rasa perlu para pengusaha dapat teknologinya. Dilaporkan dimana teknolgi dalam menghasilkan minuman MKSB menawarkan iaitu dengan menyatukan kelebihan madu kelulut dan nilai tinggi sarang burung mesti ia memenuhi cita rasa pelanggan dan juga memberikan khasiat kesihatan. Kaedah pemprosesan produk yang melibatkan penggunaan hidrokoloid sebagai agen pembentuk gel, pemilihan bahan mentah berkualiti dan formulasi yang tepat memainkan peranan penting dalam membangunkan produk ini. MKSB bukan hanya memenuhi keperluan pasaran yang kompetitif, tetapi juga memberi pilihan minuman yang inovatif dan menarik bagi pengguna. Sesiapa yang berinat dengan teknologi ini boleh belajar dari pihak yang mempunyai teknologinya secara lengkap. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK MINUMAN...SUDAH DI CIPTA...
MADU KELULUT... SARANG WALIT ADA...
POTENSI DI MALAYSIA...BAGAIMANA...
CARI TEKNOLOGI...DIMANA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agonomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...