Support My Blog

Saturday, October 12, 2024

KELAPA SEBAGAI MAKANAN 'SUPERFOOD' (Part 4)

PRODUK KELAPA
(Coconut) sudah boleh dia dijadikan salah satu makanan superfood?. Perkara ini mungkin boleh dibincangkan dalam artikel kali ini kerana pada penulis blog tanaman kelapa merupakan 'Tree for Life' yang mana ia merujuk kepada semua bahagian tanaman kelapa boleh digunakan. Pembangunan Tanaman Kelapa di Malaysia bagi sektor pekebun kecil sejak merdeka lagi sudah diterajui oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Salah satu program didalam usaha pembangunan kelapa yang sangat berjaya adalah Rancangan Pembangunan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang berjaya membangunkan ribuan hektar tanaman kelapa terutama dibeberapa kawasan tumpuan di negeri Johor, Selangor, Perak dan negari-negeri lain. Projek ini telah berjaya menanam kelapa jenis Malayan Tall (CN1) yang mampu menghasilkan sekitar 7,000 - 8,000 biji kelapa sehektar setahun. Bagaimana pun program RPSKK ini telah dihentikan pada tahun 1981 setelah peruntukkan bagi program tersebut dihentikan. Persaingan dengan penanaman kelapa sawit dikalangan pekebun kecil juga menyebabkan tanaman kelapa terus tidak menarik minat petani berbanding dengan pulangan dari tanaman sawit. Pada penulis blog yang telah menulis lebih 500 artikel mengenai kelapa dalam blog ini memang sangat memahami industri kelapa di Malaysia dan dunia amnya. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di negara kita selepas tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea brazilliensis) dan Padi (Oryza sativa). Kelapa telah kini menjadi penting apabila negara perlu mengimport jutaan biji kelapa tua dari negara jiran Indonesia untuk membolehkan permintaan kelapa tempatan dipenuhi. Industri kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia juga menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil kelapa. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan prodik asas kelapa negara disamping berkeupayaan menjana sumber pertumbuhan baru saperti industri terkini seperti pengeluaran produk minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Penulis blog dapati dimana pada tahun 2021, Malaysia mempunyai kira-kira 84,228 hektar kelapa melibatkan 80,000 keluarga tani yang menghasilkan lebih kurang 566,595 metrik tan biji berdasarkan kepada hasil purata kelapa sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Sebahagian besar dari varieti yang ditanam sedia ada adalah dari jenis tradisional seperti Malayan Tall (80%), manakala bakinya adalah dari jenis hibrid komersil seperti MATAG (15%), pandan (4%) dan MAWA (1%). Dilaporkan dimana data semasa menunjukkan dimana sekitar 61% dari keluasan kelapa Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia. Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat sementara di Sabah banyak kelapa dikawasan Kudat dan Tawau. Industri penanaman kelapa semakin merosot sepanjang tahun disebabkan oleh banyak faktor terutama penggantian tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu tajuk bagaimana produk dari kelapa sesuai dijadikan sebagai 'Superfood' dimasa akan datang bagi menjadi rujukkan pembaca blog semua.


Dalam pada itu air nira kelapa juga boleh di jadikan Cuka. Cuka Kelapa dapat dibuat dengan  
melalui proses penapaian secara semulajadi. Gula yang terhasil secara semulajadi dari bunga pokok kelapa dan spesies Arecaceae yang lain selalu dijadikan ia sebagai bahan asas yang boleh didapati di seluruh Asia Tenggara khususnya digunakan di dalam manisan dan pencuci mulut yang dapat dinikmati semasa musim perayaan sahaja. Makan ini selalu terhasil lah diet yang sihat secara tradisional dengan menggunakan produk berasaskan kelapa. Lazimnya jenis diet berasaskan tradisional lebih bagus jika dibandingkan makanan pada zaman sekarang yang lebih menyumbang ke penyakit kronik dan obesiti disebabkan keterlaluan dalam penggunaan gula putih yang telah diproses serta minuman manis, minyak sayuran lemak poli-taktepu dan bijirin di mana tidak wujud pada zaman dahulu. Pembaca blog dapat melihat minat masyarakat yang mula ditanam terhadap produk yang diperbuat dari pokok kelapa dan bermodenkan teknologi yang ada dapat menghasilkan ‘superfoods’ yang berasaskan kelapa seperti minyak kelapa tanpa bau, dinikmati di negara bertropika serta seluruh dunia. Khasiat cuka kelapa ada banyak dimana ia dilaporkan baik kepada para penderita diabetes dan mereka yang ada masaalah kesihatan. Cuka kelapa yang diambil dilaporkan terbukti menurunkan risiko penyakit jantung dimana didalamnya banyak kandungan Asid Amino. Cuka kelapa juga didakwa memang mampu menurunkan berat badan dan juga mampu menguatkan sistem imuciti atau kekebalan tubuhbadan. Mengambil cuka kelapa didakwa boleh membantu meningkatkan fokus dan meningkatkan mood seseorang. Memang tidak asing jika cuka kelapa sebagai 'superfood' digunakan didalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan kehebatannya juga dimana ia sering digunakan untuk mengatur gula darah.


Sejak dulu dilaporkan dimana c
uka telah digunakan secara meluas dalam proses penyediaan makanan dan juga sebagai makanan tambahan yang mempunyai nilai-nilai pemakanan yang tinggi. Beberapa jenis bahan mentah dari hasil pertanian tempatan dan bahan sampingan pertanian telah dipilih untuk tujuan penghasilan cuka asli melalui proses penapaian. Bahan-bahan mentah tersebut adalah air kelapa matang, nira kelapa, jus nanas dan nira nipah. Cuka yang terhasil, bukan sahaja kaya dengan asid asetik tetapi juga sebatian bioaktif lain seperti sebatian polifenolik, sebatian meruap dan asid-asid organik. Pengeluaran cuka telah dijalankan sebagai industri kecil dan sederhana di kebanyakan negeri di Malaysia menggunakan pelbagai jenis bahan mentah berasaskan pertanian sebagai substrat. Banyak kelemahan yang telah diperhatikan semasa tinjauan dibuat di beberapa kawasan di MADA, Terengganu dan Kelantan yang berkaitan dengan penyediaan cuka secara tradisional. Proses pembuatan cuka boleh mencapai 3-6 bulan dan kualiti cuka yang dihasilkan mempunyai kadar keasidannya yang berbeza-beza. Cuka, perlu sekurang-kurangnya mempunyai kualiti piawaian yang sama dengan produk cuka komersil (4% keasidan minima, seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Makanan Malaysia, 1985) untuk dipasarkan. Kini cuka telah menjadi semakin popular dalam penggunaannya dan dihasilkan dalam berbagai bentuk campuran serta diformulasi sebagai produk-produk khusus. Produk cuka diberi nafas baru dengan formulasi yang inovatif yang memberi manfaat kesihatan serta memenuhi citarasa dan keperluan semasa pengguna telah mula memasuki pasaran.


Proses pembuatan cuka kelapa adalah melalui p
roses penapaian cuka pada dasarnya terdiri daripada dua proses. Proses yang pertama dimana penapaian gula kepada etanol oleh Yis (contoh: Saccharomycessp) dan kemudian ia diikuti dengan pengoksidaan etanol kepada asid asetik oleh  mikroorganisma bakteria asid asetik (contoh: Acetobactersp). Dari tinjauan pihak penyelidikan dimana ada sebuah makmal perintis telah dibangunkan oleh kerajaan untuk penghasilan cuka menggunakan air kelapa matang iaitu dengan cara menggunakan pendekatan ‘backslopping’. ‘Backslopping’ atau produksi secara berulang secara suapan berkelompok (fed-batch) adalah proses inokulasi bahan mentah dengan residu dari produksi cuka sebelumnya. Dilaporkan dimana kaedah ini mampu mempercepatkan proses penapaian dengan mempromosikan pertumbuhan dan perubahan yang diinginkan. Apa pun nilai tambah kepada kandungan sebatian fenolik cuka buah kelapa matang melalui kaedah infusi menggunakan bahantumbuhan (contoh; roselle, lemon myrtle dan teh hijau) atau buah-buahan telah dilakukan. Melalui proses infusi ini, ia dapat meningkatkan kandungan sebatian fenolik dan mampu memenuhi kepelbagaian produk cuka dari yang biasa kepada cuka khusus yang mempunyai ciri-ciri organoleptik dan sensori yang lebih baik. Produk cuka gabungan baru dan khusus ini muncul sebagai produk baru berinovatif yang bermanafaat kepada kesihatan yang boleh dipasarkan untuk pelbagai kegunaan. Apa pun kini cuka kelapa adalah produk sebagai ubat mujarab dengan pelbagai manfaat kesihatan. Cuka Kelapa Organik mungkin produk yang kurang mendapat sambutan berbanding produk berasaskan kelapa yang lain. Keseimbangan pH yang unik di dalam asid asetik menyerap gula kelapa (dari air kelapa organik) yang menyokong fungsi pencernaan yang sihat, gula dalam darah, penurunan berat badan, keseimbangan kolesterol, detoksifikasi dan banyak lagi faedahnya. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAMAN KELAPA... LUAS DI MALAYSIA...
VARIETI HIBRID MATAG...RAMAI SUKA...
KELAPA...MAKANAN SUPERFOOD DIA...
SELAPAS MEMBACA... FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8.8.2023 bersamaan 21  Muharram 1445H).
Updated October 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...