Support My Blog

Friday, October 11, 2024

KELAPA SEBAGAI MAKANAN 'SUPERFOOD' (Part 5)

PRODUK KELAPA (Coconut) sudah boleh dia dijadikan salah satu makanan superfood?. Perkara ini mungkin juga boleh dibincangkan dalam artikel kali ini kerana pada penulis blog tanaman kelapa merupakan 'Tree for Life' yang mana ia merujuk kepada semua bahagian tanaman kelapa boleh digunakan. Pembangunan Tanaman Kelapa di Malaysia bagi sektor pekebun kecil sejak merdeka lagi sudah diterajui oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Salah satu program didalam usaha pembangunan kelapa yang sangat berjaya adalah Rancangan Pembangunan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang berjaya membangunkan ribuan hektar tanaman kelapa terutama dibeberapa kawasan tumpuan di negeri Johor, Selangor, Perak dan negari-negeri lain. Projek ini telah berjaya menanam kelapa jenis Malayan Tall (CN1) yang mampu menghasilkan sekitar 7,000 - 8,000 biji kelapa sehektar setahun. Bagaimana pun program RPSKK ini telah dihentikan pada tahun 1981 setelah peruntukkan bagi program tersebut dihentikan. Persaingan dengan penanaman kelapa sawit dikalangan pekebun kecil juga menyebabkan tanaman kelapa terus tidak menarik minat petani berbanding dengan pulangan dari tanaman sawit. Pada penulis blog yang telah menulis lebih 500 artikel mengenai kelapa dalam blog ini memang sangat memahami industri kelapa di Malaysia dan dunia amnya. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di negara kita selepas tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea brazilliensis) dan Padi (Oryza sativa). Kelapa telah kini menjadi penting apabila negara perlu mengimport jutaan biji kelapa tua dari negara jiran Indonesia untuk membolehkan permintaan kelapa tempatan dipenuhi. Industri kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia juga menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil kelapa. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan prodik asas kelapa negara disamping berkeupayaan menjana sumber pertumbuhan baru saperti industri terkini seperti pengeluaran produk minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Penulis blog dapati dimana pada tahun 2021, Malaysia mempunyai kira-kira 84,228 hektar kelapa melibatkan 80,000 keluarga tani yang menghasilkan lebih kurang 566,595 metrik tan biji berdasarkan kepada hasil purata kelapa sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Sebahagian besar dari varieti yang ditanam sedia ada adalah dari jenis tradisional seperti Malayan Tall (80%), manakala bakinya adalah dari jenis hibrid komersil seperti MATAG (15%), pandan (4%) dan MAWA (1%). Dilaporkan dimana data semasa menunjukkan dimana sekitar 61% dari keluasan kelapa Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia. Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat sementara di Sabah banyak kelapa dikawasan Kudat dan Tawau. Industri penanaman kelapa semakin merosot sepanjang tahun disebabkan oleh banyak faktor terutama penggantian tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu tajuk bagaimana produk dari kelapa sesuai dijadikan sebagai 'Superfood' dimasa akan datang bagi menjadi rujukkan pembaca blog semua.


Ada beberapa persoalan seperti kenapa perlu memasak denga menggubakan Minyak Kelapa?. Dari beberapa keterangan dinyatakan dimana kini ada jenis utama minyak dari kelapa iaitu Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) dan Minyak Kelapa tanpa bau telah memasuki dunia masakan disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan yang memberangsangkan. Beberapa saintis menyatakan dimana mereka telah djelaskan secara mendalam mengenai isu ini akan tetapi boleh diringkaskan keterangan dimana Minyak ini memang ia kaya dengan MCT yang menyokong fungsi asas di dalam badan termasuk tenaga, cepat kenyang, metabolisma dan penurunan berat badan. bahan oksidan adalah ia tidak menyumbang kepada pembentukan radikal bebas toksik, keradangan dan arterioklerosis sepertimana memasak menggunakan minyak sayuran lemak poli-taktepu Omega 6. Dilaporkan dimana ia juga rendah alergen dan sesuai bagi diet bebas tenusu, vegetarian dan makanan mentah. Bahan ini menyokong perubahan diet kepada rendah kalori tinggi lemak atau diet ketogenik. Dilaporkan dimana walaupun kebanyakan orang menambah Minyak Kelapa Dara Organik sebanyak satu sudu besar di dalam minuman ada juga para pengamal kesihatan dan chef mengesyorkan bagi menggantikan ia dengan minyak sayuran poli-taktepu yang diproses di dalam setiap masakan. Apa pun bezanya adalah minyak ini diperbuat daripada kelapa segar yang di perah sejuk isinya dengan menapis bagi mengeluarkan minyak yang jernih dengan haruman kelapa, manakala Minyak Kelapa tanpa bau diperbuat daripada kelapa kering dan dihantar ke kilang memproses minyak kelapa dengan mengestrak di mana minyak ini melalui proses penapisan, pelunturan dan menyah bau. Minyak kelapa ditapis yang bergred tinggi dihasilkan dengan 100% pengekstrakan secara fizikal tanpa menggunakan sebarang kimia sepanjang proses tersebut dan hanya segelintir kilang minyak di dunia yang mendapat sijil organik bagi proses ini. Jika minyak kelapa yang anda gunakan dalam masakan tidak diiktiraf organik, maka ia diproses melalui pengestrakan kimia yang murah. Dalam pada itu amalan gunakan kulit kelapa yang berwarnakan coklat juga digunakan bagi memproses minyak kelapa dan menghasilkan warna kekuningan berbanding dengan minyak kelapa dara (kulit kelapa dibuang sebelum diperah sejuk) yang jernih. Setiap jenis minyak kelapa akan membeku apabila suhunya mencecah bawah 24⁰C dan hanya boleh dicairkan dengan merendam botol di dalam air panas. Dilaporkan dimana kedua-dua jenis minyak kelapa ini stabil dan tahan suhu yang tinggi membuatkan ia pilhan yang ideal bagi memasak, membakar, memanggang serta menggoreng. Disebabkan Minyak Kelapa Dara mempunyai aroma yang kuat, minyak ini mungkin tidak sesuai digunakan di dalam semua jenis masakan. Minyak ini popular dalam masakan Asia seperti kari atau rendang yang kaya dengan rasa kelapa serta rasa ‘butter’ yang lazat bagi baking dan pencuci mulut. Jadi, sentiasa memilih VCO dengan aroma yang segar dan Minyak Kelapa Organik tanpa bau boleh digunakan di dalam setiap masakan dengan memberi rasa ‘butter’ walaupun tidak memberi rasa kelapa dan disukai ramai. 


Ramai kalangan pembaca blog kurang tahu mungkin mengenai produk TEPONG KELAPA (Coconut flour). Apa yang penulis blog faham dimana tepung kelapa adalah tepung yang berasal dari daging kelapa yang didapat setelah santan atau minyak kelapa dihasilkan. Bentuknya menyerupai tepung ganduk berupa serbuk putih halus (Sila lihat foto disebelah). Tepung ini dilaporkan ia memang mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lebih baik dari tepung biasa. Apa pun tepung ini di dakwa 100% bebas gluten. Tepong ini tidak cirinya mengandungi gluten dan juga tepung ini dianggap ideal bagi siapa saja produk yang tidak toleran terhadap gluten. Tepung kelapa mempunyai 58% kandungan serat dimana kandungan serat pada tepung ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan tepung gandum sehingga mampu memenuhi keperluan serat harian penggunanya. Tepong kelapa mempunyai warna krim lembut dan kandungan lemak yang rendah, sisa fiber yang tinggi terdapat pada isi kelapa segar yang telah diekstrak bagi proses Minyak Kelapa Dara. Tepung ini akan dikisar halus dan sedia digunakan sebagai alternatif tepung dalam semua jenis ‘baking’ kerana mempunyai indek glikemik (GI) yang rendah serta bebas gluten. Roti dan kek yang dibakar menggunakan tepung seperti beras atau gandum mempunyai indek glikemik yang semakin tinggi jika tepung tersebut melalui proses penapisan yang berterusan. Gluten di dalam gandum didakwa dianggap sebagai bahan alergen dan keradangan yang utama pada diet moden dan membuka peluang yang cerah bagi diet bebas gluten dimana tepung kelapa melengkapi keperluan ini. Tinggi fiber di dalam tepung ini juga menggalakkan kesihatan usus serta rasa kelapa yang lembut dan kemanisannya menambah kesedapan dalam resepi masakan. Tepung kelapa boleh dicampurkan dengan tepung bebas gluten yang lain seperti badam, ubi kayu dan ubi kayu manis ataupun hanya tepung kelapa sahaja. Cuba produk kami Campuran Kek dan Roti Keto yang menggabungkan Tepung Kelapa dengan tepung Psyllium serta flaxseed. Tepung Kelapa menyerap cairan lebih banyak berbanding tepung bijirin yang lain, langkah berjaga-jaga perlu diambil dengan mengurangkan kuantitinya sebanyak satu pertiga jika menggantikan tepung biasa dengan tepung kelapa. Selain itu, tanpa gluten dimana merupakan bahan yang ‘mengikat’ sepertimana di dalam tepung gandum, maka resepi yang menggunakan tepung kelapa memerlukan telur bagi ‘mengikat’ adunan supaya tidak mudah terlerai. Rahsia menghasilkan roti dari tepung kelapa ialah dengan dengan memukul telur putih sehingga gebu dan dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan roti. Tepung kelapa dikisar sehingga halus dan mempunyai kandungan lemak sebanyak 14% yang sesuai dalam masakan berbanding dengan kelapa parut yang kemungkinan mempunyai lemak yang tinggi atau rendah serta mempunyai ketulan kecil dan kelembapan yang tidak sesuai bagi menggantikan ia sebagai tepung.


Makanan 'superfood' yang agak jarang dibincangkan adalah PES KELAPA atau KERISIK KELAPA (Coconut paste). 
Pes kelapa diperbuat daripada sejatan 100% dari kelapa yang segar tanpa di tambah sebarang penambahan dan mengandungi Minyak Kelapa Dara serta isi kelapa yang telah dikisar halus dan kaya dengan fiber, protein dan mineral yang menjadikan masakan bertambah sedap dengan rasa kelapa manis serta memberi faedah kepada tubuh badan kita. Bukan sahaja boleh disapu pada roti atau dimakan begitu sahaja, malah boleh ditambah ke dalam masakan kegemaran anda ataupun di dalam kek bebas gluten serta buah-buahan bagi menambahkan rasa manis semulajadi. 
Kini penghasilan kerisek telah banyak ia dikomersilkan dengan menggunakan mesin dan peralatan yang moden untuk menghasilkan produk kerisek yang banyak dengan kawalan kualitii yang baik. Kerisek yang dijual dipasaran kini perlukan sijil Mesti dan Halal untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Kini selain daripada industri kelapa tempatan, pengilang produk kerisek sering menggunakan kelapa yang diimport dari Indonesia sebagai bahan asas membuatnya. Penulis blog sering membeli kerisek kelapa di pasaraya dan sesekali membelinya secara on-line. Membuat sendiri kerisek ini memang mudah dilakukan walau pun agak memenatkan jika dibuat secara tradisional. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAMAN KELAPA... LUAS DI MALAYSIA...
VARIETI HIBRID MATAG...RAMAI SUKA...
KELAPA...MAKANAN SUPERFOOD DIA...
SELAPAS MEMBACA... FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8.8.2023 bersamaan 
21  Muharram 1445H).
My birthday is TODAY!....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...