Support My Blog

Wednesday, October 16, 2024

SEMBANG KELEDEK DI MEDIA (PT 1)

UBI KELEDEK
(Impomea batatas) merupakan sejenis umbisi dari keluarga Convoculaceae yang boleh menguntungkan petani jika mampu memberikan hasil yang berkualiti dengan kuantiti banyak. Tanaman keledek dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama sebagai tanaman monokrop atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai usaha menambah pendapatan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 2,887 hektar keledek ditanam pada 2023 dengan penghasilan sebanyak 47,933 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Negeri Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan keluasan sebanyak 1,481 hektar dan menghasilkan sebanyak 27,422 metrik tan diikuti dengan Kelantan (577 ha), Selangor (152 ha) dan bakinya di beberapa negeri lain dimana ia menurun sebanyak 18% berbanding tahun 2020. Penulis blog mendapati dimana keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan ia ada yang berbentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek adalah umbiisi didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Oren, Keledek Ungu, Kkeledek Lembayung (varieti baru oleh MARDI) dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter bertujuan untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanaman jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang belajar menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama. Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan dengan anggaran hasil sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Kaedah menuai keledek dilakukan dengan cara membuang daun-daun dahulu dan umbisi di korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" sata sembang kisah mengenai tanaman keledek dari media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik dalam mediaprima.com kisah bertajuk '
Berbaloi tanam ubi keledek' untuk di kongsikaninfonya. Aktiviti pertanian sudah menjadi sebahagian daripada hidup lelaki ini kerana ibu dan bapanya adalah petani. Sebaik sahaja bersara dari sebuah syarikat minyak dan gas pada 2008 dimana Baharudin Zainal Abidin (65) tidak berlengah untuk menjadi 'pekebun' sepenuh masa. Ternyata, 'tangan sejuknya' kepada tanah membuahkan hasil yang lumayan. Mengimbau kisah permulaan pembabitan secara serius di dunia pertanian, Baharudin atau lebih mesra disapa Wak Baha berkata, sebaik sahaja bersara dia mula meninjau jenis pertanian yang boleh diusahakan dan mampu menuai hasil yang berbaloi. Dia mula membeli sebidang tanah seluas kira-kira 0.8 hektar di Sepang, Selangor RM38,000 dan memulakan tanaman ubi keledek kerana ia bukan sahaja mudah untuk dijaga malah mampu dituai pada waktu yang singkat. Awalnya hasil tuaian pertama ubi keledek saya mampu mencecah antara 15 hingga 20 tan pada suatu pusingan musim tuaian. Jadi, beberapa bulan seterusnya, saya membeli tambahan 0.8 hektar tanah untuk berjaya mengembangkan lagi tanaman ubi keledek. Dakwanaya  modal awal aktiviti pertaniannya hanya membabitkan pembelian tanah sahaja kerana anak pokok ubi keledek diberikan rakan-rakannya yang sudah berjaya di dalam tanaman itu. Jika melihat kepada tanaman yang dilihat ia memberangsangkan saya membeli tanah baharu secara berperingkat dan sehingga kini dia mempunyai kira-kira 4.4 hektar tanah yang menanam ubi keledek, ubi kayu dan pelbagai sayur-sayuran lain. Paling utama pastinya ubi keledek kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi. Benih ubi keledek yang berusia tiga bulan adalah paling sesuai untuk ditanam dan tempoh matang untuk sesuai dituai selepas empat bulan. Manakala ubi kayu pula mengambil masa antara 11 bulan hingga setahun untuk dituai hasilnya. Ubi keledek ini mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan banyak air. Namun, pada usia 10 hingga 15 hari ketika baharu ditanam ia berada pada tahap yang perlu diberi perhatian kerana memerlukan air yang cukup dan harus dipastikan tidak diserang serangga perosak. Biasanya selepas tempoh 15 hari ditanam maka pokok ubi keledek boleh dibiarkan membesar tanpa memerlukan air yang banyak kerana ia sejenis tumbuhan yang tahan lasak. Bagaimanapun ia perlu diberikan 'ubat' bagi memastikan ubi itu tidak dimakan anai-anai dan serangga. Pada tempoh awal tanaman jika tidak hujan atau musim panas, dia perlu menyiram secara manual anak-anak pokok ubi keledek yang baharu ditanam dan air embun pada sebelah pagi memberi bantuan siraman semula jadi yang amat baik. Dia juga sudah mempunyai tiga pekerja yang bukan sahaja membantu ketika musim tuaian tetapi perlu membersihkan sekitar kebun supaya kawasan tanaman tidak bersemak dengan rumput. Keadaan yang bersih boleh mengelakkan daripada gangguan serangga seperti anai-anai dan semut. Kini tanah seluas 4.4 hektar miliknya kini mampu menuai sehingga 100 tan setahun dan cara tanaman juga dilakukan secara berperingkat bagi membolehkannya menuai dua kali setahun. Dia menanam ubi keledek ini secara berperingkat supaya hasil tuaian boleh dilakukan dua kali setahun dan mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Perkara ini kerana ubi keledek mempunyai permintaan yang agak memberangsangkan. Harga pasaran ubi keledek jika belum dibersihkan boleh dijual pada RM2.40 sekilogram dan bagi ubi keledek yang sudah siap dibasuh dan dibersihkan dijual pada RM3 sekilogram. Ubi keledek mempunyai permintaan yang tinggi kerana ia boleh dijadikan pelbagai menu makanan sehinggakan ada kalanya tidak dapat memenuhi permintaan di pasaran.


Dalam hmetro.com pula di laporkan bagaimana '
Tanaman keledek menguntungkan' wajar dikongsikan faktanya. Media laporkan dimana ketika menanam jagung yang kemuidian ia kurang memberikan pulangan memberangsangkan ada seorang petani yang menanam pelbagai jenis ubi keledek diusahakan. Bagi petani Nur Suria dimana ia dilaporkan kisah kegigihan ibu saudaranya, Zuraini Osman yang menjadi inspirasi kepadanya untuk turut membantu. Penanaman ubi keledek dengan teknik yang betul mampu memberi pulangan tiga hingga empat kali ganda berbanding kos mengusahakan tanaman semusim. Apa pun selepas bersara mereka mula mengusahakan pelbagai tanaman dan menternak kambing dalam ladang di Batu Gajah, Perak. Sebelum ubi keledek, dia usahakan ladang jagung, tetapi tidak begitu menguntungkan. Mereka kemudian beralih kepada ubi keledek atas nasihat seorang kenalan yang juga pembekal baja dan racun tanaman. Kami disarankan tanaman ubi berkenaan sebagai ganti kerana harganya lebih stabil selain kos tidak terlalu tinggi. Awalnya dimulakan terlebih dahulu dengan satu lot iaitu kira-kira 0.135 hektar. Selepas lihat hasil tanaman ubi keledek makin memberangsangkan, kami kembangkan kepada plot lain. Tanaman kemudian dilakukan secara berperingkat supaya dapat keluarkan hasil dan jana pendapatan konsisten setiap bulan. Apa pun secara kasar keuntungan penanaman ubi keledek keluasan bagi 0.404 hektar adalah kira-kira RM4,000. Ketika mula menanam disedia dahulu benih daripada pembekal iaitu keratan batang pucuk keledek. Apa pun tanaman keledek juga memerlukan racun perosak dan baja supaya tumbuh dengan baik. Anggaran kos ialah RM4,000 dan bahagian paling banyak menelan belanja ialah baja iaitu kira-kira RM2,000. Biasanya pengeluaran bagi satu ekar (0.4 hektar) di ladang ini berjaya hasilkan sekitar lapan hingga sembilan tan ubi keledek sebulan. Pada kadar harga pasaran semasa pula, ubi keledek yang dibeli secara borong antara RM1.80 hingga RM2.20 sekilogram. Paling tinggi hasil jualan ubi keledek dari ladang ini ialah RM19,000. Itu apabila ubi keledek terjual semuanya kategori gred A. Dalam dunia penjualan ubi keledek biasanya bagi gred terbahagi kepada Gred A, Gred B dan Gred C. Ia dibezakan mengikut kerosakan ubi keledek menerusi bilangan lubang dihasilkan serangga pengorek. Keadaan tekstur tanah juga memainkan peranan penting dalam penanaman. Ladang berkenaan berkeluasan kira-kira 4.86 hektar itu adalah tanah berpasir dimana dilihat yang tanah berkenaan antara terbaik bagi tanaman ubi keledek. Tempoh matang adalah kira-kira empat hingga empat bulan setengah selain turut mengambil kira tekstur pada kulit atau permukaan ubi sama ada masih berkedut atau licin. Kalau berkedut lagi ketika masuk empat bulan, ia belum cukup matang dan perlukan seminggu dua lagi sebelum dituai. Disbabkan tanah tersebut adalah sebahagian daripada kawasan lombong maka teksturnya berpasir dan bagi tanah berpasir, tanaman seperti keledek amat sesuai sekali. Tanaman ubi keledek tidak boleh ada takungan air kerana 'ibu' akan lembik dan mudah rosak. Pernah juga ada penanam ubi keledek menanam keledek pada tanah gambut menyebabkan permukaan ubi seperti 'bermisai' disebabkan akar halus tumbuh pada kulit dan tidak licin seperti keledek yang ditanam pada tanah berpasir. Dalam kaedah penanaman iaitu selain ubi keledek memerlukan siraman air mencukupi dimana rutin baja setiap 15 hari sekali amat penting memastikan hasil iaitu saiz ubi keledek memuaskan. Dalam semusim biasanya baja diberikan sebanyak lapan kali dan bulan pertama biasanya baja daun, bagi bulan berikutnya ialah baja buah. Racun pula penting kerana ancaman perosak seperti ulat pengorek dan tikus boleh mempengaruhi kualiti jualan gred ubi. Kalau ada terdapat tiga lubang saja, ubi keledek boleh jatuh kepada gred C atau 'direject', tetapi hasilnya masih boleh dijual untuk makanan ternakan seperti penternak landak raya atau mereka yang memiliki taman haiwan. Selain bahagian ubi keledek ada kala daunnya juga boleh dijual untuk dijadikan makanan ternakan haiwan seperti dalam ladangnya apabila turut diberi kepada kambing dan arnab peliharaan. Ubi keledek memang menguntungkan, tetapi ia ada tempoh atau had tanaman. Macam dalam ladang ini sudah masuk tiga tahun dengan cara mengusahakan tanaman ubi keledek, perlu beralih kepada tanaman lain bagi pulihkan kembali kesuburan tanah dan mencegah ancaman perosak. Mereka mungkin akan usahakan projek sayur-sayuran termasuk kacang tanah dan kacang botol yang boleh mendatangkan keuntungan seperti keledek.


Ada banyak varieti keledek yang sesuai di pilih petani untuk ditanam secara komersil. Apa pun varieti Kledek Vitato dilaporkan saah satu varieti popular ditanam terutama di Kelantan. Media sama laporkan '
Perintis ubi keledek Vitato' yang di tanam di Setiukini sudah pun diperluaskan ke Besut melalui pihak UniSZA dan Jabatan Pertanian Terengganu. ilaporkan dimana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut, Besut, Terengganu menggunakan Model Projek Pertanian Lestari untuk penanaman ubi keledek Vitato meliputi kawasan seluas 40.5 hektar (100 ekar). Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan UniSZA, Profesor Dr Hafizan Juahir menyatakan dimana bajet berjumlah RM 2 juta dari Jabatan Pertanian Terengganu untuk pembangunan tanah berpontensi digunakan bagi melaksanakan projek itu di UniSZA Kampus Besut. Projek berkenaan dapat meningkatkan pendapatan warga kampus serta komuniti masyarakat setempat terutamanya golongan B40. Projek perintis ubi keledek vitato sudah dilaksanakan membabitkan kawasan seluas 7.7 hektar (19 ekar) dan 2.2 hektar (5 ekar) sudah mengeluarkan hasil. "Permintaan terhadap ubi keledek Vitato amat tinggi dan mempunyai pasaran luas untuk dikomersialkan. Model Projek Pertanian Lestari berkenaan membabitkan beberapa komponen bagi meningkatkan pendapatan komuniti B40 dan melaksanakan program kitar semula sisa makanan melalui penggunaan baja kompos. Penggunaan baja kompos dapat menjimatkan kos baja tanaman ubi keledek Vitato dan membantu masyarakat menambah pendapatan sampingan dengan menjual baja kompos kepada kami sebagai usaha membudayakan kempen kitar semula. Langkah itu diambil bagi mengatasi masalah pertambahan jumlah sisa makanan terbuang setiap hari dan sebagai langkah permulaan mereka bekerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Beting Lintang melaksanakan projek menghasilkan baja kompos dengan juga menggunakan lalat askar hitam atau Black soldier Fly (BSF) di kawasan sekolah. Projek perintis itu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sehingga Mac tahun hadapan bertujuan untuk mendedahkan murid berkenaan teknik penghasilan baja kompos secara semula jadi melalui pembelaan lalat askar hitam dengan kos rendah di sekolah. Murid sekolah juga didedahkan dengan teknik penanaman dan penjagaan tanaman secara fertigasi yang akan diberi baja kompos BSF dijangka mampu untuk meningkatkan kesedaran berkenaan pengurusan sisa yang lebih baik di kalangan murid sekolah. Apa pun dilaporkan hasil penyelidikan sehingga Mei lalu mendapati sisa makanan menyumbang 30% daripada hasil keseluruhan sisa pepejal di negeri ini. Dianggarkan sebanyak 800 tan sisa pepejal dihasilkan di Terengganu dan daerah Kuala Terengganu menjadi daerah tertinggi iaitu 240 tan sehari. Faktor kepesatan pembangunan di samping pelancongan sebagai aktiviti ekonomi utamanya, turut menyebabkan penjanaan sisa pepejal semakin bertambah setiap hari. Kini oembuangan botol plastik (23 peratus), kertas terpakai (15%), botol (15%), surat khabar (8%), tin aluminium (6%), sisa kebun taman (2%) serta logam (1%). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel memberi info berguna kepaa seua pembac blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KELEDEK... MUDAH CARANNYA...
BENIH DI BELI... TANAHNYA PELU SEDIA...
CUKUP BULAN... MULA MENUAI PULA...
MENGUNTUNGKAN.. LAPORAN MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taan Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...