Support My Blog

Friday, October 18, 2024

SEMBANG KELAPA SAWIT DI MALAYSIA (PT 1)

INDUSTRI KELAPA SAWIT
di Malaysia merupakan salah satu industri yang berkembang sejak dulu sehingga menjadi penyumbang kepada KDNK Malaysia yang sigifikan. Apa pun dari segi sejarah dimaa perladangan kelapa sawit yang pertama adalah di Estet Tennamaran, Selangor yang telah pun menggunakan benih Elaeis guineensis dari Afrika Barat, pada tahun 1917. Sejak itu dilihat yang industri kelapa sawit telah mengubah lanskap Malaysia secara ekonomi, sosial dan alam sekitar dimana selepas lebih daripada 100 tahun kini industri ini sudah banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Apa pun sekitar tahun 50an dilaporkan terdapat tiga buah syarikat perladangan utama yang merupakan syarikat milik asing iaitu Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby untuk menanam sawit. Pada tahun 60-an pula kemudian diujudkan satu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk mengendalikan penempatan semula penduduk luar bandar ke kawasan yang baru dibangunkan untuk menganjurkan aktiviti pertanian pekebun kecil, khususnya dalam tanaman kelapa sawit dan getah. Pada 2019, terdapat 44 syarikat perladangan yang tersenarai di Malaysia. Nilai modal pasaran mereka ialah RM113 bilion berkedudukan nombor lima di Bursa Malaysia iaitu selepas sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media, utiliti dan perkhidmatan industri. Dilaporkan dimana ia turut menyumbangkan RM38 bilion kepada KDNK pada 2018 (38%) daripada sumbangan pertanian (7.3%). Pada tahun 2023 sektor kelapa sawit menyumbangkan sebanyak 2.97% atau bernilai RM95 billion. Selain itu sektor perladangan kelapa sawit juga menyumbang kepada 5.6 juta pekerjaan termasuk kategori petani pekebun kecil, pengilang, pengusaha, pemasar, pedagang dan lain-lain. Apa pun kini minyak sawit adalah minyak sayuran yang paling produktif iaitu kini dengan kadar pengeluaran 4.5 tan sehektar jika hendak dibandingkan dengan minyak sayuran lain seperti kacang soya, bunga matahari, jagung, minyak zaitun dan rapeseed. Ia menunjukkan bahawa kelapa sawit mempunyai produktiviti yang tinggi untuk setiap hektar tanah. Bagi tujuan memastikan pengeluaran kelapa sawit adalah mampan dan tidak merosakkan alam sekitar kini terdapat beberapa jenis pensijilan untuk dipatuhi oleh pemain industri minyak kelapa sawit. Antara pensijilan utama ialah Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO), International Sustainability and Carbon Certification (ISCC), Indonesian Sustainable Palm Oil (ISPO) dan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Sijil ini disasarkan untuk mengesahkan rantaian nilai industri minyak sawit termasuk pekebun kecil. Pelbagai usaha dibuat untuk merealisasikan sasaran ini sehingga Malaysia sebagai pelopor menghasilkan produk sawit yang terkenal masa kini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang secara baik mengenai industri sawit di Malaysia untuk jadi bahan rujukkan pembaca semua.


Keluasan tanaman kelapa sawit sentiasa berubah-ubah mengikut tahun dimana terkini Malaysia
 memiliki keluasan ladang sawit sebanyak 5.7 juta hektar yang menghasilkan 18.5 juta tan minyak sawit mentah setahun atau 23 peratus daripada pengeluaran dunia. Kira-kira empat juta hektar atau 73 peratus milik syarikat perladangan manakala 1.7 juta hektar diuruskan sekitar 450,000 pekebun kecil. Apa pun pelaburan dalam bidang pertanian pada zaman moden masih dilihat ia mempunyai peluang perniagaan jangka panjang, dan saiz keluasan ladang kelapa sawit di Malaysia yang semakin meningkat setiap hari. Usahawan dan petani banyak membantu dengan program-program kerajaan Malaysia dalam mendapatkan lesen untuk pembukaan ladang-ladang kelapa sawit baru. Pihak ladang dan petani terus meningkatkan produktiviti ladang kelapa sawit yang ada padanya dengan andaian  dimana ladang yang lebih besar ia boleh selalunya menghasilkan hasil lebih banyak. Tanaman kelapa sawit adalah tumbuhan yang menjadi tulang belakang sektor pertanian selama lebih 3 dekad yang lalu sehingga sekarang di Malaysia dimana menyumbang kepada ekonomi. Kerajaan Malaysia mencatatkan kawasan keseluruhan ladang kelapa sawit adalah 4.7 juta hektar pada tahun 2015 dimana keluasan di catitkan hanya meningkat kira-kira 642,000 hektar daripada tahun 1970-an. Kini Negeri Sabah dan rakyatnya merasakan manfaat pokok kelapa sawit berpunca Sabah mempunyai  perladangan kelapa sawit terbesar di Malaysia dengan ujud keluasan kira-kira 1.362 juta hektar. Rakyat Sarawak juga kini dapat melihat bahawa banyak ladang kelapa sawit di kawasan mereka apabila luas ladang kelapa sawit di Sarawak lebih dari 840,000 hektar. Bagaimana pun masih terdapat kawasan kelapa sawit luas di Johor meliputi 712,000 hektar. Agak menarik dilaporkan Pulau Pinang mempunyai kawasan tanaman sawit rendah iaitu hanya seluas 14,000 hektar.


Sering didengar dimana ada kempen boikot produk minyak sawit dilakukan oleh beberapa negara pengimport kerana persaingan segmen minyak masak dunia. Bagaimana pun Kerajaan Malaysia dan sektor industri sawit terus berusaha bagi membangunkan komoditi eksport minyak sawit yang lebih berkualiti dengan syarat dimana tidak lagi membuka ladang kelapa sawit dengan cara yang dilihat akan memusnahkan alam semula jadi dalam kempen boikot mereka. Isu seperti kebakaran hutan, kepupusan hutan dan sumber oksijan, kepupusan tumbuh-tumbuhan hutan dan juga haiwan eksotik perlu di elakkan demi mengekalkan kelestarian dan kesinambungan semua ekosistem. Walau pun dilihat penanaman pokok kelapa sawit di Malaysia telah menjadi salah satu tanaman perladangan yang mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi namun ia perlu dirancang dengan sistematik. Peranan estet dan pekebun kecil sawit dijangka berterusan untuk meningkatkan daya pengeluaran buah tandan segar kelapa sawit untuk memberi manfaat kepada semua pihak. Di Malaysia dik
atakan bahawa kelapa sawit di Malaysia mempunyai keluasan sekitar 6 juta hektar dan angka ini turun naik disebabkan proses penebangan dan penanaman semula. Dalam pada itu jika hendak dibandingkan dengan keluasan tanaman kelapa sawit di Indonesia sebagai pengeluar utama sawit dunia mencapai keluasan 18 juta hektar. Kini Malaysia masih boleh menghasilkan 29 - 30 tan kelapa sawit di ladang dengan keluasan 1 hektar setiap tahun dan didakwa petani Indonesia purata cuma boleh menghasilkan 12 tan kelapa sawit di ladang dengan keluasan 1 hektar setiap tahun. Kini sudah ada laporan dimana sektor estet di Indonesia boleh menghasilkan prata sebanyak 19 tan kelapa sawit sehektar setahun. Apa pun jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia antara yang terbesar di dunia yang kerana kerajaan Malaysia selepas negara Indonesia. Di Malaysia dikembangkan lagi teknologi kelapa sawit dengan aplikasi moden, penggunaan baja yang terbaik, anak benih kelapa sawit yang unggul dan mekanisasi ladang lebih cekap. Diharap Malaysia tidak harus berpuas hati dengan menjadi pengeksport minyak sawit terbesar dunia hari ini sebab mereka perlu terus berusaha untuk terus membangunkan industri minyak sawit dengan lebih menguntungkan. Peningkatan produktiviti tanaman kelapa sawit di Malaysia boleh di hebatkan lagi dengan penggunaan benih kualiti dan pengurusan pengeluaran yang lebih profesional. Prospek untuk pembangunan minyak sawit juga agak baik dimana dari sisi permintaan minyak sawit ia dijangka akan tetap tinggi pada masa hadapan. Apa pun antara keunggulan minyak sawit yang dihasilkan Malaysia iaitu disimpan lebih tahan lama, tahan tekanan tinggi dan suhu, tidak akan luput dengan cepat, mengandungi nutrien yang baik untuk kesihatan. Aspek untuk mengoptimumkan potensi kelapa sawit di Malaysia di pasaran domestik dan pasaran luar negara untuk memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.


Menarik untuk di sembangkan sedikit akan bagaimana baka dan tanaman kelapa saeit ini di kembangkan di Malaysia. Kelapa sawit yag di bawa ke Malaysia sejak aman kolonial menjadi tanaman aling luas di Malaysia berbanding dengan tanaman kelapa, padi, buah-buahan dan sayuran. Apa pun asasnya ada 4 jenis Baka Kelapa Sawit di Malaysia yang perlu di kongsikan iaitu Baka Kelapa Sawit Liar, Baka Kelapa Sawit Berkualiti, Baka Kelapa Sawit DXP (Paling popular di tanam) dan juga Baka Kelapa Sawit Terbaik. Bagi kategori Baka Kelapa Sawit Liar dimana selalunya anak benih atau baka kelapa sawit liar diperolehi secara langsung dari hutan tanpa melalui proses pembiakan tiruan atau pembiakan silang. Benih yang diperolehi daripada buah kelapa sawit yang matang yang jatuh di keliling pokok induk dan kemudian berkembang dengan sendirinya. DIlihat walaupun benih kelapa sawit liar diperolehi secara percuma namun sebenarnya kualiti baka ini tidak dikawal dengan baik. Jenis kedua iaitu Baka Kelapa Sawit Berkualiti adalah jenis baka sawit dimana para penyelidik menkaji dan membiakan silang antara pokok-pokok kelapa sawit untuk menghasilkan baka kelapa sawit yang unggul. Anak benih kelapa sawit mempunyai kualiti yang baik mempunyai pokok yang tumbuh dengan cepat dan mempunyai produktiviti buah-buahan yang besar. Baka kelapa sawit berkualiti selalunya ada ciri tahan kepada perosak dan penyakit. Anak benih kelapa sawit yang berkualiti dihasilkan daripada proses pembiakan rumit dimana ia dilakukan oleh pembiakbaka di sektor awam atau oleh pembiakbaa disektor syarikat. Para petani boleh mendapatkan jenis anak benih kelapa sawit ini dengan pelbagai harga. Paling popular dan di kenali adalah Baka kelapa sawit DxP atau pun Dura X Pisifera. Saintis dan penyelidik menjalankan beberapa penyiasatan kaedah untuk penanaman komersial yang berjaya yang dilakukan dimana mampu untuk mereka menghasilkan jenis baka DXP. Baka DXP akan berkembang menjadi pokok dengan tandan rendah dan besar sehingga boleh memudahkan pekerja ladang menuai tandan buah kelapa sawit sebem diproses di kilang sawit. Treakhir adalah jenis Baka Kelapa Sawit Terbaik dimana tanaman ini dihasilkan oleh saintis dengan melakukan pembiakan vegetatif pada pokok kelapa sawit atau teknologi kultur tisu. Apa pun antara ciri penting termasuk berikan produktiviti yang tinggi diantara 32 -  40 metrik tan tandan buah segar sehektar setiap tahun. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI SAWIT... LAMA DI MALAYSIA...
IA PENGEKSPORT UTAMA.. DI DUNIA...
PAING LUAS DI TANAM.. DI INDONESIA..
PALING TINGGI HASIL...KINI DI BANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1446H).
Bersamaan 17 Oktober 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...