Support My Blog

Monday, October 21, 2024

SEMBANG INDUSTRI WALIT DI MALAYSIA (PART 2)

INDUSTRI BURUNG WALIT
kini yang menjadi 'kegilaan' ramai pengusaha di Malaysia dan Indonesia. Industri ini telah berkembang dengan begitu pantas dimana tahun 2010 sahaja direkodkan terdapat sebanyak 6,050 premis dikenalpasti yang melibatkan sebanyak 3,750,000 buah sarang (Sumber: Laporan Statistik Tahunan Agromakanan MOA, 2010) dimana kini jumlahnya semakin bertambah pada tahun 2024. Apa pun dilaporkan dimana jumlah penghasilan produk burung walit dilaporkan mencecah sebanyak 30,000 metrik tan dan kalau purata harga sarang burung ialah RM 4,500 - RM 6,000 sekilogram maka boleh agak berapa nilai pengeluaran industri ini dan mungkin mencapai kasarnya RM 1.8 billion
 (2010) sudah capai tahun 2024 sebanyak RM4.5 billion. Industri ini mendapat perhatian khusus dari Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet beberapa tahun dahulu. Sesiapa yang ada minat, ada modal, ada kawasan sesuai maka mereka boleh mendapatkan ilmu bagaimana hendak menceburi bidang ini dengan berkursus dan menjadi usahawan burung walit. Tanpa disedari dan diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia selepas Tsunami di Aceh. iaitu kira-kira 10 tahun lepas. Jumlah itu dijangka meningkat ekoran jumlah bagi permintaan berterusan dari negara China di mana sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya selain turut menjadi "pengukur" kepada status individu di China. Malaysia kini saya dapat laporan merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan. Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" bersembang mengenai beberapa kemajuan industri burung walit di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Di Malaysia sebenarnya aspirasi pihak kerajaan untuk membina sebuah negara berpendapatan tinggi dicetuskan semasa pembentangan Dasar Wawasan 2020 pada tahun 1991. Antara matlamat Wawasan 2020 adalah menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing, dinamik, berdaya tahan dan pendapatan perkapita setanding dengan negara maju dimana dinyatakan kemudian Malaysia mencapai negara maju pada tahun 2025. Usaha untuk mencapai matlamat tersebut dibuat dengan mempelbagai sumber pendapatan negara melalui peningkatan sumbangan sektor yang dinamik seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan perlombongan. Namun dilaporkan jika usaha ini terjejas akibat krisis mata wang dunia pada 1997 dan 1998 dan ia diikuti oleh krisis makanan dunia pada 2008 dan terkini krisis bebanan hutang yang melanda negara-negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Sepanyol, Itali dan Portugal. Krisis ini merencatkan pertumbuhan dan keseimbangan ekonomi global termasuk Malaysia. Lebih teruk lagi apabila berlaku Pandemik Covid -19 yang berlaku pada tahun 2020-2022 yang menghentikan banyak pembangunan dan kemajuan dunia. Isu peperangan Ukraine-Rusia, peperangan Israel-Palestin dan bencana alam menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia terganggu. Bagi mengatasi kesan kejatuhan ini, kerajaan telah mengambil langkah strategik untuk mengukuhkan keseimbangan pembangunan keseluruhan struktur ekonomi negara termasuk sektor pertanian. Kejatuhan nilai mata wang, kenaikan harga minyak dan krisis beban hutang kewangan di Malaysia telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dari segi kos modal dan input langsung pengeluaran. Kesan yang paling ketara kepada negara ialah peningkatan mendadak defisit imbangan dagangan produk makanan dan pertanian. Berlaku defisit imbangan dagangan negara telah meningkat daripada hanya RM1.1 bilion pada 1990 kepada lebih RM12 bilion pada 2010. Pada tahun 2023 defisit ini melonjak kepada sebanyak RM47.1 billion. Ini telah mendorong kerajaan menilai semula kedudukan strategi pembangunan ekonomi negara bagi memastikan agihan pembangunan ekonomi yang menyeluruh meliputi keseluruhan sektor ekonomi negara meliputi pertanian dan makanan. Kerajaan mengambil inisiatif untuk membangunkan industri pertanian yang bernilai tinggi bagi mengimbangi jurang defisit yang berpunca daripada import dalam sektor pertanian dan makanan negara. Dilaporkan berlaku kadar penurunan kadar sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian berbanding dengan sektor lain daripada 16.5% pada tahun 1990 kepada hanya 7.8% pada tahun 2010 dan berubah rendah kepada 6.6% pada tahun 2023. Sektor pertanian bagaiman apun masih memainkan peranan yang begitu penting kepada ekonomi apabila nilai keluaran sebenar sektor pertanian terus meningkat daripada RM14.8 bilion pada tahun 1990 kepada 27.5 bilion pada tahun 2010. Sektor ini menawarkan peluang pekerjaan kepada hampir 15% pasaran buruh negara iaitu dengan menawarkan 1.67 juta peluang pekerjaan. 


Merujuk kepada beberapa laporan kajian dan laporan di media dimana sama ada semua pembaca blog ini percaya atau tidak apabila harga runcit sarang burung walet berkualiti premium dari Malaysia kini telah mencecah sehingga RM66,000 sekilogram di negeri China. Pada umumnya harga pasaran sarang burung walet berkualiti biasa dari Malaysia dijual sehingga RM8,000 sekilogram di China. China kini adalah pasaran terbesar sarang burung walet manakala Malaysia dan Indonesia adalah pengeksport utama produk tersebut ke China. Namun begitu dulu ada isu jerebu yang melanda Indonesia beberapa tahun dulu yang telah menyaksikan pengeksportan produk sarang burung walet ke China jatuh dengan mendadak akan tetepi pulih beberapa tahun kebelakangan ini dan selepas pasca pandemik covid-19 berlalu. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Sarang Burung Walet Selangor, Datuk George Kee apabila pada Januari tahun lalu harga eksport produk sarang burung walet yang diproses dijual pada harga antara RM2,800 hingga RM3,000 tetapi menjelang September bermula permintaan yang tinggi dari China dengan harga tawaran sehingga RM8,000 sekilogram. Bagaimanapun harga sarang burung walet yang tidak diproses hanya ditawarkan pada harga sekitar RM3,000 sekilo atau lebih rendah. Syarikar farmasi negeri China yang berusia lebih 300 tahun Beijing Tongrentang telah menyenaraikan harga produk sarang burung walet berkualiti tinggi sekitar RM26,648 sekilo sehingga RM66,000. Apa pun selalunya harga standard pelbagai variati pula disenaraikan bermula pada harga RM13,318 sekilo. Buat masa ini hanya produk bersih yang telah diproses sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke China melalui 16 buah syarikat yang berdaftar dan disahkan oleh pihak berkuasa negara berkenaan. Sarang burung walet yang tidak diproses tidak dibenarkan lagi dibawa masuk ke China sejak 2011.


Salah satu perkara yang disembangkan dikalangan penduduk tempatan dan kerajaan tempatan adalah mengenai isu gangguan bunyi dan kesihatan di kawasan yang ada penternakan burung walit. Di Selangor di laporkan oleh bharian.com dimana '
Premis burung walit timbul kacau ganggu bunyi bising digempur' wajar dijadikan bahan rujukkan. Akhbar inni laporkan foto dimana kakitangan MPKS mengambil tindakan sita ke atas 11 premis burung walit yang menimbulkan kacau ganggu bunyi bising sekitar Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan Taman Ijok Utama (Sila lihat foto disebelah). Apa pun di laporkan di Selangor ada sebanyak 11 premis burung walit yang menimbulkan kacau ganggu bunyi sekitar Pusat Perniagaan Bestari Jaya dan Taman Ijok Utama, di sini, digempur Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Dibuat operasi dijalankan sepasukan 17 kakitangan MPKS bermula jam 9 pagi hingga 1 petang selepas kesemua premis itu diperiksa susulan kacau ganggu bunyi bising yang ditimbulkan pengusaha premis burung walit kepada pemilik perniagaan dan penduduk berhampiran. Sebanyak 11 premis ini sudah diambil tindakan sita pembesar suara di mana 10 daripadanya terletak di Pusat Perniagaan Bestari Jaya manakala satu di Taman Ijok Utama. Semua barangan sitaan di bawa ke stor tahanan Jabatan Penguatkuasa MPKS untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ia diambil tindakan dibawah Akta Kawalan Bangunan MPKS yang kemudian sudah pun mengeluarkan 11 kompaun mengikut Seksyen 70 (11) Akta 133. Isu bunyi bising ini sekali dengan keadaan apabila premis terbabit didapati membuat tambahan atau ubahsuai kepada bangunan kedai sedia ada, tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak MPKS. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI WALIT...BERKEMBANG DIA...
RM4.5 BILLION...NILAI INDUSTRINYA...
PELBAGAI PRODUK... BANYAK JENAMA...
UNTUNG PENTERNAK...PENGGUNA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...