Support My Blog

Tuesday, October 8, 2024

NYAMOK DAN WOLBACHIA - APA DIA?

NYAMOK (Mosquito)
merupakan sejenis serangga yang penghisap darah untuk tujuan pembiakan. Ancaman oleh serangga nyamok selalunya ia juga membawa bersama beberapa jenis virus yang merbahaya dan mengamcam manusia sehingga ada yang boleh membawa maut. Sebut sahaja Demam Denggi Berdarah, Penyakit Zika, Malaria dan beberapa lagi yang dibawa oleh nyamok amat menakutkan. Nyamik yang semulajadi hidup dikawasan panas lembab tropika cepat membiak didalam air dengan kadar pembiakan yang cepat. Pada masa ini nyakok aedes merupakan ancaman nombor satu di Malaysia kerana ia mampu menjejaskan kesihatan terutama dikawasan bandar yang tidak dijaga kebersihan dengan baik. Pelbagai kempen menghapuskan nyamoh dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tahun dan operasi menyembur asap serta racun serangga dilakukan sepanjang masa. Saya yang tinggal lama di Putrajaya akan mendengar aktiviti fogging dan semburan bahan kimia subuh hari sepanjang masa. Ini kerana Putraja adalah antara lokasi dimana kehadiran nyamoj aedes sentiasa tinggi. Memang orang ramai pun tahu jika ada kes demam denggi maka Kemterian Kesihatan akan segera membuat fogging dan kaedah kawalan nyamok yang lain. Penggunaan aerosol spray yang dijual secara komersil tidak mampu membunuh nyamuk yang ada didalam rumah anda. Kawalan tempat pembiakan nyamuk ii perlu dibuat secara kolektif dalam masyarakat kerana kecuaian seorang dua yang tidak mahu melalukannya akan memberi ruang kepada nyamok yang merbahaya untuk terus membiak. Dalam kawasan iaitu perumahan sering dilaporkan berlaku pembiakan nyamok dalam lubang tandas yang tidak digunakan, sinki dan sebagainya tanpa diketahui oleh jiran-jirannya. Bagaimana pun kali ini saya merujuk kepada beberapa penulisan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang boleh ditana disekeliling rumah dan komuniti yang didakwa mampu untuk menghalau nyamok. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu ancaman nyamok dan kawalan menggunakan jenis 'Nyamok Wolbachia' di Malaysia dan apakah yang perlu di ketahui mengenainya untuk dijadikan bahan rujukkan.


Menarik dalam beberapa laporan media mempaparkan apakah dia 'Nyamok Baik dan Nyamok Jahat' untuk dibincangkan. Bagi rakyat Malaysia Demam D
enggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang mereka tahu ia merebak melalui gigitan nyamuk. Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Menurut sumber daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah pesakit denggi pada tahun ini sehingga 7 April 2021 adalah sebanyak 7,644 kes manakala jumlah kematian adalah empat orang dimana tahun 2024 angka ini berubah. Orang yang sihat boleh mendapat demam denggi melalui gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi. Penyakit ini berbahaya kerana tiada ubat untuk merawatnya dan ia boleh membawa maut. Apa pun selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk atau kuat, sakit pada belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah pada kulit juga boleh terjadi. Demam ini boleh mencapai suhu 41 darjah Celsius dan selalunya akan berlarutan dua hingga tujuh hari.  Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai 'breakbone fever'. Pesakit demam denggi berdarah menjadi teruk disebabkan oleh radang di salur darah. Tiada ubat khusus untuk merawat demam denggi. Apa pun kemudian pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah dimana rawatan awal boleh bantu mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada satu peratus. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan. Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama. Cara paling berkesan untuk mencegah denggi adalah dengan menghapuskan pembiakan nyamuk aedes. Kaedah inovatif terbaharu adalah dengan cara menggunakan nyamuk aedes berwolbachia (bakteria wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk aedes aegypti).  Wolbachia adalah bakteria yang wujud secara semula jadi yang boleh didapati 60% - 70% pada spesies serangga. Apa pun wolbachia ini melemahkan virus denggi dalam badan nyamuk dan merencatkan penyebaran denggi kepada manusia. Wolbachia dapat dipindahkan melalui penghasilan telur daripada nyamuk betina yang bersenyawa dengan nyamuk berwolbachia. Hasil penyelidikan yang telah diterbitkan dalam jurnal Current Biology pada 21 November 2019 menunjukkan bahawa nyamuk berwolbachia (strain wAlbB) apabila dilepaskan ke alam sekitar berkesan mengurangkan hampir 40 peratus kes demam denggi. Dilaporkan dimana selain denggi, wolbachia (strain wAlbB) juga berkesan dalam menyekat penularan virus zika dan chikungunya yang disebarkan melalui nyamuk. Nyamuk aedes berwolbachia ini merupakan nyamuk baik yang dapat membantu mengurangkan nyamuk jahat. Kaedah ini juga menyebabkan tiada keperluan lagi untuk menggunakan racun serangga mahupun semburan kabus sekali gus memberi manfaat kepada alam sekitar dan ekonomi. Orang yang sihat boleh mendapat demam denggi melalui gigitan nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi.


Majlis Keselamatan Negara telah respon terhadap isu 'Lepaskan Bakteria Wolbachia untuk bunuh Nyamok Aedes sama ada ia Berkesan' wajar dikongsikan laporannya. 
Pembebasan nyamuk Aedes yang telah diubah suai dengan bakteria Wolbachia merupakan salah satu kaedah mengawal vektor penyakit yang sedang diuji bagi mengurangkan penularan penyakit seperti demam denggi dan virus Zika. Wolbachia adalah bakteria yang secara semula jadi berlaku dalam beberapa jenis serangga, dan pembebasan nyamuk Aedes yang mengandungi Wolbachia bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat dalam mengawal vektor penyakit. Berikut adalah beberapa peranan nyamuk Aedes yang membawa Wolbachia dan membantu mengurangan Kebolehjangkitan Virus. Bakteria Wolbachia boleh mengurangkan keupayaan nyamuk Aedes untuk menyebarkan virus, termasuk virus denggi dan Zika. Apabila nyamuk dijangkiti bakteria Wolbachia dimana bakteria bersaing dengan virus dalam badan nyamuk dan kesannya ia akan mengurangkan jumlah virus yang boleh dihantar kepada manusia apabila nyamuk menggigit. Ia juga mampu untuk mengurangkan Kepadatan Populasi Nyamuk serta dengan cara pembebasan nyamuk Aedes yang membawa wolbachia juga boleh membantu mengurangkan kepadatan populasi nyamuk secara keseluruhan. Dengan mengubah suai nyamuk untuk mengandungi Wolbachia, mereka boleh mengurangkan kejayaan pembiakan nyamuk dan akhirnya mengurangkan bilangan nyamuk dewasa yang boleh bertindak sebagai vektor penyakit. Kaedah ini dilaporkan ia adalah satu pendekatan Kawalan Mampan sebab Wolbachia adalah bakteria yang boleh disebarkan daripada ibu bapa nyamuk kepada anak mereka. Oleh itu kaedah melepaskan nyamuk Aedes yang telah menjadi pembawa wolbachia ia boleh memberikan pendekatan kawalan yang mampan. Jika pembebasan berjaya dimana Wolbachia akan terus dihantar dari satu generasi nyamuk ke generasi berikutnya adalah signifikan. Kaedah Mesra Alam ini dengan cara melepaskan nyamuk Aedes yang membawa wolbachia dianggap kaedah yang agak mesra alam kerana ia tidak melibatkan penggunaan racun kimia yang boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa penyelidikan dan ujian berterusan untuk menilai semua aspek keberkesanan, keselamatan dan kesan jangka panjang pembebasan nyamuk Aedes yang mengandungi wolbachia. Penggunaan teknologi ini boleh menjadi tambahan penting kepada strategi kawalan vektor penyakit di kawasan yang terdedah kepada penyakit bawaan nyamuk. Semuga kajian lanjut dan laporan lanjut akan di buat kajian sehingga selesai
.


Menarik laporan dalam sinarharian.com iaitu '
Waspada ancaman nyamuk bandar' apabila dilaporkan demam denggi dilaporkan kali pertama di Malaysia pada tahun 1962. Dilaporkan dimana dI sebalik ancaman Covid-19 yang semakin reda, Malaysia terus bergelut dengan demam denggi sejak kes pertama wabak itu dilaporkan di Pulau Pinang pada tahun 1962. Pihak KKM ada  meramalkan kes denggi meningkat lagi sehingga September ini susulan orang ramai dibenarkan bergerak ke tempat yang sebelum ini dilarang. Kalau perintah pergerakan terhad yang dilaksanakan untuk mengekang Covid-19 dimana ia juga ada menyebabkan banyak tempat ditutup dan berisiko menjadi sarang pembiakan nyamuk. Isu peningkatan ini turut berpunca daripada faktor cuaca dan sikap manusia yang kurang menjaga kebersihan di persekitaran kediaman khususnya di kawasan bandar. Dilaporkan kawasan Pusat Bandar telah lama menjadi magnet penyakit berjangkit. Wabak itu sering menyerang bandar-bandar tropika seperti New Delhi, India; Sao Paolo, Brazil; dan Bangkok, Thailand. Demam denggi kini merupakan endemik di lebih 100 negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean, Asia Tenggara dan Pasifik. Seramai 2.5 bilion manusia iaitu dua perlima penduduk dunia berdepan risiko dijangkiti demam denggi. Di Malaysia pula negeri iaitu Selangor merekodkan kes denggi tertinggi dengan 23,402 kes sehingga minggu ke-17 pada tahun ini, diikuti Kuala Lumpur (3,243 kes) dan Johor (3,242 kes). Jumlah kes denggi tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah pada tahun 2015 dengan 120,835 kes dan 336 kematian. Demam denggi berpunca daripada jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegyptiApa yang dilihat ia lebih membimbangkan dimana penyakit itu sekarang boleh datang dengan tanda-tanda yang bukan tipikal lagi dan kadang-kadang tidak dapat diduga. Ini menyebabkan tugas mendiagnosis dan merawat denggi semakin mencabar. Dalam pada itu ada kes seakan ruam gatal rupa-rupanya denggi. Ada kes lain yang demam dan sakit dada rupa-rupanya denggi. Ada kes dilokasi lain dimana pesakit kencing manis mengadu muntah-muntah tapi tidak demam rupa-rupanya denggi. Apa pun sehingga kini dilihat masih tiada rawatan khas untuk demam denggi kecuali langkah pencegahan. Kempen kesedaran mengawal tempat pembiakan nyamok aedes ini perlu terus dilakukan sepanjang masa terutama di kawasan bandar yang padat penduduknya dan penyakit akan lebih mudah merebak berbanding dengan kawasan kampong yang kurang padat dan kurang penduduknya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NYAMOK AEDES... SANGAT BAHAYA...
DEMAM DENGGI... MAUT ANCAMANNYA...
BAKTERIA WOLBACHIA...SATU CARA...
KAJIAN LANJUT... PERLU DILAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...