Support My Blog

Sunday, October 6, 2024

SEMBANG INDUSTRI HERBA

HERBA (Herbs)
merupakan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan aspek aroma atau baunya. Pada penulis blog percaya dimana herba sejak lama sudah ia digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan oleh nenek moyang secara tradisional. Herba ada juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus yang tidak kelihatan secara mata kasar oleh perawat tradisional seperti dukun, bomoh dan pawang. Ada pelbagai kaedah dan cara mudah bagaimana menggunakan bahan dari herba sama ada dari bahagian daun, batang, akar, buah, biji, bunga, getah dan sebagainya yang di olah menjadi bahan yang berguna. Apa pun paling lazim diambil adalah pada bahagian hijau yang ada tumbuhan herba iaitu DAUN (Leaves) yang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Dalam pada itu tidak kurang juga dimana bahagian AKAR (Roots) dari tumbuhan herba ini yang diambil. Penulis juga maklum kalau bahagian seperti kulit pokok, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba yang tertentu dikelaskan sebagai produk herba boleh digolongkan sebagai herba. Dizaman ini walau pun ada pelbagai jenis ubat moden dari doktor atau makanan tambahan suplement untuk tjuan kesihatan akan tetapi industri herba terus berkembang. Kalau difikirkan kini hampir setiap orang menggunakan herba iaitu sama ada dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian dimana ramuab dari herba memang sentiada digunakan. Ramai juga tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan kerana kebanyakannya memang ada kandungan bahan herba. Pemahaman umum memang menjurus dimana bahan herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan akan tetapi disisi lain dilihat sebenarnya ia dilaporkan boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Sesiapa yang selalu mengambil herba sebaiknya memeriksa dahulu akan kandungan bahan didalamnya, akreditasi atau penyataan saintifik yang tepat dengan kandungan bahan didalam herba tersebut. Apa pun sebaiknya herba yang dijamin kuaitinya sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat oleh pihak berwajib. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" untuk sembang bagaimana industri herba di Malaysia seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan pembaca blog ini semua.


Dalam portal hmetro.com menarik artikel bertajuk '
Peluang jana ekonomi negara' untuk disembangkan. Penulis blog tertarik data dilaporkan dimana berdasarkan analisis Data Bridge Market Research, pasaran herba global pada 2022 bernilai AS$165.66 bilion dan dijangka meningkat kepada AS$347.50 bilion menjelang 2030. Dalam pada itu dilaporkan juga dimana 11.16% Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) direkodkan dari 2023 hingga 2030. Statistik ini menunjukkan peningkatan penggunaan herba dalam kalangan penduduk secara keseluruhan. Ia menunjukkan walaupun permintaan terhadap herba tinggi, terdapat beberapa cabaran yang sedang dihadapi oleh pengusaha herba tempatan. Pertama, adalah keterlibatan secara serius dan terancang daripada pelbagai pihak dalam ekosistem industri herba kurang mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya (daripada petani yang menanam hingga pengedar yang mengedarkan produk). Data ini juga berkaitan dengan kualiti pengeluaran yang rendah apabila spesifikasi dan mutu tidak mencapai tahap piawaian ditetapkan. Keadaan itu turut berpunca daripada kurangnya pelaburan dalam pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur fasiliti pengeluaran herba yang boleh mengakibatkan kurangnya kemampuan mengekalkan kualiti pengeluaran tinggi. Seterusnya berkaitan dengan penerimaan dan persepsi terhadap herba dalam kalangan generasi kini, yang mereka tidak memahami sepenuhnya manfaat herba atau kurangnya pendedahan kepada kegunaan dan keberkesanan herba dalam pemuliharaan kesihatan. Adalah penting untuk mencipta peluang peningkatan dalam dua sektor yang berkaitan dengan herba iaitu (i) Pusat Perdagangan Herba dan (ii) Pusat Agro Pelancongan. Pusat Perdagangan Herba untuk hasil bahan mentah atau produk bermutu tinggi, hasil maksimum, tetapi kos rendah. Ia dapat dijayakan dengan adanya Pusat Pengumpulan dan Penghasilan Herba dan Kilang Penghasilan Produk Herba. Dengan Pusat Perdagangan Herba ini, aktiviti penanaman herba penduduk setempat dapat diperluas dan diusahakan dengan lebih sistematik secara contract farming, apabila ia memberi akses kepada pasaran yang lebih luas melalui perjanjian jual beli. Dalam perjanjian ini, pihak pembeli atau syarikat pembekal biasanya menyediakan input seperti benih, baja dan peralatan pertanian kepada petani, manakala petani akan menanam, menjaga serta memetik atau tempat mengumpul hasil tanaman mengikut arahan atau syarat yang telah ditetapkan. Ini membantu meningkatkan pendapatan petani dengan menjual hasil pada harga yang stabil dan terjamin dalam jangka masa panjang. Juga, ia dapat mengurangkan risiko kewangan yang dihadapi oleh petani akibat fluktuasi harga pasaran. Ia juga boleh dijadikan pusat pengumpulan produk. Penduduk setempat boleh menghantar hasil pertanian herba mereka ke pusat ini bagi proses seterusnya untuk pengolahan, pemprosesan dan penghasilan produk tertentu. Ia juga berperanan membantu petani mendapatkan bahan mentah diproses seperti serbuk herba, minyak pati, atau ekstrak cecair melalui mesin pemprosesan teknologi tinggi. Mesin pemprosesan yang canggih dapat digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk dengan kecekapan yang tinggi dan dalam jumlah yang besar. Pemprosesan di kilang adalah proses penting dalam rantai bekalan herba apabila bahan mentah ditanam di ladang akan diubah menjadi produk akhir yang siap untuk dijual kepada pengguna. Proses ini melibatkan beberapa langkah yang menghasilkan produk akhir dengan kualiti tinggi dan pematuhan piawaian. Kerjasama Business to Business (B2B) adalah strategi yang berkesan untuk memperluaskan pasaran bagi produk herba. Melalui kerjasama B2B, pihak pengeluar produk dapat menjalin hubungan dengan syarikat besar dalam dan luar negara untuk menjual produk secara borong atau untuk pemprosesan lanjutan. Cara ini membantu memperluas pasaran, meningkatkan jumlah penjualan dan membuka peluang untuk pertumbuhan dan inovasi dalam industri herba. Ia juga dapat membantu memperbaiki rangkaian bekalan, menjana kepercayaan pelanggan dan membuka pintu kepada peluang perniagaan baharu. Dalam usaha pihak pengeluar produk menambah baik proses pengeluaran dan juga bagi pemprosesan herba, ia secara tidak langsung turut akan ia menyumbang kepada tenaga mahir dan penggunaan teknologi seperti Internet of Things dan analitik data. Perlu ada jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan universiti bagi pengiktirafan dalam bidang khusus herba seperti program microcredential (mikro- sijil) dapat membantu meningkatkan kemahiran usahawan herba dan daya saing industri secara keseluruhan. Pusat Agro Pelancongan boleh dijadikan sebagai Pusat Tarikan Pelancong dan Pusat Pelancongan Makanan. Pusat Tarikan Pelancong ini termasuk kemudahan pusat latihan dan chalet dikelilingi persekitaran hutan dan kawasan penanaman herba, pusat latihan yang kondusif dan mesra alam, sesi lawatan ke ladang herba, kilang pemprosesan herba serta galeri produk berasaskan herba (pusat sehenti). Untuk Pusat Pelancongan Makanan pula, restoran makanan berasaskan herba boleh menyajikan pelbagai menu sihat, 100 peratus berdasarkan herba asli ditanam dan dituai sendiri di ladang, menjadikan pengalaman makanan lebih bermakna dan autentik kepada pengunjung.


Portal sama juga nyatakan '
Rujukan khazanah herba' yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian iaitu Taman Herba Bertam di Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai pusat penanaman dan pendidikan lebih 300 jenis herba. Apa pun tumnuhan herba secara amnya merujuk kepada semua jenis tumbuhan yang mana-mana bahagiannya sama ada daun, batang, buah, kulit batang, akar, rizom ataupun bunga mempunyai pelbagai kegunaan terutama dalam bidang perubatan serta sebagai rempah ratus masakan. Kini tumbuhan herba menjadi semakin penting sebagai sumber biodiversiti yang berupaya dikomersialkan dan digunakan dalam memenuhi pelbagai keperluan seperti masakan, ubatan, pewangi, bahan kosmetik serta landskap. Situasi itu mendorong Jabatan Pertanian membangunkan Taman Herba Bertam seluas kira-kira dua hektar di Kepala Batas, Pulau Pinang bagi memartabatkan industri herba di negara ini, di samping memastikan khazanah alam itu terus terpelihara. Projek inisiatif itu yang dibuka kepada orang ramai sejak Januari lalu bukan saja menjadi tempat pengumpulan maklumat herba warisan Melayu dan pusat pembelajaran herba dalam meningkatkan kesedaran masyarakat, malah turut boleh dikunjungi seisi keluarga kerana berorientasikan agropelancongan. Ia mengetengahkan pendekatan hab herba dan pengembangan teknologi yang berkonsepkan Santai, Rawat dan Pembelajaran, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat untuk rujukan di galeri herba selain dapat menikmati serta menghayati keunikan hutan herba dalam bandar tanpa perlu mengembara jauh ke dalam hutan. Kini ada lebih 300 koleksi spesies herba yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Melayu ditempatkan di pusat janaplasma. Ini antara faktor penarik yang bakal menjadikan Taman Herba Bertam sebagai destinasi agropelancongan yang popular. Para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk berkaitan herba termasuk anak pokok herba. Taman ini juga menawarkan perkhidmatan rawatan berasaskan herba dan patuh syariah seperti bekam, refleksologi, mandian bunga dan sauna, rawatan lepas bersalin, spa dan salun serta urutan tradisional Melayu. Selain penumpuan terhadap herba, pengunjung juga boleh mempelajari dan melihat sendiri aktiviti berasaskan kelulut. Terdapat galeri kelulut yang mempamerkan pelbagai maklumat berkenaan penjagaan dan kutipan madu serta jualan madu termasuk produk berasaskan kelulut. Ada terdapat pelbagai kemudahan asas disediakan kepada pengunjung seperti tandas, surau dan tempat letak kereta. Bagi menarik perhatian pengunjung muda, taman ini turut menyediakan Dataran Informasi, laman permainan kanak-kanak, laman interaktif dan taman haiwan mini. Malah, terdapat kafe yang menyajikan pelbagai menu berasaskan herba. Jabatan Pertania nyatakan ramai antara orang awam kini menggunakan herba dalam kehidupan harian. Melalui taman ini diharap hasrat orang ramai untuk menikmati dan menghargai tanaman, makanan berasaskan herba serta produk herba dicapai. Apa pun pelaksanaan projek ini dijangka dapat menambahkan peluang baru dalam mengembangkan industri herba di negara kita. Orang awam juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan dan mendapat manfaat dari segi pembelajaran, khidmat perawatan berasaskan herba, mengetahui maklumat berkenaan penghasilan produk herba dari awal hinggalah terhasilnya produk herba itu sendiri. Dalam Taman Herba juga dicadang untuk diwujudkan pusat pengembangan teknologi herba yang menjalankan praktikal berkaitan agronomi tanaman dan juga pembelajaran berkaitan khasiat herba. Kini ada disediakan latihan teknologi herba kepada petani khususnya wilayah utara. Pusat pengembangan teknologi ini juga dilengkapi kemudahan bagi mempelajari rawatan dan kaedah tradisional menggunakan bahan berasaskan herba. Sehingga kini usaha sama Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pengajian Farmasi dijalinkan bagi menerbitkan maklumat rujukan berkenaan khasiat herba yang terdapat di Taman Herba ini. Pihak USM memberi maklumat dari segi khasiat dan kegunaan herba yang terdapat di sini sementara Jabatan Pertanian pula akan menambah dari segi maklumat botani serta agronomi.


Dalam portal bernama pula ada maklumat '
Hasilkan produk herba berkualiti, beri peluang semua golongan nikmati manfaat' sesuai jadi bahan sembang. Kini semakin ramai individu yang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan mereka, dan masyarakat juga mula mengenali manfaat herba dalam mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan sistem imun. Ini menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap produk herba, yang mana ia dianggap sebagai alternatif semula jadi yang lebih selamat berbanding dengan ubat-ubatan kimia yang mungkin mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini. Namun begitu, antara isu utama dalam pengkomersilan produk herba berkualiti tinggi adalah melibatkan harga yang lebih mahal berbanding produk herba biasa atau konvensional. Sudah tentu persepsi harga ini akan mempengaruhi kuasa membeli dan penggunaan produk dalam kalangan masyarakat. Kadang-kadang, pengguna mungkin ragu untuk melabur lebih banyak wang dalam produk herba ini kerana ketidakpastian tentang nilai dan faedah yang diperoleh. Selain itu, persepsi harga yang tinggi juga boleh mempengaruhi keutamaan perbelanjaan pengguna. Ada juga sesetengah pengguna mungkin memilih untuk membeli atau  memperuntukkan bajet mereka kepada perkara lain yang dianggap lebih penting. Ini boleh mengurangkan minat dan permintaan terhadap produk herba bernilai tinggi. Umum perlu mengetahui bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan harga produk herba berkualiti tinggi menjadi lebih mahal. Pertama adalah berkaitan dengan kualiti dan keaslian produk. Produk herba berkualiti tinggi sudah pasti akan menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi dan dari sumber yang selamat. Sumber bahan mentah yang terhad atau sukar untuk diperoleh dan mungkin hanya tumbuh di kawasan tertentu sahaja memerlukan teknik penanaman dan penjagaan khusus. Ini secara tidak langsung akan menambah kos, seterusnya menyebabkan kenaikan harga produk, yang disebabkan permintaan yang tinggi tetapi bahan mentah yang terhad. Apa pun produk herba berkualiti tinggi menjadi lebih mahal kerana ia melibatkan proses pengeluaran yang teliti, serta pemprosesan yang tepat. Kerja-kerja seperti aktiviti penuaian pengeringan, ekstraksi, pemprosesan, pembungkusan dan penyimpanan merupakan proses penghasilan produk herba yang memerlukan pemantauan yang rapi dan penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi. Sebagai contoh, pengekstrakan sebatian aktif dari tumbuhan memerlukan teknologi canggih dan peralatan makmal yang mahal untuk memastikan bahan yang diperoleh adalah asli dan mempunyai nilai terapeutik tinggi. Ini sudah pasti akan meningkatkan kos pengeluaran dan akhirnya mempengaruhi harga produk. Selain itu, produk herba berkualiti tinggi sering kali terlibat dengan proses pembangunan yang intensif seperti mengadakan ujian klinikal, memohon sijil dan juga kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ujian pra klinikal dan klinikal ke atas haiwan dan manusia juga dijalankan dalam beberapa fasa untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk. Ini pasti melibatkan kos yang sangat tinggi kerana memerlukan banyak sampel dan pemantauan rapi. Walaupun demikian, masyarakat perlu memahami bahawa semua proses ini adalah semata-semata untuk memastikan kebersihan, khasiat, kualiti dan kesan positif yang optimal dan ia adalah sangat berbaloi. Ini kerana penggunaan bahan mentah yang lebih teliti dan asli di samping proses pengeluaran yang lebih terkawal dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan akan memberi lebih banyak manfaat kesihatan kepada pengguna dengan cara yang lebih selamat dan terjamin. Kini bagi memastikan produk herba berkualiti tinggi dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat, pemain industri perlu memainkan peranan penting dalam menangani isu ini. 


Diantaranya ialah membina jaringan kerjasama yang erat antara pengeluar bahan mentah, pengeluar produk dan pengedar. Jaringan kerjasama ini membolehkan aliran yang lancar antara pihak-pihak yang terlibat dalam rantai bekalan herba. Dengan adanya kerjasama yang baik, waktu dan kos yang terlibat dalam proses penyediaan bahan mentah serta pengedaran produk dapat dikurangkan. Kedua, meningkatkan keberkesanan operasi dengan mengurangkan waktu dan kos yang diperlukan seperti penggunaan teknologi yang sesuai, sistem pengurusan inventori yang cekap, pengoptimuman penggunaan sumber daya seperti air dan tenaga elektrik, serta pemilihan kaedah pengeluaran produk yang lebih efisien. 
Seterusnya ialah aktiviti penyelidikan dan inovasi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan industri herba. Kos produksi dapat diikurangkan dan kecekapan dapat ditingkatkan dengan mengembangkan kaedah pemprosesan yang lebih efisien, kaedah pengawetan produk yang lebih efektif dan semula jadi, mengenal pasti bahan mentah yang lebih berpatutan tetapi berkualiti tinggi, meningkatkan kaedah penanaman yang lebih efisien dan mampan, serta bagaimana memanfaatkan teknologi automasi dan kawalan terkini. Penyelidikan dan inovasi berterusan membantu industri herba mengoptimumkan kualiti produk dengan kos produksi yang lebih rendah. Kesedaran pengguna mengenai manfaat dan nilai produk herba berkualiti tinggi juga perlu diberi akan keutamaan. Dengan memberikan maklumat yang jelas mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk, industri herba dapat membantu mengubah persepsi harga yang tinggi menjadi pelaburan yang berharga bagi kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Ini secara langsung dapat meningkatkan permintaan dan pengeluaran produk herba berkualiti tinggi, seterusnya dapat mencapai skala ekonomi yang lebih besar. Pengeluaran dalam jumlah yang besar dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran per unit, seterusnya dapat menurunkan harga jualan produk. Dengan itu, meningkatkan kesedaran dan permintaan terhadap produk herba berkualiti tinggi dapat membantu mencapai skala ekonomi yang lebih baik. Cara mempelbagaikan produk dengan mengembangkan pelbagai jenis produk yang sesuai untuk pelbagai segmen pasaran juga boleh dilaksanakan dengan mencipta variasi dalam jenis herba yang digunakan, bentuk pembungkusan, dos atau kombinasi bahan aktif yang digunakan. Dengan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna, keperluan dan keutamaan yang berbeza-beza dapat dipenuhi. Sebagai contoh, sesetengah pengguna mungkin lebih suka suplemen herba dalam bentuk kapsul, manakala yang lain lebih menyukai minuman herba atau produk topikal seperti krim atau minyak. Ini dapat menjangkau lebih banyak pengguna yang mempunyai keutamaan yang berbeza. Perlu ada program subsidi atau diskaun khas untuk produk berkualiti tinggi kepada pelbagai lapisan masyarakat juga perlu diwujudkan. Ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan bagi pengguna, seterusnya mendorong dalam penggunaan produk herba berkualiti tinggi. Melalui program subsidi, potongan harga atau bantuan kewangan kepada pengguna yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, subsidi boleh ditujukan kepada golongan dengan pendapatan rendah atau kepada mereka yang mempunyai keperluan khas, seperti warga emas atau individu dengan keadaan kesihatan tertentu. Dengan adanya subsidi ini, pengguna akan memperoleh produk herba berkualiti tinggi dengan harga mampu milik, dan ini akan mendorong penggunaan produk tersebut. Manakala program diskaun khas menjadikan pengguna akan lebih termotivasi untuk membeli. Melalui program subsidi atau diskaun khas ini, industri herba dapat memberi manfaat secara langsung kepada pengguna dengan mengurangkan beban kewangan mereka dan membolehkan akses yang lebih meluas kepada produk berkualiti tinggi. Kini dengan aktiviti melaksanakan strategi-strategi ini, industri herba boleh mengurangkan halangan harga dan meningkatkan aksesibiliti kepada produk berkualiti tinggi bagi masyarakat umum. Ini akan membolehkan lebih ramai orang memperoleh manfaat kesihatan dan kesejahteraan yang optimal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
TANAM HERBA... DIMANA SAJA...
PILIH TERBAIK...CARI BENIHNYA...
TAMAN HERBA...IA SUDAH ADA...
MENCARI ILMU...SATU AGENDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...