Support My Blog

Thursday, October 17, 2024

SEMBANG KELEDEK DI MEDIA (PT 2)

UBI KELEDEK
(Impomea batatas) merupakan sejenis umbisi dari keluarga Convoculaceae yang boleh menguntungkan petani jika mampu memberikan hasil yang berkualiti dengan kuantiti banyak. Tanaman keledek dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama sebagai tanaman monokrop atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai usaha menambah pendapatan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 2,887 hektar keledek ditanam pada 2023 dengan penghasilan sebanyak 47,933 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Negeri Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan keluasan sebanyak 1,481 hektar dan menghasilkan sebanyak 27,422 metrik tan diikuti dengan Kelantan (577 ha), Selangor (152 ha) dan bakinya di beberapa negeri lain dimana ia menurun sebanyak 18% berbanding tahun 2020. Penulis blog mendapati dimana keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan ia ada yang berbentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek adalah umbiisi didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Oren, Keledek Ungu, Kkeledek Lembayung (varieti baru oleh MARDI) dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter bertujuan untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanaman jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang belajar menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama. Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan dengan anggaran hasil sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Kaedah menuai keledek dilakukan dengan cara membuang daun-daun dahulu dan umbisi di korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang kisah mengenai tanaman keledek dari media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Beberapa media tempatan ada laporkan dimana ada '
Keledek varieti baharu' telah diperkenalkan kepada petani di Malaysia. Apa pun ubi keledek bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan dalam pelbagai produk makanan lain. Tanaman itu juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri dan baik untuk kesihatan selain mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Bagi memenuhi permintaan pasaran dimana MARDI memperkenalkan tanaman ubi keledek varieti baharu dinamakan varieti Lembayung dan Vitato. Keledek Vitato dilaporkan oleh Pegawai Penyelidik Kanan Mardi Bachok ia lebih berkhasiat kerana mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi dan rasanya manis. Dalam pada itu varieti Lembayung pula mempunyai isi warna ungu dan daripada segi kelebihan, ia tinggi kandungan antosianin yang berfungsi sebagai antioksidan di dalam tubuh. Kedua-dua ubi keledek ini paling banyak ditanam di pantai timur kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dan mudah dijual (Sila lihat foto paling atas dan disebelah). Kedua-dua varieti ubi keledek itu ditanam di atas tanah seluas 3,600 hektar di Semenanjung Malaysia. Di Kelantan pula, ia banyak ditanam di sekitar Bachok. Apa pun selain itu, ubi ini juga turut ditanam di Terengganu dan Perak dimana kini ada petani menanam ubi keledek kerana lokasi itu mempunyai tanah bris juga sesuai untuk tanaman keledek. Tanah bris menjadikan ubi keledek varieti Lembayung dan Vitato tumbuh subur serta menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi. Dilaporkan tempoh matang ubi itu adalah lebih cepat iaitu antara 91 hingga 105 hari sahaja. Tanah bris juga bagaimanapun cenderung lemah dalam mengekalkan nutrien baja dan air. Apa pun bagi penulis blog tahu dimana bagi dapat mengatasi masalah itu maka baja organik digunakan sebagai baja asas kerana ia lebih murah dan efektif dalam memperbaiki struktur tanah. Dalam proses penanaman ubi keledek dimana cara penggunaan baja adalah penting untuk meningkatkan hasil dan produk yang bermutu tinggi. Proses pembajaan dilakukan tiga kali iaitu yang pertama pada minggu ketiga penanaman, kedua pada minggu keenam hingga ketujuh dan baja ketiga pada minggu kesembilan. Hasil akan mula dikutip selepas 15 minggu daripada tarikh penanaman dan ia sudah matang serta boleh digunakan untuk berjaya menghasilkan pelbagai produk. Ubi keledek juga boleh dimakan segar dan turut sesuai diproses menjadi tepung atau pes untuk menghasilkan produk makanan. Diantara produk makanan yang boleh dikeluarkan berasaskan ubi keledek adalah kerepek, roti dan minuman komposit pracampuran, produk jeli, kuih-muih dan tepung ubi keledek. Ia secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada petani untuk menjual hasil tanaman mereka dalam bentuk yang berbeza selain memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli. Bagi ubi keledek varieti Lembayung dan Vitato adalah pilihan yang baik untuk ditanam di pantai timur kerana permintaan yang tinggi dan mudah dijual. Kini dengan teknik penanaman yang betul, ia boleh menjadi sumber pendapatan yang baik bagi petani.


Menarik laporan media dimana 'Kutip hasil ubi keledek 1,500 kg sehari' untuk di kongsikan rahsianya. Kisah bagaimana seorang petani Shamsudin Md Nor (52) mampu menuai ubi keledek hasil tanamannya di Kampung Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Dilaporkan berkat berbudi kepada tanah, seorang petani mampu memperoleh hasil tanaman ubi keledek sebanyak 1,500 kilogram (kg) sehari untuk dijual kepada pemborong di seluruh negara. Dilaporkan dimana dia yang sudah lapan tahun mengusahakan ubi keledek kini mampu tersenyum lebar apabila hasil tanamannya itu bukan saja dipasarkan di seluruh Kelantan, malah menjadi pilihan pemborong dari Terengganu, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur. Dia yang sudah lebih 30 tahun menjadi petani, berkata ubi keledek memberi hasil lumayan memandangkan harga pasaran yang agak tinggi iaitu RM2.50 untuk satu kilogram. Dia sudah pun  mengusahakan tanaman ini di atas tanah milik sendiri seluas empat hektar dengan dibantu 10 pekerja yang juga saudara mara terdekat. Biasanya dalam setahun kami dapat mengutip hasil sebanyak tiga kali memandangkan ubi keledek ini mengambil masa selama tiga bulan untuk ia betul-betul matang dan boleh dijual. Kini dengan kecanggihan teknologi dimana proses mengutip lebih banyak dan cepat kerana menggunakan traktor berbanding dulu secara manual dengan kutipan hanya 400 hingga 500 kg sehari.  Dia yang juga bapa kepada lima cahaya mata berusia antara 10 tahun sehingga 30 tahun, berkata ubi keledek yang ditanamnya menjadi pilihan kerana saiz yang besar selain memiliki rasa yang manis. Selalunya dia hanya menggunakan baja padi selain sentiasa memastikan sumber air mencukupi kerana ia sangat penting bagi memastikan hasil berkualiti. Dalam pertanian juga sebenarnya ada pasang surutnya, macam saya sendiri baru-baru ini mengalami kerugian hampir RM10,000 kerana musim kemarau yang panjang di samping menghadapi kekangan sumber air. Tanamannya selalu akan rosak jika berlaku musim kemarau berpanjangan dan juga musim tengkujuh. Digalakan agar anak muda hari ini mengubah hidup mereka dengan cuma perlu ada kerajinan untuk mendapatkan info tentang pelbagai peluang bantuan yang disediakan kerajaan dalam bidang pertanian mahupun perladangan.


Isu bagaimana media lokal laporkan kes 'Maqis rampas 7.83 tan ubi keledek dari Thailand' menarik di kongsikan apabila pihak Maqis Kedah merampas ubi keledek di pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Media laporkan hasil pemeriksaan yang dilakukan kira-kira jam 5 petang berjaya menemukan ubi keledek bernilai lebih RM142,401.96. Ubi keledek yang diimport dari Thailand itu tidak mematuhi syarat import yang sah seperti yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan dimana kesemua barangan ini ditahan untuk tindakan lanjut. Kes ini berlaku apabila sebanyak 7.83 tan ubi keledek dirampas kerana tidak mematuhi syarat import yang sah di pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dimana  tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan. Ia juga bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel memberi info berguna kepaa seua pembac blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KELEDEK... MUDAH CARANNYA...
BENIH DI BELI... TANAHNYA PELU SEDIA...
CUKUP BULAN... MULA MENUAI PULA...
MENGUNTUNGKAN.. LAPORAN MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taan Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...