Support My Blog

Wednesday, October 27, 2021

KOKO - TANAMAN BERPOTENSI BESAR DI MALAYSIA

TANAMAN KOKO (Theobroma cacao) dan industri koko Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  Jumlah itu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya. Kerajaan akan terus giat memperbanyakkan aktiviti hiliran menerusi kerjasama kerajaan dengan pihak swasta bagi mempastikan pencapaian sektor koko kini perlu dipertingkatkan untuk menjadikan yang Malaysia terus bersaing dengan pasaran luar. Malaysia kini tidak boleh hanya menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja akan tetapi berusaha untuk ke pasaran global. Dalam pada itu ada pelbagai pendekatan yang boleh digunakan termasuk menggunakan konsep pemasaran digital. Produk koko Malaysia seperti penghasilan coklat telah menyumbang kepada nilai eksport tinggi kepada negara dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan. Nilai eksport coklat lima tahun dahulu berjumlah RM500 juta dan meningkat sehingga RM1 bilion pada tahun 2020. Sebenarnya selain dari penanaman komoditi sawit, Malaysia mungkin boleh kembali kepada penanaman koko yang turut menyumbang kepada sumber pendapatan yang baik. Adalah dianggarkan 20 sehingga 30 teknologi yang akan dikomersialkan bagi menyokong sektor huluan dan hiliran industri koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) dilaporkan dimana setakat ini sudah menjalankan sebanyak 89 projek penyelidikan sejak daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.4 juta. Sebanyak 19 produk dan teknologi LKM dikomersialkan dan mengenal pasti 63 produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti produk kosmetik, penjagaan diri dan makanan berpotensi untuk dikomersialkan. Produk koko Malaysia kini bukan hanya untuk dipasarkan dalam negara tetapi kini mula menembusi pasaran antarabangsa sdan beberapa negara baharu terutama di ASEAN dan negara Oceania. Malaysia sememangnya sudah memiliki produk koko dan diyakini dari segi teknologinya yang sudah mencapai tahap yang dimahukan. Apa yang penting sekarang ini kerjasama dengan usahawan terpilih untuk mengkomersial dan memasarkan produk berkenaan. Artikel tengahari Isnin dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai potensi industri koko di Malaysia yang agak lama tidak diketengahkan didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dilaporkan dimana 
Malaysia perlu terus mengambil peluag memgenai potensi besar industri koko global dengan lebih hebat. Ini kerana dilaporkan di Malaysia dimana syarikat Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd di Pasir Gudang adalah syarikat pengisar koko terbesar Malaysia dan keempat terbesar dunia iaitu dengan kapasiti 250,000 tan setahunIa pembekal utama kepada syarikat coklat dan industri makanan dan minuman tersohor dunia seperti NestlĂ©, Mars, Hershey's dan Cadbury. Bagi tujuan untuk memastikan bekalan koko dapat memenuhi permintaan pasaran maka kerajaan sentiasa berusaha memperkasakan industri koko menerusi program integrasi tanaman sebagai hala tuju baharu Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Bagaimana pun sebelum ini, kerajaan menyasarkan 40,000 hektar kawasan tanah akan ditanam dengan koko sehingga berakhir 2020 dan mahu keluasan kawasan tanaman koko dipertingkatkan lagi. Sebelum kemunculan tanaman komoditi lain seperti getah dan sawit dilaporkan kira-kira 400,000 hektar kawasan di negara ini ditanam dengan koko. Kini tanaman koko tanaman komoditi keempat terbesar Malaysia selepas sawit, getah dan kayu-kayan dimana ia mesti dipertahankan sumbangannya.  Sarawak negeri yang mempunyai kawasan tanaman koko terbesar dan menyumbang 9,557 hektar (46.5 peratus) berbanding Sabah (6,935 hektar atau 33.8 peratus) dan Semenanjung Malaysia (4,051 hektar atau 19.7 peratus).Industri koko negara mengalami transformasi, di mana sektor pengisaran biji koko berkembang pesat menjadikan Malaysia negara pengisar koko terbesar di Asia dan kelima terbesar duniaAktiviti pengisaran koko peneraju utama dan menjadi penyumbang penting keseluruhan nilai tambah industri koko negara. Bagaimanapun kini pertumbuhan pesat industri pengisaran koko tidak dapat diimbangi kapasiti pengeluaran biji koko tempatan. Produk berasaskan koko Malaysia iaitu mentega koko, serbuk koko, pes koko, coklat dan juga  cangkerang koko dieksport ke lebih 80 negara. Destinasi utama pasaran ialah Jepun, Amerika Syarikat (USA), Singapura, Kesatuan Eropah (EU), Australia dan China. USA merupakan destinasi eksport mentega koko terbesar bagi Malaysia. Apa yang pasti dimana industri koko negara memerlukan lonjakan menerusi pendekatan dengan lebih agresif. Akan tetapi pada penulis blog isunya sekarang adalah industri koko tempatan berdepan masalah isu kekurangan pengeluaran biji koko yang boleh menjejaskan pembangunan hiliran sektor komoditi itu jika tiada langkah proaktif diambil.

Menurut data dimana pada 2018 misalnya, Malaysia hanya mampu menghasilkan kira-kira 814 tan biji koko berbanding dengan keperluan pengisar tempatan berjumlah 344,488 tan setahun. Pengeluaran biji koko kini dilihat semakin terjejas dimana ia disebabkan pengurangan kawasan dalam tanaman koko akibat persaingan guna tanah. Keadaan ini menyebabkan Malaysia bergantung pada biji koko diimport dengan sejumlah iaitu 344,674 tan setahun. Komoditi koko mula dibangunkan di Malaysia seawal 1770-an atau kira-kira 249 tahun lalu dan berkembang pesat dan ia sekali gus memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan ekonomi negara. Dilaporkan dimana sejak 1989 iaitu keluasan penanaman koko di negara ini mula meningkat sehingga 415,000 hektar dan ini juga seterusnya meletakkan Malaysia antara pengeluar koko yang terbesar dunia. Bagaimanapun penulis blog mendapati mulai 2011 pengeluaran koko negara merudum sehingga 70 peratus menyaksikan keluasan penanaman merosot sehingga 20,543 hektar dengan pengeluaran hanya sekitar 5,000 tan setahun. Usaha berterusan perlu bagi mengembalikan semula keluasan penanaman koko pada sasarannya seperti sebelum ini. Kesan dari kemerosotan kawasan tanaman sudah pasti menjejaskan pengeluaran dan merencatkan permintaan tinggi terhadap produk pertanian ini di Malaysia. Justeru itu Lembaga Koko Malaysia (LKM) mesti terus giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan bukan hanya untuk industri huluan akan tetapi hiliran supaya nilai tambah produk koko dapat dipertingkatkan. Ada banyak produk berasaskan koko diperkenalkan kepada pengusaha tempatan. Antaranya adalah produk kosmetik, minuman kesihatan, jus pulpa koko serta coklat buatan tangan yang unik dan bermutu tinggi. Ada pelbagai insentif turut juga diberikan termasuk Program Pembangunan Tanaman Koko iaitu program lima tahun dengan insentif RM6,500 bagi setiap hektar. Industri tanaman koko tempatan harus disemarakkan semula kerana harganya yang rendah pada peringkat huluan berbanding hiliran. Jurang itu harus dirapatkan untuk dapat membantu pekebun kecil. Industri koko sebenarnya boleh memberikan pendapatan lebih lumayan berbanding sawit berdasarkan harganya yang tinggi. Harga purata terkini biji koko sekitar RM8,500 hingga RM9,000 satu tan.

D
alam pada itu pengenalan Program Pembangunan Rantaian Kluster Koko berupaya meningkatkan keupayaan biji koko dan pendapatan pengusaha daripada kalangan penduduk setempat. Kerajaan memberi peruntukan RM2.69 juta kepada 4,566 pekebun kecil koko di Malaysia dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020. Usaha juga dijalankan untuk memperkenal spesies koko daripada baka bermutu tinggi yang mempunyai rasa, aroma berkualiti dan unik. Bagi memastikan permintaan terhadap koko sentiasa berterusan dalam zon pengukuhan, rancangan pembangunan secara agresif bagi industri coklat negara melalui penubuhan Hab Coklat di Langkawi dan Pusat Perdagangan Koko di tiga pelabuhan utama di Malaysia digerakkan. Belanjawan 2021 dibentangkan pada 6 November 2020 diharap dapat dizahirkan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran industri agrokomoditi yang menjadi teras pembangunan ekonomi negara. Belanjawan ini juga mesti diterjemahkan dengan mempertingkatkan hasil pengeluaran koko bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah. Sasaran itu mampu dicapai memandangkan permintaan dunia terhadap koko semakin meningkat. Kadar penggunaan koko per kapita di negara luar, terutama Eropah mencapai 2.2 kilogram (kg), berbanding Malaysia, yang menggunakan hanya 0.6kg koko. Usaha mencari pasaran baharu sentiasa dilakukan melalui misi perdagangan ke luar negara dan mengadakan rundingan dua hala dengan negara berpotensi untuk pasaran komoditi. Industri hiliran berasaskan koko mempunyai masa depan yang baik dan berdaya maju berikutan negeri ini antara pengeluar serbuk koko terbaik. Apa pun industri koko negara, khususnya di Sarawak memerlukan hala tuju baharu dengan mengembangkan aktiviti hiliran komoditi itu dalam pengeluaran serbuk koko dan coklat. Ada sebanyak RM21 juta diluluskan dalam Belanjawan 2021 untuk program penanaman koko baharu dan bantuan input-input pertanian. LKM seterusnya mengorak langkah membina Pusat Pemprosesan Biji Koko dan Coklat (PPBKC) bernilai RM14 juta di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko LKM di Sarawak. PPBKC sebahagian daripada komponen di bawah SARA Cocoa Cluster di Sarawak, program yang menjadi pemangkin pada peringkat huluan yang dilaksanakan mengikut konsep farm to table (ladang ke meja makan). Kini melalui dana, kepakaran dan pengalaman yang ada, LKM melaksanakan program pembangunan pekebun kecil koko, termasuk insentif pemberian baja, bahan cantuman atau anak benih serta latihan kemahiran teknologi. Negara mempunyai kelebihan dari segi teknologi, termasuk pengklonan dan mampu mengeluarkan hasil berkualiti tinggi berbanding negara lain.

Bernama melaporkan dari Tawau, Sabah dimana '
Jom Tanam Koko, Pulangannya Masih Lumayan' wajar dijadikan bahan rujukkan.  Ketika pekebun kecil lain sibuk menebang pokok koko dan menanam kelapa sawit pada 1990-an apabila harga kelapa sawit melonjak seorang petani bernama Hamdan Buang sebaliknya pula sibuk mengetut pokok koko tuanya dengan baka koko baru bermutu tinggi. Ketika itu, pokok koko baka lamanya yang berusia antara 13 dan 15 tahun di atas kebun kawasan seluas kira-kira 4.4 hektar di Kampung Ranggu yang ditanam oleh keluarga mentuanya. Mentuanya pada masa itu tidak terikut-ikut dengan pekebun lain kerana pokok koko tua itu masih mengeluarkan hasil dan banyak menyumbang rezeki kepada keluarga. Beliau kini tekad mengusahakan kebun koko berkenaan meskipun ketika itu terpaksa berhadapan dengan harga koko yang rendah di samping pokok koko yang diserang penyakit. Usahanya kini berhasil kerana walaupun selepas lebih 10 tahun pokok koko tuanya itu ditutkan namun ia terus mengeluarkan buah yang banyak dan memberi pulangan lumayan kepada keluarga. Bekas anggota tentera selama 18 tahun sanggup bersara awal kerana melihat potensi pada tanaman koko sebagai sumber pendapatan lumayan. Kini dia boleh dianggap sebagai antara pekebun kecil contoh yang berjaya di Tawau. Baginya koko amat sesuai diusahakan bagi mereka yang memiliki tanah yang kecil. Kalau kebun koko dijaga dengan baik, ia mampu memberi pulangan lumayan kepada pekebun kecil. Dia mendakwa pulangan daripada satu ekar tanaman koko lebih lumayan daripada satu ekar kelapa sawit. Keluasan 0.44 hektar (1 ekar) dari kebunnya boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 420 kilogram biji koko basah sebulan dengan harga biji koko basah semasa sebanyak RM2.50 sekilogramWalaupun tanaman koko memerlukan lebih tumpuan namun pada masa yang sama tugas menjaganya boleh dianggap santai kerana tidak memerlukan banyak tenaga dan pekebun bekerja di bawah teduhan pokok koko yang rendang. Setiap hari pekebun koko cuma perlu memperuntukkan masa sekurangnya-kurangnya dua jam untuk memeriksa pokok dan daun bagi memastikan ia bebas daripada makhluk perosak dan penyakit. Pokok koko perlu disembur racun makhluk tiga kali setahun dan dahan-dahan tidak perlu boleh dicantas. Dia telah mendapat bantuan  dari segi nasihat, insentif penanaman, bekalan bahan seperti baja dan racun dan peralatan serta maklumat tentang pasaran dan harga koko. Dia menolak andaian kononnya tanaman koko berisiko tinggi kerana penanam boleh mengalami kerugian akibat pokok koko yang kurang mengeluarkan hasil termasuk masalah penyakit. Jika sesiapa ada memiliki tanah 2.2 hektar (lima ekar) ke bawah sebaiknya ditanam koko. Jika dahulu memang ada kewajarannya petani bimbang akan kerugian disebabkan oleh serangan penyakit dan harga koko yang rendah akan tetapi kini mereka boleh harapkan bantuan melalui pelbagai agensi termasuk bantuan penanaman sebanyak RM6,500 setiap hektar untuk tempoh lima tahun. Harga koko di pasaran juga kini cukup tinggi iaitu RM2.50 sekilogram untuk biji koko basah manakala koko kering boleh mencecah antara RM8,000 dan RM10,000 setiap tan metrikBekalan biji koko tempatan bagi kegunaan industri kini tidak mencukupi sehingga Malaysia terpaksa mengimport biji koko termasuk dari Indonesia. Berdasarkan statistik LKM, pada 1989 keluasan tanaman koko di Sabah mencecah 205,260 hektar tetapi sejak 1990-an keluasan tanaman koko mula berkurang selepas koko digantikan dengan kelapa sawit. Pada tahun 2009 dilaporkan keluasan tanaman koko di Sabah cuma mewakili 7,913 hektar. Keluasan tanaman koko di negara ini pernah pernah mencapai 414,236 hektar tetapi pada tahun 2009 keluasannya hanya tinggal 20,561 hektar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAMAN KOKO... POTENSINYA ADA...
SARAWAK LUAS... PENGELUAR UTAMA...
PENGISAI BIJI KOKO... TERBESAR ASIA...
RM6 BILLION SETAHUN...ITU NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 RabiulAwal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...