Ikan buntal ditakuti kerana racunnya yang boleh membunuh akan tetapi sebaiknya penulis blog kongsikan apakah dia gejala ababila berlaku keracunan dari ikan buntal. Pakar marin melaporkan dimanasemasa seseorang kena racun ikan buntal sebenarnya ada 4 peringkat. Peringkat atau tahap pertama dirasai dimana pada tempat yang di sekitar mulut terasa kebas atau mati rasa. Gejala ini dapat disertai dengan gangguan pencernaan seperti mual, muntah, sakit perut dan cirit. Gejala ini biasanya muncul dalam masa 10- 45 minit setelah memakan ikan buntal. Pada tahap 2 apabila simptom keracunan selanjutnya adalah mati rasa di bahagian wajah atau di muka dan sukar bercakap atau percakapannaya tidak jelas. Mangsa juga akan kehilangan keseimbangan kemduian tubuhbadannya terasa lemah atau tidak boleh bergerak. Simptom pada tahap 3 dilihat mangsa akan menjadi lumpuh badannya atau tidak boleh untuk dia digerakkan sama sekali, tidak boleh bercakap dan gagal untuk bernafas dan pupil matanya membesar. Akhirnya tanda keracunan ikan buntal adalah tahap 4 atau peringkat terakhir dimana kesukaran pernafasan diperingkat parah dimana berlaku kadar oksigen di dalam tubuh berkurang (hipoksia), jatung berdetak lebih lambat dari biasanya (bradikardia), penurunan tekanan darah (hipotensi), gangguan irama jantung dan penurunan tahap kesedaran. Gejala keracunan ikan buntal berlaku dalam jangkamasa selama 20 minit sehingga 3 jam setelah racun ikan buntal masuk ke dalam tubuh. Dalam beberapa kes tertentu gejala keracunan mungkin hanya berlaku setelah 20 jam memakan ikan buntal. Jika mangsa tidak mendapatkan rawatan pakar perubatan secepatnya berlaku kes ada orang yang mengalami keracunan makanan akibat tetrodotoksin dari ikan buntal boleh mengalami kematian dalam jangka waktu sekitar 4 - 6 jam setelah makan ikan buntal. Belum ada ubat bagi mengatasi keracunan oleh tetrodotoksin akibat memakan ikan buntal. Sebaiknya mangsa yang mengalami keracunan ikan buntal mesti segera diberikan rawatan perubatan di hospital. Biasanya dihompitak para doktor akan memberikan segera memberikan oksigen melalui alat bantuan pernafasa seperti alatan ventilator jika mansa dilihat tidak dapat bernafas secara normal. Doktor juga akan lakukan prosedur mengosongkan isi perut bertujuan untuk mengeluarkan racun ikan buntal dari dalam tubuh. Pemberian bahan tablet arang (charchoal) atau cairan arang aktif untuk membersihkan perut boleh dilakukan. Ada kes dimana doktor melakukan pembersihan atau cuci darah terutama jika mangsa memiliki penyakit buah pinggang (ginjal). Apa pun jika semakin cepat perawatan dilakukan maka semakin besar pula peluangnya untuk sembuh.
Bernama melaporkan 'Walaupun pelik namun ikan buntal punyai peminat sendiri' memang menarik dikongsikan kisahnya. Ikan buntal sering dikenali sebagai ikan yang hodoh dan pelik, namun ikan berkenaan turut popular untuk dijadikan barangan perhiasan terutama di kalangan pencinta barangan eksotik. Ikan buntal nampak pelik, namun ia turut popular sebagai barangan perhiasan terutama dikalangan pencinta cenderahati eksotik. Pasti ramai yang tidak pernah menyangka ikan buntal yang badannya mengembung apabila diancam dan tidak bersisik tersebut boleh dijadikan barang perhiasan di rumah mahupun dalam kereta. Bagi seorang pengusaha cenderahati ikan buntal di Pulau Pangkor Mohd Arshad Yusup (40 tahun) dakwa kebanyakan mereka membeli ikan buntal di gerainya untuk dijadikan perhiasan rumah selain memberikannya sebagai cenderahati kepada rakan-rakan selepas pulang bercuti di pulau berkenaan. Bagaimanapun bagi menjadikan ikan buntal sebagai cenderhati bukanlah mudah kerana ikan ini berbisa. Dia yang menjual produk ikan buntal secara sampingan berkata ramai pelancong tempatan dan asing sangat teruja dan berminat untuk membeli ikan buntal sehingga nilai jualan mampu mencecah RM300 seminggu. Biarpun proses membuatnya sangat sukar dan membahayakan nyawa tetapi dia hanya menjual buntal dari RM30 hingga RM150 seekor mengikut saiz. Biasanya ikan buntal ini selalunya ditemui terperangkap di dalam bubu nelayan bersama-sama ikan laut dalam dan mereka memang akan membuang ikan ini kerana ia beracun maka lebih baik dijadikan ia barangan perhiasan daripada membuangnya begitu sahaja. Dia ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Gedong juga mempunyai gerai makanan kecil di tempat sejarah Kota Belanda di Pulau Pangkor mula menjual cenderahati ikan buntal sejak lima tahun lepas setelah mendapati ramai pelancong tertarik dengan hiasan ikan buntal yang digantung di gerainya. Kini dia boleh mengawet ikan buntal dan menjual lebih banyak cenderhati berkenaan. Jika Pulau Langkawi terkenal dengan gamatnya beliau mahun agar Pulau Pangkor pula terkenal dengan ikan buntal. Dia memang membuat dan menjual cenderahati ikan buntal dengan hanya menggunakan empat spesies ikan buntal iaitu spesies buntal duri, buntal landak, buntal landak jarum dan buntal pasir atau nangka. Proses pembuatan bermula dengan ikan itu dibekukan dalam peti sejuk selama tiga hari bagi memastikan proses mengasingkan kulit dan isi lebih mudah.
Selepas tiga hari dia akan mulakan proses menegeluarkan perut ikan berkenaan menggunakan gunting dan proses ini agak rumit dan memerlukan perhatian tinggi. Memang perlu berhati-hati dengan bisa yang terdapat di dalam hempedu ikan berkenaan yang mana sangat beracun hingga boleh membawa maut. Ikan buntal atau pufferfish juga sinonim sebagai sejenis ikan pembunuh kerana ikan itu mengandungi racun neurotoxin yang menyerang saraf. Maklumat saintifik juga meletakkan ikan buntal sebagai haiwan kedua paling beracun selepas Golden Poison Frog yang berupaya membunuh manusia dalam beberapa saat. Sebaik perut ikan dibersihkan maka sia akan meletakkan belon ke dalam perut ikan buntal sebelum menjahit semula perut ikan berkenaan. Semasa proses menjahit sudah pasti ada kecederaan kecil kerana durinya sangat tajam. Kemudian dia akan meniup belon tersebut untuk mengembungkan perut ikan buntal sebelum digantung selama 3 hari bagi memastikan lendir dan air di dalam ikan itu hilang. Selepas tiga hari maka belon berkenaan perlu ditarik keluar dan ikan buntal perlu dikeringkan sekali lagi secara mendatar bagi memastikan bau hanyir ikan tersebut hilang. Memang remeh proses membuat cenderahati ikan buntal ini ditambah pula ia berbisa tetapi saya mahu ia menjadi satu daripada ikon di Pulau Pangkor kerana ia memang sukar ditemui di tempat lain. Memang dia tidak menggunakan apa-apa bahan kimia ke atas ikan berkenaan kerana dia tidak mahu ia menjejaskan kesihatan pembeli. Kini selain produk perhiasan rumah, ikan buntal berkenaan turut dijadikan tabung, topi dan sarung pisau. Kepada semua bakal para pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor selepas larangan merentas dibuka walau pun sewaktu endemik covid19 selepas pada Isnin 11 Oktober 2021 boleh mereka mendapatkan cenderahati ikan buntal disana. Se,uga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MEMBESAR BULAT.. CANTIKNYA....
BOLEH MAKAN... BUANG RACUNNYA...
JADI KRAFTANGAN... PANGKOR SANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1320, Platinum Suite,
Hotel Amerin, Perling,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.