COKLAT (Chochlate) adalah bahan daripada koko yang mana ia dijadikan makanan berperisa manis kebanyakannya dan merupakan makanan ringan paling popular di dunia. Menurut laporan oleh World Cocoa Foundation menyatakan dimana masyarakat di seluruh dunia (tetapi kebanyakannya di Eropah dan Amerika Syarikat) menggunakan lebih daripada 3 juta tan biji koko setahun. Bahan coklat ini bukan sahaja dilihat dan dikenali sebagai makanan berwarna gelap malahan didakwa ia menjadikan pengguna akan berasa baik dan lebih hebat dimana ia juga mungkin baik untuk jantung dan otak. Dalam pada itu pertanyaan asas dikemukakan adalah apa Itu coklat?. Sebenarnya bahan coklat dihasilkan dari biji dalam buah dari pokok koko (Theobroma cacao). Biji koko yang matang ini akan dituai dari pokok koko dan melalui banyak proses sehingga ia menghasilkan pelbagai bahan asas seperti cecair koko dan serbuk koko. Serbuk koko ini akan dibentuk sebagai produk manisan yang mana ia sebenarnya benih dari buah pokok koko dan hanya banyak ditanam di kawasan tropika di Khatulistiwa. Proses dilakukan untuk menghasilkan makanan dari sumber koko ini dimana penanam koko akan membuka pod kemudian mengambil bijinya, ditapaikan (fermentation process) dan mengeringkannya. Seterusnya biji-biji itu dihantar ke kilang di seluruh dunia di mana pengeluar produk koko memeriksa dan membersihkannya sebelum mereka memanggang dan mengisarnya menjadi cecair padat yang dikenali sebagai likuor (cecair yang diperoleh daripada pengisaran isi koko). Ia merupakan bahan utama dalam pembuatan coklat. Selain daripada minuman coklat dilaporkan ada 3 jnis coklat yang dikenalpasti sebagai produk utama. Kategori coklt tersebut adalah Coklat Gelap, Coklat Susu dan juga Coklat Putih. Jenis Coklat Gelap atau 'dark chocolate' hanyalah likuor coklat, mentega koko tambahan, gula, pengemulsi (biasanya lesitin) dan vanila atau perasa lain. Dark chocolate mungkin mengandungi lemak susu untuk melembutkan tekstur akan tetapi ia umumnya tidak mempunyai rasa susu. Dark chocolate juga dikenali sebagai coklat semi-manis. Coklat tanpa pemanis, atau coklat masak, adalah 100 peratus likuor coklat dan biasanya sangat pahit dan astringen. Dark chocolate sering mempunyai peratus koko yang lebih tinggi yang bermakna ia mempunyai lebih tinggi biji koko di dalamnya daripada chocolate lain. bagi jenis Coklat Susu pula ia sama dengan dark chocolate akan tetapi ia akan ditambah dengan pepejal susu. Coklat susu (milk chocolate) manis dan berkrim biasanya tidak dibuat dengan susu sejuk dan berbuih. Ia biasanya dibuat dengan pepejal susu kering, yang kelihatan seperti susu tepung. Milk chocolate lazimnya mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus (%) likuor koko mengikut berat, dan sekurang-kurangnya 12% pepejal susu. Ia adalah jenis chocolate makan yang paling biasa. Jenis ke 3 iaitu Coklat Putih atau 'white chocolate' merupakan produk coklt yang mempunyai mentega koko (milk chocolate tolak pepejal koko). Selain mentega koko, gula, pepejal susu, lesitin dan vanila dimana jenis white chocolate memang mungkin mengandungi perasa lain. Ia mempunyai sekurang-kurangnya 20 peratus mentega koko, 14 peratus susu pepejal dan tidak lebih daripada 55 peratus gula. Artikel malam Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa cerita menarik mengenai minuman dan produk-produk coklat untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Dalam sebuah akhbat tempatan HMetro dengan cerita bertajuk 'Campur ekstasi dalam serbuk minuman coklat bagi elak dikesan' menarik dikongsikan kali ini. Kes berlau di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik menunjukkan puluhan serbuk minuman yang disyaki mengandungi dadah serta dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM1.2 juta semasa sidang media berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang (Sila lihat foto disebelah). Kisah bagaimana penjenayah mencampur ekstasi dalam serbuk minuman coklat merupakan satu taktik terbaru sindiket dadah tempatan yang cuba mengedar bahan terlarang tanpa dikesan pihak berkuasa. Namun usaha sindiket itu gagal selepas tiga ahlinya berusia 30 hingga 31 tahun diberkas polis dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Perak. Difahamkan dimana dadah ekstasi dalam bentuk serbuk itu dicampur di dalam bungkusan serbuk minuman coklat berjenama sebelum diedarkan dan digunakan penagih sekitar negeri Pulau Pinang. Dalam operasi pertama bermula jam 3.30 petang Rabu lalu, polis menahan seorang suspek bersama sejumlah dadah di dalam sebuah kereta di Air Hitam, Pulau Pinang sebelum membawa kepada penahanan seorang lagi suspek di situ. Susulan daripada penahanan dua suspek berkenaan maka pihak polis kemudian menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Taiping, Perak sebelum menemui makmal dipercayai lokasi memproses dadah berkenaan. Hasil daripada tiga serbuan itu dimana polis berjaya merampas 349 peket minuman dipercayai dicampur dengan dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat 11.885 kilogram (kg). Polis juga merampas dadah jenis ketamin seberat 830 gram, 800 biji pil ekstasi, 700 pil eramin 5 dan alat membungkus bungkusan minuman berkenaan. Kesemua dadah yang dirampas dalam serbuan itu dianggarkan bernilai RM 1.3 juta dan jika ia terlepas ke pasaran gelap, dadah berkenaan mampu disalahgunakan oleh 35,360 penagih. Selain itu, dalam rampasan itu juga, polis menyita wang tunai RM3,000, dua kereta jenis Honda City dan Mercedes Benz dengan nilai keseluruhan RM143,500. Kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama tujuh hari.
Portal akhbar sama dalam keluaran lain menyatakan kisah 'Minuman coklat palsu' yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan memang wajar dibaca dan dirujuk semua. Dilaporkan dimana pada mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman coklat jenama terkenal, namun risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsu. Sindiket berpangkalan di Nilai dikesan menghasilkan produk minuman coklat palsu jenama terkenal itu sebelum diedarkan di beberapa pasaraya seluruh Semenanjung Malaysia. Dilaporkan taktik licik sindiket itu yang menjadikan sebuah rumah banglo di Taman Mulia, Mantin dijadikan sebagai ‘kilang’ bagaimanapun berjaya dibongkar KPDNKK. Hasil serbuan ditemui sebanyak 225 bungkusan minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaan. Turut dirampas pembungkus, besi tertera nombor siri, mesin pencetak dan penimbang. Penulis blog ucap terimakasih atas kejayaan penangkapan ini dimana pembaca blog mungkin sudah ada yang terbeli atau terminum coklat palsu tersebut agaknya.
Bernama dan beberapa akhbar lain telah melaporkan dimana 'Bukan usus babi tapi gumpalan susu - Jakim' memang amat menakjubkan ceritanya. Dalam tangkap layar video yang memaparkan satu kotak minuman Milo yang didakwa mengandungi usus babi. Kisah dari Shah Alam baru-baru ini tular di media sosial mengenai dakwaan pengguna di Facebook yang mengatakan kotak minuman coklat jenama Milo yang dibelinya mengandungi usus babi. Namun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan semalam menafikan perkara tersebut. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak Nestle Malaysia, ia adalah gumpalan susu yang terjadi dipercayai akibat produk telah rosak. Walau bagaimanapun, pihak syarikat masih belum dapat menghubungi individu yang menularkan kejadian terbabit menerusi rakaman video untuk disiasat punca berlakunya gumpalan. Sekiranya pengguna turut mengalami kejadian yang sama, sila hubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian 1800883433 dengan secepat mungkin. Menurut Jakim dimana pihaknya tampil membuat penjelasan itu susulan media sosial Halal Malaysia dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status minuman itu yang mengandungi usus babi. Pengguna juga boleh merujuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan isu-isu keselamatan dan kualiti makanan yang berada di negara ini.
Benarkah dakwaan dimana 'Coklat itu makanan berahi?' seperti dilaporkan oleh portal utusan online. Artikel pendek tulisan wartawan Fazrina ini menyatakan dimana menikmati coklat juga dilaporkan mampu menenangkan jiwa. Kajian menunjukkan coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine iaitu bahan-bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac atau penggalak nafsu, manakala phenylethylamine pula adalah kimia yang berkait dengan amphetamina yang meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah, sekali gus menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Anti oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat. Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh, USA mendapati coklat bukanlah penyebab migrain seperti tanggapan kepada sesetengah orang akan tetapi coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang menerusi cecair endorphin yang mana ia mampu membuatkan pemakannya rasa gembira. Kelebihan ini dimanfaatkan dengan cara yang lebih komersial melalui pembentukan jenama-jenama coklat terkenal yang menawarkan bermacam jenis produk berasaskan bahan tersebut. Antaranya, Theobroma Chocolate Lounge yang berasal dari Australia dan membuka cawangan pertamanya di pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Seperti namanya, Theobroma memanglah tempat istimewa untuk penggemar coklat dan di sini segalanya adalah tentang coklat!. Apa pun Theobroma adalah perkataan Mexico yang bermaksud makanan untuk tuhan. Di Malaysia ia dibawa oleh Kumpulan Hing Yap menerusi program francais dengan Theobroma Food of the Gods Pty Ltd, sebuah syarikat berasal dari Australia. Temu bual yang diatur baru-baru ini telah memberi peluang kepada wartawan untuk merasai sendiri kesedapan coklat dan pelbagai hidangan yang berasaskan coklat di Theobroma cawangan One Utama. Pembukaan Theobroma Chocolate Lounge ini adalah sebagai respon daripada permintaan orang ramai yang ingin menikmati coklat berkualiti tinggi juga sebagai alternatif kepada kopi. Terdapat lebih daripada 80 jenis makanan dan minuman berasaskan coklat untuk dipilih. Yang paling penting coklat ditawarkan rendah lemak dan tidak menggemukkan. Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Phenols pula dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Penting memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa coklat bukanlah makanan yang tidak sihat malah ia memberi banyak manfaat bagi yang menikmatinya. Produk koko tanpa pengawet dan diimport dari Belgium selaku negara pengeluar coklat terkemuka dunia. Malah warna-warna pada coklat di Theobroma juga diproses daripada tumbuhan dan buah-buahan agar lebih semula jadi dan baik untuk tujuan kesihatan. Bungkusan coklat tersebut turut datang dengan sebuah patung beruang kecil yang comel dengan harga sekitar RM 60 sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NEGERA TROPIKA... PENGELUAR UTAMA,,,
NEGARA BARAT... PAKAR MEMBUATNYA...
PRODUK COKLAT... ADA PELBAGAI CERITA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.