Support My Blog

Saturday, October 9, 2021

APAKAH DIA PEDAS?

PEDAS
merupakan satu perkataan dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada suatu jenis rasa kuat, tajam dan "panas" yang khusus didapati dalam pengambilan bahan tertentu seperti makan cili, lada hitam (pepper), biji sawi dan rempah-ratus khusus lain yang seumpama. Dalam bahasa Inggersi rasa pedas ini merujuk kepada panas (hot) kerana memang kesan daripada pedas adalah rasa panas. Rasa atau tahap kepedasan ini terhasil daripada kepekaan dan tindak balas kulit dan membran badan terhadap bahan kimia tertentu (seperti piperina pada lada hitam atau capsaisin pada buah cili atau bahan lain) yang merangsang saraf trigeminus serta titik somatoderia dimana keannya ia mendatangkan suatu rasa seakan "panas membakar" atau "pijar" sekaligus dengan rasa-rasa umum lain seperti berpeluh, mata berair, air liur meleleh dan sebagainya bergantung kepada tahap ketahanan individu dan tahap kepedasan yang diambil. Pada penulis blog sering melihat dimana ada beberapa rakan apabila makan pedas akan menjadi 'allergik' dengan mukanya menjadi merah menyala, rasa gatal dan ada tanda ruam dibadan seterusnya bergegas kebilik air. Dikalangan masyarakat Malaysia dimana antara makanan pedas yang popular adalah Sambal, Asam Pedas, Mee Segera Super Hot (banyak jenama), Masak Lemak CIli Api dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan. Makanan Asam Pedas merupakan diantara makanan pedas yang di komersilkan dimana-mana dengan pelbagai gelaran dan dijual siang dan malam. Negeri Melaka merupakan 'syurga' bagi makanan asam pedas dimana ada berpuloh gerai yang menjual makanan pedas ini akan tetapi di;;aporkan 'Asam Pedas Power' yang berniada di Kaki Bukit Cina (sebelah perigi Hang Tuah) merupakan premis yang mampu menyediakan makanan 'sangat pedas' dan hanya mereka yang berani sahaja boleh mencubanya. Bagaimana pun secara saintifik dimana rasa pedas ini sebenarnya boleh diukur menggunakan Skala Scoville. 
Kepedasan capsaicin ini boleh diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Unit) yang mengukur tahap kepedasan (pugency) dan kepekatan capsaicin dari varieti cili yang berbeza. Kita di Malaysia mempunyai beberapa jenis cili seperti Cili Besar, Cili Padi, Cili Benggala (Bell), Cili Kering, Cili Api, Cili Siam, Cili Hijau, Cili Hiasan dan pelbagai gelaran lagi. Bagi kebanyakan kita pengambilan cilii merah (merujuk kepada cili besar yang telah ranum) dan cili hijau (merujuk kepada cili besar yang belum matang) adalah paling biasa digunakan. Artikel pagi rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kenapa suka pedas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Pernahkah pembaca terfikir kenapa ramai orang yang apabila makan mereka akan mencari rasa pedas sama ada ianya sedap atau mungkin juga mereka ini juga sebenarnya ketagihan. Kalangan ramai apa yang penulis blog teiti dimana selalu mereka dakwa kalau makan makanan yang tidak ada rasa pedas maka macam 'tak sah' dan 'tak puas' atau kata 'tak kenyang' atau 'tak sempurna' aktiviti makan tersebut. Kalau makan nasi pada waktu tengahari sahaja mereka akan mencari sambal untuk dipadangkan dengan lauk pauk lain seperti sambal belacan, sambal tumis, sambal sotong, sambal bilis dan sayuran yang ada rasa pedas. Sambal belacan merupakan antara menu yang sering dicqri digerao makan tengahari (Sila lihat foto disebelah). Kini dihotel berbintang pun mereka sudah menyediakan sambal belacan siap dengan lesungnya diletakkan dan dihidangkan. Bagaimana pun penulis blog ada merujuk beberapa pendapat pakar makanan dan pakar psikologi dimana mereka menyatakan diantara sebab utama kenapa orang yang suka makan pedas menjadi ketagih adalah kerana apabila makan makanan pedas akan menghasilkan RASA GEMBIRA!. Terfikir pula penulis blog mengenai apakah 'kegembiraan' yang mereka maksudkan ini. Dalam memikirkan kaitam antara rasa pedas dengan gembira ini ada laporan yang menyatakan dimana badan orang yang makan makanan pedas akan menghasilkan hormon gembira secara semulajadi yang terdiri dari endorfin dan dopamin. Saintis dakwa endorfin membantu kita untuk mengawal tekanan serta mengurangkan rasa sakit. Aktiviti endorfin turut meningkatkan penghasilan dopamin dan seterusnya memberi rasa gembira. Ia berkait apabila akan mengembalikan 'mood' yang ceria dan memberi rasa lebih bertenaga dan seronok. Sebenarnya lita boleh lihat apabila makan pedas ramai yag rasa seronok dan gembira. Hipothesis saintifik ini juga akan menyebabkan orang yang suka makan pedas akan terus menerus untuk mengulangi tabiat makan pedas ini dan mungkin itulah sebabnya mereka merasa tidak sah jika tidak pedas. Boleh penulis blog dakwa inilah yang boleh dikatakan seolah-olah ketagihan dengan rasa pedas. Orang yang kerap makan makanan pedas yang sama akan mula lali pada rasa pedas dan mereka akan cuba untuk menikmati hidangan yang lebih pedas dari sebelumnya.

Bagi sesetengah orang memang amat tidak puas rasanya menjamah hidangan jika tidak ada rasa pedas sehingga mendorong amalan meratah cili padi mentah sebagai ulam. Apa yang saya perhatikan dimana rasa kepedasan itu merupakan satu nikmat dalam masa permakanan. Walaupun pedas bahan seperti cili merupakan penambah selera dalam kalangan masyarakat tempatan lebih-lebih lagi jika dimakan bersama sambal tempoyak, cencaluk, budu atau air asam. Laporan oleh pakar dari Institut Chili Pepper di Universiti Negeri New Mexico iaitu Paul Bosland mendapati cili padi yang juga dikenali dengan nama 'Cili Thai' itu memang  dikategorikan sebagai antara cili terpedas di dunia. Cili ini telah dikatakan mempunyai skala kepedasan sehingga skala 100,000 mata mengikut skala Scoville yang digunakan untuk mengukur tahap kepedasan cili. Ada laporan oleh pihak Guinness World Records bahawa rekod cili terpedas dipegang oleh varieti dinamakan Cili Trinidad Scorpion ‘Butch T’ dengan skala kepedasan 1.464 juta mata (Wow Tingginya!). Walau pun kita agak kurang untuk melihat atau merasanya, cili ini masih didakwa sebagai cili terpedas didunia. Apakah yang boleh dimanafaatkan dari cili jenis ini?. Perlukan pakar dan saintis tempatan membuat kajian ini dimasa akan datang. Saya ada menulis artikel ini dahulu dan untuk pautan (Sila klik disini). Dalam kes lain dilaporkan ada sejenis cili kacukan yang ditanam di Morisett, kira-kira 89 kilometer di utara Sydney, Australia dimana tahap kepedasannya 15 kali ganda lebih pedas berbanding cili api dan 30 kali lebih pedas daripada Tabasco. Bosland menerusi portal berita The Wall Street Journal dipetik berkata, petani di kawasan itu telah dikehendaki memakai sarung tangan ketika memetik cili bagi tujuan mengelakkan rasa pijar pada tangan. Mereka yang terlibat dalam kerja-kerja memproses dan memasak cili untuk dijadikan sos juga diminta memakai topeng dan pakaian khas bagi melindungi diri daripada aroma pedasnya. Sekiranya anda tidak memakai sarung tangan, tangan akan berasa pijar sekurang-kurangnya selama dua hari. Pemilik bersama The Chilli Factory, Marcel De Wit berkata, cili yang memiliki kepedasan melebihi skala SHU 800,000 mata itu sangat pedas sehingga boleh mendatangkan beberapa kemudaratan. Ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara tidak tahan dengan kepedasan cili Scorpion Butch T. Mereka sendiri mengalami masaalah seperti 'halusinasi' selepas mencuba  memakannya secara mentah. Ada laporan yang dakwa dimana kesannya menyebabkan pasien tidak boleh berjalan dan terpaksa berbaring selama kira-kira 20 minit sebelum keadaan kembali normal. Sehingga tahun 1990, hanya dua jenis cili yang mencatat skala kepedasan melebihi SHU 350,000 mata iaitu Habanero dan cili Scotch Bonnet.

Ramai mungkin pernah mengalami satu perasaan unik ketika kali pertama makan pedas sama ada semasa kanak-kanak, remaja atau setelah dewasa. Ada yang rasa air mata terus keluar semacam tidak mahu untuk berhenti, ada juga merasa lidah seakan terbakar dan ramai akan kembang kuncup mulutnya menyedut udara keluar masuk dengan cepat bertujuan bagi meredakan sesuatu yang sedang meledak didalam mulut. Ada yang pening-pening kepala dan tidak kurang juga berpeluh sejuk menahan kepadas yang tidak disenghajakan atau memakan makanan yang amat pedas yang tidak pernah diraskan sebelumnya. Berkemungkinan ia berlaku secara tidak sengaja atau ada di kenakan (prank) oleh rakan taulan sebagai stu hiburan sahaja. Dalam beberapa show di TV dan youtube  memang kisah seperti inisering dijadikan content yang menarik ramai penonton untuk melihatnya dan dijadikan bahan hiburan komersil. Antara yang selslu dihidangkan adalah jenis cili pedas, atau serbuk wasabi atau pelbagai makanan pedas lain. Kadang kalan satu makanan itu diisikan dengan bahan pedas untuk megenakan tetapu mereka. Apa lagi 'tersiksa'lah mereka yang dikenakan dengan rasa pedas ini. Saintis masih hairan kenapa cili yang paling kecil (seperti cili api) mampu mrmbuatkan seseorang menangis. Rasa terbakar pada mulut itu sebenarnya disebebkan oleh capsaisin iaitu bahan yang tiada warna, tiada bau dan kandunganny apaling tinggi dalam tisu cili. Bahan ini kemudian akan melekat kepada sel-sel didalam lidah yang dikenali sebagai reseptor TRPV1 iaitu deria yang mengesan rasa pedas. Otak kemudian akan menghantar signal isyarat kimia kepada badan individu tersebut yang mengarahkan untuk mengeluarkan bahan tersebut dari badan dengan kadar yang segera. Maka akan ada yang akan mencari air untuk diminum sebaliknya semakin merasa pedas. Sebenarnya air diminum akan meyebarkan lagi capsaisin keseluruh bahagian mulut dan bertambah rasa pedasnya. Itulah sebabnya hidung akan mula meleleh dan mata akan mengeluarkan air serta perasaan mahu minum air sejuk. Badan akan membuat apa juga tindakan bagaimana untuk keluarkan capsaisin dengan apa jua cara sekurang-kurangnya menghilangkan rasa panas. Penulis blog kemudian baru tahu dengan meminum susu atau makan ais kri boleh mengurangkan rasa pedas kerana dilaporkan makanan ini secara aktif boleh menarik capsaisin keluar dari reseptor TRPV1 kerana ia akan melarutkan, memberikan gula dan seterusnya rasa manis akan kurangkan siksa edas tadi. Cuba amalkan teknik ini apabila mendapat rasa pedas yang keterlaluan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro semua.
Wasallam!!!.
RASA PEDAS... RAMAI YANG SUKA...
BAHAN CAPSAICIN... CILI YANG ADA...
MINUM SUSU... AIS KRIM PUN JUGA...
MAKAN TIDAK PEDAS.. TAK SEMPURNA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Safar 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...