Support My Blog

Friday, October 8, 2021

TANAH LIAT DAN FAKTA MENARIK

TANAH LIAT (CLAY)
atau juga disebut sebagai 'Tanah Lempung' merupakan sejenis tanah untuk zarah galian silikat hidrous yang berdiameter kurang daripada 4 micrometer. Tanah liat mengandungi hablur-hablur silika dan alumina yang halus. Biasanya unsur-unsur dlam tanah liat adalah silikon, oksigen dan aluminium iaitu sejenis unsur yang banyak komposisinya di dalam kerak bumi. Tanah liat terhasil daripada proses luluhawa batuan silika oleh asid karbonik akan tetapi sesetengahnya terhasil daripada kegiatan pemanasan dari dalam bumi. Tanah liat membentuk gumpalan keras apabila kering dan melekit apabila basah terkena air. 
Tanah liat juga merupakan antara jenis tanah yang banyak mengandungi bahan alumunium atau silika yang sangat halus dimana pada zaman dahulu dilaporkan tanah liat ini seringkali dijadikan sebagai mainan kanak- kanak di kawasan kampong tradisional (termasuk penulis blog) sebab tanah ini memiliki tekstur yang mudah sekali dibentuk. Penulis blog yang pernah belajar mengenai tanah liat di universiti dahulu mendapati dimana antara beberapa ciri tanah liat membezakan dengan dengan jenis tanah lainnya. Kawasan kebun yang terdiri daripada tanah liat diketagorikan sebagai jenis tanah bermasaalah dan tidak subur. Dari segi pertanian memang tidak banyak tanaman yang sesuai untuk ditanam diatasnya kecuali ia dirawat dahulu. Terdapat banyak jenis tanah liat dimana yang paling popular adalah jenis tanah liat yang dijadikan bahan kraftangan seperti pasu, tempayan dan sebagainya. Penggunaan tanah liat untuk menyimpan air telah dilakukan didalan tamadun manusia sejak zaman purba lagi. Kalau pembaca berkunjung ke Sungai Sayong, Kuala Kangsar Perak biasanya akan singgah di gerai yang ada menjual 'Labu Sayong' yang diperbuat daripada tanah liat yang unik dan sesuai dijadikan untuk menyimpan air minuman. Artikel pagi Sabtu ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai tanah liat dan beberapa fakta di media untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 

Berikut adalah beberapa karakteristik tanah liat yang perlu diketahui dan untuk memahaminya. Pertama adalah tanah liat mempunyai
ciri yang melekit dimana ia dirasakan semasa tanah liat tersebut basah dan mudah dibentuk-bentuk dengan tangan. Bagaimana pun tanah liat ini akan menjadi ketulan yang keras apabila ianya menjadi kering iaitu seakan-akan sebagai kerasnya batu. Tanah liat juga mempunyai ciri yang susah untuk menyerap air. Kesukaran tanah iat menyerap air kerana terhalang ini menyebabkan akar tumbuhan sukar untuk menyesuaikan dikawasan tanah liat kerana air mudah bertakung. Bagaimana pun dari segi kebaikannya adalah dimana tanah liat paling sesuai dijadikan batubata dan atap genting yang tahan lasak. Beberapa negara akan dilihat dimana ramai penduduk yang membina atap rumah dengan menggunakan bata dan atap genting kerana ia tahan lama dan menyejukan. Tanah liat apabila dikeringkan boleh berubah menjadi butiran debu halus dan juga akan menggunpal serta mengeras apabila kering. Ada kalanya diman atanah liat akan menyerupai batu kerikil dan pasir yang boleh di lihat di sekeliling tanah liat apabila ia mengering. Dari segi warna lazimnya tanah liat adalah berwarna hitak kekelabu dimana ia tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang. Ada juga tanah liat yang berwarna kemerahan yang sesuai dijafikan industri pottery. Di beberapa negara nereka menjadikan tanah liat berwarna ini sebagai pproduk serbaguna untuk memasak, menyimpan iar, untuk tujuan rawatan perubatan selain daripada berkait dengan aktiviti keagamaan.

Pembaca juga sebaiknya perlu tahu akan beberapa jenis-jenis penting tanah liat. Pertama adalah Jenis 
Tanah Liat Earthenware. Dilaporkan dimana jenis tanah liat inilah yang paling banyak ianya digunakan oleh para pengusaha industri kraftangan. Ini kerana diantara kelebihan dari jenis tanah liat ini adalah sebab ia boleh didapati didalam bermacam jenis warna seperti warna kelabu, putih, coklat, oren dan merah. Tanah liat ini yang berwarna kemerahan sering dijadikan kendi (Sila lihat foto disebelah). Berkat adanya kandungan berupa zat besi dan mineral dalam jumlah yang tinggi dilaporkn jenis tanah liat ini tergolong berkualiti baik dan benilai agak tinggi. Jenis tanah liat ke 2 dikenali sebagai Tanah Liat Kaolin (Kaolin Clays) yang mana ia biasanya banyak digunakan untuk membuat porselain disebab tanah liat ini mengandungi banyak bahan mineral murni. Paling istimewa kerana warna dari jenis tanah liat ini adalah terang dan tidak terlalu lentur. Dengan ciri tersebut makan tanah liat jenis ini cukup susah untuk dibentuk. Kini didalam kilang yang menghasilkan porselain yang terbaik cara pembuatannya adalah dengan mereka akan mencampurkan bahan Kaolin Clays dengan Ball Clay. Jenis tanah liat ke 3 dikenali sebagai Tanah Liat Ball Clays yang mana jenis ini lazimnya mempunyai warna yang kelabugelap dan kandungan mineralnya hanya sedikit. Disebabkan oleh kandungan mineral sedikit dan teksturnya pun boleh mudah dilentur maka jenis tanah liat ini sering digunakan sebagai campuran kaolin dalam pembuatan porselain. Fakta diatas mengisahkan beberapa karakteristik tanah liat dan jenis-jenis dari tanah liat yang penting untuk semua pembaca ketahui. Sesetengah jenis tanah liat memang dijadikan barang dan produk dagangan daripada yang muarah kepada yang berharga sangat tinggi.

Merujuk kepada portal berita iaitu utusanborneo.com dengan tajuk utama  'Kegiatan mencuri tanah liat tumpas' 
di Kuching Sarawak wajar dikongsikan sama. Dilaporkan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Tanah dan Survei (JTS) berjaya melumpuhkan aktiviti mencuri tanah liat di Sentah Segu Land District di sini dengan nilai rampasan mencecah sebanyak RM4 juta, semalam. Komander Briged Sarawak PGA Datuk Isa Munir berkata, serbuan Ops Libas oleh Batalion 11 PGA itu yang diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff dilancarkan sekitar jam 12 tengah hari kelmarin hasil risikan dan maklumat awam. Menurutnya, semasa serbuan itu, pihaknya mendapati tiga lori dan enam jentera berat yang dikemudikan oleh sembilan individu berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun sedang giat beroperasi. Turut ditahan ialah seorang penyelia (lelaki) berusia 44 tahun dan hasil siasatan mendapati dia (penyelia) gagal menunjukkan sebarang dokumen dan lesen pengambilan tanah liat berkenaan.  Justeru, kita telah menahan sembilan lelaki tempatan (pekerja) dan merampas tiga lori serta enam jentera berat yang dianggarkan bernilai mencecah RM4 juta untuk siasatan lanjut. Difahamkan, kes sedemikian merupakan kes terpencil di negeri ini dan kes pertama disiasat oleh JTS. Siasatan awal juga mendapati mereka baharu beroperasi sejak seminggu lepas dan disyaki mengambil tanah liat tersebut untuk dieksport ke India dengan harga kira-kira RM60 untuk satu tan. Kes disiasat di bawah Ordinan Mineral 2004 dan telah diserahkan kepada JTS untuk tindakan lanjut. Turut hadir dalam operasi tersebut ialah Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Superintenden Soh Hock Sing serta pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu Harian Metro dengan tahuk 'Ilham daripada tanah liat' memang berkaitan dengan tajuk kali ini. Akhbar ini melaporkan rasa kekurangan apabila tidak bermain dengan tanah liat menjadikan seorang pencinta seni kraf tangan, Atthirah Mohd Jazmin, 21, sejak mempunyai kemahiran menghasilkan cenderahati mini (miniatur) tahun 2020 lepas (Sila lihat foto disebeah). Anak keenam daripada sembilan beradik ini berkata, hobi berkenaan seakan-akan sebati dengan diri malah kini menjadi sumber pendapatan baginya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Meskipun tiada pengetahuan asas dalam menghasilkan cenderahati, Atthirah nekad belajar sendiri dengan menjadikan Internet dan video di YouTube sebagai sumber rujukan. Pada mulanya, saya sekadar menghasilkan cenderahati itu untuk suka-suka kerana minat dan setiap kali siap, saya akan memuat naik gambar hasil kerja di lnstagram. Kemudian dia tidak sangka apabila sudah ramai yang berminat untuk membeli dan bagi memenuhi permintaan mereka, saya ambil tempahan mengikut kuantiti dan bentuk cenderahati diinginkan. Kini disebebkan sambutan amat baik dan setakat ini, majoritinya berpuas hati dengan hasil kerja saya dan kepercayaan pelanggan membolehkan saya bertahan. Dakwanya dimana setiap cenderahati mengambil masa antara 15 minit hingga empat jam untuk dihasilkan bergantung kepada tahap kesukarannya. Apa pun kebiasaannya, cenderahati berbentuk makanan dan figura karakter kartun mengambil masa lama kerana memerlukan ketelitian yang tinggi dalam usaha untuk menghasilkannya. Dia akan mampu untuk menghasilkan cenderahati berkenaan mengikut permintaan pelanggan yang selalunya membuat tempahan untuk dihadiahkan kepada insan tersayang. Dia akan mempelbagaikan jenis cenderahati yang dihasilkan antaranya dalam bentuk magnet hiasan dan rantai kunci. Memang tiada had ditetapkan tetapi masa lebih lama diambil jika mereka menempah dalam kuantiti banyak dan setakat ini, majoritinya memberi maklum balas positif. Bagaimana pun gadis berasal dari Kajang ini dapati dia tidak mahu kemahiran dimilikinya itu sekadar menjadi sumber pendapatan tetapi bercadang mengadakan bengkel untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat. Perkongsian ilmu menerusi penganjuran bengkel berkenaan diharap melahirkan lebih ramai pencinta kraf tangan yang mahir. Dia memang bercita-cita membuka studio kraf tangan satu hari nanti namun itu hanya perancangan awal kerana fokus ketika ini membuka bengkel kemahiran. Diharap bengkel beliau itu mendapat sambutan kerana dengannya, saya dapat berkongsi ilmu selain menjadikannya sebagai satu peluang untuk menambah pendapatan.

Artikel bertajuk 'Di sebalik 'nasi lemak tanah liat'' memang sebenanya ukiran kraftangan yang agak menarik. Dilapor usahawan muda ini biarpun tiada sijil kemahiran dalam bidang seni dan hanya mempelajari teknik di YouTube, seorang wanita gembira apabila karya seninya mendapat pujian di media sosial. Norizzati Ezwani Mohd Pazeli, 22 tahun memuat naik gambar seni arca berbentuk nasi lemak diukir daripada tanah liat di Twitter dan mendapat permintaan ramai warganet. Itu percubaan pertama kali saya menghasilkan seni arca dan tidak sangka ia tular. Ramai buat tempahan tapi saya hanya akan hasilkan terhad kepada tujuh arca nasi lemak sahaja dan selepas itu hasilkan karya lain pula yang kini menetap di Kuala Lumpur. Norizzati Ezwani berkata, proses mengukir, mewarna dan mencantum karya seni arcanya mengambil masa lapan jam dan ia dijual pada harga RM25 setiap satu. Menurutnya dimana dia mula berjinak-jinak dalam dunia seni lukisan sejak berhenti sekolah di Tingkatan 3. Dia yang tidak mengambil apa-apa kursus seni dan memilih berhenti sekolah untuk menjaga ibu yang diserang strok. Masa terluang di rumah saya manfaatkan belajar sendiri di Internet dan banyak merujuk kepada dua rakan sebayanya yang ambil bahagian seni iaitu Finaz and Adiey. Anak bongsu daripada tiga adik beradik itu berkata, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya berhenti sekolah demi menjaga ibunya. Dia tidak kisah sebab orang cakap kalau tolong ibu bapa, rezeki akan berbalik kepada kita. Adik beradik lain ada komitmen keluarga dan kerja yang tak dapat dielakkan jadi saya pilih jalan ini untuk bantu keluarga. Norizzati Ezwani menjadikan Instagram (IG) sebagai platform berkongsi gambar hasil karya seninya dan menjualnya jika mendapat permintaan pelanggan. Semuga attikel mengenai tanah liat dalam blot anim agro technology ini berguna. Wasallam!!!.
TANAH LIAT... UNIK TEKSTURNYA....
BILA BASAH...DIBENTUK MUDAHNYA...
ADA 3 JENIS LIAT... KESEMUANYA...
DIBUAT POTTERY... ADA HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...