Support My Blog

Thursday, October 28, 2021

NANAS MD2 - KINI TERKENAL

NANAS MD2
merupakan sejenis varieti nanas yang popular dan terkenal di Malaysia malahan diseluruh dunia kerana kualitinya. Pada penulis blog Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan buah selalunya berjambul dihasilkan oleh tanaman nanas dan merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika dikelaskan daripada keluarga Bromeliaceae. Terdapat sekitar 70 varieti nanas yang ada kenalpasti di seluruh dunia akan tetapi hanya sebanyak 15 varieti sahaja yang didaftarkan didalam senarai varieti tanaman oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Nanas MD2 diberikan nombor pendaftaran sebagai AC9 dimana ia kini menjadi buruan usahawan nanas untuk menanamnya sama ada ditanah gambut atau di tanah mineral. Kepada pembaca yang ingin mengetahui apakah dia varieti nanas yang telah didaftarkan di Malaysia boleh membaca tulisan saya dengan pautan yang berikut (Sila klik disini). Seluas 13,805 hektar nenas telah ditanam pada tahun 2020 dengan menghasilkan sebanyak 382,851 metrik tan untuk pasaran domestik dan eksport
(Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Buah nanas MD2 Malaysia telah dieksport ke Singapura, China, Korea, Jepun, Negara-negara Timur Tengah dan banyak lagi sebagai buah nanas premium. Khasiat buah nanas yang didakwa mampu memberikan impak kesihatan membolehkan buah nanas segar semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan dan luar negara. Nanas MD2 merupakan satu varieti nanas yang semakin popular ditanam kerana harga dan permintaan amat baik masa kini. Sejarah varieti nanas MD2 mula dikaji aktiviti pembiakbakaannya di Institut Penyelidikan Nanas di Hawai pada tahun 1960’an. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 varieti nanas MD2 telah berjaya dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendaki oleh pasaran antarabangsa. Anda boleh membaca tulisn lengkap mengenai sejarah asal usul mengenai nanas MD2 dalam tulisan saya dengan lebih lengkap pada pautan berikut (Sila klik disini). Nanas varieti MD2 yang dinamakan sebagai Millie Dilard sempena nama isteri orang berkepentingan ini kekal sehingga hari ini sebagai salah satu nanas premium untuk dikomersilkan. Diantara ciri keistimewaan nanas MD2 adalah ia memiliki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah. Kulit buah nanas ini akan berwarna kekuningan emas apabila cukup masak. Bagaimana pun apa yang penting mengenai bentuk buah nanas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang selindar bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Nanas MD2 biasanya memerlukan masa sekitar 14 bulan daripada waktu menanam sehingga sesuai untuk dituai. Buah yang masak akan mempunyai isi pulpa lebih manis dan lebih kompleks, kurang kandungan serat dan mengandungi 4 kali lebih banyak vitamin C daripada nanas biasa dan kurang keasidannya. Saya ada menulis lebih dari 250 artikel menarik mengenai nanas didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Artikel malam ini sekali lagi didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 6,710 mengenai varieti nanas MD2 yang kini sudah terkenal untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Nanas MD2 yang kini semakin terkenal dilaporkan dalam sebuah portal berita hmetro.com.my dengan tajuk 'Nanas MD2 dapat permintaan tinggi' menarik dikongsikan. Dilaporkan dimana penanam nanas MD2 di daerah Kemaman dan Dungun, Terengganu bersyukur apabila tanaman mereka mendapat permintaan tinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 lalu. Kepada seorang lagi usahawan nanas Mohamad Kamal Awi (64 tahun) mendakwa dimana kini permintaan terhadap nanas MD2 meningkat 80 peratus berbanding sebelum PKP dilaksanakan. Menurutnya kes peningkatan itu disebabkan keunikan rasa dan khasiatnya berbanding nanas jenis lain serta kekurangan bekalan buah-buahan tempatan sejak PKP dilaksanakan. Dia yang kini  menanam 17,000 pokok nanas di atas tanah seluas 0.4 hektar dan hasil jualan telah meningkat di antara 100 hingga 200 kilogram sehari. Dia dakwa pada fasa pertama PKP dia telah keluarkan sebanyak 2,000 kilogram dimana kemuidan dia akan keluarkan sehingga 4,000 kilogram dari tanaman nanas MD2 di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun. Nanas MD2 kini sudah mendapat tempahan daripada ramai penduduk setempat termasuk pemborong dari seluruh Terengganu. Bagi rakannya sebagai peniaga nanas pula dikenali dengan Harwani Mohamad Yusof (40 tahun) dakwa dimana dia bersyukur rezekinya berniaga nanas sangat menguntungkan sejak PKP dilaksanakan. Permintaan nanas MD2 sangat tinggi dan setiap hari dia menjual nanas ini lebih daripada 200 kilogram (Sila lihat foto disebelah). Ramai dari pelanggan mendakwa nanas ini mempunyai vitamin Bromelin yang khasiatnya boleh mencegah jangkitan penyakit. Kalau dahulu ada yang takut makan nanas sebab masam dan lidas tetapi apabila mencua makan nanas MD2 mereka akan datang membelinya lagi.

Bagaimana pun setahun lebih kemudian iaitu pada Jun 2021 akhbar sama telah melaporkan '
Jual murah nanas MD2' memang kisahnya sesuai dirujuk juga. Laporan bergambar dimana Azman Mohamad (56 tahun) dari Kampung Cabang Kertih menunjukkan nenas MD2 yang ditanam dijual pada harga RM4 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Berita dari Chukai, Terengganu ini menyatakan dimana wujud golongan orang ramai yang terjejas pendapatan ketika ini berikutan kesan pandemik Covid-19 melanda dan seorang pengusaha ladang nanas terdorong untuk menjual hasil tanamannya itu dengan harga RM4 sekilogramHarga jualan nanas MD2 itu jauh lebih murah berbanding harga pasaran ketika semasa iaitu antara RM7 hingga RM8 sekilogram. Beliau dakwa memang dia sengaja menurunkan harga nanas MD2 yang diusahakannya untuk memastikan semua orang dan penduduk mempunyai kemampuan untuk membelinya.  Jika ikutkan sambutan terhadap nanas MD2 itu yang sangat tinggi sekarang, malah hasil buah masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan daripada pembeli dan juga pemborong. Dakwanya ada ramai pemborong dan penjual nanas di sekitar Kemaman dan Dungun ingin membeli nanas itu dengan harga borong RM5 sekilogram tetapi saya mahu tidak terlalu mengejar keuntungan. Dia tetap dengan pendirian menjual nanas itu kepada penduduk setempat dengan harga RM4 sekilogram sahaja. Dia yang mana telah memulakan usaha menanam nanas itu sejak berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun 2020. Asalnya dia juga berasa buntu sepanjang PKP dikuatkuasa ketika itu kerana tidak dapat berkerja sebelum mengambil keputusan untuk memanfaatkan waktu terluang itu mengusahakan tanaman terbabit. Bagaimana pun hasil sokongan ahli keluarga, adik-beradik dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akhirnya dia berjaya mengusahakan tanaman nanas itu sehingga mengeluarkan hasil sekarang. Selepas setahun tiga bulan maka segala pengorbanan dan penat lelahnya terbayar apabila kira-kira 40,000 daripada 51,000 pokok nanas yang ditanam mengeluarkan hasil. Dia telah membuat satu keputusan untuk mengusahakan tanaman nanas MD2 dan membelanjakan wang simpanan lebih RM35,000 dimana kini telah berjaya memberi pulangan lumayan kepadanya. Setakat ini sebanyak 2,000 biji nanas sudah terjual dan musim memetiknya dijangka berlarutan hingga hujung tahun 2020 ini. Pembaca blog boleh kira sendiri pendapatan kasar beliau dengan sebanyak 40,000 buah nanas MD2 yang dituai dengan purata berat buah 1.2 - 1.5 kg sebiji dijual dengan harga RM4.00 sekilogram. Berapa jumlahnya!. Itu belum masuk jualan benih nanas MD2 sekitar 200,000 sulur dengan harga pasaran benih MD2 lebih dari RM1 satu sulur!.

Portal berita
sinarharian.com.my juga ada melaporkan kisah 'Alumni UMK tauke nanas MD2 tuai tujuh tan semusim' dari Kuala Krai, Kelantan juga memang menarik dikongsikan faktanya. Walau pun asalnya ia cuma percubaan secara ‘suka-suka’ dalam menanam nanas di ladang seluas 4 hektar akhirnya membuahkan hasil yang lumayan buat seorang pemuda yang berasal dari Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai gembira (Sila lihat foto disebelah)Alumni Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) bernama Wan Lokman Wan Haron (33 tahun) memberitahu iaitu selepas tiga tahun berpanas dan bermain lumpur kini akhirnya kebun nanas yang diusahakan mampu menghasilkan sekitar tujuh tan nanas semusim. Nanas ini dijual pada harga borong tempatan iaitu RM2.50 sekilogram untuk nanas madu kaca manakala nanas varieti MD2 pula dijual pada harga RM4 sekilogramBagi jualan secara runcit pula harga sekilogram nanas madu kaca sekitar RM3.50 hingga RM5 dan nanas MD2 mencecah harga RM5 hingga RM8 bergantung kepada pasaran semasa. Nanas MD2 antara yang menjadi rebutan dan mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang manis, lebih berjus dan serat yang bagus untuk kesihatan. Kini dia semakin bersyukur kerana sejak mengusahakan tanah pertanian terbiar dengan tanaman nanas pada tahun 2018 dimana usaha gigihnya mendapat sokongan padu daripada keluarga. Bermodalkan sekitar RM30,000 melalui wang simpanan keluarga kini pemuda tersebut memulakan projek tanaman nanas tanpa memohon bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan. Dia mengusahakan kawasan tanaman secara berperingkat dengan permulaan modal kecil dan memperoleh anak benih nanas yang dibeli di pasaran. Dia guna pengalaman dan ilmu di UMK untuk bantunya didalam menjadikan bidang pertanian sebagai perniagaan. Dia yang mana amat mementingkan hasil pengeluaran tanaman yang berkualiti bagi menjamin pelanggan atau pemborong sentiasa berpuas hati dan turut menaruh harapan tinggi untuk dia menjadikan kawasan Kampung Chuchuh Puteri antara lokasi pengeluaran nanas premium di Kuala Krai sekiranya kawasan ini terus dimajukan dengan tanaman nanas secara komersial, selain terkenal dengan buah durian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NANAS MD2... TERKENAL VARIETINYA...
DALAM MEDIA...USAHAWAN BERJAYA...
KUALITI TERBAIK... MUDAH JUALANNYA...
ANDA SEMUA... ADAKAH INGIN CUBA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Lalan Cendana off Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(21 Rabiulawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...