Bawang goreng selalunya dijadikan bahan penghias makanan dan pelengkap selera bagi pengemarnya. Biasanya ia akan diguna dan memang sedap ditabur dalam masakan seperti sup, bubur, mi dan sebagainya dimana aromanya memang menambah selerau. Bagaimana pun ramai berpendapat dimana jika membeli bawang goreng yang sudah siap dijual dipasaran memang susah untuk menepati citarasa yang diinginkan. Apa pun sebaiknya membuat sendiri bawang goreng yang penulis blog dapati merupakan satu proses yang sangat mudah dan mendapat hasil gorengan yang terbaik. Pembaca juga pasti boleh hasilkan bawang goreng yang sedap dan wangi selain terjamin kebersihannya. Dilaporkan semakin kurang pengguna membeli bawang goreng komersil dipasaran selepas isu viral ia dicampur dengan bahan plastik untuk kekas rangup. Paling enak apabila bawang goreng ini dibubuh pada mi rebus, mi goreng, bubur dan sebagainya sebelum mula makan. Apa pun rahsia sebenar didalam menyediakan dan menyimpan bawang goreng perlu diikiti dengan baik. Hanya beberapa bahan digunakan untuk menyediakan bawang goreng iaitu Bawang Kecil (ramai yang suka dnegan jenis Bawang Merah Rose India atau Bawang Besar Terpilih, 2-3 sudu tepung jagung dan pastinya minyak masak. Bawang merah terlebih dahulu di kupas kulitnya dan terus cuci dan toskan airnya. Kemudian dengan menggunakan pisau tajam dan alas ia di hiris halus. Tips terbaik adalah jangan dihiris baru duci dengan air kerana apabila digoreng kelak tidak akan garing sampai bila-bila. Ada yang terus menggoreng hirisan bawang akan tetapi ada juga yang membubuh tepung jagung yang ditabur-tabur sahaja. Seterusnya di panaskan minyak dalam kuali dengan kuantiti banyak dan apabila sudah sederhana panas masa taburkan sedikit garam didalamnya. Masukkan bawang yang dah dihiris ke dalam minyak panas dan kacau sekejap dengan teliti menggunakan sudip penapis dengan api yang besar untuk selama selama 1 minit dimana kemudian kecilkan api. Kacau selalu supaya hirisan bawang tersebut tidak mudah hangus dan perlu banyak bersabar kalau mahu hasil yang terbaik. Dilihat apabila sebahagian bawang dah mula bertukar warna kekuningan maka teruskan kacau-kacau sampai bawang mula bertukar warna kekuningan semuanya dan pastikan api sentiasa kecil untuk bagi dia masak dengan sempurna. Angkat kuali daripada api dan teruskan kacau lagi sampai dapat warna kecoklatan yang diingini. Jangan sampai gelap sangat warnanya sebab nanti rasanya pahit. Angkat bawang goreng dengan sudip penapis tu sambil toskan minyaknya. Seterusnya boleh dihidangkan atau boleh dialihkan ke dalam bekas yang kita sediakan tadi. Biarkan betul-betul sejuk dimana apabila sudah sejuk mula leraikan bawang goreng tu perlahan-lahan ye untuk meleraikan isi bawang yang melekat. Simpan dalam pembungkusa yang kedap udara dan labelkan.
Penulis blog agak dimana tentunya banyak kalangan pembaca blog ini yang telah pun mencuba bawang goreng walau pun sekali seumur hidup. Penulis blog sendiri apabila makan meehon sup memang akan dapatkan bawang goreng dan sambal kicap agar boleh digunakan sebagai pembuka selera (Sila lihat foto disebelah). Aroma bawang goreng akan menambahkan keenakan meehoon sup tersebut. Walaupun aromanya agak unik bagi bawang goreng akan tetapi sebenarnya ia mempunyai rasa yang sangat ringan. Saintis mendakwa selain menambah keenakan rasa dimana kandungan asid askorbik didalamnya akan membantu menguatkan sistem ketahanan badan dimana pernah dilaporkan bawang goreng dalam sedikit minyak berguna untuk orang yang terdedah kepada selesema dan SARS yang kerap berlaku satu waktu dahulu. Kajian nutrisi melaporkan dimana didalam bawang goreng terdapat kompopnen zat seperti vitamin B yang diperlukan untuk fungsi normal sistem saraf, Niacin dimana ia mengambil bahagian dalam aktiviti metabolisme lipid dan Asid Folik yang akan mendorong pengeluaran serotonin dan kesannya ia bertanggungjawab untuk mood yang baik. Bahan lain adalah Kolin yang mampu menormalkan metabolisme lemak, jumlah bahan ini yang mencukupi dalam badan menyumbang kepada penurunan berat badan. Bahan Biotin pula akan membantu menguatkan rambut, kuku, memperbaiki keadaan kulit. Didakwa juga sangat berguna bagi wanita hamil untuk makan bawang goreng secara berkala kerana kandungan asid folik yang tinggi. Bahan ini akan membantu mengelakkan kecacatan perkembangan pada bayi yang belum lahir, menguatkan imuniti dimana ia pastinya setiap ibu tahu betapa bahayanya sakit semasa hamil. Dalam bawang, walaupun setelah digoreng diman sebilangan besar zat seperti belerang, kalium dan fosfor tetap ada. Produk ini mempunyai cukup silikon, besi, manganese diman jika sesiapa makan bawang secara berkala memberikan kesihatan.
Walaupun terdapat senarai khasiat yang cukup banyak dari makanan bawang goreng akan tetapi jika diambil secara berlebihan juga boleh memudaratkan. Didakwa dimana sekiranya seseorang mempunyai masalah dengan perut seperti gastritis (gastrik) atau ulser perut maka sebaiknya perlu hati-hati menggunakan produk ini. Perkara yang sama berlaku untuk mereka yang ada masaalah penyakit pankreas kerana organ ini tidak bertolak ansur dengan makanan berlemak. Oleh itu memang tidak digalakkan makan bawang goreng. Lebih baik menggantinya dengan bawang rebus (walaupun rasa produk akan berbeza dengan ketara). Orang yang sangat sensitif makanan mungkin mengalami reaksi alahan dan juga kalangan kanak-kanak harus diberi bawang goreng dengan penjagaan khas. Ini kerana kemungkinan merka akan menjadi ruam dan warna kemerahan muncul pada kulit akibat radang atau allergik. Bawang goreng dan makanan gorengan lain didakwa boleh menyebabkan kerosakan hati jika diambil berlebihan. Ini disebebkan makanan seperti ini mengendungi banyak lemak yang memberi beban pada organ lebih meningkat. Sekiranya terdapat penyakit hati yang kronik sebaiknya harus menolak makanan istimewa ini atau menggunakan kaedah lain untuk memasak bawang (memasak, membakar, dll.) Makan bawang dalam kuantiti yang banyak juga tidak diperlukan. Tanaman umbisi lazimnya akan mengandungi bahan yang menimbulkan kegembiraan pada sistem saraf dimana ia sangat mungkin apabila seseorang makan berlebihan maka akan bermula, tekanan darah terus meningkat. Pesakit yang ada masaalah tekanan darah tinggi sebaiknya mengelakkan makana seperti ini dan juga mereka berkemungkinan akan diserang masaalah lelah (asma). Bawang goreng sangat tinggi kalori dimana saiz hidangan siap mungkin mengandungi 250 atau lebih kalori dan sebenarnya produk ini tidak boleh disebut sebagai sejenis pemakanan biasa. Hidangan yang berasaskan bawang goreng diambil dengan berhati-hati jika seseorang mempunyai penyakit gastrousus atau ingin menurunkan berat badan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
HIRISAN BAWANG...RANGUPNYA...
DALAM SUP... MENAMBAH SELERA...
BUAT SENDIRI... ATAU BELI SAHAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Safar 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.