Support My Blog

Tuesday, October 19, 2021

TEMPURUNG KELAPA - FAKTA DI MEDIA

TEMPURUNG KELAPA
merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada buah kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 85,930 hektar dengan penghasilan sebanyak 541,972 metrik tan pada tahun 2020
(Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 16,876 ha diikuti dengan Selangor (14,630 ha) dan Sarawak seluas 12,281 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai fakta kegunaan bahan tempurung kelapa seperti dilaporkan media untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Bernama melaporkan dimana 'Tempurung kelapa sumber rezeki semasa PKP' memang menarik untuk di kongsikan. Berita dari Kota Bahru, Kelantan laporkan dimana s
eorang bapa anak lima di sini berjaya menghasilkan pelbagai produk kraftangan daripada tempurung kelapa sebagai sumber pendapatan ketika negara mula menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak tahun 2020. Bagi Yusran Hamat berumur 49 tahun yang sebelum ini mengambil upah menjual barang kitar semula mengakui pelaksanaan PKP menyebabkan sumber rezekinya agak terjejas, sekali gus memaksa diri mencari alternatif lain untuk menyara keluarga..Menceritakan tentang idea tempurung kelapa dia pernah pergi ke sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya di Pantai Sabak untuk membeli barang dapur namun semasa ingin pulang, beliau terlihat banyak tempurung kelapa terbiar di kedai tersebut yang diletakkan di dalam guni. Kemudian selepas berbincang dengan pemilik kedai tersebut, Yusran diberi kebenaran mengambil tempurung kelapa tersebut kerana lazimnya ia dibuang. Dia dan isterinya mencari idea bagaimana untuk hasilkan kraftangan daripada tempurung tersebut. Mereka membuka YouTube, kaji video-video bagaimana tempurung kelapa ini boleh dibuat hiasan dan sebagainya. Selepas beberapa kali percubaan dia akhirnya  berjaya menghasilkan produk kraftangan tersebut dengan baik walaupun masih memerlukan penambahbaikan. Berkat dari kegigihan dan sokongan isteri, ia membakar semangat Yusran untuk terus menghasilkan pelbagai jenis produk berasaskan tempurung tersebut walaupun agak buntu dengan kaedah untuk memasarkannya. Bermula dengan mangkuk kunci kini Yusran telah menghasilkan pelbagai jenis produk lain seperti bekas pensil, bekas air, lampu, tabung, bekas habuk rokok dan sebagainya. Tempoh yang paling cepat untuk mereka menghasilkan sesuatu produk adalah dua jam dan paling lama adalah setengah hari. Dia bercadang mahu perkenalkan hasil tangannya itu melalui penggiat industri pelancongan negeri selepas ini. Dia menjual pada harga antara RM5 hingga RM20. Walau pun pada mulanya beliau kurang berkeyakinan untuk menerima tempahan memandangkan apa yang dilakukannya dalam kategori 'percubaan', sedangkan pembeli rata-rata mahukan yang terbaik, terutama mereka yang mahu menjadikan produk tersebut sebagai cenderamata. Mangkuk air batu kacang hasil rekaan Yusran yang mendapat tempahan daripada beberapa buah kedai makan berjaya meningkatkan keyakinan dirinya. Kini dia yakin dan berani untuk jual semua ciptaan saya ini. Kini saya sedang mengintai pasaran luar Kelantan sebab ramai orang luar suka kraftangan dari negeri ini. Walaupun harga produknya agak murah namun itu bukan ukuran kerana baginya, sebaliknya kualiti lebih penting bagi memastikan pembeli gembira dengan barangan berkenaan.
Dia akan pastikan penyediaan barangan asas adalah dalam keadaan baik dimana tempurung-tempurung ini akan dicat, dicanai dan sentuhan akhir sebelum ia dijual. Sebelum diletakkan cat dia akan dikeringkan bagi memastikan tempurung tersebut akan tahan lama. Jika tempurung tidak elok, maka amat susah untuk saya reka apa-apa produk sekalipun sebab ia mudah pecah. Dia juga sedia menerima tempahan jika ada yang berhasrat menjadikannya sebagai buat hadiah atau buah tangan. Dakwanya walaupun murah, hadiah ini dilihat sebagai cukup bermakna bagi sesetengah orang kerana ia dihasilkan dengan penuh ketelitian.
 
Dalam harian metro telah dilaporkan 'Tempurung jadi arang' memang menarik untuk dikongsikan juga. Dilaporkan dimana Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menghasilkan arang daripada tempurung kelapa menerusi projek Co & Coal sekali gus mengurangkan lambakan bahan buangan tempurung kelapa yang mencecah 80,000 tan setahun dalam negara. Pasukan Enactus dari Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) UUM itu mendapat idea pada tahun 2014 selepas melihat pembaziran tempurung kelapa di kawasan Kedah lalu memberi inspirasi kepada pasukan berkenaan. Proses penghasilan arang kelapa itu mempunyai empat peringkat iaitu proses pemanasan tempurung kelapa, proses pengisaran, proses pembentukan dan proses pengeringan.
Proses pertama iaitu pemanasan memerlukan masa kira-kira dua jam bagi proses pengkarbonan dan seterusnya proses pengisaran tempurung bagi dijadikan serbuk arang halus.  Kemudian proses pembentukan menggunakan acuan khas apabila serbuk arang akan diadun dengan tepung jagung dan diletakkan dalam acuan selain berakhir dengan proses pengeringan dibawah cahaya matahari. Co & Coal projek yang berpotensi untuk berkembang maju dan menyasarkan lebih ramai individu termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian untuk melabur dalam projek ini. Mereka juga menjual arang ini pada RM4.00 sekilogram kepada peniaga sate, pekedai runcit dan restoran yang tidak mempunyai bekalan arang mencukupi bagi perniagaan mereka. Tempurung kelapa biasanya dibuang atau dibakar kerana tiada cara pelupusan yang betul, namun melalui inisiatif itu, penduduk luar bandar sekitar Kedah dapat menjana pendapatan sampingan. Arang ini dilaporkan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa tempurung kerana pembakaran dibuat secara selamat melalui kaedah ‘closed double barrel burning’.

Kreativiti seseorang dalam seni kaftangan dilaporkan didalam media
mediaprima.com bertajuk 'Sentuhan kreatif pasu tempurung' memang menarik. Dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu berikutan pandemik Covid-19 maka aktiviti berkebun menjadi trend baharu dalam masyarakat di negara ini. Banyak masa yang terluang di rumah dimana ini telah memberi peluang kepada mereka melakukan aktiviti ini dengan menanam pelbagai jenis pokok di dalam dan luar rumah. Di laman sosial, ramai yang berkongsi mengenai aktiviti ini sehingga menjadi tular dan ikutan sehingga hari ini.Ia secara tidak langsung memberi limpahan rezeki kepada Azmi Taha dan isteri, Syalili Sajat yang mengusahakan perniagaan pasu tempurung kelapa. Kini dengan kreativiti yang dimiliki, tempurung kelapa yang biasanya dibuang begitu sahaja, dimanfaatkan sebaik mungkin oleh suami isteri yang tinggal di Kemaman, Terengganu ini untuk mereka menjana pendapatan. Permintaannya cukup luar biasa sehingga mereka tidak menang tangan untuk menyiap tempahan pelanggan yang diperoleh menerusi Instagram designhoc. Dalam tempoh sebulan, mereka mampu menjual sehingga 300 pasu tempurung secara dalam talian di seluruh negara.Sebelum ini dia dan isterinya menubuhkan syarikat House Of Coconutshell ntuk menghasilkan pelbagai aksesori dan produk hiasan dalaman daripada tempurung sejak 20 tahun lalu..Bagaimana sejak setahun lalu, mereka mula menghasilkan pasu daripada tempurung kelapa. Sejak pandemik Covid-19, saya lihat ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini aktif dengan aktiviti berkebun. Dia nampak peluang di situ untuk menghasilkan pasu daripada tempurung dimana pelbagai jenis pasu yang dihasilkan termasuk pasu gantung, bertingkat dan sebagainya. Produknya mendapat perhatian dan sambutan sangat menggalakkan dalam kalangan peminat aktiviti berkebun. Proses untuk menyiapkan pasu tempurung ini bermula daripada membuang sabut kelapa. Seterusnya pada bahagian tengah kelapa ditebuk untuk mengeluarkan air dan isi sehingga tinggal tempurung sahaja. Dengan menggunakan mesin, tempurung ini dilicinkan supaya nampak lebih menarik. Proses seterusnya sadalah mengukir atau melukis pasu bergantung kepada permintaan pelangggan. Bagaimanapun, ada juga yang minta pasu kosong untuk kelihatan nampak lebih klasik. Kini setiap hari dia dan isteri mampu menyiapkan sekurang-kurang 20 pasu tempurung. Mereka berdua yang bekerja di sini kerana sukar untuk mencari pekerja yang minat dalam bidang ini. Biasanya dia akan minta tempoh seminggu untuk menyiapkan tempahan pelanggan kebanyakkannya dibuat secara dalam talian. Mereka mampu menghasilkan lebih banyak pasu tempurung untuk memenuhi permintaan pelanggan. Mereka juga aktif menjadi tenaga pengajar untuk melahirkan pelapis dalam bidang kraf tangan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TEMPURUNG KELAPA... ADA GUNA...
DIJADIKAN ARANG... MAHAL HARGA...
PRODUK KRAF ... DIUKIR DARINYA....
PASU TEMPURUNG... CANTIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 RabiulAwal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...