Support My Blog

Monday, October 4, 2021

ARTIKEL KE 6,666 - BLOG ANIM AGRO TECHNOLOGY


ARTIKEL KE 6,666
telah berjaya saya tulis dalam Blog "Anim Agro Technology" pada 3 Oktober 2021 iaitu seminggu sebelum hari Sambutan Ulangtahun Hari Lahir tahun ini. Kejayaan menulis didalam blog dimana memang setiap hari dibuat posting satu artikel tanpa gagal selama lebih daripada 13 tahun membolehkan ianya sebagai satu sumbangan kepada sektor pertanian negara. Saya mula menulis rencana pada tahun 2009 semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar, Johor dimana sosmed diinternet baru sahaja bermula masa itu. Sehingga artikel ini ditulis seramai 29,598,449 (menghampiri 30 juta) pembaca telah membuat view didalam blog ini (tidak termasuk 3 awal tahun yang tiada data). Purata mereka yang membaca blog ini diantara 10,000 - 15,000 sehari dimana arahan 'Stay at Home' semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat ancaman oleh pandemik covid19 pada Mac-April 2020 mencecah kadar kunjungan  yang agak tinggi. Purata jumlah pengunjung kepada blog ini sekitar 350,000 - 450,000 sebulan dengan warganeraga Malaysia adalah seramai 84% daripada mereka yang singgah. Ia diikuti dengan pengunjung daripada Indonesia, USA, Singapura, Jerman, Brunei DS dan beberapa negara lain. Walau pun blog ini mempunyai hanya 2,363 followers akan tetapi ia bukan penyebab ramai mengikutinya. Ramai juga bloggers lain yang membuat 'link' dan salin semula dengan blog saya sama ada di Malaysia dan banyak di Indonesia juga. Saya ada mempunyai blog berkaitan teknologi pertanian iaitu berbahasa Inggeris iaitu "Anim Agriculture Technology" dengan pautan pada animagro.blogspot.com untuk mereka yang ingin membacanya. Artikel malam Isnin ini sambil menonton Berita Astro Awani 531 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" artikel yang ke 6,667 terhadap kejayaan menulis artikel ke 6,666 untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Artikel pertama di tulis dan dibuat posting adalah pada 7 Julai 2009 dimana masa itu saya bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar di Jalan Kamariah, Muar, Johor. Masa itu saya menulis beberapa tajuk slam beberapa hari iaitu artikel bertajuk 'Inovasi Periskop Jelapang Padi (BJP)' yang memenangi Naib Johan Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian, 'Alat Pembalut Putik Cempedak' (Juara Pertandingan Anugerh Inovasi Pertanian Kebangsaan 2001), Anim Agro Tunelling the world'  dan 'Analisa Projek TKPM Sekijang'. Kisah mengenai penulis blog yang masuk kedalam terowong bawah tanah paling menarik untuk dikongsikan iaitu pernah masuk terowong DMZ sempadan negara Korea Selatan dengan Korea Utara di Paju, Korea Selatan (1993). Penulis blog juga memasukki Center of Piramid Giza di Mesir (2006) dan tunnel ketiga adalah Cu Chi Vietcong Tunnel di Vietnam (May 2009). Lazimnya saya menulis pada waktu subuh dan malam semasa bertugas dahulu akan tetapi selepas bersara ini sudah mampu menulis disepanjang waktu tanpa masaalah. Pernah menulis sebanyak 5 artikel sehari pada tahun Ogos 2021 (lebih 16 jam) dimana semua artikel tersebut adalah berkait dengan industri ternakan dan ternakair. Ada artikel yang mengambil masa selama 25 hari untuk disiapkan kerana terlalu teknikal dan perlu membuat rjukan banyak sumber dan membuat tinjauan teknologi dimana perlu. 

Melihat analisa rencana popular dimana daripada 29.7 juta mereka yang pernah melawat blog ini dimana 5 yang terpopular adalah seperti rajah diatas. Artikel bertajuk 'Kelapa- Menanam Matag dan Pandan' adalah yang paling banyak dilihat dimana mencecah seramai 72.3k diikuti dengan artike bertajuk 'Durian Musang King - 30 bulan berbuah' sebanyak 40.4k. Artikel mengenai 'Cili Padi - senang tanamnya' menerima kunjungan seramai 39.8k diikuti artikel yang bertajuk 'Racun Rumpai - Cara Tindakan' seramai 33.6k dan yang ke lima adlah artikel bertajuk 'Pokok Semambu - Banyak Gunanya' iaitu seramai 31.1k. Lain-lain artikel yang turut dilihat adalah seperti 'Pokok Semambu - banyak gunanya', 'Pokok Selasih - cara menanam', 'Khasiat Sacha Inchi - Apa dia?', 'Ayam Kampong - Cara Ternak' dan yang ke 10 adalah artikel bertajuk 'Petua halau monyet berkesan'. Sempena sambutan ulang tahun penulis blog pada Oktober 2021 ini dipohon doa dari semua pembaca dan rakan taulan untuk saya terus hebat berkarya, diberikan  kesihatan, kelapangan masa dan ketajaman fikiran demi menghasilka artikel lebih berkualiti. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
MENULIS BLOG ...SUDAH LAMA...
CAPAI 6,666... RASA GEMBIRA...
SEBARKAN ILMU... AMALAN JUA...
JUMLAH PEMBACA...DEKAT 30 JUTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Safar 1443H).
(HBD pada 11 Oktober 2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...