Penanaman dan oemilihan spesis pokok keladi hiasan in sangat penting kerana ada yang boleh dibeli dengan harga mampu beli dan ada juga yang mahal sehingga terliur melihatnya. Tanaman pokok keladi sesuai ditanam di kawasan bersuhu sederhana dan lazimnya ia akan hidup subur bila ia mempunyai pelbagai corak dan warna berlainan. Kretiviti penanam keladi hiasan ini amat penting dalam menyusun landskap warna keladi hiasan di halaman supaya kelihatan menarik. Sebagai contoh dimana pokok keladi berwarna dapat digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diberikan latar berbagai warna. Bagi pokok keladi yang tumbuh renek ia boleh digabungan dengan pilihan sepetti jenis pokok pisang sepit serta pokok Dracaena atau tumbuhan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang. Dalam pada itu jenis keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanamnya pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dengan persekitaran berhiaskan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau. Bagi keladi gajah atau keladi gergasi pula boleh dilihat lebih menarik apabila pokok bunga mawar, lili atau teluki dijadikan sebagai tanaman hiasan bawahan. Apa pun bagi penulis blog ramai peminat pokok keladi sudah maklum dan faham dimana penanaman keladi di dalam rumah juga masih memerlukan sinar cahaya yang cukup untuk prestasi pertumbuhan terbaik. Kekurangan cahaya akan menjadikan tangkai keladi panjang dan sukar diurus. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus kongsikan mengenai bagaimana tanaman keladi hiasan semakin popular di Malaysia seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk bahan rujukan pembaca semua.
Berita oleh Harian Metro bertajuk 'Pokok berdaun jadi pilihan' sesuai dengan tajuk blog kali ini. Bagi usahawan dan peminat pokkk hiasan Abdul Hadi yang mempunyai banyak koleksi keladi hiasan terdapat dinurserinya menjadikan ia gembira (Sila lihat foto disebelah). Beliau melihat perkembangan terkini mengenai 'trend' pokok hiasan sesuai untuk ditanam sering menjadi kepekaan peminat dunia landskap. Beliau yang juga pemilik Sohady Nursery dakwa peminat pokok hiasan kini lebih cenderung memilih jenis berdaun berbanding jenis berbunga bagi menghias ruang laman kediaman masing-masing. Dia perhatikan perubahan itu bermula sejakPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, apabila tanaman berdaun seperti lidah jin menjadi kegilaan hingga harganya mencecah ratusan ringgit ketika itu. Kemudian sedikit demi sedikit beralih kepada pelbagai jenis pokok hiasan yang boleh ditanam dalam rumah sehinggalah sekarang 'trend' beralih kepada keladi dan monstera. Tanaman berdaun disifatkan memang cara penjagaan pokok terbabit dikatakan lebih mudah dan tahan lasak berbanding tanaman berbunga yang memerlukan penelitian serta kerja pembajaan lebih rumit. Tanaman ini sebenarnya mudah sedikit berbanding bunga dimana ia juga sebenarnya tumbuhan berbunga perlu ada baja tambahan untuk memastikan ia dapat berbunga dengan cantik dan baik. Bagaimana pun bagi tanaman hiasan berdaun, baja yang biasa seperti baja tahi ayam sudah memadai.Selain itu, perlu pastikan kerja meracun dilakukan dengan lebih kerap bagi mengelak haiwan perosak. Pokok berdaun ini antara ancamannya adalah serangan serangga perosak seperti kumbang dan kutu pokok. Serangan kulat juga antara ancaman penyakit yang boleh menyebabkan tanaman hiasan itu mati. Bagi 'pemain' tanaman hiasan itu pula memang obses untuk memiliki pelbagai spesies termasuk keladi dan monstera menyebabkan pelbagai variasi dibawa masuk demi kepuasan mereka. Sama seperti pengumpul koleksi barangan, peminat atau pengumpul tanaman hiasan juga mempunyai ciri-ciri kecenderungan memiliki semua varian atau spesies tanaman yang mereka minati. Trend terkini juga didakwa dimana rata-rata ramai yang mula menanam keladi dan monstera (iaitu tanaman yang mirip dengan keladi). Koleksi atau spesies tanaman itu cuba dikumpul sebanyak mungkin. Untuk keladi sahaja umpamanya, ada keladi black forest, black magicdan terbaru paling mendapat sambutan hangat ialah keladi cat tumpah. Tanaman hiasan berdaun yang mendapat permintaan adalah berbeza mengikut asal pokok itu iaitu dari Thailand, Indonesia dan Sabah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Diantara kepuasan lain bagi peminat koleksi ini ialah apabila tanaman hiasan keladi mereka membesar dengan lebih subur. Semaian keladi ini selalunya menggunakan ubi. Selagi ada ubi, keladi mudah dibiak. Cumanya penjagaan keladi ini sedikit remeh berbanding tanaman daun lain kerana cara penjagaan perlu diteliti terutama bahagian daun dan ubinya. Perosak dan penyakit tanaman ini lebih mudah untuk beliau kendalikan. Antara kerja rutin penjagaan yang sering dan diamalkan Abdul Hadi termasuklah membuang daun yang sudah layu atau rosak bagi membolehkan daun baru tumbuh semula.
Dilaporkan dalam beberapa media tempatan dimana 'Antara keladi hiasan yang menjadi kegilaan ramai ketika ini ada jenis keladi 3 warna cecah RM1,500' menarik dikongsikan. Di Petaling Jaya, Selangor dilaporkan kegilaan baru rakyat Malaysia selepas beberapa hobi sebelum ini antaranya ikan laga (Belta) serta ikan Snake Heads kini terarah pula kepada pokok hiasan. Terkini dimana pokok keladi yang sebelum ini hanya dijumpai di tepi-tepi paya rupanya menjadi kegilaan baharu rakyat Malaysia. Namun ramai memilih kepada keladi yang mempunyai perbezaan pada rupa paras dan memiliki tiga warna berbeza. Difahamkan pokok keladi hiasan yang memiliki tiga warna menjadi rebutan boleh mencecah harga sehingga RM500 ke RM1,500 sepasu. Dilaporkan trend ini berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun lalu kerana difahamkan ramai rakyat Malaysia yang kebosanan ketika perintah tersebut. Rata-rata orang ramai menyifatkan hobi tersebut juga tidak kekal lama seperti mana hobi-hobi sebelum ini. Harapnya biarlah minat baru ni kekal lama sikit, kadang-kadang rakyat kita ni bermusim. Jenuh juga nak ‘follow’ dakwa seorang peminat iaitu Osman Hasan. Dia yang pernah membela ikan Belta telah berubah pula abaila timbul hobi baru menanam tanaman keladi hiasan.
Berlainan kisahnya di Jerantut, Pahang apabila dilaporkan 'Awas keladi hiasan kini sasaran pencuri' memang agak pelik bunyinya. Para pengumpul dan peminat tanaman hiasan terutamanya keladi hias dari spesis caladium perlu berwaspada kerana ia menjadi sasaran pencuri sejak akhir-akhir ini. DIlaporkan dimana sejak awal tahun lalu telah muncul ramai pengumpul keladi hias kerana ia mempunyai pelbagai warna menarik dan corak daun. Kegilaan pengumpul keladi dan harganya yang semakin meningkat turut menyebabkan ia menjadi sasaran pencuri kerana mudah dijual. Penduduk Taman Desa Gemilang, Rosmawati Saad, 42 mendakwa dimana dia mempunyai 30 pasu keladi hias yang diletakkan di halaman rumah dan kaki lima pagar yang dikumpul sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu (Sila lihat foto disebelah). Kalau sebelum ini orang tidak berapa minat sangat dengan tanaman ini, tetapi ramai peniaga yang menjual dalam talian meletakkan harga yang cukup lumayan sehingga RM1,500 untuk sepasu keladi menyebabkan ia mula tular. Maka ramailah terutamanya suri rumah mula mengumpul pelbagai spesis keladi dan harga keladi turut melambung tinggi kerana permintaannya mendadak. Dia turut menjadi mangsa apabila keladi kesayangannya yang ditanam dalam pasu besar dan merimbun dicuri semalam. Dakwanya semasa dibeli anak keladi redstone itu adalah RM80 dan disebabkan sudah merimbun dimana ia boleh dijual dengan harga RM500 sepasu. Seorang pengusaha nurseri di Kampung Temindi, Siti Hafizah Azmi, 39, berkata, tempatnya turut menjadi sasaran pencuri sehingga dia terpaksa membuat laporan polis. Pencuri memilih koleksi keladi yang mahal iaitu yang berharga RM200 hingga RM300 sepasu. Dakwanya terdapat pelbagai spesis baharu keladi hias dari Thailand yang mempunyai pelbagai warna. Kini setiap minggu dia boleh menjual 200 ke 300 pasu pokok keladi yang dibeli peminat keladi bukan saja dari Jerantut tetapi dari Temerloh dan Jengka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacab\ blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BANYAK JENIS... BENTUKNYA ASLI...
ADA YANG MURAH... RIBUAN DIBELI...
SUDAH MAHAL.. ADA YANG MENCURI..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1320, Platinum Suite, Hotel Amerin,
Perling, Skudai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(5 RabiulAwal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.