Support My Blog

Sunday, September 8, 2024

SEPERTI KERA KENA BELACAN

Peribahasa SEPERTI KERA KENA BELACAN merupakan satu peribahasa Melayu yang sangat berkait dengan sektor pertanian. Peribahasa ini menggunakan kiasan haiwan kera dan juga makanan penting tempatan iaitu Belacan. Belum di ketahui bagaimana idea mencipta peribahasa ini kerana didakwa yang monyet akan 'takut' atau tidak suka kena bahan belacan yang memang berbau busuk dan kuat. Ada dakwaan juga apabila kera ini kena belacan maka ia akan menjadi 'gatal' kepada badannya dan juga terpaksa menggaru. Ada juga dakwaan dimana apabila badan kera ini terkena belacan atau air belacan yang di campur ubat gegat maka bulunya akan berbau kuat yang busuk. Ini menyebabkan kawan-kawan kera ini akan 'lari' daripadanya dan dalam kes serius boleh membunuhnya jika keadaan serius. Maka kera ini akan terasing atau di jauhi dari kumpulannya menjadi 'Kera Sumbang' sahaja. Apa pun maksud peribahasa ini adalah 'Seseorang yang terlibat dalam masalah yang tidak diingini atau terjerat dalam situasi yang sulit' dimana ia memang kena dengan penceritaan diatas. Dalam masyarakat dimana individu atau sesiapa yang menghadapi masaalah atau keadaan sukar akibat terjerat memang tidak diingini dan tidak tahu menyelesaikannya. DIa akan murung, marah-marah, tidak bergaul, garang dan semua sifat negatif dalam menghadapi masaalah ini. Pada penulis blog peribahasa ini adalah ungkapan yang mengandungi makna tersirat dan biasanya digunakan dalam bahasa sehari-hari. Ia merupakan warisan budaya yang penting dalam bahasa Melayu. Peribahasa 'Seperti kera kena belacan' yang bermaksud seseorang yang terlibat dalam masalah yang tidak diingini atau terjerat dalam situasi yang sulit memang agak sering digunakan. Apa pun dipercayai yang asal-usul peribahasa ini berasal dari kebiasaan kera yang suka mencuri belacan dari dapur-dapur rumah. Apabila kera tersebut terperangkap dalam perangkap belacan maka kera ini akan merasa tercekik dan tidak dapat melepaskan diri. Mungkin yang peribahasa ini ingin menyampaikan bahawa seseorang yang terjerat dalam situasi yang sulit seharusnya berusaha mencari jalan keluar daripada terus terperangkap dalam masalah tersebut. Bagi memahami maksud sebagai contoh situasi yang sesuai dengan peribahasa ini adalah apabila seseorang terlibat dalam hutang yang besar dan tidak mampu membayarnya dimana situasi ini dirasakan mangsa akan merasa terjerat dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apa pun cara menggunakan peribahasa dalam bahasa Melayu dapat memperkaya bahasa dan membuat komunikasi lebih efektif. Selain itu, peribahasa juga dapat meningkatkan daya ingat seseorang kerana ia mengandungi makna yang mudah diingat. Peribahasa ini yang mengandungi makna yang penting dalam kehidupan seharian dijadikan amaran agar semua berwaspada. Kini dizaman moden ramai orang yang sudah tertipu denga kewujudan 'scammer' dalam pelbagai bentuk melalui SmartPhone sahaja. Ada banyak panggilan scammers yang nombor tidak dikenali berlaku setiap hari. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya kupas mengenai peribahasa 'seperti kera kena belacan' sebagai bahan rujukkan semua.


Di kebun terutama yang berdekatan dengan hutan dan belukar isu serangan pelbagai jenis haiwan perosak sering dilaporkan. Masaalah serangan haiwan seperti kera, babi hutan, gajah liar, tupai, musang dan sebagainya aan menganggu aktiviti tanaman petani. Ini tidak termasuk mereka yang menanam kelapa sawit, pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang akan ada berlaku gangguan perosak yang menjejaskan penghasilan dn kualiti hasl. Apa pun pada penulis blog dua haiwan yang selalu di bincangkan adalah KERA atau Monyet dan serangan BAbi Hutan. Semasa bertugas di banyak DAerah di Johor (Mersing, Segamat, Muar) dan Pengarah Pertanian Pahang memang isu serangan haiwan ini sangat sering di laporkan. 
Kehadiran monyet dan haiwan perosak lain di kebun mahupun laman rumah dilihat ia bukan sekadar memusnahkan tanaman malah membahayakan keselamatan penduduk. Kalau kebun sayur anda sudah diserang babi hutan selalunya apa pun tak tinggal. Monyet pula suka memusnahkan bukan sekadar tanaman malahan ia akan mengancam haiwan ternakan seperti ayam dan itik pun habis telurnya dicuri. Pada kebiasaannya, langkah pencegahan yang paling berkesan adalah dengan mana ia menggunakan sejenis sebatian yang menyerupai bau kencing harimau yang terdapat di pasaran dimana kalau kita sembur cecair ini di sekitar parameter kediaman ataupun kebun, mesti haiwan-haiwan pemusnah dan perosak ini dah tidak datang lagi. Akan tetapi isu menggunakan pati atau sebatian yang menyerupai bau kencing harimau ini bukan murah kos untuk membelinya. Jadi sebagai pilihan yang murah dan kos efektif maka boleh cuba buat sendiri sebatian kencing harimau dari 2 bahan yang murah. Bahan tersebut terdiri daripada Belacan dan Ubat Gegat (Tidak kisah jenama apa pun) yang ada dijual dipasaran. Cara-cara bagaimana menyediakan ramuan hebat ini ada banyak. Bagaimana pun yang mudah sekali di lakukan adalah dengan membakar belacan untuk menaikkan lagi bau atau aromanya dan hancurkan jadi kepingan kecil-kecil dalam bekas. Kemudian di hancurkan juga ubat gegat yang berbentuk bulat berwarna putuh sehingga ia menjadi butiran kecil. Seterusnya di sediakan botol air mineral yang telah di lubangkan di bahagian atas dan masukkan belacan dan ubat gegat tadi. Sebaiknya jumlah kuatitinya bergantung kepada kebijaksanaan dan target dimana sebaiknya lagi banyak lagi bagus. Kemudian di tutup ketat botol dan ikat tali pada tengkuk botol sebagai tempat untuk gantung untuk diikat pada laluan tang kera akan datang (Sila lihat foto disebelah). Apa pun strategi meletakkan botol yang berisi ubat gegat dan belacan tadi di sekitar kebun mahupun kediaman rumah yang selalu ada gangguan monyet. Buat seberapa banyak botol bahan ini dimana selalunya lagi banyak memang ia lebih bagus. Setelah dipasang selalunya kera tidak akan datang disebabkan bau dan sebagainya. Ubat gegat yang di campurkan dalam adunan ini mengandungi bahan Naftalin dimana serangga seperti lalat dan semut tidak akan datang menganggu atau bertelur didalam belacan yang berbau kuat dan busuk ini . Wallahualam!...


MONYET 
atau dipanggil KERA (Sub-order: Haplorhini) adalah haiwan yang sering kita jumpa dikawasan taman rekreasi, kebun, kampong dan juga dimana-mana ia boleh mendapatkan makanan dan membiak. Haiwan ini adalah haiwan jenis omnivor iaitu ia lazimnya akan makan tumbuhan (Bahagian buah, daun bunga, biji dan pucuk) dan juga menjadi haiwan pemangsa kepada haiwan lain. Terdapat lebih daripada 260 spesis monyet diseluruh dunia dimana monyet adalah jenis Mamalia berdarah panas yang dari Order Primate. Monyet juga jenis haiwan yang mampu bergerak dengan cepat diatas pokok, diatas darat malahan berenang merentasi sungai. Kepantasan bergerak didahan dan batang pokok serta lompatan jauh membolehkan haiwan ini menganggu kehidupan manusia sama ada menyerang dapor rumah atau didalam kebun petani. Kehadiean kelompok monyet atau gerombolan monyet ketika tanaman sedang berbuah hampir masak dimana ia menyebabkan petani akan kehilangan hasil pendapatan. Di kampong saya di Gersik, Muar terdapat banyak pokok buah-buahan seperti pisang, rambutan, mangga, nangka, betik, petai dan sebaganya. Bagaimana pun lazimnya simonyet ini atau panggilan manja dipanggil sebagai "CHE MON" ini akan datang dan makan buah-buahan yang masih muda, mentah apalagi kalau ia telah hampir masak. Selain daripada makan buah, monyet juga akan merosakkan tanaman dengan mematahkan dahan atau menruntuhkan buah-buahan yang ada pada pokok. Kajian saya mendapati purata masa makan seekor monyet ialah lebihkurang selama 20 minit dan boleh makan sehingga 20 kali. Makanannya terdiri daripada pelbagai jenis seperti buah-buahan, batang pokok, ketam, bunga-bungaan, serangga, cendawan, rumpai, malah ada kalanya memakan tanah liat. Tabiat pemakanan yang lahap itu menjadikan monyet menjadi masalah kepada para petani. Ia mudah dan cepat membiak jika mempunyai makanan yang cukup dan sering tinggal berkelompok. 


BELACAN
merupakan produk berasaskan kepada hasilan laut terutama udang yang diproses untuk dijadikan pes belacan (Shrimp paste) yang boleh disimpan lama sebelum digunakan dalam masakkan. Peribahasa ini memang tepat yang dicipta oleh bijak pandai Melayu sejak dulu kala yang mana kalau sesuatu perkara yang buruk dalam keluarga atau masyarakat yang bermusuhan itu didedahkan kepada orang ramai, pastinya akan memberi aib kepada kedua-dua belah pihak. Sebaiknya jangan melakukan sebarang keaiban pada keluarga atau masyarakat dimana semunya akan mendapat kesannya. Ia disamakan dengan produk belacan yang sememangnya berbau (asasnya pun udang) dan jika dipegang, dipotong atau dibawa maka baunya tetap dikenali sebagai bau belacan. Belacan yang telah rosak jika dipotong pun yang dibuang pastinya bahagian yang busuk tetapi yang tertinggal tetap berbau hanyir. Peribahasa ini menepati dengan makna yang diberikan oleh bijakpandai bahasa yang memahami akan pencirian dan proses pembuatan belacan. Saya ada menulis artikel mengenai belacan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Cara membuat belacan berbeza mengikut jenis udang dan teknologi pengeringan serta jenis alatan memproses yang digunakan. Apa yang saya lihat di Melaka mereka mengaulkan bahan udang dengan garam halus sehingga rata. Susun atau letakkan udang yang telah dicampur garam diatas lantai jemuran (Nyiru atau tikar pandan yang sesuai) setebal 1.0-1.5 cm. Udang ini dijemur sehingga menjadi separuh kering. Langkah seterusnya adalah untuk mengisar udang bergaram separuh kering tadi sehingga separuh hancur dengan sedikit air. Ada yang menumbuk dalam lesung jika tiada mesin kisar (Kaedah Tradisional). Kemudian campuran tadi dimasukkan kedalam kain dan dimasukkan kedalam bekas atau tong dan ditindih dengan pemberat untuk mempadatkannya dan diperam selama satu minggu ditempat sesuai.


Menarik artikel ini apabila portal mediaprima.com paparkan dengan jelas akan 'Ramai terjerat beban hutang pinjaman peribadi' berkait dengan peribahasa di bincangkan. Media laporkan di Malaysia dimana golongan  muda dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan pintar. Dilaporkan iaitu seramai 10,302 individu membabitkan golongan muda berusia 25 - 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan. Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) menunjukkan jumlah kes kebankrapan bagi tempoh 2018 hingga Disember 2023 terdapat 49,133 manakala kes terkumpul sehingga tempoh sama adalah 269,654 kes. Apa pun rekod jabatan itu juga menunjukkan faktor terbesar adalah pinjaman peribadi dengan jumlah kes 20,754 iaitu mewakili 42.24 peratus daripada keseluruhan faktor kebankrapan yang dilaporkan. Dilaporkan isu pinjaman sewa beli kenderaan menyumbang 7,072 kes iaitu 14.39 peratus diikuti oleh pinjaman perniagaan dengan rekod 6,936 kes mewakili 14.12 peratus keseluruhan. Apabila melihat kepada golongan umur dimana individu berusia antara 35 - 44 tahun paling tinggi diisytiharkan bankrap dengan jumlah kes sebanyak 18,454, diikuti oleh golongan umur 45 - 54 tahun sebanyak 12,752 kes dan golongan muda iaitu 25 hingga 34 tahun (10,302 kes). Dalam pada itu statistik MDI juga memperlihatkan golongan lelaki paling ramai dikenakan tindakan berkenaan iaitu berjumlah 35,856 individu iaitu mewakili 72.98% daripada tahun 2018 hingga 2022. Kebanyakan kes bankrap ini membabitkan jumlah ambang keberhutangan antara RM100,000 - RM499,999 dengan jumlah 5,453 kes untuk dua tahun iaitu 2021 dan tahun lalu. Dilaporkan masalah termasuk kelemahan pengurusan kewangan dalam kalangan anak muda adalah punca kepada masalah ini. Mereka juga sering hanyut dalam mengejar gaya hidup sehingga tidak melakukan pemerhatian sewajarnya tentang perbelanjaan bulanan. Kemudian akibatnya mereka terjerat dengan masalah yang mereka sendiri cipta, sekali gus menjadi beban hutang yang terlampau tinggi. Golongan muda ini kebanyakannya melihat kepada kesenangan bersifat sementara atau jangka pendek, mereka ambil pinjaman dengan kadar yang banyak sedangkan mereka akan menghadapi masalah untuk membayar komitmen bulanan. Mereka juga sangat terikut-ikut dengan gaya hidup pada masa kini seperti sering bertukar-tukar telefon pintar, membeli kereta import dengan nilai komitmen bulanan yang tinggi. Adalah dinasihatkan kepada golongan muda supaya sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan pintar. Sebenarnya masalah bankrap ini bukan isu kecil malah ia memberi kesan yang besar dalam jangka panjang dan wujud segelintir syarikat yang tidak akan menerima pekerja di dalam status bankrap. Kini tanggung hutang tiga bank bernilai RM100,000 dan jika ada dua pinjaman peribadi dengan jumlah komitmen RM1,500, wang ansuran kereta hampir RM1,000 dengan kehidupan di ibukota, akhirnya duit saya tinggal sekitar RM500 hingga RM600 saja setiap bulan selepas ditolak semua keperluan. Keluhan oleh seorang lelaki berusian lewat 30-an yang terjerat dengan pinjaman peribadi serta dorongan hidup mewah sehingga dia tidak lagi mampu untuk menanggung komitmen bulanan. Apa pun terkini lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Syazli beritahu dimana pembayaran komitmen bulanannya sudah melebihi pendapatan bulanan dan kini berdepan dengan kes bankrap. Kin dengan pendapatan kasar bulanannya adalah sekitar RM4,000 sebulan namun selepas membayar segala komitmen, wang belanja yang tinggal tidak seberapa. Dia kini sudah mempunyai tiga akaun pinjaman peribadi dengan jumlah terkumpul kira-kira RM100,000. Kini dia terpaksa membayar pinjaman secara bergilir iaitu bulan lalu untuk bank A, bulan akan datang untuk bank B dan seterusnya sehingga tidak lagi mampu membayar komitmen bulanan ini. Apa pun boleh kata setiap hari dia akan dihubungi oleh pihak institusi perbankan, ejen pengutip hutang dan juga notis mahkamah, tahun lalu saya terima notis kebankrapan. Kini dia tidak tahu nak buat apa dan kini masih dalam proses rundingan untuk komitmen pembayaran menerusi Jabatan Insolvensi. 


Dalam kes lain seorang lagi yang tergoda dengan penawaran pinjaman peribadi bernama Nurul (30) yang menyatakan bahawa dia terjerat dengan keinginan gemar bertukar gajet serta membuat pembiayaan peribadi selain kaedah 'beli dulu bayar kemudian'. Walaupun Nurul masih belum diisytiharkan sebagai muflis namun dia menyatakan sangat terbeban dengan hutang dengan amaun sekitar RM2,600 sebulan. Kini dia mengakui memang menjadi kegilaannya suka bertukar gajet seperti telefon pintar dan peranti lain. Terkini dia juga dalam proses rundingan dengan pihak perbankan untuk membayar secara konsisten dalam satu amaun yang saya mampu setiap bulan. Walau pun pihak Cuepacs ada mencadangkan agar tempoh bayaran pembiayaan dipanjangkan namun isu seperti ini akan berlanjutan. Pihak Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) diminta meneliti had tempoh bayaran pinjaman supaya dapat dipanjangkan, bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengelakkan masalah muflis. Bagi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu wajar dilaksanakan bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah, sekali gus membantu rakyat yang sedang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup serta kesan pasca-Covid-19. Ia termasuk bayaran pembiayaan peribadi untuk dipanjangkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun dan bayaran semula pinjaman yang rendah ini membolehkan rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjakan. Secara purata dan keseluruhannya, langkah ini dijangka merancakkan semula ekonomi kerana pendapatan boleh guna rakyat bertambah dan dapat mengurangkan tekanan hidup. Apa yang lebih penting dimana perkara ini akan mampu memberi peluang kedua kepada rakyat yang mungkin terhimpit sehingga perlu melalui proses kebankrapan menstruktur semula kewangan mereka. Apa pun dalam masa sama, operasi perniagaan koperasi kredit dan institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM boleh berkembang semula. APa pun pihak Cuepacs mengambil maklum laporan media berkaitan 49,133 kes kebankrapan yang ditadbir Jabatan Insolvensi sejak 2018. Dilaporkan dimana hutang pinjaman peribadi serta sewa beli kenderaan antara faktor utama yang menyebabkan rakyat negara ini jatuh bankrap sejak lima tahun lalu. Melalui rekod kebankrapan dalam kalangan pekerja di sektor awam dilihat tidak begitu membimbangkan iaitu kira-kira 9.06 peratus atau 4,449 orang. Perkara ini berlaku setelah dibuat pendedahan terhadap pengurusan kewangan baik yang diterapkan perkhidmatan awam ke atas anggotanya secara berterusan sudah meningkatkan kesedaran penjawat awam dalam menguruskan kewangan supaya tidak terjerat dalam kancah hutang. Pihak Cuepacs juga masih ada melahirkan sedikit kebimbangan keperluan rakyat ketika ini yang terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan disebabkan gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi ketika ini. Kini ramai rakyat Malaysia dilihat terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk menampung keperluan yang mendesak tetapi tempoh pembiayaan yang singkat iaitu maksimum 10 tahun menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi sehingga menyebabkan pendapatan boleh guna peminjam itu terjejas. Langkah memanjangkan tempoh pembiayaan juga membolehkan mereka yang mahu melakukan pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi untuk berniaga juga tidak begitu bimbang untuk melakukan pinjaman kerana bayaran bulanan pinjaman itu akan menjadi lebih rendah jika had tempoh pembiayaan dipanjangkan. Rakyat yang terjejas pendapatan juga boleh membuat penstrukturan semula tempoh dan bayaran bulanan kepada jumlah yang termampu. Dalam pada itu penstrukturan semula pinjaman boleh mengelakkan masalah kebankrapan atau muflis daripada berlaku. Dilaporkan sejak 2013, BNM mengeluarkan pekeliling memendekkan tempoh pembiayaan peribadi daripada 25 tahun kepada 10 tahun dan pinjaman perumahan daripada 45 tahun kepada 35 tahun dan langkah berkenaan mengakibatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh peminjam menjadi lebih besar. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SEPERTI KERA... KENA BELACAN...
IA BERBAU BUSUK...LARI KAWAN....
DALAM BOTOL..UBAT GEGAT CAMPURKAN...
BADAN TERSIRAM...MONYET KETAKUTAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...