Support My Blog

Friday, September 6, 2024

SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA

Menarik peribahasa masyarakat Melayu lama SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA untuk di bincangkan dalam agronomi dan teknikal pertanian. Peribahasa ini menggunakan perkataan penting iaitu haiwan Kera atau Monyet (Monkey) dan juga Bunga (Flowers) yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Apa pun peribahasa ini dilihat ia mempunyai maksud yang berlainan dengan pilihan perkataan-perkataan yang membentuknya. Penulis blog dapati peribahasa ini mempunyai makna dua lapis iaitu peribahasa ini kadang-kadang ia menyebutkan akan perbandingannya dan kadang-kadang dilihat tidak. Peribahasa ini memberikan makna atau maksud 'Orang yang tidak tahu menilai dan menghargai pemberian kepadanya' yang mana ia sering berlaku dalam masyarakat. Peribahasa ini seakan bertentangan perilaku atau berlawanan dengan peribahasa 'Orang Berbudi, Kita Berbahasa' atau peribahasa 'Di mana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung' dan seumpamanya. Apa pun perkataan peribahasa yang menggunakan perkataan 'Bak, Bagai, Ibarat, Laksana, Macam, seperti dan umpama' selalunya ia adalah merujuk kepada perkara perbandingan. Penulis blog ambil contoh beberapa peribahasa yang ada unsur perbandingan antaranya 'Bagai anak ayam kehilangan ibu, Seperti pungguk merindukan bulan, Seperti katak di bawah tempurung dan juga Seperti rusa masuk kampong'. Kesemua perkataan ini dilihat cuba membandingkan diantara kedua kiasan yang amat ekstrim untuk dibandingkan. Dalam peribahasa ini monyet dan bunga memang banyak perbezaannya. Hanya manusia yang memahami akan makna, aroma, kesenian, kegunaan, maksud dan sebagainya tentang bunga. Bunga Rss atau bunga mawar yang berwarna merah berlainan kegunaan dan maksudnya dengan bunga ros berwarna biru dan kuning didalam masyarakat. Begitu juga pokok bunga kemboja selalu di tanam di tanah perkuburan dan bunga raya adalah lambang bunga kebangsaan Malaysia. Monyet pula tidak melihat bunga itu sebagai ada nilai dimana kalau monyet mengambil bunga pun pun hanya untuk dimakan atau di rosakannya sahaja. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas akan peribahasa iaitu seperti kera mendapat bunga untuk di jadikan bahan rujukkan dan bacaan pembaca blog semua.


MONYET
atau dipanggil KERA (Sub-order: Haplorhini) adalah haiwan yang sering kita jumpa dikawasan taman rekreasi, kebun, kampong dan juga dimana-mana ia boleh mendapatkan makanan dan membiak. Haiwan ini adalah haiwan jenis omnivor iaitu ia lazimnya akan makan tumbuhan (Bahagian buah, daun bunga, biji dan pucuk) dan juga menjadi haiwan pemangsa kepada haiwan lain. Terdapat lebih daripada 260 spesis monyet diseluruh dunia dimana monyet adalah jenis Mamalia berdarah panas yang dari Order Primate. Monyet juga jenis haiwan yang mampu bergerak dengan cepat diatas pokok, diatas darat malahan berenang merentasi sungai. Kepantasan bergerak didahan dan batang pokok serta lompatan jauh membolehkan haiwan ini menganggu kehidupan manusia sama ada menyerang dapor rumah atau didalam kebun petani. Kehadiean kelompok monyet atau gerombolan monyet ketika tanaman sedang berbuah hampir masak dimana ia menyebabkan petani akan kehilangan hasil pendapatan. Di kampong saya di Gersik, Muar terdapat banyak pokok buah-buahan seperti pisang, rambutan, mangga, nangka, betik, petai dan sebaganya. Bagaimana pun lazimnya simonyet ini atau panggilan manja dipanggil sebagai "CHE MON" ini akan datang dan makan buah-buahan yang masih muda, mentah apalagi kalau ia telah hampir masak. Selain daripada makan buah, monyet juga akan merosakkan tanaman dengan mematahkan dahan atau menruntuhkan buah-buahan yang ada pada pokok. Kajian saya mendapati purata masa makan seekor monyet ialah lebihkurang selama 20 minit dan boleh makan sehingga 20 kali. Makanannya terdiri daripada pelbagai jenis seperti buah-buahan, batang pokok, ketam, bunga-bungaan, serangga, cendawan, rumpai, malah ada kalanya memakan tanah liat. Tabiat pemakanan yang lahap itu menjadikan monyet menjadi masalah kepada para petani. Ia mudah dan cepat membiak jika mempunyai makanan yang cukup dan sering tinggal berkelompok.


BUNGA (Flower) pada tumbuhan atau kembang ialah struktur pembiakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam division iaitu Angiosperma. Bunga mengandungi organ-organ yang menghasilkan biji-biji benih tumbuhan yang baharu melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi dimana, biji-biji merupakan keturunan yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji ini. Apa pun selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan. Dilaporkan dimana ada terdapat empat bahagian atau sepusar yang utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik ke atas) seperti berikut pertama KALIKS (calyx) iaitu kelopak yang luar; biasanya, ini berwarna hijau akan tetapi kelihatan seolah-olah kelopak dalam sebilangan spesies. Kedua adalah KOROLA (Corolla) iaitu bahagian semua ranggi yang selalunya nipis, lembut dan berwarna-warni untuk dapat menarik serangga supaya dapat membantu dalam proses pendebungan. Ketiga adalah ANDROESIUM yang mana komponen ini terdiri daripada satu atau dua sepusar stamen  dengan setiap stamen merupakan sebatang filamen yang mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan POLLEN (Debunga). Debunga ini mengandungi gamet jantan.
Keempat adalah GINESIUM atau organ betina yang terdiri daripada satu atau lebih pistil. KARPEL (Carpel) pula adalah organ pembiakan betina yang mengandungi ovari serta ovul-ovul yang mengandungi gamet betina. Sebatang pistil juga mungkin terdiri daripada satu karpel yang tunggal atau sebilangan karpel yang digabungkan bersama-sama untuk menjadikan satu pistil bagi setiap bunga (bunga yang sebegini digelarkan apokarpa). Stigma, iaitu bahagian hujung pistil yang lekit, ialah penerima debunga. Stil pula adalah tangkai yang menyangga stigma dimana ia menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-bahan pembiakan. Apa pun fungsi bunga ialah untuk menjadi pengantara bagi penyatuan gamet jantan dan gamet betina. Proses ini diistilahkan sebagai pendebungaan. Banyak bunga bergantung kepada angin untuk menggerakkan debunga antara bunga-bunga spesies yang sama. Ada juga yang bergantung kepada haiwan, khususnya serangga untuk berbuat demikian. Tempoh masa yang mana proses ini dapat dilakukan (iaitu bunga telah menjadi matang dan berfungsi) digelarkan antesis. Terdapat banyak bunga dalam alam semula jadi telah berubah untuk menarik haiwan-haiwan untuk menyenyawakannnya. Pergerakan-pergerakan agen pendebungaan memberikan peluang untuk penggabungan semula genetik dalam populasi tumbuhan yang tersebar.


Menarik dapam portal hmetro.com kisah bertajuk 
'Terima kasih tak lupakan nelayan' dipetik dari Kota Bahru, Kelantan bagaimana hampir 100,000 nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) akan mendapat manfaat daripada Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri. Dipetik sunber dimana Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata yang peruntukan yang diumumkan itu dapat meringankan beban ditanggung nelayan di seluruh negara. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang tidak pernah melupakan nelayan. Perkara ini juga tidak seperti peribahasa lama 'Seperti Kera Mendapat Bunga' yang memberikan makna orang yang tidak menghargai atai menilai pemberian kepadanya' dan mereka bersyukur apabila  kerajaan masih mengekalkan pemberian subsidi kepada nelayan terutama pembelian petrol dan ia akan meringankan beban nelayan untuk terus mencari rezeki di laut. Adalah diharapkan dimana pemberian ini akan meningkatkan hasil tangkapan ikan dan juga negara. Rata-rata nelayan amat bersyukur atas pemberian ini kerana ia sangat bermakna dan memberi semangat kepada kami untuk meningkatkan hasil. Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 itu dilihat kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk membaik pulih rumah nelayan. Apa pun dalam belanjawan itu turut ada juga diperuntukkan untuk pinjaman mudah kepada nelayan dan diharap ia dapat mengembangkan lagi bidang perniagaan yang diceburi. Nelayan juga menyambut baik skim insurans yang diperkenalkan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk melindungi nelayan, pesawah dan petani yang terbabit dengan bencana alam. Dalam media melaporkan, Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyediakan RM2.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan. Dinyatakan kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah iaitu RM1.65 sen seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun. Bagi kalangan nelayan yang telah diberikan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan. Kerajaan juga menyediakan RM10 juta untuk membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang uzur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SEPERTI KERA...DIA MENDAPAT BUNGA...
SEMUANYA DI ROSAK...TIADA BERGUNA...
ORANG BERBUDI...TIDAK BERHARGA...
JANGAN BEGITU... MASYARAKAT BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...