Support My Blog

Wednesday, September 4, 2024

KETAM NIPAH - INFO MENARIK (PT 1)

KETAM NIPAH
(Scylla serrata) merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan menjana pendapatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana menternak ketam nipah ini boleh dijadikan satu bidangusaha yang menjana pendapatan.


Dalam beberapa keterangan dimana k
etam nipah yang kenali dengan nama umum 'Mud-Crab' atau 'Mangrove crab' adalah sejenis ketam dimana nama saintifiknya Scylla serrata iaitu sejenis haiwan dari jenis krustasea. Sebagai haiwan dari jenis krustasea dimana ketam nipah juga memiliki cengkerang sebagaimana hidupan lain yang bercangkerang seperti udang. Apa pun selain dikenali sebagai ketam nipah dimana spesies yang tergolong dalam famili Portunidae ini juga dikenali sebagai 'Ketam Bakau'. Di sesetengah tempat ia turut juga dipanggil sebagai 'Ketam Lumpur' dan 'Ketam Bangkang'. Mungkin disebabkan oleh sifatnya yang kuat melawan maka ia digelar sedemikian untuk di kenalinya. Dilaporkan memang ada banyak dan pelbagai spesies ketam nipah iaitu Scylla sp dijumpai meluas di kawasan hutan bakau di mana habitatnya meliputi kawasan berlumpur daripada kawasan zon pasang surut. Ianya merangkumi sebahagian kecil dunia perikanan yang ada di persisiran pantai. Ketam nipah dari spesis Scylla serrata didakwa ia adalah jenis yang dianggap sesuai diternak disebabkan isinya yang padat, sedap dan rasa yang enak. Ketam jenis ini adalah spesies yang penting dan mempunyai permintaan yang meluas di seluruh negara Indo-Pasifik. Pada pengalaman penulis blog mendapati semasa buat tinjauan di lokasi penternak ikan, ketam dan udang air payau mendapati dimana harga ketam nipah adalah tinggi bergantung kepada saiznya. KAjian mendapati dimana sebagai contohnya ketam nipah yang ada telur berharga antara RM30-RM50 seekor. Di Malaysia. Dilaporkan dimana industri ketam nipah dijalankan secara kecil-kecilan oleh kaum nelayan yang berada di kawasan tepi pantai. Apa pun secara ekologinya, kitar hidup ketam nipah bermula di kawasan paya hutan bakau dan ketika ketam nipah hendak bertelur selalunya ia akan berenang ke laut dan melepaskan seluruh telurnya. Induk ketam yang sihat boleh menghasilkan 3 juta telur. Apabila telur menetas, peringkat anak larva iaitu zoea akan mengambil masa 30 hari menjadi anak ketam dan kembali ke habitat asalnya iaitu di kawasan paya hutan bakau. Dilaporkan di Malaysia dimman aktiviti ternakan ketam nipah bermula dengan ternakan anak ketam nipah yang ditangkap di kawasan paya bakau dan di pelihara sehingga membesar ke saiz yang sesuai untuk dijual. Penangkapan anak ketam nipah secara berleluasa akan mengakibatkan populasi ketam nipah berkurangan. Masa ini dilaporkan Pusat Kajian Samudera dan Pantai sedang aktif menjalankan kajian penghasilan benih ketam nipah sebagai usaha menjamin bekalan anak ketam dapat menampung untuk keperluan industri ternakan ketam nipah di masa akan datang. Dijangka populasi ketam nipah di kawasan asalnya terpelihara dan tidak pupus di masa akan datang.


Menarik dalam hmetro.com bagaimana '
UMT laksana kajian pulih populasi ketam nipah' apabila diketahui yang ketam nipah memang ia menghasilkan banyak telur hasil kajian dijalankan Institut AKUATROP UMT.  Dilaporkan dimana kajian di Kuala Nerus mendapati yang populasi ketam nipah yang semakin terjejas mendorong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Akuakultur dan Tropika (AKUATROP) menjalankan kajian berkaitan habitat dan pembenihan hidupan itu. Dilaporkan dimana selain ketam nipah, AKUATROP juga membuat pelbagai kajian berkaitan pengkulturan, pembiak bakaan, pembenihan udang, ketam, ikan, belangkas dan kuda laut. Pengarah Institut AKUATROP UMT, Prof Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah dapati ada pelbagai inisiatif dijalankan terhadap pembenihan ketam nipah bagi meningkatkan populasi spesis itu di Setiu, Terengganu. Apa pun program khas itu dijalankan sejak 2014 di tanah lembap Setiu. Pelbagai usaha secara saintifik diperkenalkan bagi mencari solusi terbaik. Diantara objektif program itu ialah menghasilkan formulasi makanan untuk larva dan induk ketam, meningkatkan kematangan kelenjar reproduksi (gonad) induk ketam dan kualiti serta kadar hidup benih ketam. UMT juga mengkaji keberkesanan sistem kandang terhadap jumlah populasi ketam di habitat semula jadi serta mengkaji keberkesanan aktiviti ternakan ketam dalam sistem kandang. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan populasi ketam di kawasan itu selepas penganjuran program yang membabitkan masyarakat setempat dilaksanakan secara bersama. Pihak AKUATROP juga berjaya menambah baik teknologi penghasilan benih ketam selain mewujudkan pusat penetasan benih secara semula jadi di kawasan tanah lembap. Usaha itu bukan sekadar untuk kegunaan penyelidikan, malah peningkatan populasi ketam turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti setempat. Program yang dijalankan secara bersama itu mencerminkan hubungan antara sebuah gedung ilmu yang memiliki kepelbagaian bidang kepakaran dalam memberikan faedah serta manfaat kepada masyarakat setempat. Projek seperti itu menterjemahkan slogan universiti untuk masyarakat.


Merujuk artikel umpan.com.my dimana tajuk '
Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah' sesuai dikongsikan dan di tulis semula kali ini. Mungkin diluar sana dipercayai ada masih ramai yang sangsi akan status halal haram ketam nipah untuk dimakan. Banyak pihak telah pun memperjelaskan bahawa ketam nipah adalah HALAL dan ketam nipah bukanlah haiwan dua alam. Sebenarnya ramai yang keliru antara ketam nipah dan ketam batu yang memang benar hidup dua alam. Bergantung kepada banyak rujukkan dimana ada keterangan yang lebih sahih akan isu ini agar tidak lagi timbul lagi sangkaan was-was. Dalam Majlis Fatwa Kebangsaan di nyatakan status halal bagi ketam nipah. Dilaporkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam dimna bagi kes Ketam Nipah iaitu muzakarah telah memutuskan bahawa kes perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah 'harus' kerana ia bukan binatang dua alam. Dalam kes lain dilaporkan dimana penternakan katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama dan bagi Ketm Bru pula (a) Menurut jumhur ulama dimana perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam. Dalam pada itu (b) Menurut Mazhab Maliki dimana penternakan katak untuk tujuan eksport adalah 'harus'. Ini dikaitkan dengan keterangan atau hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru'. Apa pun perlu difahami dimana kitaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya. Bgi Ketam Nipah pula dilaporkan dimana ia bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia akan tetapi ia adalah dari jenis krustasea iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dimana ia mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah haiwan yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
KETAM NIPAH...ITULAH NAMA KHASNYA...
KAWASAN TEPI PANTAI... HABITATNYA...
ADA DITERNAK... LUMAYAN HARGANYA...
MAKAN KETAM... SIHAT SENTIASA....


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...