Di Malaysia 'Kawalan serangga perosak mesra alam' ada di laporkan oleh beberapa media tempatan utama. Kini dengan sentuhan teknologi nano, input pertanian organik yang dirintis Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka satu lembaran baharu dalam sektor pertanian negara. Projek yang diketuai Dr Nur Kartinee Kassim bersama dua lagi penyelidik, Dr Norhayu Asid (Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM) dan Dr Norazlinaliza Salim (Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM) membuktikan keupayaan pakar penyelidik tempatan dalam menghasilkan produk botani novel yang selamat dan mesra alam. Apa yang pasti, rumusan formula tersebut dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan hayat penyimpanan serta penggunaan bahan yang membantu kebanyakan golongan petani. Ia bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, bahkan produk dihasilkan mudah dikendalikan dan sangat efektif buat tanaman sayuran. Sudah semestinya, selain pemain industri pertanian, pendekatan formulasi tersebut dapat menguntungkan negara sekali gus kita untuk mendapatkan konsumsi makanan selamat. Kajian yang menggunakan Geran Penyelidikan Pembangunan Inovasi UPM itu dimulakan sejak 2014. Menariknya, penyelidikan tersebut menggunakan bahan semula jadi yang sangat berkesan sebagai antifeedant dan penghalau serangga. Kesannya efektif terutamanya kepada sayur-sayuran Cruciferous iaitu kelompok sayuran seperti kubis, brokoli dan lobak. Mengulas lanjut mengenai kajian saintifik itu, Dr Nur Kartinee menjelaskan, formulasi Armigard berfungsi sebagai kawalan organik (biopestisida) dalam pengurusan serangga perosak. Rumusan formula ini dibangunkan menggunakan teknologi nano. Bahan aktifnya dapat meningkatkan kestabilan formulasi dan memanjangkan tempoh penyimpanan dan penggunaan. Ia bukan sahaja selamat digunakan untuk membasmi serangga perosak, produk ini juga mudah dikendalikan dan sangat berkesan kepada sayuran tersebut.
Signifikan penyelidikan alami itu adalah berikutan kebergantungan petani terhadap racun sintetik dalam industri pertanian untuk melindungi hasil tuaian mereka daripada serangan serangga perosak seperti projek tanaman kubis yang menjadi pilihan salah satu tapak percubaan ujian Armigard di Cameron Highland (Sila lihat foto sebelah). Meskipun mengetahui penggunaan racun kimia adalah berbahaya kepada kesihatan dan persekitaran, namun petani tiada pilihan lain untuk membendung serangga perosak durjana. Kajian ini diteruskan sebab ada permintaan produk kawalan perosak semula jadi semakin meningkat disebabkan kos lebih rendah dan manfaat kelestarian sektor pertanian organik. Dipercayai yang biopestisida mampu meningkatkan hasil pertanian petani tanpa memberi kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang. Armigard juga terbukti sebagai produk organik alternatif yang baik dan boleh digunakan untuk melindungi sektor perladangan secara cekap, selamat, kos efektif dan mesra alam. Formulasi Armigard mengandungi bahan tumbuhan yang kaya dengan terpene. Sebatian organik semula jadi dan sintetik berasal daripada isoprena hidrokarbon itu disifatkan sebagai bahan aktif. Rumusan Armigard cukup pekat. Jika menggunakan mesin penyembur, ia perlu disukat untuk mencapai tahap cecair yang ditetapkan sebelum disembur secara terus kepada tanaman. Penggunaannya cukup mudah. Kami turut menyediakan pek percubaan kepada golongan petani yang berminat,” bicaranya yang positif penggunaan produk itu untuk keperluan industri. Antara keebihan inovasi tersebut adalah impak penyelidikan Armigard cukup besar terhadap aktiviti pembangunan mampan seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara. Penyelidikan itu dikatakan berupaya meningkatkan hasil tanaman, malah pendapatan petani! Kata Dr Nur Kartinee, ia berikutan perangkaan menunjukkan 45 peratus golongan itu masih mempunyai pendapatan bawah tahap kemiskinan. Penggunaan biopestisida terbukti mampu menghasilkan tanaman organik, bebas racun perosak kimia berbahaya dengan tahap residu yang rendah. Kawalan perosak ‘bio’ adalah produk yang boleh biodegradasi dan mesra alam. Barangkali isu alam sekitar boleh diselesaikan dengan penggunaan biopestisida seumpama Armigard. Apa pun pengurangan penggunaan racun perosak kimia akan memastikan pengeluaran tanaman lebih selamat sekali gus meningkatkan sekuriti tabung makanan negara. Mereka kini sudah bersedia untuk peringkat pengkomersialan produk ini. Mereka sedang menjalinkan kerjasama bersama Nanocipta Sdn Bhd melalui perjanjian pelesenan yang berupaya dalam memimpin pemasaran dan pengkomersialan biopestisida Armigard di seluruh negeri. Kini promosi pemasaran dan pengkomersialan turut dijalankan melibatkan negara luar terutamanya Australia, Indonesia dan India.
Kisah bagaimana 'Kontena mengandungi serangga perosak diarah pulang ke India' ada dilaporkan dalam bharian.com untuk di rujuk. Foto sebelah menunjukkan penguat kuasa MAQIS memeriksa hasil pertanian dari India dikesan mengandungi serangga perosak di Pelabuhan Klang. Pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengarahkan sebuah kontena dihantar kembali ke negara asal iaitu India selepas didapati membawa masuk hasil keluaran pertanian yang mengandungi serangga perosak. Kontena berkenaan dibawa masuk melalui pintu Pelabuhan Klang Utara pada 9 Julai lalu dan mengandungi kunyit goreng dan produk kekacang seperti dal mysore, toor dal, kacang hijau, moong dal dan kacang kuda. MAQIS dalam kenyataannya memaklumkan, pemeriksaan mendapati kontena terbabit mengandungi hasil keluaran pertanian dianggar seberat berjumlah19 tan bernilai RM150,271. Apa pun semua bahan diimport dari India itu mengandungi serangga perosak Sitophilus zeamais. Konsainan terbabit ditolak kemasukannya dan MAQIS mengarahkan ia dihantar pulang ke negara asal. Kemasukan tumbuhan dan hasilan bersama perosak adalah kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta 728 kerana mengimport barangan dengan perosak, penyakit atau bahan cemar. MAQIS berithu jika sabit kesalahan syarikat yang membawa masuk boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Pegawai MAQIS di lapangan komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisme yang dibawa masuk ke Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.
Kes lain berlaku di Singapura apabila 'Lori Singapura bawa sayur dicemari serangga perosak diarah patah balik' berkaitan dengan hasil pertanian agak menarik di kongsikan. Foto menunjukkan dimana sayur kubis panjang yang dicemari dengan serangga perosak disyaki dari jenis Phyllotreta spp yang masih hidup. Pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengarahkan sebuah lori dari Singapura yang membawa muatan 216 kotak sayur jenis kubis panjang berpatah balik setelah dikesan mempunyai serangga perosak. MAQIS dapati lori berkenaan ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah dimana ada serangga perosak disyaki dari jenis Phyllotreta spp yang masih hidup. Pihak Maqis telah mengarahkan lori berkenaan yang membawa kubis panjang bernilai anggaran RM6,800 itu berpatah balik ke negara asal. Perbuatan mengimport apa-apa keluaran pertanian dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kesemua langkah berkenaan adalah bagi memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA PEROSA... ADA YANG BERGUNA...
KEHADIRANNYA...MAJORITI DIDUNIA...
PELBAGAI KISAH... BANYAK FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melak,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.