Support My Blog

Monday, September 2, 2024

SEPERTI MENGHAMBAT KERBAU BERLABUH

Peribahasa Melayu 'SEPERTI MENGHAMBAT KERBAU BERLABUH' mungkin masih ramai pembaca blog ini yang mungkin tidak mengetahuinya. Maklumlah masa sekolah dulu cikg tidak mengajar akan peribahasa ini dan dirumah dengan keluarga pun tidak pernah mengenali haiwan kerbau ini. Pada penulis blog peribahasa ini menarik kerana ia melibatkan sektor pertanian iaitu haiwan Kerbau yang mana suatu masa dulu ia merupakan sejenis haiwan peliharaan yang serbaguna dimana selain daripada produk daging dan susu, kerbau juga sering di gunakan sebagai haiwan yang digunakan dalam membajak sawah dan juga mengangkut buah kelapa sawit di ladang sawit. Haiwan kerbau tidak sama dengan lembu dan kambing dimana populasinya meningkat sedangkan haiwan kerbau semakin berkurangan dan susah untuk meihat kerbau di ternak di Malaysia. Apa pun peribahasa ini iaitu 'Seperti Menghambat Kerbau Berlabuh' berkaitan bagaimana sukar untuk menangkap kerbau bebas di lapangan apaila ia bersaiz besar dan bukan mudah menangkapnya. Ada kalangan para pemilik kerbau yang akan menembak dulu dengan ubat pelali jika ingin menangkapnya untuk di jual atau di sembelih. Apa yang menarik mengenai peribahasa ini dimana ia memberi maksud 'Menghalang (mengganggu) perbuatan orang yang akan mendatangkan kesenangan baginya' dan dalam rujukkan lain di maksudkan dengan makna 'Mencegah sesuatu yang akan mendatangkan keuntungan atau kesenangan kepada orang'.  Mungkin untuk memahami maksud peribahasa ini agak susah kerana ayatnya kurang masuk kedalam hati jika sekali baca. Seorang individu perlu menghalang akan sesuatu perkara yang berkaitan dengan diri dan masyarakatnya jika perbuatan atau perkara tersebut akan mendatangkan keuntungan kepada individu atau orang lain. Contoh ayat mungkin 'Pak Hamid tidak bersetuju untuk beri akses tanah di kebunnya kepada Ahmad kerana dia tahu yang Ahmad akan membuka projek ternakan Ayam Daging yang berhampiran rumahnya dan akan menyebabkan bau busuk dan kehadiran lalat yang menganggu kehidupannya'. Isu gangguan lalat yag di sebabkan oleh ternakan ayam pernah penulis blog lalui semasa balik kampong di Gersik, Muar dulu dimana kehadiran ribuan lalat di rumah dan semasa majlis kenduri amat menganggu kesihatan dan keselesaan ramai. Ini disebabkan oleh ribuan ekor ternakan ayam daging sekitar 1.5 km jaraknya dari rumah dan amat menganggu penduduk kampong. Walau pun komplain di buat kepada pihak berwajib akan tetapi isu ini berlanjutan bertahun-tahun sehingga ia menjadi isu dikalangan masyarakat. Wajar pihak tertentu seperti Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan juga Pejabat Kesihatan pro-aktif didalam mengatasi masaalah ini. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas peribahasa Seperti Menghambat Kerbau Berlabuh untuk dijadikan bahan bacaan semua.  


Haiwan Kerbau (Bubalus bubalis) adalah ia merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara, dan China dimana ia merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesieskerbau sudah ada ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia  berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau BalkanMesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau menanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau  Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal. 


Menarik kisah dalam hmetro.com bertajuk '
Kandang kerbau Syukur ditutup JPV' untuk di jadikan bahan bacaan mengenai peribahasa ini. Dilaporkan dimana pihak    JPV Terengganu harap orang ramai beri kerjasama dengan tidak memasuki kawasan kandang kerbau milik Muhammad Syukur Khamis (15) atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' daripada dikunjungi orang ramai, hari ini. Apa pun penutupan kandang kerbau dengan tali penghalang amaran itu dijalankan mengikut Akta Binatang 1953, (Akta 647) Kawalan Penyakit bagi menghadkan kemasukan orang awam ke kawasan kandang seterusnya mengelakkan penularan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah ke kawasan lain. Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali nyatakan orang ramai diharap memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan kandang kerbau itu. Memang ada bakteria HS dalam kandang kerbau itu. Kehadiran orang ramai selain penternak lain boleh menjadi punca penularan HS ke lokasi lain. HS cepat merebak dimana sekiranya tidak dikawal, kami bimbang ternakan pertenak berhampiran pula yang akan diserang penyakit sama. Pihak JPV juga akan memberi taklimat berkaitan HS kepada penduduk setempat serta penternak lain di Kampung Banggol Katong. Adalah sudah terlewat sekiranya mahu memindahkan ternakan ke kawasan lain kerana dibimbangi ternakan itu sudah menghidap HS. Apa pun bukan semua ternakan dijangkiti HS terus mati kerana ia bergantung kepada antibodi ternakan juga. Kini ternakan yang mempunyai antibodi yang kuat akan mengambil masa untuk mati tetapi ia tetap menjadi pembawa HS dan boleh menjangkiti ternakan lain. JPV terus berharap penternak tidak memindahkan ternakan dari kawasan yang mempunyai kes HS ke kawasan lain dalam tempoh terdekat. Sebaiknya di kurung ternakan di kandang ternak masing-masing dan hadkan kedatangan orang luar ke kandang. Bagi penternak lain Khamis Jusoh (64) dakwa dimana dia akur dengan arahan penutupan kandang kerbau oleh JPV Terengganu. Sebenarnya tindakan penutupan kandang kerbau dibuat untuk kebaikan semua bagi mengelak HS merebak ke kawasan lain. Kepada penternak walau pun ada rasa kasihankan kerbau yang berada di kandang itu kerana berada di tengah panas, maklumlah tak boleh keluar dan kandang pula tidak berbumbung. Pada kebiasaannya dimana  jam 7 pagi dimana semua kerbau dilepas untuk berendam dalam air dan lumpur berhampiran bagaimana pun akibat penyakit berjangkkit ini semua kerbau terkurung dalam kandang. Dalam Harian Metro semalam melaporkan terdapat 36 daripada 110 kerbau milik Muhammad Syukur mati akibat HS sejak Rabu lalu.


Dalam portal sinarharian.com bertajuk '
Lima lagi kerbau Syukur mati, kandang ditutup elak jangkitan wabak' adalah berkait dengan peribahasa diatas. Dilaporkan dimana kandang kerbau peliharaan Muhammad Syukur Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ di Kampung Banggol Katong, Serada iaitu di Terengganu di sini ditutup kepada orang ramai bagi mengelak penularan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah ke kawasan lain. Hari ini lima lagi kerbau peliharaan Muhammad Syukur mati menjadikan keseluruhan ternakan yang mati sebanyak 41 ekor. Penutupan pintu masuk ke kawasan kandang itu dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sekitar di kawasan berkenaan sekitar jam 10.30 pagi tadi. Pengarah JPV Terengganu nyatakan tindakan itu dilakukan di bawah Akta Binatang 1953 (Akta 647) Kawalan Penyakit bagi mengehadkan kemasukan orang awam ke kawasan kandang seterusnya mengelakkan penularan wabak. JPV berharap dengan langkah ini dapat mengelakkan orang ramai daripada berkunjung ke kawasan ini seterusnya dapat memastikan keselamatan awam terjamin dan wabak hawar berdarah ini tidak merebak ke kawasan lain. Apa pun didalam kandang kerbau itu banyak bakteria HS. JPV khuatir sesiapa yang datang ke situ kemudian ke tempat lain boleh menyebabkan penularan wabak di kawasan lain pula. JPV harap orang ramai terutama penternak lain dapat memberikan kerjasama dengan tidak memasuki kawasan kandang kerbau itu sesuai dengan peribahasa 'Seperti Menghambat Kerbau Berlabuh' untuk dijadikan amalan keslamatan inds=ustri ini. Dilihat dimana para anggota penguat kuasa JPV Terengganu menutup pintu masuk ke kandang kerbau peliharaan Muhammad Syukur dan bapanya, Khamis di Kampung Banggol Katong, Serada (Sila lihat lihat foto disebelah). Apa pun penyakit HS cepat merebak sekiranya tidak dikawal dan dibimbangi ternakan penternak berhampiran akan diserang penyakit sama. Memang bukan semua ternakan dijangkiti HS terus mati kerana ia bergantung kepada antibodi ternakan juga. Ternakan yang mempunyai antibodi yang kuat akan mengambil masa untuk mati tetapi tetap pembawa penyakit HS dan boleh menjangkiti ternakan lain. Pihak JPV berharap penternak tidak memindahkan ternakan dari kawasan yang mempunyai kes HS ke kawasan lain dalam tempoh terdekat. Apa pun sekarang sudah terlewat jika ingin memindahkan ternakan ke kawasan lain kerana dibimbangi ternakan itu sudah menghidap HS. Sebab itu kita minta semua penternak supaya tidak memindahkan ternakan ke kawasan lain. JPV bharap semua penternak yang haiwan ternakannya mempunyai gejala HS bertindak mengurung ternakan di kandang ternak masing-masing dan hadkan kedatangan orang luar ke kawasan kandang. Pihak JPV juga akan mengumpul penduduk setempat termasuk penternak lain di kawasan Kampung Banggol Katong untuk memberi taklimat mengenai wabak yang menyerang haiwan ternakan itu. Bagi seorang pemilik kerbau iaitu Khamis Jusoh mendakwa dia akur dengan arahan supaya kawasan kandang kerbaunya ditutup daripada dikunjungi orang ramai dan akan terus memaklumkan bahawa kawasan itu tidak boleh dikunjungi buat masa ini. Walau pun ada ramai yang menelefon bertanya untuk datang melihat keadaan kerbau, saya terpaksa maklumkan buat masa ini tidak boleh menerima kunjungan di kawasan kandang ini bagi mengelak wabak. Antara notis yang ditampal pada pintu masuk kandang kerbau di Kampung Banggol Katong, Serada Terengganu masa itu. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!..
NAMANYA KERBAU...BESAR SAIZNYA...
MUDAH DI TERNAK..ADA CABARANNYA...
HARGANYA MAHAL... SUSAH CARINYA...
MEMBACA ARTIKEL.. SUKA INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...