Support My Blog

Thursday, September 12, 2024

JERAMI PADI DAN KISAH MENARIK

JERAMI PADI
 merupakan hasil sampingan bahan pertanian yang berbentuk batang, daun dan tangkai tanaman padi setelah biji-bijian dipisahkan selepas menuai padi (Oryza sativa)Biasanya jerami padi akan dibakar atau dibuang begitu saja tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Malahan ada segelintir petani mengganggap ia sebagai sampah yang perlu dibuang. Dari segi sejarah sebelum zaman perindustrian lagi dimana dulu jerami kering padi digunakan secara meluas oleh petani untuk dijadikan bahan api, alas lantai atau katil tidur, penyapu, makanan ternakan, kompos dan bahan binaan ringan seperti bumbung rumah. Di banyak negara pertanian yang konvensional dimana tanaman padi adalah menjadi tanaman utama petani tempatan jerami padi menjadi subjek penting dalam dunia kehidupan mereka. Sebagai contoh daripada beberapa kajian yang dijalankan di Indonesia, dimana jumlahberat jerami adalah lebih kurang 1.4 kali  daripada hasil tuaian biji padi. Ini bermakna daripada 5 tan per hektar hasil tuaian maka sebanyak 7.5 tan jerami dihasilkan. Kajian makmal menunjukkan dimana kandungan unsur yang terdapat dalam jerami adalah 0.5 - 0.8% Nitrogen (N), 0.07-0.12% Fosforus (P), 1.2-1.7% kalium (K), 0.05-0.10% Sulfur (S) dan 4-7% adalah silika (Si). Ini bermaksud dalam 7.5 tan jerami mengandungi 37.5-60 kilogram (kg) N, 5.25-9kg P, 90-127.5kg K, 3.75-7.5kg S dan 300-525kg Si. Bagaimana pun di Malaysia apa yang penulis blog dapati di antara kaedah lazim pengurusan jerami padi adalah melalui pembakaran terbuka bagi menghapuskan jerami dengan cepat dan murah (Sila lihat foto dibawah). Pada masa yang sama kaedah ini didapati berupaya membunuh patogen tanah dan akan dapat merencatkan percambahan benih rumpai serta padi angin. Bagaimana pun kaedah ini melalui pembakaran terbuka menyebabkan pencemaran alam sekitar kerana hasil pembakaran mengandungi unsur K yang tinggi iaitu sebanyak 8.2 peratus dan kaedah ini akan seterusnya menjejaskan kadar percambahan benih padi. Artikel subuh ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah menarik dalam media mengenai jerami padi untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca blog.


Menarik kisah dalam hmetro.com dimana '
Produk daripada jerami' boleh ia dijadikan pendapatan tambahan sama ada bagi tujuan pasaran domestik atau pasaran eksport. Penulis blog sering melihat bagaimana biasanya jerami padi akan dibakar atau dibuang begitu saja tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Malah, segelintir petani mengganggap ia sampah yang perlu dibuang. Apa pun kini jangan terkejut kalau bahan jerami boleh dijadikan produk pembungkusan biodegradasi yang bernilai tinggi di Malaysia di samping menggalakkan kelestarian alam sekitar dan kemajuan teknologi hijau negara. Pihak yang terlibat termasuk Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corp) menerusi perjanjian 10 tahun dengan syarikat berstatus BioNexus, Free The Seed Sdn Bhd (FTS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan membabitkan nilai RM7.41 juta. Bioeconomy Corp di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjalankan Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) bagi tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan produk terbiodegradasi. DI Kedah dilaporkan yang negeri tersebut membekalkan 40% daripada keluaran beras negara dan salah satu komponen penting bagi ekonomi di Kedah. Kedah tidak boleh menentukan fokus kepada pengeluaran padi saja malah sektor agrikultur perlu dikembangkan dengan kekayaan alam semula jadi yang mempunyai potensi besar untuk ianya dapat dibangunkan seperti kosmeseutikal, kesihatan, pemakanan dan perindustrian. Pendekatan ini dijangka dapat membantu petani meraih pendapatan tambahan dengan membekalkan jerami padi kepada syarikat untuk diproses menjadi produk pembungkusan terbiodegradasi atau mesra alam. Kaedah ini di antara langkah terbaru yang dilihat penting dalam bidang pertanian Kedah kerana proses dalam seluruh rantaian nilai ini adalah mesra alam dan mengelakkan pencemaran udara akibat pembakaran terbuka. Dijangka pesawah dari PPK Pendang Selatan mampu membekalkan 57,000 tan jerami padi daripada 12 sawahnya kepada syarikat. Teknologi FTS menggunakan tindak balas enzim dipatenkan World Intellectual Property Orgnisation (WIPO) dan membenarkan syarikat untuk menghasilkan kira-kira 60 juta unit bahan pembungkusan setahun. FTS berjaya menerima pengiktirafan tempatan dan antarabangsa bagi produk terbiodegradasi seperti Winner of Waste to Wealth Award sempena Global Greentech Innovation Programme serta pensijilan SIRIM ECO 009:2016 oleh kerajaan untuk produk berasaskan biomas bagi aplikasi makanan. Pengguna dijamin kebolehpercayaan dan keselamatan produk dengan piawaian kebangsaan dan antarabangsa. Kini dengan penggunaan teknologi ini, FTS mampu menukar sisa pertanian padi kepada pelbagai bentuk produk pembungkusan untuk industri makanan, penggunaan hospital dan pembungkusan barangan pembuatan. Pada masa ini industri pembungkusan terbiodegradasi berpotensi terus berkembang hasil daripada usaha yang dilaksanakan kerajaan dan negara lain dalam mengurangkan penggunaan bahan plastik dan polistirena. Data menunjukkan seperti oleh pihak Transparency Market Research dimana nilai pasaran pembungkusan mesra alam global dijangka mencecah AS$177.7 bilion (RM762 bilion) pada 2018. Jerami padi ini diproses melalui teknologi enzim untuk menghasilkan produk pembungkusan terbiodegradasi pasaran tempatan dan eksport luar negara termasuk Belanda, Jerman dan United Kingdom. Bagi pesawah bernama Mat Hassan (68) dari Kampung Sungai Jagong, Pendang nyatakan sebelum ini dia hanya membakar jerami kerana tidak tahu ia memang boleh dimanfaatkan untuk membuat pelbagai produk. Dia suka dan turut bersyukur kerana jerami padi kini dibeli syarikat untuk membuat produk pembungkusan dimana ia sekali gus dapat menambah pendapatan petani. 


Akhbar sama laporkan kisah mengenai jerami padi bertajuk '
Bekal jerami padi' di Kuala Terengganu untuk dijadikan bahan rujukkan. Dakwa Mohd Sahril (37) dimana sekerang ini isu jualan lembu adalah perlahan dimana dia dan rakannya perlu mencari inisiatif lain untuk tampung kos penternakan haiwan ternakan mereka. Dia juga adalah antara penternak lembu baka di negeri ini yang aktif mencari pendapatan sampingan dengan menjual jerami padi di ladang ternakannya di Kampung Chepoh, Telemong, Terengganu. Dia telah mula membabitkan diri dalam perniagaan menjual jerami padi sejak Disember tahun lalu dan kini mampu menjual lebih empat tan sebulan (Sila lihat foto disebelah). Hasil jualan jerami padi diambil dari Perlis mampu menampung kos penternakan 11 lembu baka yang saya usahakan. Permintaan terhadap jerami padi tinggi dalam kalangan penternak kerana kelebihannya seperti tahan lama dan senang untuk disimpan. Jerami padi menjadi makanan alternatif bagi menggantikan makanan lembu seperti palet yang harganya sentiasa meningkat. Dilaporkan yang jerami padi dijual dengan harga 68 sen bagi satu kilogram (kg) biasanya dibeli pelanggan tetap terdiri daripada penternak lembu dan kambing dari semua daerah termasuk Setiu serta Hulu Terengganu. Apa pun biasanya setiap pelanggan membeli 250kg dan ia mampu bertahan selama sebulan untuk 20 ekor ternakan (kambing atau lembu). Pada masa ini masih ramai pesawah yang menjual jerami padi di Terengganudimana ini secara tidak langsung membantu penternak yang memerlukannya makanan hebat ini. Selain jerami padi dia turut menjual pisau sembelih dan pelbagai vitamin untuk ternakan bagi menjana pendapatan sampingan.


Kisah yang agak unik pada penulis blog adla dimana dirujuk ada banyak portal melaporkannya iaitu '
Jerami I Love Kedah berjaya tarik ramai perhatian pengunjung' yang wajar dibuat dikawasan lain. Idea seperti ini iaitu diantara gulung jerami yang dibentuk dan dihias untuk dijadikan sebagai tempat bergambar untuk pengunjung di Kampung Ulu Sedaka, Yan, Kedah. Apa pun dilaporkan idea seorang pemilik warung di tepi sawah untuk menganjurkan pesta jerami gulung sejak seminggu lalu berjaya menarik pengunjung tempatan termasuk dari Singapura dan Thailand. Pengusaha warung berkenaan Mat Desa (61) menyatakan dia sangat bersyukur idea itu berjaya menggamit pelancong sekali gus ianya kini meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk setempat. Walau pun warung miliknya yang dinamakan warung tepi bendang (WATEB) juga tidak henti menerima pelanggan terutama pada waktu petang. Dia yang berani membelanjakan kira-kira RM2,000 untuk hiasan dan membeli gulung jerami berpuashari dengan idea ini. Pada masa ini terdapat lebih kurang 20 gulung jerami yang dihias bagi menarik kehadiran pengunjung terutama pelancong ke Yan yang terkenal sebagai daerah pelancongan desa. Dia juga sediakan tujuh tempat untuk pengunjung bergambar termasuk struktur jerami padu yang dibentuk huruf seperti I Love Kedah, I Love Yan, I Love Wateb dan papan tanda Ulu Sedaka Yan Kedah. Didakwa memang ada pengunjung dari Terengganu, Pahang dan Johor dan uniknya adalah dia tidak sangka pelancong dari Thailand dan Singapura juga singgah ke sini untuk melihat keindahan gulung jerami. Dia nyatakan para pengunjung juga boleh menikmati keindahan matahari terbenam di kampung itu kerana kedudukannya yang berhampiran dengan laut. Memang golongan kanak-kanak juga boleh bermain layang-layang di dalam sawah dan dalam masa sama mereka boleh naik ke atas jerami untuk bergambar. Penghulu Mukim Sungai Daun iaitu Zulkifle Omar mendakwa selain pesta jerami dapat menarik pengunjung dalam dan luar negeri, pengunjung juga didedahkan tentang kegunaan sisa tanaman padi yang mampu dijadikan sumber pendapatan. Pesta itu juga boleh dijadikan aktiviti tahunan untuk meningkatkan industri pelancongan desa daerah Yan. Ada dianggarkan kira-kira 200 pengunjung datang ke sini setiap petang, hujung minggu dimana jumlah pengunjung akan dijangka akan lebih ramai. Kemudian ada beberapa penduduk mengambil kesempatan untuk berniaga maka dapatlah keluarga pesawah menambah pendapatan sementara menunggu musim menanam April setiap tahun. Bagi pesawah lain iaitu Fathol Mubin pula mendakwa dimana kebanyakan jerami dibakar sebelum ini namun kini ia digulung hasil inisiatif agensi berkaitan untuk menjadi makanan alternatif bagi menggantikan makanan lembu yang harganya sentiasa meningkat. Tapi sekarang gulungan jerami juga dijadikan sebagai hiasan untuk menarik pengunjung ke kampung dimana hasilkan suasana kampung kini lebih meriah selepas musim menuai.


Dilaporkan juga ada kisah di media yang laporkan '
Kertas jerami padi' yang menarik untuk penulis blog kongsikan. Jerami padi memang pelbagai guna dimana antaranya adalah bahan tersebut memngsesuai dijadikan bahan asa dalam sektor kraftangan. Ini kerana biasanya jerami padi akan dibakar atau dibuang begitu saja tanpa ianya dimanfaatkan sepenuhnya dimana ada segelintir petani mengganggap ia ‘sampah’ yang perlu dibuang. Kini beberapa penyelidikan dijalankan dimana jangan terkejut jerami boleh dijadikan produk sampingan untuk menambah pendapatan seperti KERTAS. Pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya menghasilkan kertas daripada jerami padi untuk dijadikan produk kraftangan. Saintis FRIM Dr Rushdan Ibrahim beritahu yang kertas daripada jerami padi boleh dijadikan produk seperti beg, penanda buku, kad nama dan sebagainya. DIlaporkan hasil penyelidikan dimana kertas ini dibuat daripada pulpa jerami yang dihasilkan melalui proses mekanikal dan kimia. Pulpa jerami dicampur serta ditambah dengan kanji untuk menguatkan dalaman kertas berkenaan bagi mengurangkan penyerapan air. Kertas yang dihasilkan akan diseterika untuk menghilangkan kedut yang berlaku akibat pengecutan sewaktu pengeringan. Kertas ini juga dikalendarkan bagi meratakan permukaan supaya percetakan yang baik dapat dilakukan. Terdapat empat proses utama inovasi ini dihasilkan, antaranya penyediaan bahan mentah, pemulpaan, penyediaan stok dan pembuatan kertas. Proses pertama ialah penyediaan bahan mentah iaitu jerami padi dan bahan kimia dikumpulkan dan disediakan sebelum dipotong dan dibasuh. Jerami yang siap dipotong kemudian dijemur menjadi pulpa iaitu kumpulan gentian untuk pembuatan kertas. Pemulpaan ini dilakukan melalui dua proses iaitu mekanikal dan kimia. Sifat kertasnya juga mestilah kuat dan tahan beban selain tidak mudah koyak apabila terkena air. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMA JERAMI PADI...DI BAKAR SAHAJA....
BOLEH DI KUMPUL... DIBUAT BALER DIA...
MAKANAN TERNAK... KARAFTANGAN ADA...
MEMBACA ARTIKEL... DI TERIMALAH IDEA...

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Room 3043, Parkroyal A'Formosa Resort,
Jalan Kemus, Simpang Empat,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(12 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...