Menarik fakta dan kisah dalam hmetro.com bertajuk 'Idea taman kaktus mini' untuk di kongsikan kali ini. Memang tidak kira sama ada taman bersaiz besar atau sebaliknya, kehadiran kaktus mampu menambah variasi dan karakter di ruang itu. Banyak jenis kaktus yang sesuai di tanam terutama jenis kaktus mini yang pelbagai bentuk, warna dan durinya. Sekarang mendapatkan maklumat mudah dimana ilmu dan idea daripada pelbagai sumber rujukan membuatkan tanaman hiasan ini semakin mudak diakses melalui internet sahja. Isu kekurangan bahan untuk dipilih sebagai tanaman hiasan utama di negara ini dimana tidak bermakna kaktus terus diabaikan peminat dunia landskap. Apa pun dilaporkan dimana kaktus yang tumbuh di negara ini jarang mengeluarkan bunga kerana faktor cuaca. Daripada perkembangan ilmu dan idea dari pelbagai sumber rujukan membuatkan tanaman hiasan ini makin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Ini dilihat selari dengan perlambangan landskap yang sinonim dengan maksud usaha memelihara alam sekitar dan keindahannya supaya dapat hidup lebih selesa serta harmoni. Kini tidak kira sama ada taman bersaiz besar atau sebaliknya dimana kehadiran pokok kaktus mampu menambah variasi dan karakter di ruang itu. Bagi kawasan dilaman berkeluasan terhad maka idea mencipta taman mini kaktus yang biasanya dihasilkan sendiri mengikut kreativiti anda. Ini sskali gus akan dapat memanfaatkan bajet kerana dalam satu bekas atau pasu saja idea menarik dapat dikreatifkan. Peminat boleh mendapatkan pelbagai jenis kaktus mini supaya gaya hiasan benar-benar menarik perhatian. Walau pun ia nampak ringkas dan mudah untuk dihasilkan akan tetapi semua perlu peka dan tidak boleh untuk mengabaikan tumbuhan ini sebaik ditanam. Perlu dielakkan kelembapan pada pokok kaktus kerana ini boleh merosakkan tanaman berkenaan. Jika diletakkan pada ruang dalaman dimana ia perlu sesekali taman kaktus mini perlu didedahkan kepada matahari. ‘Menjemur’ kaktus di bawah terik matahari juga bukan langkah bijak sebab kebanyakan kita salah faham pokok kaktus tahan dengan pancaran matahari akan tetapi hakikatnya tidak semua tanaman itu tahan cahaya terik. Apa pun kesannya kaktus didapati terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman. Kaktus juga tidak boleh disiram setiap hari kerana boleh menyebabkan pokok itu lembap. Pada pengalaman penuis blog dimana sebaiknya siram kaktus dua kali seminggu menggunakan semburan dan ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik. Peminat kaktus sebaiknya menyediakan tanah kompos, sabut halus atau tanah berpasir, pasu plastik atau mengikut pilihan. Pilih enam atau tujuh kaktus mini yang biasanya dijual dalam pasu kecil. Batu hiasan, kerikil dan ‘pebble wash’ serta beberapa helai surat khabar. Pada dasar pasu perlu ditutup dengan batu kerikil supaya sistem pengaliran sempurna dan air tidak bertakung sebaik kaktus disiram. Masukkan tanah mengikut kesesuaian pasu supaya kaktus tampil menarik dan tidak tenggelam. Sekiranya tidak menggunakan sarung tangan untuk menanggalkan kaktus mini dari pasu asal, gunakan kertas surat khabar yang dilipat mengikut saiz tanaman itu. Boleh meletakkan kaktus paling besar di tengah pasu. Gunakan pasu asal untuk membentuk ruang sesuai sebelum kaktus ditanam. Apabila selesai kaktus paling besar, ia diikuti kaktus mini atau kecil kemudian beberapa batu hiasan sederhana besar yang disusun mengikut kreativiti. Tabur ‘pebble wash’ menggunakan sudu terbuang pada ruang kosong bersebelahan kaktus dan batu hiasan sederhana besar, selain batu hiasan kecil sebagai tarikan.
Portal sama laporkan 'Usah abai sebaik kaktus ditanam' berkaitan dengan artikel ini. Sebenarnya susunan dan aspek dekoratif unik bagaikan membawa sebuah cerita di taman mini kaktus. Ini juga kan turut membawa aura semula jadi jika diletakkan di balkoni. Sebaiknya ia diletakkan sebagai satu taman mini kaktus anda pada ruang atau sudut yang sesuai. Ramai kalangan peminat kaktus yang akan membentuk dan menggunakan bekas khas dimana ia tturut mempengaruhi penampilan kaktus yang ditanam bersama tanaman lain. Kini dalam kesibukan harian gaya penataan ruang dalaman dan landskap di rumah atau di pejabat pasti diberi perhatian. Segalanya perlu dirancang rapi untuk dapat meraikan kunjungan tetamu dan menzahirkan suasana selesa sepanjang masa. Bersembang sambil menikmati juadah, lebih bermakna apabila mata turut disajikan idea hiasan menarik di ruang tamu atau sudut ruang makan. Bagi tetamu di taman dimana boleh berlaku terjemahan landskap amat menarik membawa gambaran pemiliknya mencintai alam semula jadi dan kedamaian. Apa pun kelelainan dapat diketengahkan jika anda kreatif dan menggunakan pendekatan dengan cara lebih menjimatkan. Ia amat mudah dihasilkan terutama musim perayaan ini kerana boleh dilakukan sesiapa saja. Mencipta taman mini kaktus dapat memanfaatkan bajet kerana dalam satu bekas atau pasu saja idea menarik dapat dikreatifkan. Boleh mendapatkan pelbagai jenis kaktus mini supaya gaya hiasan benar-benar menarik perhatian. Apa pun usaha menampilkan hiasan segar itu dalam satu bekas lebih tahan lama jika anda menimba sebanyak mungkin ilmu atau maklumat berkenaan cara mencipta taman kaktus mini. Perlu tahu akan tutorial berkenaan teknik penanaman berkesan dapat diperoleh menerusi teknologi maklumat. Walau pun ia nampak ringkas dan mudah dihasilkan akan tetapi isemua peminat kaktus perlu peka dan tidak mengabaikan tumbuhan ini sebaik ditanam. Semua hanya perlu menyediakan bekas atau pasu sesuai dengan taman mini kaktus yang ingin diketengahkan. Pastikan dimana terlebih dulu alas bahagian bawah bekas atau pasu pilihan supaya air siraman tidak membasahi bahagian itu. Bahan arang turut dicadangkan sebagai alas bahagian bawah bekas bagi menyerap air siraman berlebihan sekali gus mencegah pereputan akar pokok jika terendam air. Menanam kaktus mini bersama dengan medium tanamannya yang masih melekat pada akarnya bagi memastikan pokok berkenaan dapat terus hidup subur. Kaktus adalah sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta≠ceae berasal dari Benua Amerika. Tanaman istimewa ini berbatang hijau, berisi dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas serta kering. Ia antara tanaman tahan lasak, tidak memerlukan penjagaan intensif dan menerima seratus peratus cahaya matahari. Bagaimana pun, kaktus yang tumbuh di negara ini jarang mengeluarkan bunga kerana faktor cuaca. Elakkan kelembapan pada pokok kaktus anda kerana ini boleh merosakan tanaman berkenaan. Apa pun jika meletak pada ruang dalaman iaitu pada waktu tertentu taman kaktus mini itu perlu didedahkan kepada matahari. Kesannya kaktus didapati terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman. Sebenarnya kaktus ia tidak boleh disiram setiap hari kerana boleh menyebabkan pokok itu lembap. Sebaiknya siram kaktus dua kali seminggu menggunakan semburan dan ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik. Pembajaan biasanya dilakukan menggunakan jenis baja yang boleh dilarutkan dalam air siraman atau semburan.
Dalam portal bernama dan sinarharian dilaporkan dimana aka kes 'Herba campuran, kaktus dirampas' untuk di jadikan panduan semua. Kisah dikutip daripada Butterworth, Pulau Pinang dimana pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk herba campuran dan pokok kaktus di Pejabat Pos Malaysia, Bukit Mertajam untuk dikongsikan. Pihak MAQIS laporkan hasil pemeriksaan yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengesan barangan itu yang dibawa masuk tanpa sebarang dokumen permit import yang sah oleh Maqis dan sijil fitosanitasi. Dilaporkan keluaran pertanian itu dirampas selepas pemeriksaan di pusat mel dan kurier mendapati terdapat beberapa bungkusan berisi pelbagai jenis herba campuran yang diimport dari China dan Hong Kong. HAsil dari aktiviti pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 1,750 gram herba campuran yang bernilai RM470 serta satu kotak bungkusan mengandungi tiga unit pokok kaktus yang diimport dari Itali dengan nilai dagangan sebanyak RM590, di lokasi pemeriksaan. Pihaknya turut mengesan dua warga tempatan yang cuba membawa masuk 360 paket makanan tambahan haiwan dari Netherland bernilai RM1,270 untuk tujuan pasaran. Maqis mendapati pengimportan tersebut tiada sebarang dokumen yang sah seperti Permit Import dan Sijil Akta Makanan Haiwan 2009. Perbuatan mengimport apa-apa keluaran pertanian dan makanan haiwan tanpa permit import yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh di hukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepads emua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PELBAGAI BENTUK... DAN WARNA...
MUDAH DI BELI... HIASAN CANTIKNYA...
BANYAK PILIHAN... IKUTI CITARASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, no
Malaysia.
(25 Safar 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.