Support My Blog

Monday, September 23, 2024

POKOK GAMBIR VS GAMBIR SARAWAK

POKOK GAMBIR (Uncaria gambir) adalah sejenis tanaman kategori herba dari keluarga RUBIACEAE (jenis tanaman bergetah) yang dilaporkan tumbuh liar tetapi kini ada ditanam banyak di Indonesia dan sedikit sangat (atau tiada) ditanam Malaysia. Di Johor terdapat satu bandar dekat kampung saya iaitu Bandar Bukit Gambir yang dahulu pernah ditanam banyak dengan tanaman gambir di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar untuk pasaran ekspot. Kini tinggal nama sahaja yang tinggal dan semasa saya bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar dan Daerah Ledang tidak pernah melaporkan keujudan tanaman gambir di Bukit Gambir. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat berkaitan tanaman gambir tersebut dan kisah gambir Sarawak yang selalu disebut-sebut sebagai 'ubat' untuk kegunaan lelaki. Membaca berdasarkan beberapa rujukan dibeberapa majallah dan pemerhatian semasa membuat lawatan belajar di Indonesia dahulu maka maklumat ini dii tulis. Gambir adalah sejenis getah (plant latex) yang dihasilkan daripada ekstrak perasan daun dan dahan pokok gambir yang di kumpulkan. Dari segi amalnan agronomi dimana penanaman gambir untuk tujuan komersil sesuai ditanam dikawasan rendah sehingga kawasan lereng-lereng bukit atau gunung yang mempunyai saliran baik serta pancaran matahari mencukupi. Tanaman gambir mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan daun berbentuk oval yang licin berwarna hijau. Bunganya berbentuk majmuk dengan warna merah muda atau hijau seperti mahkota. Bahagian yang dituai adalah daun dan dahan yang akan diproses untuk menghasilkan getah gambir. Gambir mengandungi banyak katekin (Catechin) iaitu kadar sebanyak 51%, flavanoids (terutama gambirin), bahan unsur penyamak (22.5%) dan beberapa jenis alkoloid seperti gambirtanin. Gambir secara tradisional digunakan untuk makan sirih semenjak 2000 tahun dulu di Indonesia, Papua New Guinea dan di India. Semasa penulis blog melawat negara Myanmar pada 2009 juga mendapati orang lelaki di Myanmar adatnya mereka suka makan sirih dengan pelbagai bahan menyirih termasuk gambir agaknya!. Hampir setiap penjuru pekan di Yangoon dan lokasi lain yang di kunjungi dilihat ada kedai kecil atau troli yang menjual sirih dan bahan ramuannya. Kegunaan lain gambir diketahui ia adalah untuk dibuat ubat, bahan cat dan perwarna pakaian. Merujuk tajuk diatas dilaporkan Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir) ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat’s claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak. Apa pun dilaporkan keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi. Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Artikel pada malam ini dari Bilik 845 Hotel King Wood, Sibu, Sarawak saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology"  iaitu  mengenai pokok gambir, gambir Sarawak dan kisah di media berkaitan dengannya untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam portal theborneopost.com ada dilaporkan kisah bagaimana 'Gerai Jual Gambir Sarawak Semakin Banyak di Lebuh India, Kuching, Main Bazaar' sesuai di rujuk. Kisah dari Bandaraya Kucing melaporkan dimana mungkin disebabkan populariti gambir asli Sarawak di kalangan pelancong terutamanya yang datang dari Semenanjung Malaysia menyebabkan semakin banyak gerai kecil menjual gambir wujud di sekitar Lebuh India dan Jalan Main Bazaar. Tinjauan Utusan Borneo baru-baru ini mendapati terdapat kira-kira 10 gerai menjual gambir asli Sarawak beroperasi di kedua-dua lokasi tersebut yang juga merupakan tempat tarikan pelancong. Kekayaan sumber semula jadi juga menjadikan Sarawak antara negeri yang terkenal di Malaysia dengan produk gambir asli Sarawak yang seakan produk wajib dibeli oleh pelancong yang datang ke negeri ini. Melihat kepada potensi pasaran produk (gambir asli Sarawak) itu maka En Hashim iaitu anak jati negeri ini tidak mahu terlepas peluang untuk memperolehi pendapatan dengan menjadi ejen atau penjual gambir asli Sarawak. Kes ini bermula pada 2008 dimana dia kini hanya membuka gerainya di kaki lima bangunan kedai di hadapan Tebingan Kuching sudah mampu memperolehi pendapatan sekitar RM1,000 sehingga RM2,000 sebulan. Dakwanya produk  gambir asli merupakan antara ubat tradisional yang mujarab sehinggakan ia dikenali ramai termasuk pelancong dari luar negara dan sanggup untuk membelinya dalam kuantiti yang banyak. Dilaporkan gambir asli sarawak sangat terkenal bukan sahaja dengan ciri khas kelebihannya dalam menyembuhkan dan melegakan misalnya sakit gigi, terkena sengatan haiwan berbisa dan banyak lagi, malah ia juga sudah menjadi benda wajib dibeli ketika mengunjungi negeri ini. Justeru dia sebagai rakyat negeri ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menjual produk ini dan dia bersyukur kerana sehingga hari ini saya mampu meraih pendapatan mencecah RM2,000 sebulan seperti dilaporkan kepada Utusan Borneo semalam. Tambahnya lagi dimana  gambir asli itu pada mulanya dia memperolehi dalam kuantiti yang banyak dari pedalaman Marudi yang kemudian akan dibungkus dalam bungkusan kecil dan dijual pada harga dari RM5 satu unit sehingga ratusan ringgit. Dakwa penjual lain En Masli (36) yang juga penjual gambir asli memberitahu bahawa kebanyakan pelanggannya adalah pengunjung atau pelancong dari Semenanjung Malaysia. Pelancong ini datang dari Semenanjung Malaysia memang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan gambir ini, malah ada juga yang sanggup membeli dalam bungkusan yang banyak dan rata-rata pelanggan saya mengakui kemujaraban ubat tradisional ini. Tambahnya ramai pelanggan yang datang mengunjungi gerainya dan selalunya jumlah pembeli lebih ramai pada musim cuti sekolah. Keuntungan memang tidak lari daripada RM1,000 sebulan dan pada musim cuti sekolah dan capai keuntungan sehingga RM2,000 sebulan kerana pelanggan adalah lebih ramai cuti sekolah yang berlaku pada 
bulan Januari sehingga Mac selalunya adalah tempoh yang kurang mendatangkan keuntungan. Bahan gambir dihasilkan daripada getah pokok gambir dan ia amat berguna pada waktu kecemasan. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli dan sedikit sebanyak memberi banyak faedah untuk dimanfaatkan oleh penduduk negeri ini.


Dalam portal hmetro.com pula kisah '
Kesan gambir Sarawak' juga ada di paparkan untuk dikongsikan. Menarik dimana adakah penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk kepada pengguna walaupun jarang menggunakannya?. Dilaporkan dimana ada pengguna yang masih bujang suka menceritakan perihal gambir Sarawak. Dijelaskan dimana  Gambir Sarawak atau nama saintifiknya Uncaria gambir adalah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak ditemui di dalam hutan-hutan di kawasan tropika termasuk didalam hutan di  Sarawak. Apa pun asalnya cerita ini adalah dimana gambir Sarawak dulu ia digunakan untuk sakit gusi. Apabila serbuk gambir ini disental di gusi maka kesannya pada bahagian itu akan rasa pijar dan sakit gusi akan rasa lega. DIlaporkan gambir Sarawak ini sebenarnya memanaskan, memijarkan kulit atau mukosa dan boleh membakar serta meradangkan kulit yang sihat menjadi sakit dan melecur cara tindakannya. Dalam pada itu ada dilaporkan dimana kulit zakar dan kulit anggota kelamin perempuan dari jenis kulit lembut yang mengandungi banyak urat saraf. Apabila gambir Sarawak disapu di bahagian itu dan anggota kelamin perempuan menerima kesan dari zakar yang disapu Gambir Sarawak dimana kulit anggota itu akan radang. Kesannya jika kebetulan bahan itu mengakibatkan alahan kepada kulit maka bahagian itu akan bengkak dan melecur. Kisah bagaimana kekurangan maklumat ini kerana boleh memberikan kesan negatif kepada pengguna. Pembeli dan bakal pengguna diinasihatkan agar berwaspada apabila cuba membeli, diberi atau cuba mengguna gambir Sarawak untuk tujuan melambatkan ejakulasi. Kesan sampingan kerana sebenarnya ia boleh membantutkan hubungan intim dan boleh mengeruhkan keceriaan dimana saranan doktor cuba elakkan untuk menggunakan produk gambir Sarawak. Apa yang pelik dimana kini semua boleh membeli produk gambur Sarawak ini tanpa pergi ke Kuching sebab ada dijual secara online di Lazada dengan mudah dan cepat (Sila liht foto disebelah iklannya). Bagaimana pun kisah ini boleh dijadikan sandaran kepada bakal pengguna.


Dalam bharian.com pula dilaporkan kisah '
Gambir Sarawak penahan sakit' yang berkaitan dengan tajuk diatas. Akhbar ini laporkan dimana kalau pergi ke Sarawak, jangan lupa belikan gambir iaitu satu jenis pesanan sering diungkapkan oleh rakan terutama dari Semenanjung sambil tersipu-sipu apabila memikirkan kegunaan bahan itu. Apa pun sebut sahaja Gambir Sarawak pasti ramai teruja kerana penggunaannya yang dikaitkan sebagai 'ubat kuat tenaga batin' oleh golongan lelaki, tanpa menyedari pelbagai akan kelebihan lain dimiliki bahan itu terutama dalam konteks perubatan. Kelebihan itu secara tidak langsung menjadikan Gambir Sarawak sebagai 'komoditi terpenting' dengan ada dalam kalangan pembelinya adalah pelancong asing yang mereka selepas terpesona dengan keistimewaan getah tumbuhan unik itu yang dilaporkan hanya ada di Sarawak. Apa pun bagi penduduk Bumi Kenyalang dimana dakwaan akan penggunaan gambir sudah lama diamalkan bagi tujuan kesihatan iaitu sebagai penahan sakit   khususnya bagi mereka yang mengalami kesakitan gigi yang melampau dan bukannya untuk kegunaan seks semata-mata. Bagi seorang penjual gambir en  Sahlan dakwa pada mulanya tumbuhan itu digunakan bagi mengurangkan kesakitan pada gigi dan gusi yang bermasalah, selain mengubati luka kecil akibat gigitan serangga. Apa pun keunikan gambir yang didatangkan sama ada dalam bentuk cecair atau kepingan kecil, boleh mendatangkan rasa kebas menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai ubat penahan sakit. Ini kerana penggunaan gambir lebih murah dan praktikal, malah tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna membuatkan ia menjadi pilihan ramai. Dia menjual produk gambir Sarawak di Main Bazaar, Kuching yang selalu ada ramai pelancong. Bahan ini selalunya dijual dengan harga serendah RM10 hingga RM45 dimana ia mengikut kesesuaian produk. Produk gambir Sarawak banyak mendapat tempahan iaitu bukan sahaja dari dalam negeri sahaja malah pelancong asing turut berminat untuk tujuan membelinya sama ada bagi tujuan perubatan atau seks. Peliknya biarpun sering kali ia dilabelkan sebagai salah satu bahan bahan perangsang seks, namun Sahlan tidak pernah menganggap kerjayanya sebagai penjual gambir untuk tujuan itu, sebaliknya lebih kepada tujuan kesihatan. Dia juga ada mengakui kebanyakan daripada pelanggan singgah ke gerai ini bertanya mengenai kegunaan gambir untuk seksual, terutamanya dalam kalangan lelaki yang mahu mengetahui lebih lanjut cara menggunakan bahan berkenaan. Sahlan akan memberi memberi penerangan lanjut kepada mereka mengenai penggunaannya agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya, termasuk tujuan perubatan. Dalam pada itu rakannya En Sepawi (Sila lihat foto sebelah) mendakwa dimana keberkesanan gambir adalah bagi tujuan kesihatan, selain keperluan seksual mula mendapat perhatian pelbagai pihak malah ada yang turut berminat untuk menjalankan program penyelidikan mengenainya. Kalangan orang ramai terutama pelancong luar akan membeli gambir bagi dijadikan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang memandangkan ia sudah menjadi sebahagian daripada ikon pelancongan Sarawak. Apa pun melihat kepada permintaan tinggi itu aka dia mula mengambil langkah untuk menyediakan kaedah baru iaitu perkhidmatan pos kepada pelanggan tetap yang mahu mendapatkan gambir secara berterusan. Sejak 12 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini dia sudah lali dengan pertanyaan pelanggan yang mahu menggunakan gambir bagi kegunaan seks. Selalunya sebagai penjual dia tidak kisah sama ada mereka mahu membeli gambir untuk kegunaan seks atau perubatan kerana kedua-dua faktor itu adalah pendorong bagi melariskan produk terbabit. Apa pun cara penggunaan gambir lebih selamat berbanding produk jenis rangsangan lain atau ubat tahan sakit yang dijual dalam pasaran kerana penggunaannya hanya membabitkan bahagian luaran sahaja dan tidak dimakan dan dakwanya ia tiada risiko kepada pengguna.


Menarik dimana m
erujuk kepada lamanweb facebook 'Sarawak Netizen Community" yang melaporkan dimana 'Gambir Sarawak' merupakan salah satu produk dari Negara Sarawak yang amat digilai oleh orang2 Malaya sebelum wujudnya Viagra kini. Mari kita baca mengapa dan kenapa gambir ini mempunyai populariti yang amat tinggi bukan sahaja di Malaya tapi seluruh Asia Tenggara. Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria gambir ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia.
Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.  Keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi. Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit. Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya. Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan. Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

POKOK GAMBIR... APAKAH BENDANYA...
GAMBIR SARAWAK...APAKAH BEZANYA...
BAHAN KOLOID... GAMBIRTANIN NAMANYA...
KURANG KAJIAN...ISU INI DI MALAYSIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 845, Hotel Kong Wood,
Lorong Lanang 4,
Sibu, Sarawak,
Malaysia.
(26 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...