Pertama penulis blog konsikan akan istilah 'Buntil Daun Keladi' yang menjadi kesukaan penulis sejak zaman kanak-kanak lagi di Kampong di Muar, Johor dalam komuniti masyarakat Jawa yang suka membuatnya. Makanan tradisional ini memang enak dimakan bila-bila masa terutama waktu makan tengahari dan ia masuh suam panas baru di masak. Ia sesuai di akan begitu sahaja atau di jadikan lauk bersama nasi putih juga. Apa pun ia jarang di jual di pasar malam, restoren atau mana-mana premis dan terpaksalah membuatnya sendiri jika mengidam atau kempunan. Menarik saya kongsikan resepi yang selalu arwah ibu membuatnya dikapong dahulu. Bahan bagi membuat Buntil Daub Keladi (ada yang guna daun ubi kayu, daun lain yang sesuai), 1/2 biji kelapa parut putih yang muda dan basah, 10 biji cili padi ( jika suka pedas boleh di tambahkan), 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih
segengam ikan bilis yang di rendam, 2 inci kunyit , sedikit lengkuas, 1 c.makan ketumbar dan juga secubit jintan putih (yang halus), 1 sudu teh pes asam jawa, 1/2 suduteh garam
2 ekor ikan masin kembung (perlu di potong dua) dan juga 2 helai daun keladi muda yang belum kembang besar Apa pun perlu ada ilmu dan kesabaran untuk mebuatnya dimana cara-caranya dengan menumbuk cili padi, garam, bawang2 , kunyit, lengkuas, ketumbar jitan dan ikan bilis sampai semua lumat. Kemudian perlu digaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut dimanan perlu ditambah sedikit isi asam jawa (buang bijinya) dan perlu ia dibiarkan sebentar. Seterusnya ambil 2 helai daun keladi dan isi dengan sebahagian kelapa tadi dan kemudian diambil sehelai daun lagi dan bubuh lagi sedikit kelapa dan ikan berselang seli dengan dibuat 3/4 lapis (lagi tebal penulis blog lagi suka dan enak dimakan). Kemudian dilipatkan kekiri dan kanan daun keladi ke dalam bersama-sama seperti melibat tepi kuih dadar dan akhirnya di gulung dengan kemas. Pastikan isi buntil ini tidak terkeluar-keluar dan sentiasa di kemaskan dengan menambahkan helaian daun di bahagian luar. Ikat gulungan buntil dengan tali rafia pada beberapa bahagian sehingga seua inti dan daun keladi habis. Didihkan air dan bila mendidih masukan buntil dan rebus selama 2 jam dengan api sederhana dan kepingan daun keladi menjadi lembut. Bila sudah masak di toskan dan sedia untuk dihidangkan untuk dinikmati. Ada ka kalau tersilap ambil daun keladi akan ada rasa gatal di tekak juga.

Buntil Daun Keladi adalah sejenis makanan yang enak sedangan istilah Keladi Bunting adalah sejenis tumbuhan akuatik yang menjadi masaalah kepada pertanian. Apa pun saya sudah posting beberapa tulisan mengenai tentang keladi bunting pada Febuari 2020 dimana boleh di akses dengan pautan (Sila Klik Disini) untuk membacanya. Popular dengan beberapa nama diman ada yang gelarnya sebagai Keladi bunting, Kemeling telur, Lembayung atau Bunga Jamban dengan nama saintifik sebagai Eichhornia crassipes. Pada penulis blog yang selalu jumpa tumbuhan ini dimana sahaja mendapati dimana ia adalah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu daripada keluarga Pontederiacea. Ia tumbuh asal di lembangan Amazon dan merupakan spesies ceroboh di tempat-tempat lain. Tumbuhan ini boleh membiak dengan banyak dan menyebar cepat di kawasan berair tenang seperti tasik tanpa haiwan kawalan biologi. Ia boleh menjadi rumpai yang sukar dihapuskan kerana bersaing dengan tumbuhan dan alga asli lain merebutkan sumber mineral, cahaya matahari dan sebagainya. Anak tumbuhan ini boleh menutupi permukaan air lalu membantutkan pertumbuhan organisma dan alga dalam air mengganggu ekosistem tersebut. Pokok ini mempunyai batang yang tak nyata, tangkai daun yang bergabus dan boleh membesar untuk menyimpan air. Daunnya berbentuk C dan mempunyai lapisan permukaan daun seperti lilin. Ia membiak secara vegetatif dan anak pokok akan tersebar apabila terpisah dari pokok induk. Menyentuh mengenai kegunaan dimana disesetengah tempat iaitu bunga ini digunakan iaitu semasa keramaian dengan disemat di baju batik. Untuk mendapatkan bunga ini pokok keladi bunting ini perlu ditanam di permukaan air (dijadikan satu industri di Thailand, China dan Vietnam) kerana tumbuhan ini adalah a amat cepat membiak dimana ciri bunganya mudah diperolehi. Memang ada orang memakannya kerana enak dan paling selalu di gunakan sebagai makanan ternakan. Ada yang menjadikan keladi bunting sebagai agen tumbuhan yang mampu untuk merawat kandungan logam berat dalam sistem akuatik dan bahan buangan seramik serta sebagai bahan bakar. Oleh kerana kehadiran keladi bunting sebagai 'pest' maka aktiviti kawlan mesti dilakuan. Selalunya kaedah penggunaan mesin mekanikal memakan kos yang tinggi, manakala penggunaan racun akan merosakkan ekosistem kerana ia tumbuhan akuatik. Kegagalan menangani pokok ini pula akan selalu ia mampu untuk mendatangkan bencana seperti banjir apabila ia menutup aliran air keluar dari sistem pengairan. Akibat daripada cuasa dan berlaku penambahan hujan yang lebat banjir boleh berlaku dimana pokok keladi bunting boleh menghalang laluan air terutama di kawasan sawah, tasek dan sungai.
Menarik fakta dalam bharian.com bertajuk 'Kaji manfaat keladi bunting untuk sumber ekonomi' untuk dikongsikan dengan pembaca blog semua. Kisah dari Mukah di Sarawak dimana isu keladi bunting atau nama saintifiknya 'Elichhornia crassipes' yang bunganya berwarna ungu mampu menarik perhatian orang ramai terutamanya di beberapa lokasi di Semenanjung. Namun bagi penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Oya di Dalat risu apabila kehadiran banyak tumbuhan akuatik yang terapung di permukaan itu sangat tidak dialu-alukan. Dilaporkan yang tumbuhan ini ia membiak dengan cepat itu mendatangkan masalah kepada penduduk yang masih menggunakan perahu sebagai pengangkutan. Apa pun berikutan membiak dengan cepat, tumbuhan itu akan menutupi laluan sungai sekali gus menyukarkan penduduk untuk melaluinya dan paling membimbangkan buaya menjadikannya sebagai tempat persembunyian. Kini sebagai penyelesaian jangka pendek bagi menangani masalah keladi bunting, pelbagai usaha dijalankan antaranya penduduk bergotong-royong mengutipnya dan selain itu, kontraktor turut untuk melakukan pemusnahan tumbuhan itu dalam skala besar. Prestasi kontraktor yang bertanggungjawab melakukan pemusnahan sudah mengumpul sebanyak 1,895 metrik tan tumbuhan itu. Tinjsusn olrh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah nyatakan dimana kaedah itu bagaimanapun tidak mampu membebaskan sepenuhnya Sungai Oya daripada keladi bunting yang dipanggil 'teparok' dalam bahasa tempatan Dalat. Pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) untuk mencari kaedah sesuai sebagai penyelesaian jangka panjang masalah itu. Mereka akan berbincang dengan dua pihak terbabit bagi menjalankan kajian apakah langkah yang perlu diambil termasuk mengkaji apakah manfaat ekonomi yang boleh dikembangkan daripada tumbuhan itu. Kajian itu akan meneliti kesesuaian tumbuhan itu untuk dijadikan makanan haiwan atau diproses menjadi baja kompos. Pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga sudah menjalankan penyelidikan untuk mengurangkan kesan tumbuhan itu terhadap ekosistem marin di Sungai Oya. Jika keladi bunting sesuai untuk diproses menjadi baja atau makanan haiwan, ia sekali gus membuka peluang ekonomi kepada penduduk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!
IDI IKAN DAN KELAPA...DI MASAKNYA...
KELADI BUNTING... BERLAINAN DIA...
PERLU DI KAWAL... ANCAM BAHAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(Full Moon 15 Rabiulawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.