Support My Blog

Wednesday, September 11, 2024

SERANGGA DIJADIKAN MAKANAN?.

SERANGGA SEBAGAI MAKANAN MANUSIA?
. Apa pun serangga merupakan sejenis haiwan kecil yang selalunya dikaitkan dalam sektor pertanian selain daripada Bakteria, Virus, Kulat dan sebagainya. Pada penulis blog mendapati dimana serangan serangga dan kerosakan tanaman di Malaysia ini memberi gambaran yang lengkap tentang alam serangga perosak berpotensi menyerang tanaman di Malaysia terutama tanaman makanan. Apa pun memang hebat cabaran pelbagai jenis serangga perosak tanaman yang selalu bertambah pentingnya kerana sering menyebabkan kerugian besar kepada jumlah hasil yang dituai dan kualiti hasil pertanian. Bermula dengan konsep dan maklumat asas tentang serangga dan sifat semula jadinya sebagai haiwan kecil untuk hidup ia akan berhadapan dan berselisih haluan dengan manusia, tetapi tidak kurang juga peranan serta manfaatnya dalam perkembangan tamadun manusia. Serangga adalah haiwan yang mustahak dalam pertanian dan kehidupan manusia seharian. Penulis blog belajar mengenai dunia serangga atau pun Entomologi semasa tahun dua (2) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (kini di panggil Universiti Putra Malaysia) dimana subjek ini adalah diantara yang paling susah untuk skor. Apa pun akhirnya setelah bekerja dan menjadi sebahagian daripada keperluan dalam bidang pengembanhan pertanian kebanyakan spesis serangga yang menganvam tanaman sudah menjadi kepakaran pula. Apa pun sebenarnya serangga merupakan haiwan yang membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' iaitu satu kata serapan dari bahasa Yunani (éntomon) yang maknanya 'terpotong menjadi beberapa bahagian'. Serangga adalah invertebrata dalam filum Artropoda dan subfilum Heksapoda yang mempunyai eksoskeleton berkitin (chitin). Bahagian badannya terbahagi menjadi tiga bagian iaitu KEPALA, TORAKS dan ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan selalu ada sepasang antena (sesungut). Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam, mencakupi lebih dari 1 juta spesies dan merupakan lebih dari setengah organisma yang ada hidup di mukabumi. Jumlah spesis serangga yang masih ada dianggarkan antara 6 - 10 juta dan berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berbeza ada di dunia ini. Serangga dapat dijumpai dihampir semua kawasan dan lingkungan walau pun jumlahnya kecil yang mampu hidup di lautan iaitu serangga yang didominasi oleh jenis artropoda iaitu krustasea. Kelas Insecta dibahagi lagi menjadi 29 ordo termasuk Kelas Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (Kupu-kupu), Diptera (Lalat) dan Hymenoptera (Semut, tebuan dan lebah). Kelompok Apterigota terdiri dari 4 ordo karena semua serangga dewasanya tidak memiliki sayap dimana 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota kerana ia mempunyai sayap. Serangga merupakan haiwan beruas dengan kemampuan beradaptasi yang sangat tinggi. Ukuran serangga relatif kecil dan beberapa kali berjaya ia mengelilingi dunia. Struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana asasnya kesemua serangga bertelur (ovipar). Petani perlu mengetahui akan ancaman serangga dan cara mengawal bagi mempastikan ia terkawal dan mampu menghasilkan tuaian terbaik. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis subjek bagaimana jika serangga dijadikan makanan kepada manusia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam bharian.com dilaporkan kes 'Serangga sebagai diet harian' yang menarik d kongsikan dan ada jenis serangga dijadikan sumber protein alternatif kerana mengandungi zat besi, vitamin dan khasiat lain. Pembaca blog mungkin jarang mendengar pengambilan serangga sebagai sumber makanan harian. Entomofagi atau pengambilan serangga masih asing bagi kebanyakan masyarakat Malaysia khususnya, namun di sesetengah tempat, ia menjadi juadah mengikut musim seperti belalang padi di kawasan Pantai Timur. Penggunaan dan pengambilan serangga memang berlaku dibeberapa negara di Asia seperti dilaporkan di China, Jepun, Thailand dan Vietnam akan tetapi kurang dilaporkan di Malaysia dan Indonesia. Kejanggalan amalan pengambilan serangga sebagai diet harian mungkin disebabkan faktor seperti di luar norma masyarakat, kurang pemahaman dan pengetahuan tradisional berkaitan entomofagi serta ketidakpastian dari sudut kehalalan dalam perundangan Islam. 
Dalam laporan mengenai manfaat serangga kepada kesihatan hasil kajian sains menunjukkan serangga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan disebabkan kehadiran sebatian bioaktif termasuk peptides, chitin, chitosan, fenolik dan asid lemak. Kesan terapeutik yang terdapat pada serangga seperti antihipertensi, antiradang, antimikrob dan antioksidan menjadi tumpuan dan dijadikan bahan dalam farmaseutikal dan makanan. Ia dikatakan dapat dijadikan sumber protein alternatif kerana miliki kandungan protein lebih tinggi daripada sumber sedia ada, tinggi kandungan zat besi dan vitamin B seperti tiamina, riboflavin dan niasin. Walaupun penggunaan serangga untuk kesejahteraan fisiologi badan masih terhad di Malaysia, amat penting untuk mengkaji dan membincangkan penggunaan serangga sebagai ubat dan makanan daripada pelbagai sudut, mungkin akan menjadi petunjuk dalam penemuan ubat pada masa hadapan. Sudah pasti lebih banyak kajian terhadap metabolit dan sebatian bioaktif memberikan fungsi terapeutik dalam serangga perlu dilaksanakan. Keunikan Malaysia berbilang bangsa, etnik dan agama akan menimbulkan kerencaman dalam sudut pengamalan entomofagi dalam kehidupan seharian. PApa pun perkara ini juga sudah pasti akan menimbulkan keraguan bagi umat Islam sekiranya amalan pemakanan serangga menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat pada masa hadapan. Hukum memakan beberapa jenis serangga dibicarakan dan difatwakan oleh beberapa Jabatan Mufti Negeri dan Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Sebagai contohnya dimana hukum memakan belalang, kumbang mekah, ulat sagu dan hukum bahan pewarna cochineal (Dactylopius coccus) iaitu sejenis serangga teritip sudah jelas. Kini dengan trend masyarakat hari ini menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan dan menambah baik kualiti kesihatan dan kesejahteraan. Bahan protein serangga digunakan dalam pelbagai aplikasi dimana ia adalah sumber semula jadi terutama tumbuhan sering kali digunakan dan dijadikan kajian dalam menghasilkan makanan, produk farmaseutikal ada pelbagai manfaat serta fungsi kepada tubuh. 


Protein serangga juga digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti sumber makanan termasuk kaedah pengurusan sisa makanan dan pertanian. Walaupun dihadkan penggunaan serangga tertentu untuk orang Islam berdasarkan nas al-Quran dan hadis serta pendapat ulama muktabar, namun umat Islam perlu membuka mata terhadap trend entomofagi dalam realiti dunia pada hari ini. Perkembangan teknologi makanan beralih kepada inovasi makanan untuk memenuhi keperluan pemakanan manusia. Penerokaan dan pertumbuhan industri makanan baharu di Malaysia dimana ia berteraskan serangga dan penternakan serangga besar-besaran dijadikan makanan manusia akan membuka segala perdebatan dari sudut garis panduan etika, kawal selia perundangan, kehalalan dan kesedaran awam. Mungkin tidak lama lagi akan wujud di pasaran produk yang amat dekat dengan masyarakat seperti roti, biskut, kekacang, granola dan pelbagai jenis makanan sedia dimakan berteraskan serangga. Apa pun di Malaysia, produk makanan berasaskan serangga diinovasikan dengan penciptaan burger patty daging lembu meliputi 30 peratus bahannya ialah larva lalat askar hitam bagi tujuan memperkayakan protein. Penternakan itu adalah antara kaedah pengurusan sisa yang memberi impak positif kepada alam sekitar dan menjadi sumber protein mampan untuk haiwan dan manusia. Inovasi ini tidak dapat dinafikan dan akan terus berkembang, seterusnya menjadi cabaran dalam dunia makanan halal, khususnya umat Islam. Beberapa kajian berkaitan entomofagi dengan melihat kepada manfaat kesejahteraan manusia dalam konteks bekalan nutrien yang berkhasiat dan kurang impak kepada alam sekitar, adakah mungkin akan datang, pemakanan serangga menjadi satu keperluan kepada manusia?. Perlu ada kajian menyeluruh atau sekadar alternatif masih boleh digantikan dengan sumber protein lain yang tidak menimbulkan kejijikan masyarakat secara tradisi, budaya atau agama?. Justeru, perlu kajian menyeluruh melihat kelompangan pengetahuan sedia untuk menyediakan ruang ulama dan saintis membincangkan keperluan entomofagi serta menghalusi hukum untuk kemaslahatan umat Islam. Perkembangan pemakanan serangga pada masa depan buka ruang penyelidikan dalam industri makanan halal umat Islam. Justeru, pemain industri dan penyelidik sektor makanan halal perlu berperanan melaksanakan kajian mengikut etika dan lunas Islam dalam memenuhi permintaan pasaran entomofagi secara global. Apa pun selain membuka ruang badan pensijilan halal lebih proaktif menetap dan mengawal atur perundangan berkaitan makanan berasaskan serangga serta keselamatannya bagi menjamin kesihatan manusia sejagat terpelihara.


Menarik artikel dalam FMT yang bertajuk  'S
erangga-serangga yang menjadi kulinari pilihan masyarakat tempatan dunia' untuk dirujuk. Apa pun menurut kajian dimana serangga ini mempunyai banyak nutrisi dan khasiat dan ia menjadi makanan utama atau snek pilihan ramai secara global.  Bagaimana jika hidangan tengah hari disajikan dengan sepinggan belalang goreng sama ada mahu mencubanya?. Apa pun dilaporkan di beberapa kawasan di Malaysia khususnya sebelah timur iaitu Kelantan dan utara bersempadanan dengan Thailand dimana rakyat tempatan mengamalkan pemakanan serangga ini sebagai makanan utama atau snek. Menurut kajian, serangga ini mempunyai banyak nutrisi dan khasiat namun bukan semua serangga yang boleh makannya. Apa pun disenaraikan jenis serangga yang boleh dimakan dan khasiatnya dilaporkan ia mungkin anda boleh mencuba bila dapat peluang kelak. Pertama adalah CENGKERIK DEWASA dimana ia mempunyai sumber besi, protein dan vitamin B12. Cengkerik disediakan dengan reseipi yang berbeza. Paling diminati oleh semua orang apabila ia dikisar dan menjadi serbuk ditambah ke dalam susu protein. Kedua adalah BELALANG dimana belalang adalah serangga yang tinggi protein. Serangga ini terkenal di seluruh dunia antaranya Mexico, Amerika, Afrika dan juga Asia. Belalang mempunyai permintaan yang tinggi di Uganda kerana ia lebih mahal daripada harga sekilogram daging lembu. Di Malaysia pula khususnya Pantai Timur, menyajikan menu istimewa iaitu belalang masak kerutuk untuk dijadikan sebagai juadah sarapan pagi bersama nasi. Ketiga adalah jenis TELUR KERENGGA dimana telur kerengga mendapat permintaan tinggi di Asia. Ia dianggap sebagai salah satu makanan istimewa dan sering kali digunakan dalam hidangan mewah.  Ia mengandungi sumber protein yang tinggi dan lemaknya mempunyai rasa seperti citrus (Sila lihat foto disebelah). Telur kerengga menjadi makanan utama di Thailand, Vietnam, Filipina dan merupakan makanan eksotik kerana didakwa ia mengandungi protein yang tinggi. Aktiviti mengutip telur kerengga dijadikan satu perniagaan di negara tersebut. Mereka juga memungut kerengga dewasa untuk dijadikan makanan. Keempat adalah LARVA LEBAH  dimana lebah biasanya digunakan sebagai makanan mengandungi asid amino yang tinggi, vitamin B, dan bahan nutrien lain. Lebah digambarkan mempunyai tekstur lemak yang kaya dan ia adalah makanan ruji di Thailand. Orang asli di Australia pula menggunakan lebah tanpa ragu sebagai sumber gula. Kelima adalah KUMBANG dimana serangga ini adalah yang paling popular untuk dimakan oleh orang dewasa di Indonesia kerana kaya dengan protein dan beberapa vitamin dan juga mineral. Kumbang akan dipanggang atau digunakan dalam resipi. Keenam adlah ULAT GONGGOK dimana di Afrika ada la[oran yang hampir 9.5 juta ulat gonggok dituai setiap tahun. Ia adalah sumber penting yang mengandungi zat protein, terutamanya pada musim hujan. Ulat gonggok juga popular di Asia dan juga Mexico. Ia sering direbus ataupun digoreng dan dimakan bersama sos pedas yang dibalut tortilla. Ke tujuh pula adalah ULAT SAGU (Mulong) yang menjadi makanan khas masyarakat Indonesia wilayah timur. Meskpuni sebahagian besar orang merasa jijik dengan makanan ini, ulat sagu dianggap sebagai makanan yang kaya nutrisi. Ulat sagu mengandungi protein, karbohidrat, lemak omega 3, 6, dan 9, serta asid amino. Tahukan anda ulat sagu atau ulat mulong dan juga makanan exotik paling popular di Sarawak. Ia sangat digemari oleh masyarakat Melanau dan Dayak. Minyak ulat sagu berkhasiat untuk melebatkan rambut. Pengambilan ulat sagu secara berterusan dapat mencantikkan kulit muka agar kelihatan gebu dan cerah. Ke lapan adalah ULAT SUTERA dimana  Ulat Sutera mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia mempunyai banyak pengemar di negara-negara Asia seperti Korea dan China. Kandungan protein dari kepompong ulat sutera lebih tinggi daripada ikan, lembu, dan kekacang. Ulat sutera juga memiliki kadar protein sehingga 78.58 % . Apa pun ramai orang hanya mengetahui bahawa ulat sutera untuk penghasilan benang sutera. Namun, ia bukan sahaja menghasilkan benang sutera, malah turut memiliki banyak manfaat untuk kehidupan seseorang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKAN SERANGGA... BOLEH SAHAJA...
PILIH YANG ENAK... SEDIA MACAMANA...
ADA 8 SERANGGA... POPULAR DI DUNIA...
SILAKAN... SESIAPAYANG INGIN UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...