Fakta yang menarik apakah dia Faedah Kesihatan Daun Ketumbar sesuai di bincangkan kali ini. Pertama di laporkan dimana daun dan biji ketumbar mampu menjadikan Mata Penglihatan Sihat. Dalam ilmu perubatan tradisional di laporkan orang dulu akan memasukkan ketumbar dalam makanan yang diambil bertujuan untuk mata yang sihat. Ini kerana daun ketumbar mengandungi jumlah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan karotenoid yang sangat baik, yang boleh membantu menggalakkan penglihatan yang baik. Diantara resepi kegemaran penulis blog adalah Ayam Masak Ketumbar (Sila lihat foto disebelah). Bahan-bahan diperlukan adalah 1/2 ekor atau 800g potongan ayam, 1 sudu kecil (sk) garam, 1 sk serbuk kunyit, 2-3 biji bawang merah kecil, 4 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, 2 sb sos tiram, 2 sb kicap manis, 5 tangkai cili padi, 2 sb ketumbar, Sedikit air (untuk kuah), 3 tangkai cili merah, 1/2 biji bawang besar serta daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan. Cara penyediaan adalah dengan menggaul ayam dengan garam dan kunyit dan diketepikan dan perap ayam dulu. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia dan potong kasar bawang holland dan cili besar untuk taburan akhir. kemudian disangai ketumbar sampai naik bau, tuang masuk dalam lesung batu dan tumbuk sederhana halus. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Apabila ayam dah separuh masak, boleh keluarkan dan ketepikan dulu. Keluarkan minyak ayam goreng (kalau rasa banyak). Tumis bawang dan halia tumbuk tadi dimana bila bahan tumis dah garing, masukkan cili padi, sos tiram dan ayam goreng. Tambah kicap manis, biji ketumbar tumbuk dan air (untuk kuah). Tutup tudung kuali dan biar ayam masak sebati dengan kuah. Akhir sekali tabur bawang holland, cili merah dan daun sup untuk hiasan. Apa pun sebagai petua dan tips dimana jangan goreng ayam penuh kuali nanti ayam lambat masak dan lambat garing dan seeloknya split 2 dan masak sikit-sikit.Kajian juga telah mengesahkan bahawa pengambilan harian ketumbar boleh membantu melambatkan degenerasi makula berkaitan usia (ARMD) dan juga menyembuhkan konjunktivitis. Hidangan ini memang enak dimakan semasa tengahari atau waktu lain.
Kehebatan daun ketumbar yang kedua adalah ketumbar membantu Menyokong Imuniti Tubuh. Daun ketumbar kaya dengan Vitamin C dan Vitamin E dan kedua-dua nutrien ini bersama-sama Vitamin A boleh membantu meningkatkan sistem imuntit secara beransur-ansur. Vitamin C boleh menjadikan sel darah putih berfungsi dengan berkesan dan juga membantu dalam penyerapan zat besi. Ketiga adalah dimana daun ketumbar akan membantu membantu dalam menguruskan Tahap Gula Darah dalam badan. Dilaporkan dimana warna hijau terang ketumbar adalah disebabkan oleh kehadiran antioksidan yang didakwa ia boleh membantu menggalakkan aktiviti enzim. Kesannya dimana ia merangsang rembesan insulin yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. Menambah ketumbar pada setiap hidangan atau minum air yang diselitkan ketumbar setiap hari mungkin bermanfaat untuk orang yang mengalami paras gula darah tinggi. Keempat kehebatan fakta dan manafaat ketumbar adalah dilaporkan ia boleh membantu menurunkan Kolesterol Jahat dalam badan. Kini dalam gaya hidup hari ini dilaporkan setiap orang ketiga mengalami masalah kolesterol tinggi. Sesiapa yang mengambil secara tetap daun ketumbar didakwa ia boleh membantu mengurangkan kolesterol LDL (buruk) dan boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik). Kelima adalah ketumbar ini dilaporkan ia boleh menguatkan Kesihatan Tulang. Apa pun daun ketumbar diberkati dengan sejumlah besar mineral yang diperkayakan tulang seperti kalsium (Ca), manganese (Mn), Magnesium (Mg) dan fosforus (P). Fungsi anti-radang ketumbar juga melindungi tulang daripada kesakitan yang berkaitan dengan arthritis. Seterusnya keenam adalah dimana daun ketumbar ini juga dilaporkan boleh membantu untuk Meningkatkan Kesihatan Usus. Daun ketumbar dilapor ia mengandungi jumlah serat yang baik, yang boleh membantu melegakan masalah pencernaan. Ia juga sedang dikaji untuk pelbagai masalah penghadaman seperti sakit perut, cirit-birit, kekejangan usus, gas atau loya.
Ketujuh adalah daun ketumbar didakwa ia boleh Membantu Kesihatan Kulit dimana apabila ia banyak zat besi, Vitamin E dan Vitamin A, yang kemudian ia akan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Ketumbar juga bertindak sebagai ubat untuk kulit berminyak kerana keupayaannya menyerap minyak berlebihan. Ia juga merupakan agen antimikrob, antiseptik dan antikulat yang boleh membantu menenangkan dan menyejukkan kulit. Khasiat daun ketumbar yang ke lapan adalah dimana ia boleh meningkatkan Kesihatan Jantung pengguna. Dilaporkan ekstrak ketumbar telah diuji di makmal dan mungkin bertindak sebagai diuretik, membantu mengeluarkan lebihan air dan natrium daripada sistem anda. Ini membantu menurunkan tekanan darah dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia juga boleh membantu menguruskan tahap kolesterol. Faktor-faktor ini sahaja boleh mengurangkan risiko penyakit jantung tetapi ketumbar juga digunakan sebagai hiasan dan perasa. Menambah ketumbar pada makanan boleh membantu orang ramai mengurangkan pengambilan natrium mereka kerana mereka memerlukan lebih sedikit perasa tambahan dengan garam meja. Fakta ke semblan adalah dimana daun ketumbar dilaporkan ia boleh Melindungi Otak dimana dalam beberapa laporan kajian dimana ekstrak ketumbar didapati dapat melindungi sel-sel dalam otak daripada kerosakan dan juga meningkatkan daya ingatan pada tikus. Ini mungkin disebabkan oleh sifat anti-radang ketumbar kerana kebanyakan bentuk degenerasi otak dicetuskan oleh keradangan. Satu lagi faedah yang mengejutkan pada tikus ialah ekstrak ketumbar adalah berkesan dalam merawat gejala keresahan seperti ubat keresahan sedia ada. Khasiat yang ke sepuloh adalah dimana daun ketumbar akan Membantu Melawan Jangkitan dimana ketumbar mempunyai sifat antimikrob yang boleh memberi manfaat terhadap jangkitan seperti isu bawaan makanan kerana sebatian tumbuhannya. Salah satu daripada sebatian ini dipanggil Dodecenal, yang mungkin berguna terutamanya terhadap jangkitan Salmonella. Dilaporkan juga dimana biji ketumbar telah terbukti memberikan beberapa bentuk perlindungan dalam memerangi jangkitan saluran kencing. Minyak yang berasal dari ketumbar juga boleh ditambah kepada produk antimikrob untuk membantu menangani penyakit berkaitan makanan. Faedah ketumbar terhadap jangkitan boleh dinikmati sama ada dengan memakan herba atau menggunakan pelbagai produk terbitan yang mana ia mengandungi ekstrak tumbuhan ketumbar. Artikel ini adalah ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.