Support My Blog

Monday, September 16, 2024

FAKTA LENGKAP KETUMBAR (PT 1)

KETUMBAR
(Coriandrum sativum) merupakan sejenis herba dan tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus dimana dikalangan rakyat Malaysia selalu ada membeli biji ketumbar atau pun daun ketumbar. Apa pun bagi penulis blog dimana tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia selalu ada menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Selalunya dalam kuliner masakan ada rasa ketumbar mesti ada dimana ia ia selalu disimpan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Nama lain bagi tumbuhan ini seperti Ketumbar (Malaysia atau di Indonesia), Coriander or Chinese Parsley (English), Cilantro (USA), Dhania (India), Phak Chee (Thailand) dan berbagai lagi. Tanaman Ketumbar bukan tanaman popular di Malaysia untuk menghasilkan bijirin ketumbar tetapi ia ada ditanam terutama dikawasan tanah tinggi untuk menghasilkan daun ketumbar bagii tujuan masakkan. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman ketumbar di Malaysia setiap tahun kerana ia amat kecil dan kurang signifikan dikumpulkan. Daun ketumbar ada dijual sebagai 'daun ketumbar segar' untuk bahan masakkan. Tumbuhan ketumbar adalah satu jenis tumbuhan yang lembut dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 50 cm dengan batang yang mana lembut. Daun ketumbar berwarna hijau, bergigi dan berbentuk 'open lobed' serta berbagai bentuk lain. Daun ketumbar mempunyai aroma yang kuat dan sering dijadikan ramuan penting masakan Thai Tomyam atau nasi minyak. Batang Ketumbar berwarna hijau yang sederhana lembut. Bunganya berwarna putih atau merah jambu yang lebar 5-6 cm dan lebar 2-3 cm. Akar ketumbar seperti 'annual herbs' yang lain mempunyai akar serabut. Komponen terpenting ketumbar adalah bijinya yang buat berwarna cokklat kekuningan bersaic garispusat 1-2 mm. Biji-biji ketumbar kering merupakan bahagian yang dikomersilkan sebagai produk ekspot beberapa negara pengeluar didunia. Saya ada meulis mengenai ketumbuar sebelum ini dengan boleh di rujuk dengan pautan (Sila Klik Disini).  Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta lengkap dan menarik tentang sebagai bahan pembacaan dan rujukkan semua.


Pada penulis blog dimana k
etumbar ialah sejenis herba yang biasa digunakan untuk menyedapkan masakan tempatan dan juga makanan antarabangsa. Apa pun herba yang berasal dari tumbuhan Coriandrum sativum dan berkaitan dengan pasli, lobak merah dan saderi yang selalu ditanam secara komersial atau tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Selain bahagian Daun Ketumbar yang selau digunakan sebenarnya untuk tujuan perdagangan memang biji ketumbar yang di jual di paaran dalam bentuk Biji Ketumbar Kering (Dried) atau Serbuk Ketumbar (powder) dimana ia tahan lama dalam sipanany yang baik. Menanam ketumbar dirumah merupakan satu perkara yang sangat mudah di lakukan sendiri iaitu dengan menggunakan asu atau pun bekas dari bahan terbuang dan media tanaman sesuai (Sila lihat foto disebea\lah). Kelebihan menanam ketumbar di rumah kebanyakannya adalah untuk di ambil bahagian daunnya yang segar dan di sunaknan dalam masakan atau untuk hiasan hidangan. Ada banyak teknologi bagaimana cara menanam dan menjaga tanaman ketumbar di rumah yang boleh di rujuk untuk dijadikan panduan pembaa blog semua. Apa yang penulis blog lihat dimana ramai orang menggunakan ketumbar dalam hidangan seperti sup dan salsa serta dilihat pada jenis hidangan India, Timur Tengah dan Asia ia adalah satu bahan penting didala menu nasakkan seperti Masakan Kari, Masakan Masalla dan sebagainya. Apa pun daun ketumbar selalunya digunakan secara keseluruhan akan tetapi enyeidiaan bagi bijinya digunakan dikeringkan atau dikisar. Pertama mari semak apakah dia 'Daun Ketumbar' atau nama lian spesisnya adalah (Eryngium foetidum) iaitu sejenis herba yang terkenal dengan daunnya yang halus dan hijau terang, mengingatkan pada pasli daun rata (Sila lihat foto paling bawah sekali).Apa pun ramai pembaca blog ini yang percaya dimana ketumbar mempunyai rasa hijau herba pedas dimana bagi sesetengan orang dakwa ketumbar rasanya seperti sabun atau logam. Bagaimana pun membeli aun ketumbar di pasar atau di pasaraya adalah mudah. Ia tahan di simpan didalam bahagian kotak sayuran selama beberapa hari dan minggu.


Menarik kerana tumbuhan ini adalah ia d
iambil daripada tumbuhan bernama Coriandrum sativum atau tumbuhan 'Cilantro' dan di Malaysia ia dikenali sebagai ketumbar. Apa pun dilaporkan dimana perkataan 'cilantro' ini berasal dari perkataan Sepanyol bagi ketumbar. Dalam pada itu salah satu campuran paling mudah dalam bahagian hasil adalah antara Daun Pasli dengan Daun ketumbar (cilantro) diana sepintas lalu ia di lihat walaupun ia kelihatan serupa sebenarnya daun ketumbar ia lebih halus dengan gerigi bulat. Sebanrunya sama ada daun atau bji ketumbar ia akan memberikan sejenis rempah yang berikan kesan sangat segar. Rasa lemonnya yang sedikit manis sering digunakan bersama-sama dengan rempah-rempah lain dalam resipi berperisa sehingga ada pengguna yang sering melihat jintan manis dan ketumbar digandingkan sehingga mamu menghasilkan citarasa hebat. Dalam pada itu ada pula mendakwa yang daun ketumbar ada kala beri rasa yang menyegarkan, masam dan rasa citrus. Biji ketumbar adalah buah kering yang boleh digunakan secara keseluruhan atau dikisar sehingga menjadi serbuk (powder).  Bagi pencinta masakan asas ketumbar dimana sebenarnya rasanya seakan berikan rasa masam dan manis dengan 'aroma bunga' yang keluar apabila dibakar. Dalam mempelajari kan kegunaan ketumbar untuk masakan terutama dalam masalah ala Timur Tengah dimana ia selalunya digabungkan dengan jintan manis dan kayu manis. Rasa halus dan pedas biji ketumbar akan ia berfungsi paling baik apabila digunakan dalam adunan rempah dalam usaha membantu menyatukan rasa yang kompleks kepada makanan. Merujuk kepada cara masakan Mesir (penulis blog ke Cairo, Mesir pada tahun 2006) dimana dijumpai ia ada dalam dukkah Mesir dan garam masala yang digabungkan dengan rempah seperti jintan, kayu manis dan adas. Masakan 'Kari Thai' pula dimana akar pedas tumbuhan ketumbar digunakan untuk menambah kedalaman rasa pada pes kari Thai dan tumis. Di Mexico pula daun ketumbar (atau daun ketumbar segar) mempunyai rasa yang cerah seperti rasa limau ini dijadikannya herba penting dalam makanan seperti 'Salsa' dan 'Guacamole Mexico'. Di Vietnam pula dimana dilaporkan masakan 'Pho' disediakan dengan kuahnya dipanaskan daun ketumbar segar yang memberikan tekstur kepada mangkuk 'Pho Vietnam'. Dalam masakan Tumis Cina pula dilaporkan dimana selalunya penggunaan ketumbar meredakan kepanasan lada yang pedas dan mencerahkan citarasa daging goreng dalam masakan klasik asal cina ini. Di kalangan orang Malaysia dan suku Jawa dimana ketumbar biji aadlah ramuan penting dalam Masakan Ungkep Ayam bersama jintan dan herba yang lain. Dalam masakan rendang kjuga ada menggunakan banyak bahan termasuk ketumbar dimana ia juga ada dlam berpuloh-puloh kuliner makanan di Malaysia.


Salah satu kaedah atau cara untuk penyimpanan ketumbar sama 
seperti rempah-rempah lain dimana sebaiknya ketumbar dan biji ketumbar perlu untuk disimpan dalam bekas kedap udara dari haba dan juga cahaya (Sila lihat foto disebelah). Apa pun sebaiknya botol ini di letakkan dalam almari, kabinet atau laci rempah yang kemas bersma bahan lain. Perlu disimpan dengan betul agar biji ketumbar secara keseluruhan akan bertahan lebih lama daripada ketumbar kisar, sehingga tiga atau empat tahun lamanya. Selalunya jenis ketumbar dikisar (powder) akan bertahan sehingga dua tahun sahaja akan tetapi ia boleh kehilangan potensi dan rasa aslinya selepas beberapa waktu. Apa pun ammalan terbaik adalah dengan cara menulis atau menandakan botol rempah dengan tarikh beli atau tarikh luput supaya ia boleh dengan mudah sesuai dibuang dan digantikan rempah baru. Penulis blog kongsikan petua bagaimana cara untuk menyimpan ketumbar supaya ia kekal segar lebih lama iaitu dengan cara meletakkannya di dalam balang kaca atau bekas dengan penutup dan kemudian ia diltakkan di dalam peti sejuk. Dilaporkan dengan suhu dan persekitaran kedap udara akan membantu mengekalkan kesegaran herba dalam masa lama. Boleh juga menympan daun ketumbar dengan ia di balut daun ketumbar segar dalam tuala kertas atau kain lembap dan letakkan dalam beg plastik sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Ini akan dilihat ia membantu mengelakkan ketumbar daripada kering. Kaeah lain adalah dengan membekukan daun ketumbar dengan memotongnya dan menyimpannya dalam bekas yang selamat dalam peti sejuk. Apa pun dilihat cara memang ia bagus untuk menyediakan ketumbar segar di sediakan untuk memasak walaupun semasa tidak bermusim di negara empat musim. Memang bagi tukang masak akan tertanya apakah dia bahan yang boleh menggantikan ketumbar apabila ia tidak ada?. Bagi tujuan ini sebenarnya biji adas, jintan manis atau jintan putiih ia boleh digunakan. Menarik bagaimana menyediakan ketumbar kisar atau serbuk. Apa pun semasa memasak dan resipi diperlukan biji ketumbar tetapi cuma hanya ada ketumbar yang dikisar maka boleh di tukarkan setiap sudu teh biji ketumbar dengan ¾ sudu teh ketumbar yang dikisar. Artikel ini adalah ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KETUMBAR...SELALU DIGUNA...
PERASA MASAKAN... ENAKKAN CITARASA...
MEMANG MUDAH DI BELI...DIMANA SAJA...
TANAM SENDIRI... IA MUDAH CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 RabiulAwal 1446H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...