Support My Blog

Monday, September 9, 2024

PISANG HUTAN - KENALI DIA

PISANG HUTAN
(Wild Banana) atau pun mempunyai nama saintifik sebagai Musa acuminata adalah spesies pisang yang tumbuh emeluar di dalam hutan dan selalu di gelar pisang  tempatan dari Asia Selatan. Pisang Hutan memang berlain dengan kutivar pisang yang di tanam secara komersial dimana ia tumbuh daripada benua kecil India dan Asia Tenggara termasuk ada di Malaysia. Apa pun jenis pisang yang banyak ditanam petani adalah bertujuan untuk di makan sebagai makanan pembasuh mulut yang berkhasiat atau di proses menjadi pelbagai jenis makanan berasaskan pisang daripada jenis kuohmueh, gorengan dan manakan snek seperti kerepak dan sebagainya. Bagaimana pun jenis pisang ini selalunya ia akan dikacukkan dengan jeis pisang Musa balbasiana. PIsang hutan menjadi makanan penting kepada banyak haiwan di dalam hutan termasuk monyet, tupai, burung dan sebagainya dimana ia turut disebut sebagai 'Pisang Karok', 'Pisang Kelat, dan 'Pisang Surong' dalam bahasa Melayu. Sehingga kini masih belum banyk kajian dan penulisan mengenai pisang hutan di Malaysia dari segi marfolofi, amalan agronomik, biakbaka, kegunaan, khasiatnya serta banyak aspek teknikal lain. Apa pun kajian mengengenai nilai ekonomi pisang hutan ini memang masih kurang di lakukan disebabkan ia mungkin dianggap sebagai tumbuhan liar yang belum di ketahui banyak kegunaannya. Apa pun ada kalangan peminat landskap yang mengambil pokok pisang hutan sebagai salah sati tanaman hiasan (ornamental plants) yang menarik dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Beberapa laporan menyatakan dimana pisang hutan ini yang di percayai natid di 
Asia Selatan memang ia merupakan sejenis tumbuhan dengan banyak kegunaan. Di Malaysia ia dikenali sebagai pokok Pisang Hutan dimana ia selalunya ada orang yang akan mengambil dan dimasak sebagai gulai oleh penduduk di Malaysia dan Indonesia. Penduduk kaum India di Malaysia dilaporkan memang ada menggunakan daunnya untuk menghidangkan nasi daun pisang. Ada dakwaan dimana buah daripada tumbuhan ini tidak boleh dimakan kerana bijinya yang terlampau banyak dan rasanya juga agak kelat. Artikel pada tengahri khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya cuba membincangkan tajuk iaitu Pisang Hutan untuk di kenali akan info bagi menjelaskan tumbuhan ini.


Pisang Hutan memerlukan persekitaran yang hangat dan lembap untuk dapat hidup dan berkembang sebab hanya dengan sinaran matahari yang cukup dan sedikiit perlindungan daripada angin kencang. Kelembapan dipersekitaran membolehkan pokok pisang ini mampu hidup lama di habitatnta. Pisang Hutan sensitif terhadap perubahan suhu dan cuaca dimana untuk mengekalkan akan persekitaran yang stabil yang sesuai untuk tumbuhan tropika maka ia hidup dengan baik. 
Spesies ini telah menyesuaikan diri dengan hujan yang kerap dan oleh itu lebih suka tanah yang sentiasa lembap tanpa berlebihan air. Pisang Hutan yang menerima banyk cahaya matahari mempengaruhi proses untuk pertumbuhan, ketinggian dan pembungaan yang optimum. Walaupun pisang Hutan boleh bertolak ansur dengan cahaya matahari separuh sahaja tetapi pendedahan cahaya yang kurang boleh menyebabkan pokok kurang subur juga. Dilihat dimana daunnya mungkin menjadi lebih besar dalam keadaan yang lebih redup untuk memaksimumkan proses fotosintesis. Tanah jenis pasir, lom, tanah liat atuau tanah berkapur dengan pH5.5-6.5 sesuai untuk pisang hutan. Tanaman pisang komersial biasanya menggunakan baja tinggi fosforus (P) bagi dapat menggalakkan perkembangan akar yang kukuh dan proses pembungaan dan penting untuk pengeluaran buah. Dalam hutan bebas pokok pisang hutan mampu subur tanda di baja akan tetapi jika ditanam di kebun atau disekeliling rumah ia perlu di baja dan dijaga dari serangan perosak dan penyakit. Ia sesuai di cantas bertujuan akan menjadi benyuk yang menarik sebagai hiasan. Adalah disyorkan agar memotong batang bunga yang telah pudar setelah berbuah untuk mengalihkan tenaga hasil fotosintesis kepada proses pertumbuhan baru. Kekalkan hanya satu batang dan kawal tunas dengan membuang semua tetapi satu pucuk yang kuat. Pemangkasan yang betul meningkatkan kualiti buah dan keseluruhan kesihatan tanaman. Penanaman pisang hutan boleh dilakukan secara 'Indoor potted' atau secara 'Outdoor potted' atau 'Outdoor on the ground'. Kalau menanam dalam pasu sebaiknya menggunakan pasu yang bersaiz cukup besar dan paling baik menanam sahaja diatas tanah untuk lebih mudah dijaga. Pasuk pokok pisang hutan perlu di tukar tanahnya setipa 2-3 tahun sekali. Penuaian hasil pisang hutan boleh dilakukan dalam masa antara 10 - 13 minggu sebelum buahnya sesuai untuk dituai.  


Pokok pisang 
merupakan salah satu komoditi tanaman makanan yang paling bernilai ekonomi dan disukai ramai petani moden atau petani konvensional. Kini kebanyakan jenis pisang popular di tanam termasuk pisang rastali. pisang masak 49 hari, pisang tanduuk, pisang nipah, pisang cavendish, pisang nangka dan beberapa lagi. Bagaimana pun amat jarang didengar orang menanam Pisang Hutan. Buah pisang segar boleh dimakan terus apabila cukup masak atau dijadikan pisang goreng atau kerepek pisang untuk di nikmati. Bagaimana pun pengalaman penulis blog dimana industri penanaman pisang di Malaysia telah mengalami masaalah kemerosotan kerana isu serangan Penyakit Moko yang membahayakan tanaman pisang. Kini hasil kajian mendapati dimana spesis Pisag Hutan masih bertahan dari serangan penyakit dan sesuai dijadikan baka induk untuk mendapatkan varieti pisang yang lasak dari serangan penyakit pisang. Banyak ciri-ciri positif dari pisang hutan yang boleh di manafaatkan saintis semasa mencari varieri pokok pisang yang tahan serangan serius pokok pisang. Kehebatan pisang hutan dipercayai ia mempunyai DNA atau ciri dimana ia mempunyai kandungan. Pisang hutan atau biasa disebut sebagai 'pisang liar' diketahui memiliki keanekaragaman genetik yang tinggi dan telah mampu bertahan dalam berbagai keadaan yang berbeza sesuai dengan tempat di mana dia tumbuh. Selain itu kajian mendapati dimana pokok pisang hutan juga mempunyai pelbagai ciri ataupun sifat-sifat yang dapat dijadikan sebagai sumber daya genetik untuk pengembangan kultivar pisang modern yang lebih unggul. Apa pun diantar a spesis pisang hutan jenis unik yang beberapa di antaranya tidak dapat ditemukan ditempat lain di dunia atau endemik di Malaysia dan di Indonesia seperti Musa arfakiana, M. borneensis, M. celebica dan juga M. lanceolata.  Keanekaragaman pisang hutan kini memang masih belum banyak dibuat kajian saintifik.  


Dalam kes lain dimana p
isang merupakan tanaman berdaun raksasa yang ditengarai berasal dari Asia Tenggara. Di negara jiran Indonesia sendiri cara  persebaran pisang dahulu dimulai dari Jawa Barat dan juga di Palembang. Kini penanaman pisang sudah hampir merata di seluruh nusanntara. Pisang memang dikenali dengan ciri ia  mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Hampir semua jenis pisang moden diminati oleh masyarakat baik itu dimakan terus ataukah diolah terlebih dahulu. Akan tetapi ada satu jenis pisang yang lebih banyak dihindari adalah dikenali sebagai Pisang Klutuk yang juga sangat dekat dengan spesis pisang hutan. Pisang klutuk merupakan jenis pisang yang khas bukan kerana ciri rasanya yang manis tetapi isinya dilihat ia dipenuhi dengan banyak biji (Sila lihat foto disebelah). Biji tersebut memiliki tekstur kulit yang kasar dan kulit biji yang keras. Nama pisang klutuk juga bersumber dari biji tersebut dimana 'kKlutuk' sendiri hasil bunyi yang terdengar ada orang memakan pisang klutuk. Kehadiran biji pada pisang klutuk ini membuat ramai pengguna yang tidak suka atau menjauhinya sebab tentu susah untuk menguyah pisang itu. Isi pisang klutuk memang manis. Pokok pisang ini ada tumbuh meninggi sehingga 3 meter dengan ukuililit batang sekitar  60 - 70 cm. Batangnya berwarna hijau dengan berbintik atau tanpa berbintik dimana dibahagian daunnya ada lapisan seakan lilin (wax layer) dan daunnya tidak mudah koyak sesuai di gubakan untuk pembalut makanan yang di bakar atas bara. Tandah buahnya mempunyai ukuran yang 20 - 100 cm dan 5 - 7 sisir di kitra setiap tandan. Biasanya setiap sisir dipenuhi 12 -18 buah pisang klutuk. Untuk buah sendiri memiliki empat sisi dengan kulit yang tebal. Isinya berwarna putih kekuningan dengan tekstur kasar dan berbiji. Disebabkan pisang ini ada biji maka kalangan pengguna agak jarang memakannya sebagai buah segar. DIlaporkan pisang klutuk sesuai digunakan sebagai obat kanser mulut (sariawan) diberikan sebagai makanan kepada burung di pelihara, sebagai makanan ternakan dan di proses untuk makanan berasaskan pisang. Ada yang ambil pisang klutuk muda untuk dijadikan bahan Makanan Rojak Uleg. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang berusia 16 tahun. Wasallam!!!...
PISANG HUTAN...MARI KENALI DIA....
KEKADANG BERBUAH...MACAMANA...
JARANG DITANAM... HIASAN SAHAJA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHULAH JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1446H).
Posted from
Bandar Melaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...