Support My Blog

Sunday, August 4, 2024

RUMPUT NAPIER INDIA - APA POTENSINYA?

RUMPUT NAPIER INDIA
merupakan salah satu spesis rumput napier yang agak kurang di promosikan di Malaysia. Apa pun secara teorinya dimana rumput napier atau lebih dikenali sebagai 'rumput gajah' oleh masyarakat tempatan menjadi antara pilihan penternak haiwan di banyak negara seperti di India, Taiwan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan juga ada Malaysia. Apa pun r
umput napier atau rumput gajah ini adalah merupakan sejenis rumput yang kebanyakannya ia digunakan sebagai makanan untuk haiwan ternakan ruminan di Malaysia  seperti lembu, kambing, kuda, gajah, hamster, rusa dan juga pelbagai binatang ternakan. Ramai penternak lokal dilaporkan agak suka rumput napier ini sebagai bahan makanan utama sebab rumput ini mengandungi kadar protein yang tinggi dimana ia juga agak senang di tanam dan tempoh mengutip hasil (harvest) yang cepat (45-60 hari) sahaja dan boleh awal lagi jika di jaga dengan penhurusan sangat baik. Lepas menuai dimana rumput napier akan tumbuh balik dengan cepat dimana proses ratoon ini membolehkan ia di ttuai berulangkali. Penternak memilih pelbagai jenis rumput yang mempunyai kadar protein agak rendah sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka. Kini ada penyelidik dan pakar dalam pemakanan haiwan ternakan mendapati rumput napier adalah rumput terbaik diberikan kepada haiwan ternakan di Malaysia  seperti lembu pedaging, lembu susu, kambing dan kambing susu. Ini kerana rumput napier selain tumbuh meliar di merata kawasan hutan kecil dan belukar tanpa mengira musim, juga mampu tumbuh sepanjang tahun. Jika ditanam secara sistem perladangan skala komersial ia senang tumbuh dan dilaporkan mempunyai daya tumbuhnya cukup pesat, tidak bergantung kepada musim dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Bagi spesies rumput napier yang dibiak secara saintifik di mana lazimya ada terdapat tiga varieti rumput itu yang paling terkenal dan terbaik untuk ternakan ruminan iaitu Jenis Napier Taiwan, Napier India dan Napier Pakchong 1 dan 2 dari Thailand. Daripada ketiga-tiga jenis ini dilaporkan dimana jenis rumput hibrid Napier Pakchong 1 Thailand adalah dilaporkan ia adalah yang terbaik setakat ini dan di minati oleh ramai kalangan penternak tempatan. Ini kerana rumput tersebut mampu menghasilkan sehingga 200% bekalan makanan haiwan kepada penternak berbanding dengan rumput napier jenis lain. Artikel pada malam ini sambil menonton perlawanan Separuh Akhir Piasa FA 2024 yang kedua diantara JDT dengan Kedah saya suka menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai potensi tanaman Rumput Napier India seperti dilaporkan dalam beberapa bahan rujukan dan media tempatan.


Mengetahui ilmu penanaman rumput untuk tujuan mekanan ternakan hanya di minati oleh sebahagian syarikat ternakan berskala besar, usahawan berskala komersil dan juga ada kalangan kelompok atau penternak kecil-kecilan di Malaysia. Apa pun asasnya iaitu dimana s
ecara umumnya, rumput napier ini memang ia boleh ditanam 2 - 3 kali setahun. Jika keluasan ladang berukuran satu hektar sahaja maka disyorkan agar rumput napier jenis biasa hanya mampu membekalkan makanan untuk 18 - 20 ekor lembu sahaja, manakala rumput Napier Jenis Pakchong 1 Thailand mampu membekalkan makanan untuk 30 ekor lembu. Selain itu di rekodkan yang jenis rumput Napier Pakchong 1 Thailand mampu menghasilkan makanan untuk haiwan ternakan antara 450 - 600 tan metrik sehektar berbanding dengan rumput napier lain yang hanya mampu menghasilkan antara 275 - 350 metrik tan rumput sahaja. Apa pun dilaporkan rumput napier merupakan sejenis rumput yang bersaiz besar dan keras dan dikatakan berasal dari India. Nama saintifik bagi rumput ini ialah Pennisctum purpureum. Rumput jenis ini biasanya digunakan sebagai makanan ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Ia selalu digunakan dalam bentuk mentah atau dalam bentuk silaj iaitu diperam lebih kurang satu bulan dengan menggunakan campuran gula merah dan mikrob efektif untuk membolehkan ianya disimpan lebih lama. Rumput jenis ini mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk matang dan boleh dituai. Cara pembiakannya sangat mudah iaitu dengan hanya memotong atau menggunakan tunas dimana selalunya tunas muda akan tumbuh pada perdu tunggul napier yang telah matang sebagai kaedah pembiakan secara semula jadi. Rumput jenis napier  ini mempunyai nilai nutrisi yang sangat tinggi untuk digunakan bagi tumbesaran haiwan, justeru itu harganya juga agak tinggi. Harganya boleh mencecah ratusan ringgit satu tan dimana disamping digunakan sebagai makanan haiwan selalnya yang rumput ini juga dipercayai boleh menjalankan fungsi lain seperti mengawal kelodakan sungai dan sebagainya.


Menarik satu laporan dalam hmetro.com bertajuk '
Rumput napier baka India menguntungkan' sesuai dikongsikan. Apa pun terkini dimana kenaikan harga makanan ternakan melonjak dua hingga tiga kali ganda (3x) sejak isu pandemik Covid-19 menjadi bebanan kepada ramai penternak haiwan ruminan terutama lembu dan kambing. Bahan dedak atau makanan siap proses yang biasa diimport mengalami kadar kenaikan kerana kos logistik selain ia juga ada di pengaruhi pasaran luar dan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Penternak yang terkesan disaran mengambil langkah mempelbagaikan sumber makanan ternakan untuk haiwan mereka dan tidak terlalu bergantung kepada dedak atau makanan formula ternakan kerana harga terlalu tinggi.  Alternatif didalam usaha mempelbagaikan sumber makanan kepada haiwan ternakan termasuk pemberian napier iaitu sejenis rumput yang memiliki kualiti setanding dengan dedak atau makanan formula ternakan. Melihat potensi dimiliki rumput napier dilaporkan ada pengusaha tanaman iaitu Siti Noorsabtiah yang memilih bagi mengusahakan ladang rumput napier baka India atau IKN091 sebagai tanaman sampingan selain tanaman utama berupa sayur-sayuran bagi menjana pendapatan tambahan. Dia yang juga Pengarah Urusan Meta Expert Sdn Bhd telah pun disarankan daripada pakar yang lebih berpengalaman supaya menanam rumput napier baka India tersebut kerana terdapat jumlah permintaan menggalakkan daripada kumpulan penternak selain daripada penjagaan tanaman itu cukup mudah. Bagi rumput napier India ini yang didakwa ia adalah sejenis tanaman rumput yang tumbuh secara menegak dengan daunnya keluar dari ruas atau stolon (jenis batang kecil mengeluarkan pucuk dan akar pada bahagian hujung atau pada buku batang). Rumput ini mempunyai pelbagai jenis dan saya memilih untuk menanam jenis baka India atau IKN091 yang dikatakan baka atau jenis rumput napier terbaik untuk haiwan ternakan kerana memang ada kandungan protein paling tinggi berbanding rumput napier lain. Merujuk kepada sumber Jabatan Pertanian, JPV dan kajian oleh MARRDI dimana mereka nyatakan kandungan protein terdapat pada batang dan daun napier India atau IKN091 mencecah 20.3% berbanding napier  jenis Taiwan iaitu hanya 10 - 13% sahaja.  Selalunya jika rumput ini baik untuk ternakan dan menguntungkan petani ini bermakna manfaat sama di pihak syarikatnya sebagai pembekal rumput 'fresh cut' (potong segar) atau jualan anak benih rumput terbabit. Apa pun dilaporkan rumput napier India ini dapat menjana dari pendapatan pasif untuk hasil jangka masa panjang kerana menjadi diet pilihan penternak haiwan dan tiada penjagaan rumit diperlukan selepas pokok tumbuh.


Memberitahu wartawan dimana cara p
enjagaan rumput napier India sangat mudah dan tidak seperti penjagaan tanaman lain kerana sebulan selepas ditanam boleh dituai daunnya sementara untuk tempoh tiga bulan bagi jualan anak benih pula. Noorsabtiah menunjukkan daun rumput napier India lebar dan lebih panjang (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya proses untuk penanamannya sangat mudah iaitu saya hanya jalankan kerja pembajaan asas iaitu menggunakan baja sebatian jenis NPK (Nitrogen, Fosforus dan Kalium) 15:15:15. Selain itu ladang ini sudah sedia mempunyai sistem pengairan yang baik kerana sebelum ini turut mengusahakan tanaman cili bara di kawasan yang sama. Dakwanya daripada plot pertama iaitu 0.81 hektar pada Julai tahun 2023 sehingga kini penambahan kepada 1.21 hektar menjadikan keluasan keseluruhan untuk tanaman rumput napier India ialah 2.02 hektar. Jumlah modal untuk setiap 0.4 hektar adalah sekitar RM1,000 hingga RM2,000 untuk pembelian benih kerana ladang sudah sedia ada fasiliti lengkap. Sementara itu, hasil boleh dijana iaitu 10 tan pada keluasan yang sama. Dilaporkan dimana kalau dapat jual hasil iaitu anak benih atau tunas mata maka dia anggarkan boleh dapat jana hasil RM8,000 - RM12,000 untuk seekar. Ini dakwanya belum lagi disokong dengan pendapatan hasil lain seperti jualan potong segar kepada penternak kecil. Ia boleh menjadi pendapatan sampingan yang baik untuk pertanian. Dilaporkan jualan benih atau mata tunas lebih memberi pulangan lumayan berbanding jualan rumput potong segar untuk diberi terus kepada ternakan. Apa pun biasanya penanam rumput napier India atau lainnya menyasarkan jualan anak benih atau mata tunas kerana lebih memang ia menguntungkan. Kalangan penternak lembu selalunya akan datang membeli secara kontan dan menggunakan lori untuk membawa pulang rumput napier segar. Kelebihan pada spesies rumput napier baka India ini ketika mencapai usia matang iaitu tiga bulan boleh mengeluarkan mata tunas iaitu sebanyak 13 - 30 mata tunas baharu. Ini berdasarkan sifat pertumbuhan mata tunas akan berganda dua selepas dipotong kali pertama dimana ini secara tidak langsung hasil juga meningkat dua kali ganda. Anggaran pendapatan hasil daripada tanaman rumput napier India kini sudah memberi pulangan RM20,000 bagi anak benih dan potongan daun segar. Apa pun setakat ini penternak yang datang dari serata Malaysia terutama sebelah pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu banyak membeli anak benih untuk ditanam di tempat mereka. Kalangan para penternak kecil di Selangor atau di Lembah Kelang pula ada yang datang membeli benih dan potongan daun segar untuk ternakan dimana mereka juga datang dengan lori dan tuai sendiri. Selalunya bahagian daun atau anak benih dipotong tidak menjejaskan induk sedia ada kerana pokok ini akan terus tumbuh menerusi batangnya yang berakar. Apa pun ia cuma perlu perhatikan sekali-sekala jika perlu disiram atau dibaja untuk memastikan pokok rumput napier yang ditanam rapat terus tumbuh dengan baik. Memang potensi tanaman rumput napier jika di usahakan secara komersil menjanjikan pulangan terbaik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RUMPUT NAPIER... JENIS NAPIER INDIA...
KURANG POPULAR... APAKAH SEBABNYA...
ADA USAHAWAN... BERANI DIA MENCUBA...
DIBERIKAN FAKTA... RUJUKKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Muharam 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...