Penulis blog sering ditanya apakah itu racun rumpai?. Dilapangan dimana kalau bukan kerana ada masaalah disebabkan oleh rumpai yang menganggu tanaman sudah tentu petani akan dapat purata gasil dengan lebih tinggi setiap musim atau setiap tahun sehingga 34% lebih banyak. Apa pun apa yang penulis blog faham dimana racun rumpai merupakan sejenis bahan penting yang digunakan oleh petani untuk melindungi hasil tuaian dan kualiti tanaman dengan mengawal rumpai yang bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan faktur pertumbuhan tanaman iaitu sumber nutrien, cahaya matahari, ruang dan air. Kehadiran rumpai juga menjadi agen atau host kepada serangga perosak dan penyakit. Adalah penting bagi petani untuk mengawal keberadaan rumpai di dalam kebun terutama jenis rumpai yang mengacnam dengan teruk kepada pertumbuhan tanaman sehingga boleh mematikannya. Dalam mengawal rumpai dimana umumnya kawalan secara manual boleh dilakukan dengan mencabut atau membuang rimpai (jika hanya dikawasan kecil dan sedikit) atau menajaknya atau menebasnya. Bagaimana pun kaedah kawalan dengan menggunakan semburan racun rumpai dikatakan paling lazim dilakukan petani. Ada bermacam jenis racun rumpai dipasaram sedia digunakan dengan betul iaitu Jenis Racun Pra-Cambah, Jenis Racun Sentuh dan juga Racun Rumpai Sistemik. Petani perlu tahu apakah jenis racun yang hendak digunakan dengan kandungan bahan perawis yang berlainan serta ada pelbagai jenama dipasaran yang dijual dengan harga dan kaedah pembungkusan yang berlainan. Umumnya racun rumpai adalah bahan penting untik melindungu tanaman daripada gangguan rumpai. Bagaimana pun jika racun rumpai ini ia digunakan dengan kerap dan dos yang tidak mengikuti label maka akan berlaku apa yang dinamakan 'kerintangan racun rumpai' atau mudahnya 'rumpau jadi kebal' atau tidak mati selepas disembur racun rumpai.
Dalam pada itu racun rumpai dilaporkan ia membolehkan petani mengawal rumpai serta melindungi hasil dan kualiti tanaman mereka. Namun demikian lazimnya rumpai akan dapat menyesuaikan diri secara semulajadi dan menjadi kerintangan terhadap racun makhluk perosak jika petani terlalu bergantung sepenuhnya kepada satu jenis racun rumpai sahaja. Pada kenyataannya ada laporan mendapati dimana ada kira-kira 250 spesies rumpai telah beransur-ansur menjadi rintang terhadap 160 racun rumpai yang berbeza sejak 60 tahun yang lalu. Ini menjadikan para saintis dan syarikat pengeluar racun rumpai ini terpaksa mencari racun rumpai baru bagi mengatasi masaalah kekebalan rumpai ini dalam cara mengawalnya. Isu ini dinamakan sebagai 'Kerintangan Racun Rumpai' terhadap sebarang racun rumpai (dengan bahan aktif atau bahan perawis) yang tertentu menjadi kurang atau tidak berkesan. Kerintangan juga dimaksudkan dengan berlaku tindak balas biologi secara semulajadi yang boleh meningkat akibat daripada penggunaan kaedah kawalan rumpai yang sama tanpa mengintegrasikan kaedah kimia, agronomi dan bukan kimia. Amalan yang lazim dilakukan dalam menyembur racun rumpai adalah dengan mana racun rumpai disemburkan terus terhadap rumpai dilapangan dengan jenis racun tertentu. Secara teknikalnya jenis rumpai yang lemah atau responsif terhadap racun akan mati tetapi ada juga jenis rumpai yang kebal dimana ia tidak memberikan tindakbalas dan terus hidup. Berlaku keadaan dimana ada sebilangan kecil rumpai dalam populasi tersebut akan menjadi rintang iaitu secara semulajadi terhadap racun rumpai yang tertentu. Selalunya penulis bog dapat lihat dimana apabila racun rumpai sudah digunakan dengan jenis dan dos yang betul maka kesannya akan dapat dilihat ia mampu mengawal hampir kesemua rumpai dalam populasi akan mati dengan sendiri. Apa yang berlaku adalah ada jenis rumpai yang terselamat dimana ia akan membiak dari masa ke masa didalam kebun. Ini adalah merupakan keadaan dimanna rumpai yang terselamat akan menjadi rintang terhadap racun rumpai dan membawa kepada generasi rumpai yang seterusnya juga menjadi kerintangan terhadap racun makhluk perosak tertentu. Memang jika dilakukan penggunaan racun rumpai yang sama dengan cara tindakan yang sama secara berulang akan menyebabkan populasi yang rintang terhadap racun terus bertambah. Sepanjang masa industri sains tumbuhan terus bekerjasama dengan para petani, penasihat dan ahli akademik untuk mengenalpasti isu-isu berkaitan kerintangan dan menyediakan panduan serta bahan (peralatan) yang boleh membantu mereka menguruskan masalah kerintangan di ladang.
Persoalan dimana dan mengapa penting untuk menguruskan kerintangan terhadap racun rumpai perlu dijelaskan kepada semua pihak terlibat. Apa pun pada penulis blog dimana cara terbaik pengurusan kerintangan adalah penting untuk mengekalkan keberkesanan racun rumpai dimana racun yang merupakan bahan atau pun kaedah penting untuk pengeluaran makanan yang sihat dan cekap perlu di lakukan. Jika kerintangan rumpai terhadap racun rumpai ini tidak diuruskan maka kesannya ramai kalangan petani akan kehilangan sebahagian daripada manfaat berkaitan dengan penggunaan racun rumpai yang betul dan tanaman tahan racun rumpai (HT). Manfaat tersebut termasuk pilihan jenis tanaman dan pengurangan amalan pengolahan tanah yang membantu para petani mengekalkan nutrien dan kelembapan tanah serta boleh melindungi tanah lapisan atas tanah. Ia juga akan membaiki struktur tanah, meningkatkan hasil tanaman dan juga seterusnya akan memelihara alam sekitar. Tinjauan penulis blog di kebun betik di Pagoh, Muar Johor mendapati kawalan rumpai tidak semestinya menggunakan racun rumpai sama tetapu digilirkan dengan jenis racun rumpai lain (Sila lihat foto disebelah). Beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menguruskan kerintangan terhadap racun rumpai termask dalam Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM). Cara ini adalah dengan menggabungkan pelbagai amalan bukan kimia dengan teknologi kimia dan bioteknologi (tanaman tahan racun rumpai) untuk mencegah dan juga menguruskan kerintangan. Petani lazimnya mempraktikkan amalan seperti penggiliran tanaman, pengurusan benih rumpai yang dituai, dan juga penggiliran penggunaan racun rumpai dengan cara tindakan yang berbeza sebagai sebahagian daripada strategi IPM mereka. Arahan pada label racun rumpai juga menggalakkan para petani supaya memeriksa rumpai yang terselamat di ladang dan melakukan pengawalan sebelum melakukan penyemaian, serta mempraktikkan amalan terbaik di ladang masing-masing untuk mengelakkan berlakunya kerintangan. Menyentuh persoalan sama ada jenis tanaman bioteknologi boleh menyebabkan kerintangan terhadap racun rumpai jawapannya adalah TIDAK. Ini kerana tahap kKerintangan rumpai terhadap racun rumpai telah wujud sejak awal permulaan pertanian dan ianya mempengaruhi kesemua jenis sistem pengeluaran. Sama ada penggunaan kaedah bioteknologi atau pertanian konvensional, masalah kerintangan tetap berlaku dan mesti diuruskan melalui amalan IPM yang baik.
Dalam laporan portal utusan.com yang bertajuk 'Bahaya Racun Rumpai' sesuai dirujuk. Dilaporkan dimana racun rumpai yang biasanya digunakan di kawasan pertanian dengan tujuan untuk mengawal ancaman rumpai yang dilaporkan boleh mengurangkan produktiviti tanaman dan sebagai perumah kepada serangga perosak. Selain itu, racun rumpai juga digunakan di kawasan bukan pertanian untuk mengawal rumpai di tepi-tepi tebing sungai, tepi jalan dan tidak kurang juga digunakan di halaman rumah. Penggunaanya yang meluas boleh membahayakan kesihatan manusia jika terdedah, terutama jika disalahgunakan terutama racun rumpai glifosat. Glifosat adalah bahan aktif yang dirumuskan dalam sediaan racun rumpai. Ia adalah racun yang mempunyai corak tindakan yang luas dan bersifat tidak memilih. Ia didapati berkesan mengawal rumpai kumpulan saka, rumpai berdaun lebar, rumput serta rumpai yang mempunyai sistem perakaran yang dalam. Ia juga boleh digunakan di kawasan bukan pertanian dan dalam kawasan pelbagai tanaman pertanian. Glifosat biasanya diformulasikan sebagai garam isopropilamin dan terletak di dalam kumpulan racun sebatian terbitan asid amino glisin. Pada tumbuhan ia mengganggu aktiviti enzim 5-enolpyryl-shikimate-3-phosphate, di mana proses sintesis aromatik asid amino, klorofil dan karetinoid akan terencat. Kini terdapat pelbagai jenis sediaan dan jenama racun glifosat di pasaran, antaranya Roundup, Spark, Surpass, Raider, Conquest, Extend, Achieve dan lain-lain lagi. Glifosat dikelaskan sebagai racun rumpai yang mempunyai ketoksikan sederhana pada mamalia termasuk manusia. Sebanyak 22 kes keracunan glifosat yang dilaporkan sepanjang tahun 1989 hingga 1991 merupakan kes kedua tertinggi dalam kategori kumpulan racun rumpai. Walaupun sebatian ini kurang toksik tetapi bahan surfaktan (agen pembasah) yang terkandung dalam sediaan racun ini adalah berbahaya kepada manusia dan merupakan punca utama keracunan glifosat. Bahan surfaktan ini bertujuan membantu racun masuk ke dalam daun rumpai. Bagaimanapun, racun glifosat lambat menyerap masuk melalui kulit manusia. Namun, ia boleh menyebabkan kulit kelihatan seperti radang terkena panas cahaya matahari. Sekiranya terkena pada kulit, segera cuci dengan air yang banyak bersama sabun. Pakaian yang terkena racun hendaklah ditanggalkan dan dicuci sebelum dipakai semula. Kebanyakan kes keracunan yang berlaku adalah disebabkan glifosat diminum dengan tujuan membunuh diri. Manakala bagi kanak-kanak, ia diambil secara tidak sengaja disebabkan kecuaian penyimpanan yang tidak selamat dan mudah dicapai. Dos keracunan akut yang boleh membawa maut ialah sebanyak 200ml. Biasanya mangsa yang terminum racun glifosat (Roundup) mengalami radang di bahagian mulut dan tekak, sakit kerongkong, mual, muntah dan cirit-birit. Tanda-tanda ini akan berlarutan beberapa hari. Pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan pendarahan perut dan usus serta muntah mengeluarkan darah. Akibat keracunan ia boleh menyebabkan sakit radang kesesakan paru-paru. Rawatan kepada mangsa yang terminum racun glifosat ini ialah dengan memberikan mangsa minum susu atau air bagi mencairkan racun dalam perut. Emesis atau mengikhtiarkan muntah bagi mengeluarkan racun tidak digalakkan memandangkan kemudaratan yang akan timbul. Sebaiknya segera bawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Radang paru-paru dan kesesakan paru-paru juga boleh terjadi jika terhidu kabus semburan berterusan dalam jangkamasa yang panjang. Tanda-tanda selepas terhidu, biasanya terasa pedih atau radang di bahagian saluran atas pernafasan dan bahagian tekak, terasa pahit serta kesukaran bernafas. Keracunan akut yang serius jarang berlaku dengan cara ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!.
MENGAWAL RUMPAI...DIMANA SAJA...
RUMPUT KEBAL... PERLU IA DI JAGA...
AWAS GUNA... JAGA KESELAMATANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.