Peribahasa Melayu lama iaitu 'SEPERTI MEMBELI KERBAU DI PADANG' menggunakan haiwan kerbau yang selalunya meragut rumput bebas di padang rumput atau di sawah sebagai kiasan. Ternakan kerbau yang dilihat lazimya akan meragut rumput ini ada proses jual-beli walau pun kini harga seekor kerbau amat mahal mencapai ribuan ringgit. Jadi kenapa ada peribahasa diatas yang membawa maksud atau makna iaitu adalah perumpaan 'dimana semasa membeli sesuatu dengan tidak melihat barang yang akan dibelinya'. Dalam keterangan lain peribahsa ini adalah 'Seperti Membeli Kerbau Di Tengah Padang' yang mana maksudnya adalah 'Membuat kerja terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu; Membeli tanpa menyiasat terlebih dahulu sama ada barang itu baik atau buruk' yang lebih mudah untuk di fahami. Ini mungkin boleh berlaku jika seseorag itu sudah ada duit mencukupi untuk membeli suatu barang dan keinginan yang tidak dapat dikawal sehingga tidak memeriksa dulu kualiti atau produk barang yang hendak di belinya dan malangnya setelah membelinya barang tersebut tidak seperti spesifikasi sebenar. Dalam kes ini kita piji kaum wanita yang suka melakukan 'Window Shopping' dahulu iaitu sebelum membeli atau tawar-menawar harga (di kawasan tertentu dan bukan di pasaraya) dimana dapat barang yang di kehendakki dengan kualiti dan harga 'ngam'. Dalam kes membeli kerbau yang berkumpul di tengah padang agak sukar untuk menentukan berat kerbau, jantina kerbau, umur kerbau, jenis kerbau, kesihatan kerbau, saiz tanduk kerbau kerana ia mungkin sukar didekati atau hanya di lihat dari jauh sahaja. Cara jualbeli seperti ini adalah kurang baik kerana ada isu kelak apabila kerbau yang di hantar kepada pembeli berlainan dengan harga yang di bawar kepada penjual. Sesiapa pun sebaiknya jangan membuat pekerjaan dalam keadaan terburu-buru tanpa usul periksa lebih dulu kerana cara ini mengundang padah. Berlainan dengan senario masa kini dimana sesiapa yang ingin membeli barang secara on-line dari Lazada, Shopee dan lain-lain portal dimana ada foto barang dan spesifikasi disertakan. Dalam kes ini ada juga kes dimana barang yang di hantar adalah tidak menepati spesifikasi dalam keterangan seperti ukuran kecil, kurang berkualiti, tiada jaminan dan sebagainya. Apa pun sesiapa yang ingin membeli barang atau mendapatkan perkhidmatan pastika agar jangan terburu-buru atau tidak pasti kerana ia akan merugikan bak kata 'Seperti membeli kerbau di tengah padang'. Artikel pada pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai peribahasa ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
Sebenarnya Haiwan Kerbau (Bubalus bubalis) merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara, dan China dimana ia merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesies kerbau sudah ada ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau Balkan, Mesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau menanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal.
Menarik kisah dan fakta dalam portal hmetro.com bertajuk 'Tanda harga Pi RM21,000!' untuk di kongsikan dengan peribahasa ini. Dilaporkan Wan M. Ridzuan yang mempunyai kerbau jantan seberat 1,095kg yang dibeli seorang individu dengan harga RM21,000 untuk dikorbankan pada Aidiladha bulan depan sebagai berita viral di media lokal. Kisah dari Hulu Terengganu: Kerbau jantan milik seorang anak peneroka Felda di Felda Jerangau, Ajil bakal menjadi ternakan paling besar dan mahal yang akan dikorbankan pada Adiladha. Apa pun kerbau yang dipanggil manja 'Pi' itu berusia tiga tahun sembilan bulan seberat 1,095 kilogram (kg) atau satu tan 95kg itu akan dibeli oleh seorang penduduk dengan harga RM21,000. Dia membeli kerbau kesayangan itu ketika kerbau itu berusia 10 bulan dengan harga RM5,500 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. Setelah 3 tahun dia membelai dan menjaga Pi dimana kini akhirnya terpaksa akur dan menjualnya. Jika diikutkan memang dia masih sayang untuk menjual kerbau bernama Pi ini maklumlah usia Pi masih muda dan boleh bertambah besar sekiranya dijaga dengan baik. Dia tidak dapat menolak tawaran yang dibuat oleh seorang penduduk untuk membeli Pi, bukan kerana harga yang ditawarkan, tetapi niat murni pembeli itu untuk menjadikan Pi ternakan korban pada tahun ini. Dia yang dikenali dengan panggilan Along dakwa dimana kerbau itu akan dihantar kepada pembeli sehari sebelum Hari Raya Aidiladha di Kemaman. Cara ini pada penulis blog dimana pembeli 'SUDAH PASTI' membelinya bukan seperti peribahasa 'Seperti Membeli Kerbau di Tengah Padang'. Apa pun sejak gambar kerbau seberat 1,095kg itu tular di media sosial, ramai orang datang ke kandang untuk menjenguk dan membelinya. Ini mungkin sebab jarang kerbau boleh mencapai berat 1,000kg seperti itu dimana ia juga seterusnya mendorong orang ramai datang untuk melihatnya. Awlau pun ramai yang hairan melihat Pi yang terlalu besar dan tinggi berbanding kerbau biasa oleh itu sebelum ini Pi pernah ditawar dengan harga RM14,000 dan RM18,000 akan tetapi saya tidak sedia menjualnya. Kini dia sendiri tidak menjangka kerbau itu boleh mencapai berat 1,000kg seterusnya mencipta rekod antara kerbau terbesar di negeri ini. Dia yang hanya menjaganya dengan sebaik mungkin termasuk pemberian vitamin dan makanan yang secukupnya. Dulua dia ada juga memperuntukkan RM15 sehari untuk makanan dedak dan rumput napier jeruk yang diberi dua kali sehari.
Menarik kisah dalam portal sama yang bertajuk 'Cuaca panas: Penternak risau kerbau sering 'naik minyak' untuk di kongsikan. Kisah dari Kg Chawas, Tanah Merah, Kelantan melaporkan dimana para penternak kerbau disini sedang menghadapi musim kemarau dan mulai resah apabila ternakan mereka dikatakan sering 'naik minyak' berikutan tempat berkubang haiwan itu kini mulai kering kontang. Bagi seorang penternak Nik Yakob Awang Ahmad (67) nyatakan dimana kini dia terpaksa mengerahkan tenaga mengambil air daripada kolam atau sungai setiap hari sebagai air untuk minuman dan tujuan bagi memandikan dua ekor kerbau peliharaannya mengelakkan haiwan itu terus kepanasan. Apa pun sebenarnya kerbau perlu berkubang bagi proses menyejukkan suhu badannya dimana sekiranya tiada lagi kawasan berair atau tempat berkubang maka kerbau akan kepanasan seterusnya mengalami kemurungan, tidak selesa, mudah 'naik minyak' dan menjadi ganas, selain berisiko akan mati. Kalau sebelum ini dia hanya melepaskan kerbau untuk mencari tempat berkubang sendiri, namun sekarang parit dan kawasan sawah padi terbiar di sekitar kawasan ini sudah kering akibat kemarau. Kerbau memang ia perlu dimandikan sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengelakkan kepanasan dan menjaga kesihatan haiwan itu. Terpaksa dia kerah tenaga mengambil air bagi tujuan ini bagi menjaga kesihatan kerbau agar tidak terjejas dan 'naik minyak' serta boleh menyebabkan haiwan itu tidak menyerang manusia. Mmemang ada tempat berkubang penting bagi menyihatkan serta proses membesarkan tubuh badan kerbau. Dakwanya lagi selain masalah tempat kerbau berkubang dimana kerbau peliharaannya turut berdepan masalah makanan apabila rumput turut menjadi kering. Apa pun sekarang ini dia terpaksa mencari rumput yang tumbuh di kawasan pinggir sungai dan tali air. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERIBAHASA KIASAN... MEMBELI BARANG..
ELAKAN TERBURU-BURU...TAK KERUGIAN...
BACA ARTIKEL INI... DULU DAN SEKARANG...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.