Support My Blog

Tuesday, August 13, 2024

SISTEM BIOFLOK - APA DIA? (Part 1)

TEKNOLOGI BIOFLOK
(Biofloc Technology - BFT) agak jarang didengar di Malaysia akan tetapi ia banyak di buat atau laksanakan di negara jiran Indonesia dan Thailand. Apa pun dilaporkan yang Sistem Teknologi bioflok dilihat merupakan salah satu dari teknologi yang terkini dan ia dikembangkan dalam industri akuakultur yang bertujuan untuk memperbaiki kualilti air dan meningkatkan efisiensi pemanfaatan nutrient. Apa pun dilaporkan yang teknologi ini berasaskan kepada pertukaran unsur Nitrogen Anorganik (conversion of N) terutama dari bentuk Ammonia (NH3) oleh bakteria jenis heterotrof menjadi biomass microbe yang kemudiannya ia dapat di ambil oleh haiwan ternakan. Pernah di bincangkan dimana-mana iaitu ada teknologi ternakan yang tidak perlu guna air yang banyak dan ekonomik. Antaranya adalah teknologi yang libatkan akan  penggunaan probiotik atau bakteria untuk dapat menghuraikan Ammonia natrite dah ia akan membentuk flok dan flok itu pula kemudian akan menjadi makanan ikan yang di ternak. Antara ternakan akuakultur termasuk ikan tilapia, ikan keli, ternakan udang dan spesis lain di mana lazimnya bagi ikan talapia dalam masa 4 bulan sahaja ia sudah boleh dituai. Teknologi atau sistem Bioflok ini dilihat ia boleh menjimatkan masa untuk ternakan, ia juga dapat menjimatkan kos penggunaan air dan juga ia  dapat jimat pemberian makanan pellet. Dalam pada iatu sistem ini dilihat ia mampu hasilkan pengeluaran ikan dengan jadual tetap seperti di rancang walau pun ada masaalah isu air, cuaca yang tidak baik serta harga pasaran yang tidak menentu. Di Malaysia dilihat ada tawaran beberapa pihak kerajaan dan swasta menawarkan kursus asas dan kursus lanjutan untuk menternak ikan melalui sistem bioflok ini kepada mereka yang berminat dengan teknologi tersebut. Merujuk kepada FAO dimana industri akuakultur merupakan salah satu sektor pengeluaran makanan yang amat laju dan tertinggi kadar pertumbuhannya di dunia iaitu mencapai 8.7% setahun sejak dari tahun 1970. Sumbangan industri akuakultur terhadap pengeluaran perikanan dunia juga terus menunjukkan peningkatan sebanyak 47% di seluruh dunia. Isu pengurangan kes tangkapan ikan liar yang ditangkap di laut, tasek dan sungai terus berkurangan dimana industri akuakultur moden perlu di cari. Kini 
Teknologi Bioflok merupakan salah satu alternatif baru dalam mengalasi masalah kualiti air dalam industri akuakultur yang diadaptasi dari teknik pemprosesan sisa domestik secara konvensional. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai sistem Bioflok untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Tangkapan ikan daripada laut, tasek dan sunga diseluruh dunia menjadi kekangan apabila jumlahnya semakin mengurang berbanding dengan jumlah penduduk dunia yang terus bertambah. Apa pun s
eiring dengan menurunnya hasil perikanan yang ditangkap maka tidaklah menghairankan jika sektor akuakultur kini dilihat ia dapat menjadi suplier utama penghasilan perikanan dunia (Sila lihat foto disebelah). Maka peluang ini industri bagi akuakultur dihadapkan pada beberapa cabaran terutama yang berkaitan dengan sumber daya alam sedia ada. Terbatasnya sumber sumber semulajadi seperti air dan tanah menjadikan intensifikasi pertanian sebagai pilihan yang paling per;u diihat dan ia akan memungkinkan dalam meningkatkan pengeluaran makanan. Berbagai usaha mengembangkan dalam industri perikanan terutama sistem ternakan intensif agar ianya terus dilakukan untuk membekalkan makanan dan sumber protin. Masih banyak usaha dan penyelidikan dalam membangunkan industri akuakultur sebab sistem ini masih ada berbagai isu termasuk masalah diantaranya buangan sisa akuakultur, isu penggunaan makanan ikan pellet atau tepung ikan sebagai bahan asas makanan ikan komersil serta penyebaran penyakit kepada ternakan. Masalah utama dalam industri akuakultur yang dijalankan secara sistem intensif telah menarik perhatian para saintis dan syarikat akuakultur komersil dalam usaha mempastikan bekalan makanan dari industri perikanan akan mencukupi dan berdaya saing. Terkini Teknologi Bioflok adalah merupakan salah satu alternatif baru dalam mengalasi masalah kualiti air dalam ternakan akuakultur yang diadaptasi dari teknik penyesuaiab sisa domestik secara konvensional. Prinsip utama dalam tsistem ini yang diterapkan adalah aspek pengurusan kualiti air yang berpunca daripada kemampuan bakteria heterotrof untuk memanfaatkan N organik dan juga anorganik yang terdapat di dalam air. 


Pada keadaan dimana unsur C dan N yang seimbang dalam air selalunya bakteria heterotrof yang akan bantu memanfaatkan N samaada dalam bentuk organik maupun anorganik yang terdapat dalam air untuk kemudian ia dapat membentuk biomasa sehingga koekatan N dalam air menjadi berkurangan. Secara teorinya dimana aspek memanfaatkan N oleh bakteria heterotrof dalam sistem akuakultur disediakan dalam tindakbalas kimia dengan formula berikut : NH4 + + 1.18C6H12O6 + HC03 - + 2.06O2  C5H7O2N + 6.06H2O + 3.07CO2. Apa pun kemudian dari persamaan tersebut maka dapat diketahui bahawa secara teorinya untuk mengubah (conversion) setiap gram N dalam bentuk ammonia maka diperlukan sekitar 6.07 gram karbon organik dalam bentuk karbohidrat dan juga sebanyak 0.86 g karbon anorganik dalam bentuk alkali serta 4.71 g oksigen terlarut. Dari persamaan ini juga diperoleh bahwa ratio C/N yang diperlukan oleh bakteria heterotrof adalah sekitar 6. Saintis laporkan bahawa pada substrat dengan ratio C/N sama dengan atau lebih dari 10 dimana bakteria heterotrof tidak akan mampu meregenerasi ammonia dari hasil kalabolisme bahan organik (Asid amino) dan sebaliknya akan dapat mengambilnya bagi membentuk sel baru. Apa pun sebaliknya, pada ratio C/N yang rendah (<1.5) maka bakteria heterotrof ini akan melepaskan ammonia ke[ada persekitarannya. Hasil kajian mendapati dimana bagi tujuan penggunaan teknologi bioflok sebaiknya ratio C/N disasarkan mencapai 10 atau lebih. Teknologi bioflok dijelaskan sebagai teknik suspensi aktif (activated suspension technique, AST) iaitu ia menggunakan Pengudaraan Tetap (constatt aeration) untuk memungkinkan terjadinya proses dekomposisi secara aerobik (aerobic decomposition) dan menjaga flok bakteria agar berada dalam suspensi. Dalam sistem ini dimana bakteria heterotrof yang hudup baik dengan kepadatan yang tinggi berfungsi sebagai 'bioreaktor' yang mengawal kualiti air terutama kepekatan N serta sebagai sumber protin bagi organisme yang dipelihara.


Pembentukan bioflok oleh bakteria ini terutama bakteria heterotrof secara umum bertujuan untuk meningkatkan pengambilan nutrien, menghindari stress lingkungan dan predator. Flok bakteria ini tersusun atas campuran berbagai jenis mikro-organisme (bakteria pembentuk flok, bakteria filamen, fungi), partikel-partikel terapong (foating particle), berbagai koloid dan polimer organik, berbagai cation dan sel-sel mati iaitu dengan ukuran bervariasi dengan saiz sekitar 100 - 1000 µm. Selain flok bakteria ada dilaporkan terdapat berbagai jenis organisma lain juga ditemui dalam bioflok scperti spesis protozoa, rotifer dan oligochaeta. Apa pun selalunya komposisi organisma didalam flok akan ianya mempengaruhi struktur bioflok dan kandungan nutrisi bioflok tersebut. Dilaporkan juga bahawa bioflok yang didominasi oleh bakteria dan mikro-alga hijau mengandungi jadar protein yang lebih tinggi (38% - 42% protein) daripada bioflok yang mana ia didominasi oleh diatom (cuma 26%). Keadaan ini dalam mana lingkungan abiotik juga berpengaruh terhadap pembentukan bioflok seperti faktur ratio C/N, pH, suhu dan kecepatan dalam proses tersebut. Selalunya proses pembentukan flok oleh kumpulan bakteria merupakan proses yang kompleks iaiyu ia melibatkan kombinasi berbagai fenomena fizikal, aktiviti kimia dan aktiviti biologi seperti interaksi permukaan bakteria secara fizijal dan kimia dan 'quorum sensing' sebagai kontrol biologi. Aplikasi teknologi bioflok dalam akuakultur sehingga kini dilihat ia adalah teknologi bioflok telah diamalkan pada ternakan ikan dan udang seperti ikan tilapia, ikan sturgeon, ikan snook, jenis udang putih dan udang lain. Kajian lain 
menunjukkan bahawa aplikasi teknologi bioflok berperanan dalam perbaikan kualiti air, bantu dalam peningkatan biosekuriti dan jyga membantu meningkatan produktiviti. Ia juga dilaporkan meningkatan kadar kecekapan pengambilan makanan ternakan ikan serta menurunk kosmembeli bahan makanan komersil. Kemampuan bioflok dalam mengawal konsentrasi ammonia dalam sistem akuakultur secara teoritinya mahupun secara praktikal dilihat ia telah terbukti sangat tinggi.  Dilaporkan dimana immobilisasi ammonia oleh bakteria heterotrof adalah 40 kali lebih cepat daripada oleh bakteria nitrifikasi. Di laporkan bioflok yang hadir dalam bioreaktor dapat menukar unsur N dengan konsentrasi 110 mg NH4/L hingga tahap 98% dalam sehari. Kajian ini menunjukkan bahawa bioflok mempunyai kapasiti yang besar dalam menukar nitrogen anorganik dalam air sehingga dapat memperbaiki kualiti air dengan lebih cepat. Agak teknikal dan sukar di fahami artikel ini oleh pembaca blog semua agaknya. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaity Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam111...
TEKNOLOGI BIOFLOK... APA BENDA....
KURANG DI FAHAMI... DI MALAYSIA...
LAPORAN KAJIAN.. RUJUKAN KITA...
KURANG FAHAM... TIDAK MENGAPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandr Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...