Penting di kongsikan maklumat asas mengenai hutan di Malaysia yang sebenarnya ia di bahagikan kepada beberapa lapisan. Pertama adalah Lapisan Kanopi Teratas (Emergent Canopy) dimana selalunya pada lapisan atas ini tumbuhan terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi dan dapat dilihat dari kejauhan. Selalunya ada banyak spesis burung seperti burung helang merupakan salah satu pemburu hutan yang boleh dilihat dalam hutan ini. Di Malaysia ada pokok yang mencatatkan rekod dimana penulis blog pernah berkunjung di lokasi pokok tersebut 7 tahun dulu di Sabah. Di laporkan dimana Pokok Menara ialah nama sebuah Pokok Damar Hitam Siput (Shorea faguetiana) di Lembah Danum, Sabah, Malaysia. Pokok ini sudah diukur berketinggian 100.8 m (331 ka) dimana rekod ini ia sekaligus menjadi pokok tropika tertinggi dunia serta pokok tertinggi diketahui di benua Asia (Sila lihat foto disebelah). Jenis lapisan kedua adalah Lapisan Kanopi Utama (Main Canopy) dimana ada banyak pokok-pokok dalam lapisan ini lazimnya tumbuh lebih rapat antara satu sama lain. Daun-daun pokoknya akan membentuk kanopi yang tebal sekaligus memudahkan untuk haiwan meluncur serta melompat dari satu dahan ke dahan yang lain seperti monyet dan burung. Haiwan ini juga bergantung kepada bunga dan buah-buahan pokok hutan sebagai sumber makanannya. Selain itu banyak jenis unggas berterbangan yang hidup dalam ekosistem ini. Seterusnya ke tiga adalah dikenali Lapisan Bawah Hutan (Understorey) dimana selalunya lapisan ini terbentuk daripada pokok-pokok yang lebih kecil serta tumbuhan menjalar. Anak pokok juga boleh dilihat dengan banyak di kawasan ini. Selain itu haiwan termasuk burung dan kelawar sangat kerap dijumpai berada di kawasan ini melalui ruang terbuka yang sedia ada. Apa pun dilaporkan di bawah ruangan ini binatang pemburu seperti harimau kumbang dan burung lebih besar kerap dilihat berkeliaran. Akhir sekali adalah ada Lapisan Lantai Hutan (Forest Floor) dimana selalunya di lapisan terbawah ini pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan boleh dilihat. Antaranya adalah termasuk bahan cendawan, bunga rafflesia, pokok renek serta pokok herba hidup dalam lapisan lantai hutan. Namun begitu selalunya jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan ini jarang bertahan lama atas faktor kekurangan mendapat cahaya matahari kerana terlindung dengan pokok-pokok tinggi. Dari kajian mendapati dimana di lapisan ini juga dapat dilihat pelbagai spesies haiwan seperti tapir, harimau, gajah, babi hutan, tenggiling dan pelbagai lagi. Haiwan liar ini dijaga dan di kawal oleh Jabatan Perhilitan Negara dibawah Akta Hidupan Liar ahar ia terpelihra dan tidak pupus akibat bertembung dengan tamadun manusia.
Berbalik kepada tajuk diatas dimana di Malaysia sudah banyak kali kempen dalam usaha menggalakkan orang ramai menanam pokok hutan. Program ini selalunya ia dijalankan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi mengingatkan generasi sekarang dan masa depan tentang pentingnya memelihara kehijauan bumi. Kerajaan malaysia melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) selalu mereka mempergiatkan lagi program menanam lebih banyak pokok selepas melancarkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok selama lima tahun bermula tahun ini sehingga 2025 pada Januari 2024. Apa pun galakan menanam pokok hutan yang berterusan diyakini mampu mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan hutan dan juga alam sekitar. Walaupun segelintir masyarakat sudah biasa dengan aktiviti penanaman pokok akan tetapi kini dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim, kempen ini akan membawa makna yang lebih penting kerana sumbangannya bukan sahaja untuk Negara malahan untuk masyarakat sejagat. Di Malaysia terdapat ada hampir 15,000 spesies tumbuhan vaskular dan daripada jumlah itu lebih 5,000 spesies adalah pokok. Pokok dilihat sebagai ia sebahagian daripada elemen semula jadi yang penting dan mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan manusia. Perlu di bertitahu kepada umum apakah dia pokok?. Ini kerana pokok (tree) ialah sejenis tumbuhan berkayu yang mempunyai berkas vaskular. Biasanya dilaporkan sesuatu pokok memiliki satu batang utama, lurus dan tegak, bercabang menjadi dahan dan ranting berserta daunnya tumbuh jauh dari permukaan tanah untuk membentuk silara pokok yang juga hasil gabungan antara dahan, ranting dan daun. Pokok meninggalkan kesan penting ke atas tanah di samping kesan kepada iklim dan mikroiklim. Silara pokok memerangkap sinaran matahari dan mengurangkan tenaga haba yang sampai pada permukaan tanah. Bahan-bahan luruhan dari pokok membentuk lapisan yang memerangkap lembapan yang menghalang permukaan tanah daripada kekeringan atau terlalu panas. Apa pun perlu diingat dimana langkah awal yang perlu diambil sebelum menanam sesuatu pokok yang diinginkan adalah mengenal pasti spesies pokok berkenaan. Bagaimana untuk mengecam atau mengenal pasti spesies pokok sama ada spesies pokok boleh dikenali melalui habitat semula jadi atau boleh dicamkan menggunakan ciri-ciri lapangan dan ciri-ciri herbarium. Pada penulis blog memahami jika dalam sesuatu habitat terdapat pelbagai spesies pokok. Contohnya dalam hutan dipterokarpa tanah pamah mengandungi pokok-pokok utama daripada famili Dipterocarpaceae terdiri daripada jenis famili pokok balak terkenal terdiri daripada Anisoptera (Mersawa), Dipterocarpus (keruing), Dryobalanops (kapur), Hopea (merawan), Neobalanocarpus (chengal), Shorea (meranti) dan Parashorea.
Apa pun dilaporkan dalan hutan tanah pamah ini sering ditumbuhi lebih 240 spesies pokok dalam kawasan seluas satu hektar bersama-sama dengan pokok renek, herba dan pokok-pokok lain. Habitat semula jadi lain yang dijumpai di negara kita termasuk hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa bukit atas, hutan oak gunung, hutan ericaceous gunung, hutan paya laut, hutan paya gambut, hutan paya air tawar, hutan pinggir riparian, hutan pantai, hutan rawa dan hutan batu kapur. Ada beberapa spesies pokok hanya sesuai hidup di habitat tertentu. Contohnya hutan paya gambut yang mempunyai tanah gambut sedalam 0.5 hingga 50 meter dan pokok yang boleh hidup di kawasan ini termasuk Mersawa Paya (Anisoptera marginata), Meranti Paya (Shorea platycarpa), Meranti Bunga (Shorea teysmanniana), Ramin Melawis (Gonystylus bancanus), Kempas (Koompassia malaccensis) dan Durian Paya (Durio carinatus). Apa pun selain habitat dimana antara ciri-ciri lapangan yang boleh digunakan untuk mengecam pokok adalah bentuk dan warna silara pokok, sifat dan warna batang pokok, permukaan dan warna kulit pokok, warna, getah, susunan serta bau kulit dalam pokok itu. Bagi spesis pokok jelawai, ketapang, sesendok dan kapok pula ia mempunyai silara pokok bentuk pagoda. Dalam pada itu bagi spesis pokok meranti tembaga, mersawa merah, bayur bukit dan nyatoh taban merah mempunyai silara pokok berwarna kuning tembaga atau merah keperangan. Pokok asam pupoi, inggir burung dan pulai mempunyai batang berbelimbing, manakala pokok pelong dan pauh kijang mempunyai batang berbanir kembang serta nipis. Sebaliknya pokok kempas dan chengal berbatang dengan banir kuncup. Apa pun selain itu dilaporkan ada ciri-ciri kulit pokok boleh digunakan untuk mengecam sesuatu pokok. Contohnya pokok ara berteh dan perupok mempunyai kulit berpuru-puru. Sementara pokok damar minyak, merbau dan kasai berkulit bopeng, pokok geronggang dan pelawan pula berkulit mengelupas dalam jalur-jalur panjang dan meninggalkan kulit batang yang licin. Isi kulit pokok juga dapat membantu dalam kerja pengecaman pokok semasa di lapangan. Beberapa spesies pokok mengeluarkan damar (resin) atau getah berbagai sifat dan warna apabila isi kulit ditakek. Contoh kaum damar atau dipterokarpa, kaum kedondong, damar minyak dan tetebu berbatang mengeluarkan damar, manakala pokok pulai, jelutong dan ara mengeluarkan getah berwarna putih. Kebanyakan pokok rengas dan macang mengeluarkan getah hitam. Ciri-ciri herbarium juga digunakan untuk mengenal spesies melalui ciri-ciri dan jenis-jenis daun, bunga serta buah. Kesemua ciri-ciri ini perlu dinilai untuk memperolehi pengecaman spesies yang tepat. Manfaat dapat mengenal pasti spesies pokok selain untuk pemilihan spesies adalah untuk mengetahui kegunaan atau nilainya kerana ia berkaitan dengan matlamat kita menanam pokok. Ini adalah satu lagi pertimbangan penting yang perlu dibuat. Tidak semestinya pokok yang tumbuh di persekitaran kita boleh ditanam di mana-mana kawasan. Dengan mengetahui spesies pokok yang ingin ditanam, maka mudah untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan bagi memastikan pokok itu dapat tumbuh dengan baik dalam jangka hayat yang lebih panjang di kawasan yang ditanam.
Dalam hutan di Malaysia ada pokok kadang-kadang boleh menjadi terlalu besar atau terlalu kecil untuk tujuan penempatan yang diduduki kita. Namun selalunya aktiviti menanam pokok boleh menjadi lebih mudah dengan memilih spesies pokok yang sesuai untuk tapak penanaman kita dengan mengenal pasti spesies yang dipilih dengan tepat. Keseluruhan konsep di sebalik pokok yang betul, di tempat yang tepat bermaksud jika kita memilih tumbuhan yang sesuai dengan lokasi ia ditanam, pokok itu akan berfungsi dengan baik dan sihat serta mampu berdepan masalah dengan persekitaran. Menurut laporan oleh FRIM dimana pemilihan spesies pokok yang sesuai untuk ditanam di sesuatu kawasan hendaklah ianya bersesuaian dengan tapaknya dan memberi manfaat kepada persekitaran ekologi serta dapat memenuhi usaha pemuliharaan. Bagi pemilihan dan penanaman pokok untuk sesuatu skim penanaman di kawasan yang besar, elakkan menanam satu atau dua jenis spesies pokok sahaja. Campuran tanaman berbagai jenis spesies pokok dapat mewujudkan persekitaran yang lebih stabil dari segi ekologi tumbuhan itu terutamanya. Pemilihan spesies yang sesuai hendaklah memenuhi matlamat penanaman dan bersesuaian dengan tapaknya. Antaranya pemilihan spesies pokok yang perlu dipertimbangkan ialah mengutamakan pokok tempatan, mempunyai pertumbuhan yang cepat dengan penjagaan yang minimum, mempunyai akar yang dalam, bersesuaian dengan keadaan tanah, kurang keguguran daun, ranting atau buah yang banyak, dan tidak menghasilkan buah atau getah yang beracun. Dilaporkan dimana masih ramai orang berminat menanam spesies pokok hutan di halaman mereka tanpa menyedari pokok itu akan menimbulkan masalah penyelenggaraan terutama sekali bagi mengawal pertumbuhan supaya tidak mengganggu atau merosakkan kemudahan awam yang ada di sekitarnya. Bagi membantu orang ramai dalam membuat pemilihan pokok maka pihak FRIM menawarkan khidmat nasihat pengecaman spesies pokok atau mengenal pasti jenis pokok supaya pemilihan spesies pokok yang sesuai dengan keadaan tapaknya bagi menepati tujuan penanaman. Herbarium ialah tempat simpanan spesimen tumbuhan yang dikutip di lapangan yang telah dikeringkan dan disusun mengikut sistem klasifikasi tertentu. Spesimen yang diawet disimpan dalam bentuk arkib bagi memastikan ketahanannya untuk tempoh yang lama. Herbarium turut menjadi pusat rujukan bagi golongan taksonomi, penyelidik ekologi dan pelajar untuk mengecam dan mencirikan tumbuhan. Herbarium dilihat mampu untuk menyimpan koleksi bernilai sejarah seperti tip (spesimen asal yang menjadi rujukan bagi mengesahkan sesuatu spesies) daripada takson baharu, di samping berfungsi sebagai pusat penyimpanan data. Spesimen-spesimen ini amat berguna sebagai rujukan untuk pengecaman tumbuhan, penentuan lokasi dan julat, kelimpahan, habitat, musim pembungaan serta pembuahan sesuatu tumbuhan. Dilaporkan sudah ada 'Herbarium di FRIM' yang juga dikenali sebagai Herbarium Kepong adalah yang terbesar dan tertua di Malaysia. Ia bermula pada 1916 sebelum diiktiraf sebagai Herbarium Kebangsaan Malaysia pada 1990 dengan memiliki koleksi dari dalam dan juga kawasan rantau sekitarnya melebihi 400,000 spesimen. Ia menyimpan koleksi lama yang bersejarah dan amat berharga, juga spesimen spesies baharu, spesies yang jarang dijumpai serta spesies yang terancam dan hampir pupus di negara ini. Biarpun pada awalnya Herbarium Kepong mendokumen flora berkayu terutama koleksi spesies kayu balak, mandatnya kemudian diperluas merangkumi koleksi kajian dan pemeliharaan semua tumbuhan vaskular di Malaysia termasuk buluh, rotan, palma, halia hutan, famili tumbuhan herba, orkid, pemanjat, paku-pakis dan likofit. Apa pun dilaporkan ada spesimen kepelbagaian tumbuhan di Herbarium Kepong digunakan untuk penilaian dan huraian perbezaan antara spesies tumbuhan atau untuk penyediaan laporan berkaitan tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan. Sebagai herbarium kebangsaan dimana institusi ini memberi khidmat dan menyediakan fungsi sebagai pusat rujukan serta penyelidikan tumbuhan vaskular; menjalankan kajian asas botani dan mendokumen hasil penemuan penyelidikan melalui penerbitan. FRIM turut menyediakan kemudahan kajian berkaitan sains seperti ekologi, silvikultur dan penilaian alam sekitar, menyediakan data dan maklumat untuk pengurusan perhutanan, perancangan dan tujuan bagi pemuliharaan serta pendidikan terutamanya kursus pengecaman pokok hutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK JENIS POKOK.. DI MALAYSIA...
KEMPEN MENANAM... PROGRAM ADA..
MEMBACA ARTIKEL...SERONOK JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Muharam 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.