Support My Blog

Thursday, August 29, 2024

KENAPA PERLU TAHU KHASIAT KUNYIT?

HERBA KUNYIT
(Cucuma domestica) atau pun Tumeric merupakan satu jenis Umbisi tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga iaitu famili Zingiberaceae. Kehebatan kunyit dalam dunia kesihatan memang tidak disangkal lagi kerana ia memang sering digunakan dalam perawatan. Tumbuhan ini dari segi sejarah dipercayai telah lama di tanam di negara India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. Apa yang saya baca dimana di India dan Indo-Malesia kunyit dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi oleh Marco Polo yang telah direkodkan. Pada tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (kawasan yang berjiran dengan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar. Laporan tersebut juga saya dapati bermaksud mungkin serbuk kunyit seperti saffron. Pada masa ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika. Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam bahasa Sankrit ia dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil (Manja), Inggeris (Tumeric), Cina (Kiang-hoang) dan Jawa (Kunyir). Penanaman kunyit di Malaysia tidak begitu luas dimana laporan daripada Jabatan Pertanian ada seluas 196 hektar ditanam di Malaysia dengan menghasilkan sebanyak 1,654 metrik tan pada tahun 2023 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Kebanyakan tanaman kunyit dilakukan dipinggir kawasan kebun sayur atau ditanam dikawasan keliling rumah. Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan diatas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 cm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8cm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60cm antara baris dan 25cm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara, sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan. Pembajaan kunyit dengan menggunakan baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja sebatian dengan kadar 60kg N, 30kg P, 90kg K per hektar di bubuh 3 kali sepanjang masa penanaman. Hasil kunyit sebanyak 15 - 25 t/ha. Selepas lebih kurang 9 - 10 bulan ditanam, rizom boleh dituai apabila pokok menjadi kuning, dengan menggalinya menggunakan cangkul. Pembungkusan secara pukal tidak melebihi 40kg dengan menggunakan bekas yang kukuh. Beg dari jenis polietilena, beg kertas dan beg dari jenis filem polivinil klorida boleh digunakan untuk tujuan pembungkusan runcit. Produk kunyit segar lazimnya dijual secara timbangan berat berbanding dengan kunyit yang digunakan untuk pemprosesan bagi dijadikan serbuk dalam buntil guni. Saya menulis lebih dari 25 artikel mengenai kunyit yang boleh diakses dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel subuh Selasa ini saya terus menulis artikel ke 8,114 didalam "Anim Agro Technology" mengenai laporan media akan kehebatan khasiat kunyit bagi kesihatan untuk rujukkan semua para pembaca.


Walau pun banyak jenis kegunaan dan manfaat kunyit untuk ia di ambil didalam makanan, perubatan dan kosmetik akan tetapi adalah amat penting jika pembaca perlu lebih tahu dan faham akan apa dia manafaat dari sudut kesihatan. Memang didakwa t
erdapat beberapa manfaat herba iaitu kunyit yang diyakini dapat diperolehi untuk kesihatan tubuh. Ia bermula dari menjaga sistem kekebalan tubuh sehingga ia amat diyakini dapat mencegah kanser. Namun begitu didakwa ada beberapa manfaat tersebut yang tentunya masih lagi ia  memerlu kajian lanjutan. Herba kunyit merupakan salah satu rempah yang mempunyai beragam khasiat khususnya untuk kesihatan. Sebab banyak laporan dan testimoni yang dakwa dimana jenis rempah kunyiit dengan nama ilmiah Curcuma longa ini diketahui memang ia kaya akan nutrisi seperti zat vitamin, mineral, protein dan mengandung zat curcumin. Apa pun dilaporkan cucurmin ini sendiri adalah bahan berwarna kuning pada kunyit yang bersifat antioksidan dan bersifat anti inflamasi. Selalunya selain dijadikan rempah atau bumbu masakan yang mampu meningkatkan cita rasa herba kunyit ini  juga dianggap sebagai salah satu jenis makanan sihat  yang perlu di gunakan. Wajar diketahui akan apa dia khasiat dan juga manfaat kunyit bagi kesihatan. Kesan dari zat yang ada pada kunyit pertama ia dilaporkan mampu Menjaga Sistem Kekebalan Tubuh penggunanya. Ia adalah salah satu manfaat kunyit yang sudah diyakini dapat diperolehi jika diambil iaitu mampu menjaga sistem kekebalan tubuh. Perkara ini adalah ia berdasarkan beberapa kajian klinikal bertajuk 'Spicing up of the immune system by curcumin' yang ditulis pada 2007 dahulu. Zat curcumin pada kunyit didakwa dan ia diyakini dapat membantu melawan infeksi berbagai virus dimana ini termasuk herpes dan flu. Meski begitu dilaporkan juga dimana ada sebahagian besar kajian ini yang perlu di lanjutkan. 


Khasiat kunyit kedua dimana ia ada dilaporkan mampu Melindungi
Tubuh dari Isu Radikal Bebas kerana hasil dari kajian bertajuk 'Antioxidant and anti-inflammatory properties of curcumin' iaitu mendapati yang salah satu manfaat kunir adalah membantu tubuh melawan radikal bebas. Kajian mendapati dimana bahan  kandungan antioksidan pada rempah kunyit tersebut memang ia bermanfaat dalam meneutralkan radikal bebas didalam tubuh manusia yang mengambilnya. Kehebatan yang ke tiga mengenai kunyit adalah dimana ia dilaporkan mampu untuk dapat Menurunkan Risiko Penyakit Jantung iaitu sejenis penyakit zaman moden kini. Dilaporkan dimana penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian terbanyak di dunia akibat perubahan pola kehidupan masyarakat zaman ini. Bahan cucurmin pada kunyit dipercayai dapat membantu meningkatkan fungsi endotelium. Endotelium sendiri adalah ia merupakan sejenis lapisan pembuluh darah pada tubuh yang berfungsi untuk mengatur akan isu tekanan darah, pembekuan darah dan berbagai proses kardiovaskular lainnya pada tubuh manusia. Perlu diketahui juga bahawa terjadinya gangguan fungsi endotelium merupakan salah satu pemicu utama terjadinya penyakit jantung. Apa yang menarik lagi mengenai hasil kajian dimana ada beberapa penyelidikan lain yang berjaya menyebutkan bahawa curckumin dalam kunyit didakwa ia dapat meningkatkan kesihatan jantung dan dapat mengurangkan akan kesan peradangan dan oksidasi pada jantung. Kajian mendapati dimana faktur kedua perkara ini diliha ia sama-sama berperanan dalam kejadian masaalah penyakit jantung.


Khasiat lain yang perlu pembaca tahu mengenai kunyit dimana yang keempat ia 
Mampu Meredakan Gejala Tekanan atau Depresi kepada penggunanya. Apa pun perlu diketahui bahawa tekanan atau depresi dapat menyebabkan keberadaan protein yang dikenal sebagai brain-derived neurotrophic factor (BDNF) berkurang. Selain itu bahagian otak yang berfungsi untuk membantu pembelajaran dan memori iaitu bernama hippocampus mulai menyusut. Hasil kajian penelitian yang berjudul 'Potentials of Curcumin as an Antidepressant'  didapati yang mana ia menunjukkan bahawa senyawa curcumin dapat meningkatkan kadar BDNF. Apa yang lebih menariknya lagi iaitu kajian tersebut juga menyebutkan bahawa bahan iaitu cucurmin ini dalam kunyit sama efektifnya dengan jenis ubat anti-depresion seperti fluoxetine dalam menguarangkan akan gejala tekanan perasaan. Bahan cucurmin ini juga dikabarkan dapat meningkatkan kadar serotonin dan dopamin. Dilaporkan dimana kedua bahan ini sama-sama berfungsi untuk mengaturkan situasi perasaan setiap hari dan juga mengawal akan fungsi tubuh lainnya. Paling orang suka mendengar adalah kehebatan kunyit bagaimana ia dilaporkan memang Diyakini Dapat Mencegah Kanser. Kanser adalah merupakan penyakit yang ditandai dengan pertumbuhan sel-sel unik secara tidak terkawal pada organ atau mana-mana organ pada badan yang khusus. Hasil laporan kajian dimana salah satu kajian bertajuk 'Curcumin and Cancer' telah berjaya menyatakan dimana bahan cucurmin pada kunyit bermanfaat dalam memengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanser. Apa pun dimana kehebatan kunyit juga ia diyakini dapat membantu dalam membunuh dan mematikan sel kanser, dapat mengurangkan akan penyebaran se; kanser atau dinamakan 'metastasis' dan mengurangkan isu angiogenesis. Angiogenesis sendiri merupakan pertumbuhan darah baru pada tumor kepada pesakit. Memang ada banyak khasiat kunyit yang boleh dirujuk dalam banyak kajian dan testimoni pengguna. Kehebatan ini bermula daripada kegunaannya dalam menjaga sistem kekebalan tubu sehingga diyakini dapat mencegah kanser. Meskipun ia adalah hanya berdasarkan kepada beberapa penyelidikan yang agak dilihat memang menjanjikan akan tetapi beberapa manfaat tersebut tentunya masih memerlukan banyak kajian klinikal lebih lanjut mengenai keberkesanannya. Selain itu dilaporkan dimana herba kunyit mungkin berisiko menimbulkan beberapa kesan sampingan jika diambil dengan jumlah yang berlebihan. Semuga artikel kali ini memberikan info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KUNYIT...KHASIAT BANYAKNYA....
BAHAN CUCURMIN...ITULAH RAHSIANYA...
PELBAGAI MASAALAH... KAJIAN DAH ADA....
PERCAYA ATAU TIDAK...SEMUA FIKIRKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putraajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(223 Safar 1446H).
Posted from
Room 518; 
Zenith Hotel Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...