Merujuk kepada facebook daripada Jabatan Pertanian Johor ada laporan menyatakan bagaimana 'Indigofera VS Dedak' yang mana ia boleh dijadikan bahan rujukkan. Apa pun dilaporkan yang tanaman Indigofera sememangnya ia agak baru di Malaysia tetapi telah lama digunapakai dinegara jiran Indonesia secara intensif. Setengah pendapat mengatakan tanaman ini adalah berasal dari Negara India walau pun ada varieti lokal juga di Malaysia. Pada penulis blog dimaa dari mana asalnya tumbuhan ini adalah tidak penting keraana banyak kajian dan laporan dimana tanaman ini adalah jawapan terbaik sebagai makanan ternakan termasuk ternakan air bagi menggantikan dedak. Dari beberapa kajian didakwa dimana ada kenyataan iaitu kandungan protein pada daun indigofera ini adalah sehingga 35% di samping ada kandungan zat lain termasuk fiber. Adalah dikaji dimana tanaman Indigotera jauh lebih baik daripada tumbuhan Rumput Napier Pak Chong (Jenis pastura Napier yang paling baik di kalangan napier di Malaysia dan meluas digunakan). Pernah di buat plot pemerhatian di Johor dimana seorang penternak dan petani dikenali dengan En Yasirun yang mengusahakan tanaman Indigofera di Kempas, Johor Bahru sebagai rujukkan. Dakwa beliau dimana dia kini amat berkeyakinan yang tanaman ini boleh mengurangkan kos makanan dimana kalangan penternak perlu mengambil peluang ini sebaik mungkin. Penulis blog setuju setelah membuat tinjauan di beberapa lokasi lain dimana dengan ketinggian sekitar 1 - 2 meter ianya mudah di uruskan dan dijaga (Sila lihat foto paling atas sekali). Apa pun penternak Yashirun ini menanam dengan kapasiti sebanyak1,000 pokok seekar (atau keluasan 0.4ha) dan kini dia boleh dituai setiap 2 minggu sekali untuk dijdikan makanan ternakannya. Apa pun dia sarankan agar lebih ramai para penternak mengikuti langkahnya dimana mereka tidak perlu berfikir itu dan ini dalam membeli makanan ternakan termasuk membeli bahan dedak. Dilaporkan dimana tanaman indigofera merupakan antara tanaman yang dijadikan pilihan terbaik kepada penternak. Ia memang mempunyai kandungan bahan protien dan fiber yang tinggi untuk ternakan dan boleh dijadikan sebagai penganti makanan dedak yang harganya semaikn naik dan tanaman ini memang mudah di jaga.
Dalam portal kompas.com dengan tajuk laporan bertajuk 'Pakan Indigofera Untuk Ternak Kambing' memang sesuai dijadikan bahan rujukkan dan ditulis semula dalam bahasa Malaysia. Salah satu komponen penting dalam sistem produksi ternakan adalah bahan makanan ternakan (pakan ternak). Apa pun pakan ini bahkan mencakup sehingga 70% dari total kos pengeluara ternakan. Tingginya kos ini umumnya kepada aktiviti ternakan berpunca dari sistem penyediaan bahan makanan yang belum cekap dan masih menggunakan bahan konsentrat yang berasal dari biji-bijian, bijirin (cereal) dan sisa pertanian sebagai bahan asas utama. Sementara biji-bijian dan cereal tersebut juga digunakan untuk industri yang lain. Akibatnya dimana isu keberadaannya tentu saja semakin kurang ada (langka) menyebabkan harganya mahal serta relatif susah terjangkau oleh peternak kecil-kecilan. Isu ini memerlukan supaya diadakan alternatif lain agar keperluan bahan makanan ternakan iini tetap mencukupi baik dari segi kualiti maupun kuantiti. Caranya adalah dengan memanfaatkan tumbuhan atau hijauan lokal sebagai pakan tambahan ternakan dimana salah satu tumbuhan yang sudah dikenalpasti oleh para peternak sebagai bahan asas pakan alternatif yang menguntungkan adalah Tanaman Indigofera. Apa pun indigofera merupakan hijauan pakan ternak jenis leguminosa dimana selain mempunyai nilai nutrisi yang tinggi, tanaman ini dulu sering digunakan sebagai pewarna semulajadi bagi industri pakaian.Tanaman indigofera dibawa oleh bangsa Eropah ke Indonesia dimana ia sekarang namanya pun sudah popular sebagai 'Tarum' dimana ia sudah tersebar di mana-mana sahaja sebab ia mudah beradaptasi. Tanaman indigofera memiliki kandungan fosforan (P), kalsium (K) dan nitrogen (N) yang tinggi sehingga ia juga merupakan sumber makanan ternakan yang baik. Ketika ini ada ramai orang terutama peternak yang ingin tahu cara bagi menanam dan mengusahakan tanaman indigofera yang baik. Semua perkara ini tentu saja untuk tujuan bagi keperluan bahan makana ternakan tambahan bagi ternakan mereka. Didakwa ada banyak sekali keuntungan menanam indigofera ini sebagai pakan ternak sebab disamping tanaman ini mudah tumbuh juga perlukan perawatan sangat minima sehingga tidak akan perlukan banyak masas menjaganya termasuk isu , tenaga dan kos biaya untuk mendapatkan bahan pakan ternak. Tanaman indigofera juga mampu hidup dengan subur baik di kawasan dataran tinggi maupun dataran rendah. Jadi semua penternak tidak perlu khuatir akan kes-kes gagal jika menanam tanaman indigofera ini kerana cara menanam indigofera ini memang sangatlah mudah.
Apa pun dilaporkan diantara ciri-ciri indigofera antara lain dimana ia tergolong dari Keluarga Leguminoceae iaitu dari kelompok kekacang daripada genus Indigofera yang mempunyai bentuk pokok dengan ukuran sedang (renek) dengan tumbuh tumbuh tegak, jumlah cabangnya banyak, akarnya boleh menembus didalam tanah cukup dalam. Ciri pada warna daun hijau terang pada bahagian permukaan dan jika berumur 12 bulan sudah mula berbunga dengan bunga berwarna unggu dan ketika berumur 12 bulan tinggi tanaman akan encapai 2 meter dengan diameter batang 18-20 cm. Apa pun ia boleh tumbuh dengan baik pada kawasan tanah dengan ketinggian sampai 1,200 meter dari permukaan laut serta tumbuh di tanah yang kurang subur dan tahan terhadap musim kemarau yang panjang. Pembiakan tumbuhan ini boleh dilakukan dengan menggunakan biji dan dilaporkan tidak sesuai diperbanyakan dengan memakai cara Keratan Batang (dulu tetapi kini ia mudah di tanam dengan cara ini). Biji matang indigofera perlu disemai lebih dahulu di dalam polibag selama 60 hari kemudian apabila sudah tumbuh baru ditanam. Tahap pertumbuhan penanaman iaitu dengan biji sekitar 80%. Hasil pengeluaran (produksi() yang dilaporkan bagi Indigofera pada masa tanaman berumur satu tahun dengan jarak tanam 1 x 0.5 meter dapat menghasilkan hasil bahan kering 33.25 mt/ha/tahun dengan jangkamasa pemotongan 3 bulan sekali dimana tinggi pemotongan 1.5 m di atas permukaan tanah. Setelah pemangkasan 1.5 meter bagi setiap pokok tersebut kemudian ia akan tumbuh sebanyak 28 tunas dengan kadar (ratio) daun dengan batanga adalah sekitar 0.72. Dilaporkan kandungan nutrisi Indigofera kaya akan protein, kalsium dan fosfor dimana tanaman ini jika berumur 1 tahun dengan jangkamasa pemotongan 3 bulan terkandung bahan Protein Kasar (PK) purata 23.20%, Bahan Organik 90.68%, NDF 36.72%, Posforan 0.83% dan kandungan Kalsium 1.23%. Dengan kandungan nutrisi ini dilaporkan ia adalah tanaman Indigofera sangat baik untuk digunakan sebagai makanan ternakan termasuk kepada jenis kambing sepanjang tahun. Pemanfaatan Indigofera sebagai pakan ternak dapat menggunakan berbagai teknologi diantaranya dengan tanaman indigofera segar dicampur dengan rumput lapang atau jenis rumput yang diintroduksi; teknologi silaj dengan bahan tambahan molasses. Sebaiknya bahan Indigofera diberikan dalam bentuk tepung dengan cara dikeringkan di bawah sinaran panas matahari selama kurang lebih 2 hari setelah itu selanjutnya digiling dengan mesin penggiling hingga menghasilkan tepung makanan ternakan (Sila lihat foto disebelah). Tanaman Indigofera yang diberikan pada ternakaan dengan taraf pemberian bahan Indigofera sekitar 45% ditambah rumput Brachiaria ruziziensis sebanyak 55% dilaporkan mampu menghasilkan jumlah pengambilan bahan kering ternakan dimana menjadikan Indigofera iaitu sekitar 190 ekor/gram sehari dan Brachiaria ruziziensis iaitu dengan kadar 232 ekor/gram sehari dengan jumlah total pemberian sebanyak 422 gram seekor/hari. Selanjutnya ia dilihat menghasilkan respon ternakan terhadap pemberian Indigofera dan rumput segar terhadap pertambahan berat badan harian hidup ternak adalah 52.38 gram/ekor sehari dengan efisiensi penggunaan pakan 0.12. Pemprosesan iaitu dengan teknologi silaj Indigofera untuk makanan ternakan iaitu formulasi tanaman Indigofera segar kurang lebih 100 kg dilayukan selama 4 jam di bawah sinaran matahari lalu ia juga ditambahkan dengan molases dengan takaran 15% dari berat Indigofera segar dimana setelah itu dicampur sehingga rata dan ia kemudian dimasukkan ke dalam tong silo yang kedap udara lalu didiamkan selama 30 hari. Pemberian makanan silaj Indigofera sebagai makanan ternakan dengan kadar (porsi) pemberiaan 65% silaj Indigofera ditambahkan 35% pakan konsentrat didakwa yabg cara ini menghasilkan nilai konsumsi bahan kering ternak sebesar 452 gram/ekor/hari dan berjaya menghasilkan respon ternakan terhadap bahan pemberiaan silaj Indigofera menambahkan berat badan harian hidup ternakan sehingga 93 gram seekor/hari. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SUDAH POPULAR... DI INDONESIA...
MAKANAN TERNAKAN...RUPANYA...
BACA ARTIKEL... INFO DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Safar 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.