Mengetahui akan cara pemakanan haiwa kerbau adalah asas kepada kerberadaan ekosistem ternakan kerbau. Selalunya kerbau hidup dengan pelbagai tumbuhan air ketika banjir dengan meragut sambil ia juga menyelam dimana ia kemudian mendongak keluarkan air sambil menggigit secukupnya tumbuhan yang boleh dimakan. Kerbau ini akan makan rumput mensiang, keladi bunting, Arundo donax, (sejenis Cyperaceae) dan juga tumbuhan jenis Juncaceae. Sesetengah tumbuhan ini amat bernilai bagi orang tempatan akan tetapi kebanyakannya akan terbiar sebagai tumbuhan ragutan ruminan di apangan. APa pun dilaporkan yang tumbuhan keladi bunting adalah 'pest weed' kepada petani dimana ia menyusahkan di sesetengah lembah tropika dan kerbau boleh digunakan untuk mengemaskan laluan kepada aliran perjalanan atau arus air yang tersekat olehnya. Apa pun dilaporkan kerbau memang menyukai jenis fodder hijau yang tumbuh meluas digunakan bertujuan untuk pengeluaran susu intensif serta tujuan penggemukan kerbau. Banyak tanaman fodder yang disimpan sebagai rumput kering, dicincang atau d hancurkan termasuk jenis rumput Alfafa, daun, batang atau sisa tanaman pisang, ubui kayu, petai belalang, pokok kenaf, batang jagung, oat, kacang tanah dan banyak lagi. Menyentuh bagaimana pembiakan haiwan kerbau mudah di fahami. Ini kerana spesis kerbau paya akan lazimnya lewat membiak berbandn-ing dengan spesis kerbau sungai. Kerbau Jantan dilaporkan dijadikan baka jantan seterlah ia berumur antara 3 - 3.5 tahun di ternak di India, Mesir dan Pakistan. Bagaimana pun di Itali dilaporkan baka anak jantan di jadikan pembaka jantan setelah berumur 2 tahun sahaja boleh dijadikan pembaka sehingga berumur 12 tahun. Apa pun dilaporkan yang kelakuan mengawan ydimana kada seekor kerbau sungai jantan yang bagus dapat membuntingkan 100 ekor betina dalam setahun. Terdapat pengaruh bermusim yang kuat terhadap masa mengawan kerbau kerana perlu di ketahui yang jika ada tekanan haba mengurangkan kerbau untuk mengawan. Walaupun haiwan kerbau jenis poliestrus, namun kecekapan pembiakannya amatlah berbagai-bagai sepanjang tahun. Dilaporkan yang kerbau betina menunjukkan keadaan perubahan musim yang ketara dalam esterus dimana kadar penyuburannya dan kelahiran anak agak unik. Umur betina pada pembiakan (estrus) yang pertama berbeza-beza antara baka dalam 13 - 33 bulan akan tetapi selepas mengawan pada estrus pertama selalunya tidak subur dan selalunya tertangguh hingga usia tiga tahun. Gestasi bagi kerbau selalunya diantara 281-334 hari. Kerbau paya selalunya akan mengandungkan anak seminggu dua lebih lama daripada kerbau sungai.
Apa pun ternakan kerbau adalah sumber haiwan ruminan yang amat penting kerana ia membekalkan daging dan susu sekurang-kurangnya di 67 buah negara diseluruh dunia. Haiwan kerbau juga dilihat ia menyerupai penternakan lembu namun ia lebih kuat dan besar saiznya. Populasi haiwan ini telah mencecah kira-kira 207 juta dan sebanyak 97% berada terutama ia berada di negara-negara Asia. Dalam pengkelasan lain di laporkan umumnya bagi kerbau terdapat dua jenis kerbau di dunia iaitu Asian Water Buffalo (Bubalus bubalis) dan juga spesis lain African Buffalo (Syncherus caffer). Jenis Asian Water Buffalo diternak untuk tujuan mendapatkan kuasa daripada haiwan (bekerj), susu dan daging. Apa pun sudah di kaji yang populasi Asian Water buffalo berada di kawasan Asia dimana ia terbahagi kepada dua jenis sub- spesies iaitu River Buffalo dan Swamp Buffalo. Apa pun dilaporkan yang populasi African buffalo terletak di kawasan Afrika dimana dilaporkan juga yang spesis African Buffalo mempunyai dua jenis juga subspecies iaitu Cape Buffalo (Syncerus caffer caffer) dan Forest Buffalo (Syncerus caffer nanus). Ciri-ciri khas bagi spesis Asian Water Buffalo dimana ia mempunyai jangka hayat di antara 15 hingga 25 tahun dan jangka hayatnya dijangka meningkat sekiranya ia dibela oleh penternak dan dijaga dengan baik. Dilaporkan spesis ini ia memiliki tanduk yang terpanjang di dunia. Jenis ini juga mudah terjejas sekiranya cuaca terlalu panas ekoran jumlah kelenjar peluh yang rendah. Bagi speisis River Buffalo pula biasanya didapati di negara Asia Barat, India, Pakistan, Iran, Iraq, Nepal, Sri Lanka dan Bangladesh. Ia mempunyai badan yang berwarna hitam dan memiliki tanduk berbentuk melengkung. Ia gemar berkubang di aliran air deras yang bersih seperti sungai. Haiwan yang jantan dewasa mempunyai berat di antara 450 dan 1000kg dimana penulis blog pernah membuat tinjauan teknologi ke projek ternakan kerbai di Faisalabad, Pakistan pada tahun 2014 dahulu (Sila lihat foto paling bawah sekali). Dalam pada itu spesis Swamp Buffalo yang terdapat di negara Asia Timur seperti di Burma, China, Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand and Vietnam. Apa pun dilihat yang spesis ini ia mempunyan warna badan kelabu gelap serta berjalur putih dan memiliki tanduk yang lurus dan panjang. Kerbau jenis ini dilihat ia amat suka berkubang di kawasan paya. Kerbau jantan dewasa mempunyai berat di antara 325 dan 450 kg.
Kerbau adalah sejenis herbivor dimana banyak kajian dilaporkan antara makanan utamanya adalah rumput, namun jika tiada dimana ia boleh memakan herba, buah, kulit kayu, tanaman dan pokok-pokok renek. Pilihan makanan kerbau adalah lebih meluas berbanding cara permakanan bagi lembu. Pilihan makanannya disesuaikan mengikut perubahan musim. Apabila musim hujan, ia akan mencari rumput akuatik dan tumbuhan tanah mendap. Apabila musim kering selalunya kerbau akan memakan pelbagai jenis tumbuhan seperti daun, herba dan rumput. Ia mampu memakan sebanyak 6 hingga 30kg bahan kering sehari. Biasanya ia meragut pada waktu pagi dan petang. Apa pun sama seperti lembu sebagai haiwan ruminan dimana ternakan kerbau juga pastinya ia mempunyai empat bahagian perut. Ia mampu untuk terusn mengunyah sebahagian makanannya bila-bila masa dan kemudian akan memuntahkan balik makanan itu dan seterusnya memakan makanan itu buat kali kedua dan mencernakannya untuk mendapatkan nutrien. Apa pun 'aktiviti berkubang' kepada haiwan kerbau sangat sinonim. Kerbau banyak meluangkan masanya dengan berkubang di dalam air dan paya sama ada di waktu siang hari atau malam. Kakinya yang lebar selalu ia membolehkannya bergerak dan tidak tenggelam terlalu dalam di kawasan berlumpur. Badannya yang gelap serta kurang berpeluh menyebabkan kerbau sukar untuk menyejukkan dirinya dengan cepat apabila suhu persekitaran tinggi. Apa pun dilihat tabiat berkubang ini membantu haiwan ini untuk menyejukkan dirinya ketika cuaca sangat panas dan seterusnya membantu mengekalkan suhu badannya. Selain itu, berkubang di dalam lumpur mewujudkan satu lapisan tebal di permukaan kulit badan kerbau dan lapisan ini melindungi haiwan ini dari digigit oleh serangga. Sekiranya tiada tempat untuk berkubang, mereka akan mencari tempat berteduh dan mengurangkan aktiviti meragut di siang hari seperti mana yang dilakukan oleh lembu. Dalam populasi kerbau selalunya kerbau membentuk kumpulan mengikut jantina di mana jantan dan betina hidup secara berasingan. Namun apabila ia sudah menghampiri musim mengawan maka kerbau jantan dan betina akan saling berinteraksi. Sistem mengawan haiwan ini adalah berbentuk poligami yang bermaksud kerbau jantan mengawan dengan lebih dari satu ekor kerbau betina ketika musim mengawan. Kerbau jantan hanya melakukan proses mengawan dan tidak memainkan peranan dalam menjaga anaknya. Kaedah poligami itu dilakukan untuk tujuan dalam kemandirian dan kelangsungan populasi haiwan ini. Tempoh kehamilan haiwan ini adalah agak lama iaitu 300 hingga 340 hari dan secara umunya, kerbau betina melahirkan seekor anak dalam jangka masa dua tahun. Selalunya anak kerbau yang dilahirkan mempunyai berat di antara 35 - 40kg dan berwarna merah hingga kuning coklat. Anak kerbau dijaga sehingga mencapai usia 6 hingga 9 bulan.
Menyentuh tentang potensi dalam usaha penternakan dimana dilaporkan ia kini ada dijalankan dengan agresif di 34 buah negara di seluruh dunia. Bilangan kerbau dilihat meningkat saban tahun dimana dilaporkan negara India adalah sebagai penyumbang yang terbesar dalam aktiviti penternakan kerbau dan diikuti oleh Pakistan dan China. Malaysia juga mengimport utama daging kerbau dari India sebagai sumber protin untuk segmen daging import sejak lama dahuu sehingga sekarang ini (Sila lihat foto disebelah). Penternakan haiwan ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat di India dimana haiwan kerbau dikerah untuk tujuan pengangkutan dan aktiviti membajak tanah terutama di kawasan kampung tradisional. Haiwan ini juga diternak bagi mendapatkan dagingnya dan susu dimana kerbau susu yang sudah tidak produktif akan disembelih dan dagingnya akan di eksport (termasuk ke Malaysia). Susu kerbau ini sama ada diminum secara langsung atau diproses untuk menghasilkan produk makanan seperti susu pekat, keju dan mentega. Selalunya aktiviti penternakan haiwan ini adalah suatu perniagaan yang menguntungkan kerana pembiakan kerbau menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan mana ia penggunaan kos yang rendah. Namun begitu penting diketahui jika proses penyediaan tempat berkubang yang selesa serta pemeriksaan kesihatan berkala perlu dititik beratkan dalam soal penternakan kerbau. Ketiadaan tempat berkubang akan memberikan tekanan kepada kerbau kerana kesukaran mengeluarkan haba dari badan dan seterusnya menjejaskan pengeluaran susu. Untuk makluman, kerbau terdedah kepada penyakit-penyakit seperti penyakit kuku dan mulut, leptospirosis dan brucellosis. Dari aspek ekonomi dimana banyak kajian melaporkan penternakan kerbau memberi sumbangan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara, mata pencarian golongan luar bandar, pengurangan kadar kemiskinan dan memenuhi permintaan protein haiwan yang semakin meningkat. Dilaporkan dimana di peringkat global jumlah pengeluaran daging kerbau didapati meningkat dari tahun 1961 sehingga tahun 2018. USA adalah negara pengeluar daging kerbau yang terbesar di dunia dimana mereka juga mengeksport. Daging haiwan kerbau ini mempunyai kandungan lemak, kolesterol dan kalori yang lebih rendah daripada daging lembu. Selain daging dimana haiwan kerbau juga menghasilkan susu yang berkualiti. Dilaporkan dimana negara India dan Pakistan muncul sebagai negara pengeluar susu kerbau yang terbesar. Susu kerbau memberi manfaat kepada masyarakat kerana ia terdiri daripada kandungan kolesterol, sodium dan potassium yang rendah dan kaya dengan kalsium, fosforus dan vitamin. Sehubungan itu, program-program pembiakan kerbau termasuk artificial insemination dan genomic selection bakal dipertingkatkan untuk menghasilkan genetik atau baka kerbau yang lebih berkualiti. Semuga fakta dalam artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KERBAU SUNGAI...DAN KERBAU PAYA...
MUDAH DI TERNAK...BERKUBANG DIA...
HASILKAN SUSU... DAGING BILA TUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.