Support My Blog

Sunday, August 18, 2024

KERBAU PUNYA SUSU, SAPI PUNYA NAMA

Peribahasa 'KERBAU PUNYA SUSU, SAPI PUNYA NAMA'  merupakan salah satu peribahasa yang sangat popular dalam masyarakat tempatan. Ini kerana peribahasa ini selalu ada di gunakan semasa sekolah rendah sehingga sekolah menengah dahulu walau pun agaknya penggunaan peribahasa tersebut semakin kurang popular masa kini. Pada penulis blog kiasan ini wajar di kupas dalam aspek teknologi pertanian agar ia boleh di fahami dengan lebih baik. Merujuk beberapa bahan bacaan didapati dimana makna bagi peribahasa 'Kerbau punya susu, sapi punya nama' iaitu ia bermakna 'seseorang yang berbuat kebaikan atau bersusah payah, tetapi orang lain yang mendapat pujian' adalah sesuatu yang sering berlaku dalam masyarakat. Kerbau atau buffalow merupakan haiwan berlainan dengan sapi (Lembu) yang mana keduanya di ternak untuk menghasilkan daging dan susu. Bagaimana agaknya orang lama berfikir untuk membuat suatu kiasan peribahasa ini dimana susu kerbau yang di perah tetapi orang umum tahu bahawa susu ini di anggap sebagai susu lembu (kerana lazimnya susu lembu yang popular di komersilkan) berbanding dengan susu lembu. Lihat sahaja iklam jualan produk susu (sama ada susu segar, susu pekat, susu tepong dan susu formulasi) dimana hampir kesemuanya diiklankan dan memggunakan 'Susu Lembu' bersama gambar lembu (penulis blog belum pernah terlihat label atau gambar kerbau) dalam iklan susu. Kalau susu kambing memang ada di jual dengan gambar kambing tenusu pada label. Kejadian kes-kes bagaimana bagaimana ada seseorang yang berbuat kerja-kerja kebaikan atau amalan baik tetapi akhirnya orang lain yang mendapat pujian dan sanjungan memang sering berlaku dan ada dilaporkan dalam media lokal. Kalangan ahli masyarakat, kakitangan awam, kepimpinan kampong sehingga kepada kepimpinan politik seringa ada kejadian seperti ini dimana diibaratkan 'kerbau punya susu, sapi (lembu_ mendapat nama' dimana akan mengencewakan ramai. Apa pun dalam blog "Anim Agro Technology" malam ini saya kupas kaitan peribahasa ini dalam sektor pertanian dan ulasan teknikal untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Haiwan Kerbau (Bubalus bubalis) merupakan sejenis haiwan dari keluarga Bovidae besar yang berasal dari Asia SelatanAsia Tenggara, dan China dimana ia merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesieskerbau sudah ada ditemui di EropahAustraliaAmerika UtaraAmerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia  berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau BalkanMesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang  mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk tujuan bagi membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan  lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau menanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau  Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka  berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal. 


Dalam portal sharian.com ada satu artikel bertajuk 'Lembu punya susu...' yang mana ia mungkin boleh di rujuk dan di tulis semua. kalangan pembaca blog ini mungkin pernah berhadapan dengan situasi yang mana seseorang yang mendapat nama atau kedudukan hasil daripada kerja orang lain bukan?. Itulah intipati yang digambarkan dalam sebuah peribahasa ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Peribahasa itu sangat sesuai digunakan bagi menggambarkan perbuatan individu bergelar ketua atau pemimpin yang terlalu megah dan berbangga meraikan kejayaan jabatan atau unit pimpinannya tanpa mengakui peranan pihak lain di sebalik kejayaan tersebut. Apa pun selalunua dia bahkan terus berbangga menguar-uarkan kepada umum seolah-olah kejayaan itu adalah hasil titik peluhnya secara mutlak. Walaupun ada yang menyedari hakikat sebenar di sebalik kejayaan tersebut namun masih berlaku sanjungan dan pengiktirafan berterusan yang diberikan oleh pihak atasan telah menutup mata dan hati ketua tersebut untuk memandang siapa tonggak kekuatan di sebalik kejayaan itu. Pada penuis blog dimana apa yang paling mengharukan apabila ketua itu melupakan mereka di bawah sana yang bertungkus-lumus bekerja dari dinihari hingga bulan mengambang dan kadangkala mengabaikan kehidupan sosial pekerja itu sendiri. Apa yang selalu di katakan dimana semasa atau ketika susah, wargalah yang dicari dan dijadikan pendamping setia bagi menyempurnakan tugas tetapi pendapat dan tenaga mereka tidak lagi mereka ini diendahkan apabila kejayaan digapai. Apa pun situasi itu adalah realiti kehidupan dan pengalaman yang mungkin berlaku kepada ramai warga kerja sesebuah organisasi. Mungkin ada pemimpin yang berasa sememangnya dia layak dipuji dan disanjung bila jabatan pimpinannya berjaya. Kejayaan itu lambang kebijaksanaannya memimpin orang bawahan dan mencatur strategi.


Dalam pada itu masih ada kalangan pemimpin tidak harus menidakkan sama sekali sumbangan orang lain kerana ia memberi impak terhadap moral dan kemanusiaan. Kejayaan, pujian dan sanjungan akan menjadi lebih manis apabila ia dinikmati bersama kerana warga lain turut menyumbang pandangan, tenaga dan masa dalam penentuan hala tuju sesebuah organisasi. Selalunya teoori dan kajian kepimpinan dalam organisasi menunjukkan terdapat ketua yang mana dia cenderung mementingkan hasil berbanding kemanusiaan. Apabila hal itu berlaku, maka situasi yang diceritakan di atas juga akan berlaku dalam organisasi. Teori kepimpinan juga menunjukkan bahawa organisasi akan mengecapi kejayaan sebenar apabila ketua mengutamakan kedua-dua aspek matlamat tugas dan kemanusiaan. Kesan penekanan kepada kedua-dua aspek itu akan menimbulkan rasa setia dan komitmen pihak pekerja bawahan yang sukar digugat walaupun organisasi berdepan dengan pelbagai ranjau perubahan. Sebaiknya setiap warga organisasi harus akan memahami bahawa kesetiaan kepada organisasi merupakan ikatan psikologi antara pekerja dengan organisasi bagi menjayakan matlamat secara bersama. Jika ikatan itu tidak dibugar, maka kejayaan tidak kekal lama, pudar di tengah jalan atau matlamat gagal dicapai sama sekali. Organisasi perlu mengguna pakai apa sahaja strategi mampannya bagi membugar dan menyegarkan rasa setia warga terutamanya dalam kalangan pekerja cemerlang. Di pihak warga pula, usaha gigih yang ditunjukkan kepada organisasi tidak seharusnya mencetuskan stres kepada mereka. Janganlah juga sentiasa berharap sesuatu yang indah akan diberikan oleh organisasi bagi membalas usaha gigih tersebut. Organisasi tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang sepanjang masa. Pada penulis blog sebaiknya apabila sebuah organisasi memberi stres pekerjaan yang minimum serta mengutamakan keseimbangan kerja dan keluarga, ia sudah mencukupi bagi setiap warga menikmati kesejahteraan dan kejayaan hidup yang sebenar. Maka ketua dan pemimpin pula harus menjadi pemimpin yang bukan sahaja mengejar matlamat organisasi sehingga mengabaikan hubungan sesama insan, terutamanya dengan orang bawahan. Mereka juga harus mengingatkan diri sendiri supaya tidak mabuk dek pujian atas kejayaan yang dikecapi melalui usaha orang bawahan. Apaun kemungkinan akibat pujian itu ibarat arak yang mengkhayalkan dan membawa pemimpin jauh ke bulan dan bintang di langit ketujuh yang hanya indah bila dipandang dari jauh. Oleh itu sebaliknya semua renunglah juga rumput hijau di bumi yang memberi impak besar kepada kehidupan dan kesejahteraan organisasi. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KERBAU PUNYA SUSU.. LEMBU DAPAT NAMA...
ORANG LAIN BUAT KEBAIKAN... MALANGNYA...
ORANG LAIN PULA... YANG DAPAT NAMA..
PERIBAHASA LAMA... MASIH RELEVAN JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...