Support My Blog

Thursday, August 22, 2024

MAKANAN UMAI - APA DIA?

APAKAH DIA UMAI?. 
Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional masyarakat Melanau di Sarawak dimana makanan umai juga merupakan sepupu kepada makanan Sashimi (shusi) di Negara Jepun. Bagaimana pun dildapati umai tetap popular dikalangan masyarakat di Sarawak terutama mereka yang tinggal dengan laut. Kini di mana-mana sahaja dalam Negeri di Sarawak keenakan Umai tetap menjadi buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah adalah sinonim dengan gelaran Bahagian Makanan Umai. Pada penulis blog yang pernah bertugas lebih dua tahun di Sarawak dan ada juga beberapa kali berkunjung ke Mukah mendapati makanan umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang semua tulangnya. Kalau pembaca anda tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adakah kecil. Ikan di laut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan tidak lupa cili.Nak masam lagi anda boleh tambah buah maram(ba’un-buah dari pohon mulung) Semakin banyak limau nipis dan cili semakin sedap jugalah umai anda. Kemudian, hirisan ikan itu tadi akan digaul hingga sebati(macam membuat kuih pula) dengan bahan-bahan yang di darat tadi. Untuk menambah rasa Umai selalu ada yang menambahkan sahaja MSG dan garam secukup rasa. Jadilah umai yang mudah untuk disediakan. Apa pun disebabkan umai ini adalah mudah disediakan maka kalangan nelayan biasanya hanya akan berbekalkan bawang, cili, limau, garam dan MSG sahaja ke laut. Kemudian seekor dua ikan pastinya menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Selain ikan apa yang digunakan adalah seperti udang dan bubuk (sejenis udang kecil) atau sotong segar yang menjadi kegemaran nelayan tempatan. Umai sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan modal yang besar untuk membuatnya. Ingat apa yang penting adalah umai sedap jika ikan itu betul-betul guna ikan segar dan jika umai telah siap untuk dimakan. Awas kerana apabila ikan itu sudah masak (campuran limau dan cili boleh memasakan ikan secara semulajadi) mungkin umai akan hilang sedapnya. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai makanan umai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Pada penulis blog dimana mendapati umai adalah sejenis makanan enak dimana ia sejak dulu dianggap penting dan popular bagi etnik Melanau di Sarawak. Ia adalah satu hidangan yang ringkas dengan ada banyak variasi yang cukup mudah untuk disediakan. Untuk menyediakan Umai peminat cuma perlukan ikan segar terpilih kerana tidak semua jenis ikan yang boleh dibuat Umai. Biasanya untuk menyediakan Umai maka etnik Melanau memilih ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan terubuk, ikan pirang, ikan yu atau udang. Umai sebenarnya adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan chilli, garam dan sedikit penambah perisa. Secara tradisi untuk memberi rasa yang lebih ‘authentic’ selalunya kalangan etnik melanau menyediakan Umai dengan langkah-langkah yang tersusun. Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan. Apa pun selalunya proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah-olah ia sudah masak. Setelah itu barulah dicampur dengan hirisan bawang merah, bawang besar dan chilli dan bahanyang terakhir tambah garam dan sedikit penstabil atau penambah rasa. Umai boleh terus dimakan setelah selesai digaul dengan bahan-bahan tersebut. Terserah kepada citarasa seseorang untuk menambah lebih pedas atau sebaliknya. Terdapat juga variasi dikenali sebagai ‘Umai Jeb’ yang sangat digemari etnik Melanau. ‘Jeb’ dalam bahasa Melanau Mukah bermaksud ‘cecah’. Ini bererti ‘Umai Jeb’ adalah ‘Umai Cecah’ dimana ia disediakan dengan cara memisahkan hirisan ikan mentah dan sambal. Apa pun cara makan ialah dengan mencecah hirisan ikan mentah dengan sambal iaitu ia sama seperti makan ulam-ulaman. Ikan yang digunakan etnik Melanau untuk membuat ‘Umai Jeb’ biasanya terdiri dari jenis bawal hitam, bawal putih, terubuk atau ikan yu. Meskipun versi ini kini semakin kurang popular bagi masyarakat lain akan tetapi sejak lama dulu ia memang sangat digemari oleh etnik Melanau atau etnik Cina dikawasan Mukah dan Sibu. 


Peernah membuat sendiri umai di rumah beberapa kali dengan baik iaitu resepi Umai Ikan Sarawak. Apa pun bahan yang perlu disediakan adalah 100g isi ikan-hiris halus atau saiz kecil, 1 inci halia, cili merah dan cili padi (bubuh ikut tahap kepedasan masing-masing-pedas lagi best), 2 ulas bawang merah yang perlu di hiris, 6 biji limau kasturi (atau secukupnya), garam dan bahan perasa serta gula secukupnya. Selalunya saya akan juga tambahkan dengan bawang besar yang dihiris. Memang mudah untuk menyediakan umai ini dimana cara-caranya adalah bahan cili dan halia ditumbuk agak lumat. Sebaiknya kalau hendak lebihkan halia pun boleh iaitu tinggalkan sedikit untuk dihiris halus. Kemudian bahan ini digaul semuanya iaitu bersama ikan dan dibiarkan seketika sehingga ikan tersebut mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Apabila sebati makan ia sudah sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi putih. Apa pun sebaiknya ditambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak. Ujirasa umai selalunya bagi isi ikan yang segar dengan adanya rasa pedas-pedas dan masam sedikit akan menggambarkan rasa umai yang sedap dan enak dan mengembirakan.


Portal hmetro.com laporkan dimana 'Umai pembuka selera' iaitu sejenis makanan umaiatau sushi Sarawak. Apa pun dilapporkan rasa masam, masin dan pedas hidangan umai udang berjaya menghidupkan selera selepas hampir 14 jam berpuasa. Umai adalah satu daripada menu istimewa sepanjang Ramadan menjadi tarikan di Restoran Dapur Sarawak, yang menampilkan hidangan tradisional dari Bumi Kenyalang. Seperti kerabu mangga, makanan tradisi etnik Melanau terutama dalam kalangan nelayan ini telah pun menggabungkan rasa masam terhasil daripada perahan jus limau dan penggunaan cili padi sebagai pelengkap selera. Selalunya umai dihasilkan daripada udang, ikan laut terpilih seperti empirang, tenggiri dan bawal kerana tidak berbau hanyir serta obor-obor yang menjadi kebiasaan masyarakat tempatan. Kombinasi tiga rasa masam, pedas dan masin hidangan umai membangkitkan selera sama ada ketika berbuka puasa mahupun bersahur. Umai boleh dikatakan sebagai sushi Sarawak kerana ia dihidangkan mentah. Apa pun dilaporkan mengikuti tradisi masyarakat Sarawak dimana mereka menggunakan ikan empirang atau obor-obor untuk menghasilkan umai, namun ia mungkin tidak kena dengan selera orang di Semenanjung. Penyediaan umai sangat mudah kerana ramuan digunakan juga tidak terlalu rumit malah ia juga tidak perlu dimasak. Terlebih dulu dimana udang segar dibuang kulitnya dan dibasuh, kemudian ia diperap bersama cili api, perahan jus limau nipis, bawang merah serta garam selama dua hingga tiga jam di dalam peti sejuk. Apa pun selepas itu, umai boleh dimakan begitu saja atau dijamu bersama nasi panas. Ia sungguh menyelerakan,” katanya ketika ditemui. Terkenal dengan juadah dari Sarawak dimana ada restoran yang beroperasi setiap hari ini turut hidangkan dan bawakan menu popular dan hanya muncul sepanjang Ramadan iaitu bubur pedas.. Bahan utama bubur pedas adalah campuran sayuran seperti pucuk paku, pucuk bebuas atau singkil, pucuk mengkudu, kacang panjang, anak jagung, suhun serta bumbu istimewa dari Sarawak. Meskipun ia dipanggil bubur pedas, rasa hidangan berkuahkan santan ini tidaklah sepedas yang disangka dengan penggunaan lada hitam yang minimum. Tidak sempurna seandainya tiada laksa Sarawak dan mi kolok, pengunjung juga boleh menikmati hidangan tipikal ini di Restoran Dapur Sarawak. Setiap negeri berbeza laksa, laksa Sarawak menggunakan mi nipis kenyal seakan-akan bihun yang dihidangkan bersama kuah lemak santan dihasilkan dengan pes buatan sendiri. Laksa Sarawak dan mi kolok adalah menu sarapan pilihan dalam kalangan masyarakat Sarawak. Dalam pada itu restoran ini juga turut menyajikan menu mi Jawa, mi belacan, nasi goreng dabai, nasi manok (ayam) panggang, nasi ayam pansoh dan kuih tradisional, penyaram. Umai mulanya hanya makanan pengalas perut nelayan di lautan kini sudah menjadi makanan kegemaran ramai dan makanan ikon di Sarawak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN UMAI...MUDAH DISEDIA...
IKAN SEGAR... BUBUH RAMUANNYA...
ENAK DIMAKAN.... NELAYAN PUN SUKA...
BACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1245, Hotel UCLA, Kuching,
Sarawak, 
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...