Support My Blog

Sunday, August 25, 2024

SEPERTI KERBAU SEKANDANG JALANG

Menarik satu peribahasa berkaitan kerbau iaitu 'SEPERTI KERBAU SEKANDANG JALANG' yang mana ia memang sesuai untuk di kupas dalam sektor pertanian. Apa pun ramai orang yang sudah mejangka dimana perkataan 'Jalang' adalah satu perkataan yang tidak baik didalam sebuah masyarakat. Apa un peribahasa ini memang masih relevan dengan masyarakay pada hari ini dimana kiasannya bermakna iaitu 'seseorang yang kelihatan pandai atau kaya tetapi sebenarnya bodoh atau miskin' atau ayat makna lain sebagai bermakna 'seseorang yang tampak kaya, tetapi sebenarnya miskin' dan mudah di fahami. Apa pun dinilai yang peribahasa penuh bagi maksud yang sama adalah 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Sepeti Loyang, Kerbau Sekandang Jalang' dimana ada kalangan orang yang mungkin suka bergaya walau pun sebenarnya dia miskin dan tidak berharta. Beberapa kiasan lain yang mana ia mempunyai maksud agak sama adalah 'Biar Papa Asal Bergaya', 'Pacat Ingin Menjadi Ular', 'Pipit Mmenelan Jagung', 'Menegakan Sumpit Tidak Berisi', 'Lubuk Menjadi Pantai, Pantai Menjadi Lubuk' dan banyak lagi. Pada penulis blog memang banyak peribahasa atau kiasan mengenai sifat bagaimana orang miskin berlagak sebagai orang kaya sehingga ada kalangan golongan ini yang tujuannya tidak baik serta menjadi penipu atau scammers (bahasa sekarang). Pada penulis blog memang kreatif orang dulu yang mencipta peribahasa ini kerana semua tahu yang haiwan kerbau adalah sejenis haiwan yang berguna di ternak untuk menghasilkan daging, susu, membantu membajak sawah, dijual dengan harga yang mahal dan pelbagai faedah lain. Kata-kata seperti 'Jalang' ini di berikan kepada si kerbau untuk mengatakan bahawa kerbau yang baik dan jinak serta berguna ini menjadi sejenis haiwan yang tidak berguna dan jahat. Ia dilihat sesuai dengan peribahasa yang maksudnya orang miskin yang berlagak kaya sahaja. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya upas kaitan teknologi dan maklumat pertanian mengenai kerbau untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Sebenarnya Haiwan Kerbau (Bubalus bubalis) merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara, dan China dimana ia merupakan sejenis haiwan ruminan. Kini spesieskerbau sudah ada ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika dimana ada kerbau yang di komersilkan untuk pelbagai kegunaan. Dalam pada itu terdapat juga spesis iaitu Kerbau Liar (Bubalus arnee) yang juga berasal dari Asia Tenggara dikategorikan ia sebagai sejenis spesies memang ia berbeza akan tetapi paling berkemungkinan mewakili keturunan daripada kepada kerbau ternakan dahulu asalnya. Apa pun di laporknan asasnya ada dua jenis kerbau umum berasaskan kriteria Morfologi dan Kelakuan iaitu Jenis Kerbau Sungai dari Asia Selatan ke barat hingga rantau Balkan, Mesir, dan Itali, dan jenis Kerbau Paya yang ditemui dari Assam di barat melalui Asia Tenggara hingga Lembah Yangtze, China di timur. Haiwan kerbau paya di percayai telah pun di jadikan haiwan peliharaan yang mungkin berasal dari China dan dibela jinak kira-kira 4,000 tahun dahulu akan tetapi jenis kerbau sungai mungkin berasal dari India dan dibela jinak kira-kira 5,000 tahun dahulu. Kalau di lihat populasinya dimana ada sekurang-kurangnya 130 juta ekor kerbau bela jinak dseluruh dunia dimana ada lebih ramai orang yang bergantung pada kerbau daripada mana-mana haiwan belaan jinak yang lain. Umum tahu dimana haiwan kerbau sesuai khusus untuk membajak sawah sejak dahulu dan susunya dilaporkan ia lebih kaya dengan lemak dan protein daripada susu dari ternakan lembu susu. Di dalam Bahasa Melayu ada 12 buah peribahasa berkaitan dengan kerbau antaranya 'Seekor Kerbau Membawa Lumpur semuanya Terpalit', 'Busuk Kerbau, Jatuh Berdebuk', 'Emas Berpeti, Kerbau Sekandang', 'Kerbau menanduk Anak', 'Kerbau punya susu, sapi punya nama', 'Kerbau Runcing Tanduk', 'Membeli Kerbau di Padang', 'Menghambat Kerbau Berlabuh', 'Menjilat Keluan Bagai Kerbau', 'Padi Sekepuk Hampa, Emas Seperti Loyang, Kerbau Sekandang Jalang', 'Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Luluknya', 'Seperti Kerbau Dicucuk Hidung' dan juga peribahasa 'Telah Dapat Gading Bertuah, Terbuang Tanduk Kerbau Mati'. Pembaca blog ini mungkin faham kalau kerbau hitam kulitnya akan tetapi ada yang kulitnya berwarna biru tua. DIlaporkan yang jenis kerbau paya kelabu ketika lahir tetapi dilihat menjadi kulit biru dan ada juga jenis kerbau balar.Apa pun jenis kerbau sungai panjang muka, kecil lilitan, dan besar kakinya berbanding kerbau paya. Rabung pada belakangnya selalu ia menjangkau jauh ke belakang dan menirus dengan lebih beransur-ansur. Tanduknya tumbuh menurun dan ke belakang dimana ia kemudian melengkung ke atas secara pilin. Selalunya dilihat yang kerbau paya ia ada berbadan berat dan sasa dengan saiz badannya pendek dan perutnya besar. Dahinya agak rata dengan ciri matanya yang menonjol serta bermuka pendek dengan muncungnya lebar. Kerbau paya juga mempunyai leher yang agak panjang dan bahagian punggungnya cembung dengan pada tanduknya tumbuh ke luar dan melengkung menjadi separuh bulatan, tetapi sentiasa kekal dalam lingkungan satah dahi. Saiz kerbau berlainan dengan purata ketinggiannya sekitar 129 -133 cm bagi kerbau jantan dan sekitar 120-127 cm bagi kerbau betina. Berat purata kerbau adalah dalam julat 300 kg hingga 550 kg akan tetapi kerbau juga pernah dicatatkan berat melebihi 1,000 kg. Siapa yang tahu dan suka melihat kerbau tentunya faham yang kerbau gemar berendam dalam air atau ia juga suka berkubang dalam lumpur. Sebenarnya kerbau sungai menggemari air dalam sementara spesis kerbau paya pula lebih suka berendam dalam kubang lumpur yang digali sendiri dengan tanduknya. Ketika berkubang kerbau akan cuba memakai selaput lumpur yang tebal.


Menarik kisah dalam portal bharian.com bertajuk 'Hanya 12 peratus rakyat Malaysia anggap diri kaya' unutk dikaitkan dengan peribahasa ini. isu ini di laporkan dimana hampir separuh daripada rakyat Malaysia mendapatkan nasihat kewangan daripada media sosial oaotu dapatan ini hasil tinjauan persepsi kekayaan oleh Hong Leong Bank Bhd (HLB) terhadap 1,000 responden berumur antara 18 -77 tahun dan mendedahkan bahawa hanya 12% sahaja rakyat Malaysia 'menganggap diri mereka kaya'. Kajian itu turut menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pelan kewangan atau pelaburan disebabkan oleh andaian bahawa mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memulakan pelan pengurusan kekayaan itu. Kajian mendapati dimana daripada 327 responden yang membuat pelaburan, 57% responden adalah melaporkan bahawa mereka melabur dalam saham dan sebanyak 56% lagi memperuntukkan dana kepada skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM) manakala 54% pula terbabit dalam pelaburan emas. Selain itu dilaporkan 44% responden memilih deposit tetap sebagai pendekatan pelaburan utama mereka. Tinjauan juga menggariskan trend ketara pelaburan kendiri dalam kalangan rakyat Malaysia dengan 83% daripada mereka yang melabur memilih untuk menguruskan pelaburan secara autonomi tanpa mendapatkan input atau bimbingan daripada penasihat kewangan profesional. Ini terutamanya apabila merangka pelan kewangan, hampir separuh daripada rakyat Malaysia (49%) mendapatkan nasihat kewangan daripada media sosial, manakala peratusan yang sama bergantung kepada input daripada ahli keluarga. Menurut Pengarah Urusan Pengurusan Kekayaan Serantau HLB, Hor Kwok Wai yang berkata peratusan tinggi pelabur ke arah kendiri menunjukkan orang ramai semakin ingin terbabit secara langsung dalam perancangan kewangan dan strategi pelaburan. Di Malaysia terdapat keperluan untuk institusi kewangan seperti HLB menyediakan sumber dan sokongan yang teguh bagi memperkasa dan mendidik pelabur dalam membuat pilihan pelaburan yang termaklum serta berkesan. bginya sebagai sebuah institusi kewangan, mereka kini mempunyai kewajipan untuk membantu semua pelanggan dalam mencapai kemampanan dan kemakmuran kewangan dengan menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang boleh dipercayai serta bertanggungjawab. Syarikat ini akan mengiktiraf pengurusan kekayaan adalah aspek penting dalam perancangan kewangan pelanggan dan percaya bahawa memperkasakan pelabur dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan adalah penting dalam persekitaran kewangan yang sentiasa berubah. Tinjauan HLB itu juga mendedahkan daya penggerak di sebalik pilihan strategi pelaburan pelabur dengan keluarga dan komuniti memainkan peranan penting dalam motivasi untuk mengumpul kekayaan. Hasil tinjauan juga mendedahkan bahawa 78% rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans dengan lebih separuh daripada mereka menganggap insurans sebagai sangat penting dalam memastikan sokongan berterusan untuk keluarga menghadapi keadaan yang tidak dijangka. Adalah penting untuk menghapuskan mitos yang menyelubungi pengurusan kekayaan melalui usaha memupuk celik kewangan dan kesedaran, memastikan individu dengan dilengkapi dengan pengetahuan dan pandangan yang diperlukan untuk mengemudi kerumitan pengurusan kekayaan dengan yakin serta berhemat.


Portal sama jug alaporkan 'Miskin bukan penghalang bina kehidupan lebih baik' untuk dikaitkan dengan peribahasa ini. Apa pun menurut hasil laporan Penemuan Utama yang bersangkutan dengan Pendapatan, Kemiskinan, Ketaksamarataan, Perbelanjaan, Kemudahan Asas yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia senilai iaitu RM2,208 ditetapkan sebagai garis kemiskinan baharu, berbanding RM980 sebelum ini. Laporan ini juga menunjukkan jumlah pendapatan median isi rumah kaum Cina lebih tinggi mencecah RM9,895 sebulan, berbanding India (RM5,981) dan Melayu (RM5,420). Laporan ini juga menjelaskan kadar kemiskinan pada 2016 berjumlah 7.6 menurun kepada 5.6 pada 2019. Apa pun dengan penurunan dua mata, kita boleh menyimpulkan program dan inisiatif pembasmian kemiskinan dijalankan kerajaan dan disokong badan bukan kerajaan (NGO) serta swasta, membuahkan hasil yang baik. Apa pun dilaporkn dimana rakyat perlu berperanan meningkatkan peratus penurunan kadar kemiskinan. Ramai berpandangan kerajaan seharusnya bertanggungjawab mengatasi isu kemiskinan melalui bantuan meningkatkan ekonomi golongan B40. Ramai berpendapat kerajaan seharusnya memiliki pelan atau rangka kerja untuk memastikan rakyat terbela, khususnya dalam mengatasi masalah miskin tegar yang kebanyakan terdiri golongan petani, penoreh getah dan miskin bandar. memang benar jika menjadi tanggungjawab utama kerajaan memastikan tadbir urus dilaksanakan, akhirnya membawa rakyat kepada kesejahteraan meliputi semua komponen kehidupan. Bukan setakat politik, tetapi sosial dan pendidikan. Dilaporkan dalam berdepan isu kemiskinan, rasanya elok kita kembali menghayati firman Allah SWT yang bermaksud, "Bahawa sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah apa-apa keadaan yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka' iaitu kutipan dari Surah al-Ra'd, ayat 11). Ayat di atas jelas ianya menuntut setiap individu yang ingin bangkit mengubah keadaan, agar kembali melihat ke dalam diri dan melakukan proses penyucian. Sasarannya untuk mengembalikan kesedaran tentang peri pentingnya kuat berusaha, bekerja dan berbuat sendiri sesuatu kewajipan dengan kuat kemahuan dan penuh kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri. Benar kemiskinan harta boleh menjadi rintangan untuk meneruskan kehidupan. Tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk seseorang individu bangkit membina kehidupan lebih baik. Apa pun jika ditelusuri mereka yang berjaya, ramai bermula dengan kesusahan. Kesusahan dialami pada awalnya, mampu menjadi motivasi atau pembangkit semangat untuk mengubah kehidupan. Ini kerana yang miskin hanyalah harta benda, tetapi jiwa penuh kekayaan. Kemiskinan, kesusahan dan kepayahan menjadi cabaran atau pencetus untuk bangkit mencapai sesuatu lebih baik. Perkara paling malang apabila seseorang individu menganggap kemiskinan sebagai penghalang dan tidak mampu berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada belenggu kesusahan dan kepayahan. Ini menunjukkan jiwa dimiliki itu lemah dan di sinilah letaknya kemiskinan sebenar. Ini jelas menunjukkan manusia diminta berusaha melakukan perubahan, tidak boleh selesa dengan keadaan yang ada dimana lebih penting tidak boleh berserah kepada takdir semata-mata tanpa digerakkan usaha daripada seluruh anggota tubuh badannya, bermula dengan berfikir dan disusuli tindakan. Kemiskinan jiwa kebiasaannya didasari perasaan malas dan tidak ada disiplin diri. Ini termasuklah malas berfikir, malas berusaha dan tidak mahu bersusah payah keluar daripada zon sedia ada kepada yang lebih baik. Selalunya keadaan ini mungkin terjadi kerana makna, tujuan dan nilai hidup masih belum jelas dan sekadar mengikut apa yang orang biasa lakukan. Jika bangsa Melayu tidak mampu menjadi peneraju dalam bidang ekonomi, mereka boleh menjadi peneraju dalam bidang sosial. Mereka perlu berjuang menjadi bangsa hebat dalam aspek integriti, adab dan nilai kemanusiaan. Semua pihak seharusnya terpanggil untuk bangkit memperkasakan bangsa sendiri - bangsa Melayu yang juga tuan asal tanah air bumi Malaysia tercinta ini. Apalah makna menjadi tuan jika asakan demi asakan akhirnya meletakkan tuan hanya di pinggir sebuah kejayaan, bukannya pemain utama dalam mencipta pembangunan?. Dalam usaha memperkasakan manusia, mengenali hakikat manusia antara perkara sangat penting. Ini kerana sebagai pembina pembangunan, manusia terlebih dahulu perlu dibangunkan mengikut perspektifnya yang sebenar. Manusia makhluk Tuhan yang sangat istimewa kerana potensi dan keupayaannya untuk berfikir, tidak ada pada makhluk lain. Dengan kelebihan akal dianugerahkan ini juga manusia mampu melalui proses kognitif berfikir, menjana idea dan membina kreativiti untuk kegunaan pembangunan. Sebaiknya dengan berbekalkan kekuatan dan kekayaan jiwa, manusia akan terus maju dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan membina kejayaan.


Portal sama juga siarkan bagaimana isu 'Jurang kaya, miskin Indonesia tertinggi di dunia' yang boleh dan sesuai untuk di kongsikan berkaitan peribahasa ini. Laporan pada tahun 2016 ini menyatakan Indonesia muncul sebagai negara dengan jurang kekayaan dan kemiskinan yang tertinggi di dunia, susulan dasar pengampunan cukai kerajaan yang mendorong penduduknya melaporkan aset mereka. Menurut laporan institusi perbankan antarabangsa iaitu Credit Suisse dimana satu peratus (1%) golongan kaya di negara itu memiliki hampir separuh atau 49.3 peratus daripada seluruh kekayaan Indonesia. Apa pun dilaporkan mengikut senarai individu terkaya Forbes dimana mendapati 50 individu terkaya di negara itu mencatatkan peningkatan kekayaan sebanyak AS$7 bilion (RM31.29 bilion) iaitu kepada AS$99 bilion (RM442.53 bilion), tahun ini susulan pemulihan pertumbuhan ekonomi. Adik-beradik Budi dan Michael Hartono berada di tangga teratas dengan jumlah kekayaan terkumpul bersama sebanyak AS$17.1 bilion (RM76.44 bilion) susulan peningkatan nilai saham mereka dalam bank terbesar di Indonesia, PT Bank CentralAsia Tbk. Seterusnya dari laporan Bank Dunia tahun 2015 ada mereka menyebut walaupun jumlah golongan pertengahan Indonesia bertambah dimana jurang kekayaan meningkat lebih pantas berbanding beberapa negara jiran di Asia Tengara. Ramai hartawan di negara itu berketurunan Cina walaupun mereka hanya mewakili lebih satu peratus daripada 250 juta penduduknya berdasarkan data bancian terkini (REUTERS). Semuga tulisan artikel ini memberi i nfo berguna kepad semua para pembaca blog anim agroo technology kali iini. Wasallam!!!...
KERBAU SEKANDANG..JALANG SEMUA...
ORANG MISKIN...UNIK BERLAGAK KAYA...
12 PERATUS...REKOD ADA DI MALAYSIA...
JURANG TERBEAR... ADA DI INDONESIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...